Anda di halaman 1dari 18

Biodata Penulis

Nama Kormesil : Dayang Noor


Nama Sebenar : Nor Aziza binti Sulaiman
Akademik ; Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
Kerjaya : 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
Sejarah Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang, Pahang
Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)

Sinopsis Novel Di Sebalik Dinara

Bab 1.
Farisha berada di Lapangan Terbang Senai, Johor untuk menaiki kapal terbang ke Kuala
lumpur. Dia terjumpa seorang pemuda yang bersikap sopan santun dan kacak. Pemuda itu
bersenyum kepadanya. Di dalam pesawat, kebetulan pemuda itu duduk di tepinya. Farisha
berminat akan jam tangan pemuda yang juga merupakan pusat kawalan elektronik. Setelah
berbual ringkas. Mereka tertidur dalam penerbangan.
Di balai ketibaan KLIA, Farisha terlupa menghubungi rakan serumahnya Shida dan abangnya,
Azraai. Dia terpaksa menaiki teksi balik ke tempat kediaman.
 Pada pukul 10.00 malam, dia baru sampai di hadapan pintu apartmennya. Kad pintar tidak
dapat berfungsi untuk membuka pintu rumah. Setelah menghubungi Shida, Shida yang sedang
bermain skuasy segera balik untuk membuka pintunya, iaitu, kunci pintu telah ditukar kepada
Retinal Scanner. Farisha terkejut tentang perubahan rumah mereka. Menurut Shida, abang
Farishalah yang memasang retinal scanner itu. Melalui hologram, wajah Azraai wujud di
depannya. Azraai menyatakan bahawa dia bimbang akan keselamatan Farisha kerana berlakunya
kes pembunuhan yang tidak jauh dari apartmen Farisha. Azraai meminta Farisha supaya
mendaftar retinal matanya dalam sistem keselamatan rumahnya dengan bantuan Shida. Setelah
itu, Farisha pun tidur kerana terlalu letih.
 Di sebuah bilik pejabat, Dr. Maxi sedang berbincang tentang Farisha. Aqram , pemuda yang
duduk di sisi Farisha dalam pesawat itu telah mengesahkan bahawa Farisha ialah orang yang
dicari oleh mereka selama ini kerana DNA Farisha daripada cawan di pesawat itu memang orang
yang dicari oleh mereka. Aqram mengatakan bahawa dia tidak dapat membaca minda Farisha
kerana otak Faisha memiliki sejenis pendinding yang dipanggil Wall. Dr. Maxi menyerahkan
Penetrator kepada Aqram untuk membantunya supaya dapat melemahkan Wall Farisha dan dapat
membaca minda Farisha. Mereka memerlukan Farisha untuk menyelamatkan sistem Dinara.

Bab 2
 Farisha telah menghubungi Rosman, rakan syarikatnya supaya membawa dia ke Hotel
Renaissance kerana dia hendak menyertai ucapan pembukaan yang akan disampaikan oleh
Philips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Rosman menelefonnya bahawa
keretanya telah rosak. Farisha segera menjagakan Shida yang sedang tidur lena. Farisha meminta
Shida membawanya ke stesen monorel. Setelah sampai di hotel itu, sebuah robot menyambutnya
ke dewan itu. Malangnya Philip Young tidak dapat hadir di dewan dan hanya hologram beliau
yang muncul di pentas sahaja. Akhirnya Rosman sempat tiba di dewan itu. Sebenarnya Farisha
dan Rosman membuka sebuah syarikat perunding keselamatan sistem komputer yang bernama
Secured Shell Sdn. Bhd setahun yang lalu. Mereka baru mendapat projek di Senawang. Mereka
kesempitan wang sehingga Rosman tidak dapat menggantikan kereta lamanya tambahan lagi
Rosman bercadang untuk berkahwin tidak lagi.
Rosman mendapati bahawa ada seorang pemuda yang kacak sedang memerhatikan Farisha.
Pemuda itu memperkenalkan dirinya Aqram. Farisha terkejut kerana dapat bertemu semula
dengan pemuda yang dijumpainya di Lapangan Terbang Senai semalam itu . Aqram bekerja di
Soft Lab, Cyberjaya. Aqram menyatakan bahawa dia sedang mencari jururunding untuk satu
projek mini di Soft Lab dan ingin menawarkan projek kepada syarikat Farisha. Ketika berbual-
bual dengan Farisha, Aqram menekankan Penetrator di tangannya untuk melemahkan Wall
minda Farisha. Farisha berasa pening kerana terdapat cahaya berkilat di depan matanya. Aqram
hanya sempat membaca sedikit ingatan Farisha sahaja. Aqram berasa kesal kerana maklumat
yang diperolehnya dalam minda Farisha terlalu sedikit. Aqram memerlukan Farisha untuk
menyelamatkan sistem Dinar dalam syarikat mereka.

