Anda di halaman 1dari 3

Menghormati Hak Wanita Tanggungjawab Bersama

Pepatah Melayu mengatakan Tangan yang menghayun buaian juga mampu


menggoncangkan dunia. Itulah senario sebenar wanita-wanita pada hari ini. Kini
wanita bukan
lagi dianggap sebagai penghuni tetap ceruk dapur semata-mata tetapi telah
menjadi salah satu
entiti penting dalam pembangunan negara.
Sehubungan dengan itu, setiap individu mesti menghormati hak wanita pada
bila-bila
masa. Hak wanita patut dilindungi dengan membenarkan mereka mendapat
pendidikan dan
pekerjaan, peluang kenaikan pangkat dan mendapat perlindungan daripada
keganasan.
Tambahan pula, setiap individu harus mengiktiraf hak wanita untuk melibatkan
diri dalam mana
mana bidang sahaja. Sumbangan wanita tidak dapat diabaikan walaupun dalam
bidang sukan,
atlit-atlit wanita bersama-sama atlit-atlit lelaki telah mengharumkan nama
negara dalam sukan
renang. Misalnya puteri renang yang tidak asing lagi seperti Nurul Huda serta
Nicole David
yang mengharumkan nama negara dalam sukan skuasy. Ini telah mengambarkan
wanita juga
memberi sumbangan kepada Negara dan hak mereka harus dihormati.
Di samping itu, setiap individu harus mengamalkan nilai keadilan terhadap
wanita dan
lelaki. Wanita harus diberi tindakan dan keputusan yang saksama setaraf dengan
lelaki tidak
kira dalam aspek pendidikan atau pekerjaan. Tokoh-tokoh wanita yang
melibatkan diri dalam
bidang politik seperti seperti Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Siti Norma
Yaacob telah
membuktikan bahawa wanita juga mampu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan

sempurna jika dilayan adil serta diberi peluang. Sebenarnya, individu juga harus
bertindak tidak
berat sebelah terhadap lelaki ataupun perempuan. Wanita yang dapat menerima
pendidikan
yang sama dengan lelaki tidak hairan untuk menjawat jawatan penting dalam
syarikat-syarikat
besar. Oleh itu, kita mesti mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
memberi sumbangan
kepada pembangunan negara sekiranya diberi layanan yang tidak berat sebelah.
Kesimpulannya, setiap individu harus menghormati hak wanita dan memberikan
layanan
secara adil kepada mereka. Dengan ini, wanita akan berpeluang untuk memberi
sumbangan
kepada masyarakat serta Negara.
(287) patah perkataan

Tugasan Harian 4
Kepentingan amalan nilai amanah bagi setiap kakitangan kerajaan untuk
menangani
masalah rasuah
Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap
dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat
itu. Semakin
tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi
masyarakat luar
terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama
dalam aspek
ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai
kerajaan
berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa
masalah ini semakin
menular dalam masyarakat kita.

Sebenarnya, setiap kakitangan kerajaan harus mengamalkan nilai amanah dalam


menjalankan urusannya untuk menjamin kemajuan dan keamanan Negara.
Mereka harus
mempunyai sikap bertanggungjawab yang kekal kerana mereka diamanah untuk
menguatkuasakan undang-undang dan menegakkan keadilan. Tambahan pula,
kakitangan
kerajaan yang amanah dapat menimbulkan kepercayaan rakyat terhadapnya.
sesebuah Negara
akan berkembang maju dan mencapai keamanan jika wujudnya kepercayaan
antara rakyat
terhadap pihak kerajaan. Oleh itu, amalan rasuah harus dibanteraskan kerana itu
bukan sahaja
mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap kerajaan tetapi juga
membentuk masyarakat
yang tidak sihat. Secara tidak langsung, imej Negara akan terjejas.
Di samping itu, setiap kakitangan kerajaan juga harus mengamalkan nilai
mematuhi
peraturan dan undang-undang. Mereka yang sepatut menjadikan contoh kepada
rakyat malah
telah mewujudkan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita.
Sehubungan dengan
itu, masyarakat menganggap masalah rasuah ini bermaharajalela kerana
undang-undang yang
longgar terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain telah
menyebabkan ramai
pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil
wang secara
haram ini. Hal ini telah membuktikan betapa pentingnya untuk seorang
kakitangan kerajaan
untuk menerima dan memahuthi peraturan serta undang-undang Negara.
Konklusinya, kakitangan kerajaan harus berpegang teguh kepada amanah serta
mematuhi peraturaan dan undang-undang supaya masalah rasuah dapat
dibanteraskan

Anda mungkin juga menyukai