Anda di halaman 1dari 2

Cara -cara menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia

Era pascakemerdekaan yang mencabar minda dan akal kita telah menyebabkan roda
pembangunan nusa tercinta kita bergerak dengan pantas bagai lipas kudung bagi menggapai
hasrat negara untuk duduk sama rendah, diri sama tinggi dengan persada antarabangsa. Namun
begitu, hasrat ini masih berjauhan dengan realiti kerana rakyat Malaysia sentiasa mengagung-
agungkan barangan import yang mahal walaupun barangan buatan Malaysia berkualiti dan
berharga murah. Isu ini telah menjadi bahan polemik di dada-dada akhbar arus perdana dan
pihak media massa juga mengambil peluang ini untuk menwara-warakan isu ini. Persoalannya,
apakan mekanisme-mekanisme yang efektif untuk mengalakkan masyarakat membeli
barangan buatan Malaysia?

Bak kata mutiara “Tak Kenal Maka Tak Cinta”, masyarakat alaf modenisasi ini tidak
mengetahui kebaikan dan kepentingan membeli barangan buatan Malaysia. Oleh itu, pihak
kerajaan iaitu Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Penggunaan (KPNKP)
seyogia mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan membeli barangan buatan
Malaysia dan mengalakkan kempen kesedaran tersebut diadakan berterusan. Tamsilnya, pihak
kerajaan haruslah melancarkan kempen kesedaran bertemakan “Jom belilah barangan buatan
Malaysia”. Pada waktu yang sama, kempen kesedaran ini perlulah dikendalikan oleh agensi
atau badan-badan berkuasa atau pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengalaman
supaya dapat memberikan keyakinan kepada masyarakat Malaysia. Impaknya, masyarakat
Malaysia dapat menerima hakikat yang menerangkan barangan buatan Malaysia lebih baik
daripada barangan import. Sesungguhnya, kempen yang berterusan haruslah dilancarkan untuk
meningkatkan keyakinan masyarakat Malaysia.

Jika ditelusuri lagi, barangan-barangan buatan Malaysia yang mempunyai kualiti yang setaraf
dengan barangan import juga akan menjadi pilihan domain untuk rakyat jati Malaysia kerana
harga barangan Malaysia lebih murah berbanding dengan barangan import. Oleh itu, pihak
yang berwajib dan badan bukan kerajaan(NGO) haruslah meningkatkan kualiti barangan
buatan Malaysia. Sebagai contoh, Syarikat Kasut Bata yang berusaha untuk meningkatkan
kualiti kasut dan akhirnya dapat pengiktirafan persada tujuh benua dunia kerana hasil rekaan
dan kualiti yang menarik dan dianugerahkan sebagai kasut terbaik di Itali. Natijahnya,
kepercayaan anak jati Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia dapat diperkukuh di
samping juga mendapat kepercayaan orang asing, bak kata pepatah sambil berdiang, nasi
masak. Tegasnya, kualiti barangan buatan Malaysia yang baik akan mendapat sambutan di
pasaran sendiri dan antarabangsa.

Bak kata pepatah "muafakat membawa berkat", syarikat-syarikat buatan barangan Malaysia
haruslah memperluas perniagaan dengan bekerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa.
Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia hanya mempercayai barangan yang diiktirafkan di
persada dunia. Sebagai contoh, kerjasama antara Negara Komanwel atau (OIC) dan juga
negara-negara pengeluar minyak haruslah ditingkatkan supaya barangan buatan Malaysia
mempunyai kualiti dan jaminan antarabangsa. Implikasianya, hubungan kolaboratif antara
negara lain dengan negara Malaysia dapat diperkukuh di samping menarik perhatian rakyat
Malaysia terhadap barangan buatan Malaysia. Tuntasnya, perniagaan barangan buatan
Malaysia haruslah diperluas untuk mencapai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
untuk menjadi negara sebagai negara industri yang maju.

Sebagai penghias penutup bicara, barangan buatan Malaysia yang setanding dengan barangan
buatan import haruslah dibeli oleh penduduk tanah tercinta ini. Oleh hal yang demikian,
segenap strata masyrakat haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyeru
rakyat Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia. Wahai generasi Malaysia yang dapat
merealisaiskan wawasan 2020, semoga semangat habis kapak berganti beliung ada dalam
minda dengan menyokong barangan buatan Malaysia untuk melahirkan negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukankah barangan buatan Malaysia menrupakan
kebanggaan kita? Sokonglah Jenama Barangan Malaysia! Malaysia Boleh!

Anda mungkin juga menyukai