Bab 3 
 
Rosman teruja untuk mengetahui tawaran yang diutarakan oleh Aqram. Atas desakan Rosman,
Farisha menghantar e-mel kepada Aqram tentang projek mini itu. Aqram membalas e-mel
tentang kegembiraannya kerana Farisha menerima tawaran mereka. Keesokan hari, mereka
bertemu di luar dewan simposium. Rosman hendak membawa mereka ke Puchong untuk
perbincangan mereka. Menurut Aqram, mereka akan berbincang di rumah Karl, seorang
penyelidik SoftLab yang banyak berjasa. Rosman dan Farisha terkejut tentang nama Karl kerana
Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan dan sejak memenangi anugerah
tersebut, Karl terus menyepi daripada pihak media. Aqram membawa mereka menaiki LRT
untuk ke Puchong . Di platform monorel, Farisha mendapati bahawa penumpang sebelah ialah
seorang wanita tua yang menghidap penyakit barah.
 Ketika tiba di rumah agam milik Karl, mereka disambut oleh seorang lelaki tua. Lelaki itu
bernama Dr. Maxi yang juga bekerja di Soft Lab dalam bahagian penyelidikan. Dr. Maxi ingin
membuat tawaran langsung kepada Syarikat Secured Shell tentang projek mini itu dengan nilai
RM1.5 juta. Rosman dan Farisha terkejut tenang tawaran tersebut. Farisha ingin mengetahui
skop kerja itu. Dr. Maxi menerangkan bahawa khidmat mereka adalah menggodam tiga
kelompok komputer SoftLab yang merupakan infrastruktur sistem pengkomputeran awam dalam
masa empat minggu. Farisha tidak berkeyakinan untuk menerima projek itu. Bagaimanapun, Dr.
Maxi menyatakan bahawa Farisha berbakat besar dan pernah berjaya melepasi sistem
keselamatan Bank Sapurba dahulu. Farisha terkejut kerana Dr.Maxi mengetahui peristiwa tiga
tahun yang lalu itu. Farisha ingin berfikir dahulu tentang tawaran tersebut.
Setelah itu, Dr. Maxi membawa Farisha dan Rosman ke dalam terowong. Di hujung terowong
itu terdapat ruang . Di situ mereka ternampak Karl terbaring di atas katil hospital canggih di
dalam sebuah bilik kaca. Karl telah menghidap penyakit barah usus selama tiga tahun. Farisha
teringat akan arwah ibu bapanya juga menghidap penyakit barah tulang. Mereka hanya berdiam
diri. Menurut Dr Maxi, Karl masih aktif dalam penyelidikan. Farisha diminta menggodam sistem
Dinara yang dibuat oleh Karl. Setelah balik, Farisha kurang senang hati atas projek itu dan ingin
meminta pendapat daripada abangnya.

Bab 4
 Azraai bersungguh-sungguh memintanya menerima sahaja tawan itu. Pada petang itu, Farisha
menerima pesanan ringkas daripada Rosman bahawa dia masih berada di Senawang dang tidak
sempat untuk pergi ke Soft Lab petang nanti. Farisha terpaksa pergi ke Soft Lab sendiri. Farisha
enggan menaiki kenderaan awam kerana berasakan dirinya diekori orang. Shida dibangunkan
oleh Farisha. Shida tergesa-gesa bangun kerana terdapat temu janji dengan seorang pelanggan.
Kebetulan mereka menuju ke destinasi yang sama, iaitu Soft Lab di Cyberjaya. Shida menerima
tawaran untuk menulis satu rencana dengan harga RM25000.
 Setibanya di Soft Lab, Shida disambut oleh Khairul Anwar. Sebaliknya Farisha disambut oleh
Aqram ke bilik keselamatan untuk mendaftar cap jari dan retina mata. Farisha dibawa ke sebuah
bilik besar sebagai tempat kerjanya. Farisha berasa selesa di tempat kerjanya. Seterusnya Farisha
juga dibawa ke pusat data yang merupakan perkakas Dinara. Farisha diberitahu bahawa di situlah
semua data untuk perisian Desktop Maya yang digunakan oleh pelanggan Soft Lab, iaitu semua
data disimpan dalam Dinara. Oleh itu Farisha dipertanggungjawabkan untuk menggodam dan
mengukuhkan sistem Dianara.
Setelah pulang dari Soft Lab, mereka berdua minum di sebuah kopitiam. Shida mengatakan
bahawa dia ditawarkan supaya menulis satu rencana dan satu buku biografi dengan bayaran
sebanyak RM40 ribu. Mereka berdua akan mula bekerja pada keesokan hari di Soft Lab
manakala Rosman tidak dapat datang kerana kerja di Senawang belum selesai.
Di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi berbincang dengan Khairul Anwar dan Aqram bahawa mereka
perlu memastikan Shida sentiasa di situ bersama dengan Farisha. Shida juga akan dijadikan
pengganti Farisha jika apa-apa terjadi kepada Farisha. Shida dianggap sesuai kerana mereka
sebaya dan tubuh badan hampir sama. Mereka memerlukan Alia untuk menjalankan tugas tetapi
mereka turut bimbang akan emosi Alia yang tidak menentu. Sebenarnya Alia ialah sebuah
cyborg yang canggih.

