Anda di halaman 1dari 1

Kerajinan Membawa Kejayaan Kerajinan adalah sangat penting dalam kehidupan kita.

Kerajinan dikatakan adalah sesuatu yang tidak dapat dikecualikan dalam kehidupan kita. Kerajinan boleh diertikan sebagai usaha yang berterusan penuh dengan semangat , ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan budaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Dengan adanya sifat kerajinan, seseorang akan mudah untuk mendapat kejayaan. Jika kita ingin mendapatkan kejayaan, kita haruslah rajin. Oleh itu , kerajinan adalah berkaitan rapat dengan kejayaan. Sifat rajin berusaha itu perlu disemai dalam diri setiap insan sedari kecil lagi. Ini dapat dibuktikan dari golongan-golongan yang berada dalam kalangan kita. Lihatlah guru-guru di hadapan kita, mereka adalah golongan yang rajin berusaha menimba ilmu dan pengetahuan dan akhirnya mereka berjaya menjadi guru yang berjaya dan berdedikasi. Tanpa kerajinan, mereka tidak akan berjaya menjadi seorang guru. Tidak mungkin ada seorang boleh mendapat kejayaan tanpa rajin dan berusaha. Setiap kejayaan adalah datang daripada usaha dan kerajinan seseorang. Selain itu, sifat-sifat para perniaga juga boleh dicontohi. Para perniaga memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Dengan sifat yang rajin dan berusaha semasa menjalankan perniagaan mereka, akhirnya mereka berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Dengan itu, mereka akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang malas. Mereka juga berpeluang mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa dengan adanya modal sampingan daripada keuntungan yang mereka dapatkan. Dengan usaha yang gigih, mereka boleh mencapai kejayaan. Mereka boleh mendapat keuntungan yang mereka inginkan dan dengan itu taraf hidup mereka dapat ditingkatkan. Sebagai seorang pelajar pula, kita perlu berusaha mencari ilmu untuk bekalan hidup. Pelajar yang berjaya perlu dicontohi seperti bagaimana mereka berusaha untuk mencapai kejayaan. Ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh daripada kawan saya. Kawan saya merupakan seorang pelajar yang bijak tetapi agak pemalas. Dia tidak pernah mengulangkaji sebelum menduduki peperiksaan. Walaupun dia lulus dalam peperiksaan STPM. Tetapi dia gagal menempatkan diri ke universiti yang dia inginkan kerana keputusannya yang hanya sekadar cukup-cukup makan itu. Sebagai contoh adik saya pula adalah seorang yang rajin. Dia sentiasa mengulangkaji dan membuat kerja sekolah yang diberi sebaik sahaja pulang dari sekolah. dia tidak menangguhkan kerja yang diberikan oleh guru dan sentiasa melakukan ulangkaji. Oleh itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM dan mendapat universiti yang dia inginkan. Kesimpulannya, tidak rugi jika kita sentiasa berusaha dan rajin belajar. Setiap insan yang rajin akan mendapat segala yang mereka inginkan. Oleh itu, dapatlah dikatakan sebenarnya kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.Setelah kita berjaya, kita akan dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat. Sifat rajin perlu disemai didalam diri setiap insan untuk mencapai kejayaan yang diingini.

Anda mungkin juga menyukai