Bab 5.

Pada pagi itu, Alia sudah menunggu kedatangan Farisha di lobi pejabat. Setelah itu, Alia
membentangkan semua kemudahan yang ada di tempat kerja mereka kepada Farisha. Farisha
terkejut tentang penerangan Alia yang lancar sekali.

Ketika makan petang, Farisha dan Shida makan di kedai mamak. Mereka berasa agak aneh
terhadap Alia yang memiliki kulit yang terlalu sempurna sehingga tidak dapat bulu kening.
Mereka menyangka bahawa Alia pernah menjalani pembedahan plastik. Farisha turut
mengatakan bahawa Aqram mempunyai fizikal dan perlakuan yang lebih sempurna. Shida turut
berminat terhadap Aqram.

Pada sebelah petang, Aqram menyambung penerangan Alia pada pagi itu. Farisha turut bendebat
dengan Aqram tentang kelemahan sistem Dinara. Farisha mendapati bahawa sistem
pengkomputeran itu mempunyai kelemahan yang banyak. Aqram mengakui kelemahan itu dan
meminta Farisha menggodam sistem itu supaya keselamatannya boleh ditingkatkan. Aqram turut
mengakui bahawa Dinara sudah dicerobohi dan penceroboh telah menyusupkan satu virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh tertentu.

Pada sebelah malam, Rosman menyatakan bahawa dia tidak dapat menyertai kerja Farisha di
Soft Lab kerana syarikat di Senawang itu telah menambahkan tugas untuk Rosman. Sebaliknya
di pejabat Soft Lab, Dr. Maxi sedang berbincang tentang tugas yang akan dilakukan pada
keesokan hari. Alia sungguh marah kerana tidak diberitahu tentang rancangan Dr.Maxi. Dr. Maxi
mengatakan bahawa Alia akan diberi arahan ketika berada di bilik Farisha pagi esok. Setelah
Alia beredar dari situ, Dr. Maxi hendak menghapuskan sebahagian ingatan Alia kerana Alia
kecenderungan untuk bersaing dengan wanita lain. Alia cemburu dengan perhubungan rapat
antara Medina dengan Karl. Sebaliknya Alia dicipta oleh Karl. Mereka merancang untuk
meneruskan rancangan bermula pada pukul 9.00 pagi esok sebelum 10.30 pagi kerana Karl akan
menerima rawatan sekitar pukul 11.00.
Pada malam itu, Farisha tidak dapat tidur dengan baik kerana asyik bermimpi tentang serang
binatang buas sehingga dia terlewat bangun.

Bab 6

Farisha tiba sepuluh minit lewat ke ruang kerjanya. Sebaik-baik sahaja dia duduk di kerusinya,
tiba-tiba dia terasa pening. Ketika itu, Alia menerima arahan daripada Dr. Maxi supaya mengurut
kepala Farisha. Farisha turut tertidur. Dua jarum keluar daripada kepala kerusi dan mula
mencucuk kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha telah berinteraksi dengan Karl. Ketika itu,
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedang menyaksikan reaksi Farisha di bilik Dr. Maxi. Alia
sungguh tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi dengan Karl dan bukan dia yang
menjalankan tugas itu. Dalam mimpi itu, Karl mengatakan bahawa Farishalah sahaja yang
dipercayainya untuk menyelamatkan Dinara. Karl juga mengatakan bahawa sejak dahulu, dia
sudah mempersiapkan Farisha dengan kelengkapan untuk berhubungan dengannya. Alia hilang
kawalan dan terjerit pekik kerana Farisha dapat berbincang dengan Karl. Aqram terpaksa
mematikan suis di belakang tengkuk Alia dan Alia turut tegak dan kaku.
Apabila Farisha terjaga semula, dia ternampak Aqram di depannya. Farisha tidak teringat apa
yang telah berlaku sebelum itu. Aqram memberikan multivitamin kepada Farisha supaya lebih
segar. Seterusnya mereka berdua menyambung penerangan semalam. Farisha berpendapat
bahawa dia seolah-olah pernah menggunakan sistem Dinara.
Apabila tengah hari, Farisha makan petang bersama dengan Shida di kantin Soft Lab. Farisha
berasa hairan tentang mimpi ngeri yang dialaminya. Shida pula menyatakan bahawa dia sedang
mengkaji Karl , saintis terkenal di situ melalui arkib syarikat itu. Shida juga mengatakan bahawa
sistem Dinara merupakan hasil Karl dengan seorang wanita yang bernama Medina dan Medina
telah menghilangkan diri setelah sistem Dinara disiapkan. Bagaimanapun Shida tidak dapat
mencari maklumat yang selanjutnya tentang Medina di dalam arkib syarikat.

Bab 7.

Pada malam itu, Shida dijemput ke pejabat Secured Shell Sdn. Bhd untuk membincangkan
kontrak projek Soft Lab kerana Shida memiliki latar belakang undang-undang. Farisha meneliti
setiap halaman dalam kontrak itu. Semasa mereka bertiga sedang berbincang, tiba-tiba Farisha
mengerang kerana kepalanya berdenyut-denyut. Farisha terlihat cahaya seperti kilat yang
memancar seperti yang dialaminya di Hotel Renaissance. Mereka terpaksa berhenti dalam
perbincangan itu. Semasa mereka keluar dari pejabat, Uncle Seng, tauke kedai runcit di blok itu
menegur mereka dan mengatakan bahawa dia ternampak dua orang pemuda lari keluar dari arah
pejabat mereka dengan membawa beberapa beg besi, piring TV satelit dan sebagainya. Mereka
berasa curiga atas kejadian itu.

Dua hari kemudian, Farisha berkunjung ke rumah Azraai. Dia disambut oleh dua orang anak
saudaranya yang comel, iaitu Dina dan Aina. Farisha sangat sayang akan dua orang anak
saudaranya. Farisha diberitahu oleh abang dua perkara yang di luar sangkaannya. Perkara
pertama ialah Azraai telah dikesan oleh doktor bahawa dia telah menghidap penyakit jantung.
Farisha menangis dan meminta Azraai tidak lagi menyembunyikan masalah kepada Azraai
kerana tidak mahu kehilangan abang yang amat disayangi. Perkara kedua ialah Azraai
menyerahkan satu fail daripada arwah ayah mereka kepada Farisha dan memberitahunya bahawa
Farisha ialah anak angkat kepada ayah dan ibunya. Azraai berat hati untuk memberitahu perkara
itu kepada adik angkatnya sejak 26 tahun yang lalu tetapi dia perlu melaksanakan amanah yang
diberikan oleh arwah ayahnya. Farisha sangat sedih dan menangis sehingga matanya bengkak.
Sesungguhnya kakak iparnya, Mariah turut mengetahui perkara itu. Apabila sampai di rumah,
Farisha tidak membuka fail plastik itu dan terus mencampakkan fail itu ke dalam almari bajunya
kerana belum bersedia untuk menerima perkara itu.

Bab 8

Aqram, Dr. Maxi dan Khairul Anwar sedang menonton skrin besar untuk sesi selanjutnya antara
Karl dengan Farisha pagi itu. Tiba-tiba Farisha jatuh pengsan. Aqram terus berlari ke arah
Farisha. Dr. Maxi menelefon doktor yang merawat Karl untuk menyatakan bahawa sesi pagi itu
terpaksa dihentikan. Setelah diperiksa oleh pegawai perubatan, mereka mengambil keputusan
untuk menghantar Farisha ke hospital . Dr. Maxi telah mengarahkan Aqram dan Khairul Anwar
supaya mereka menjalankan rancangan yang kedua, iaitu Shida akan mengganti Farisha dalam
tugas itu.
Aqram dan Khairul Anwar menjumpai Shida dan memberitahunya bahawa Farisha telah jatuh
pengsan dan telah dihantar ke hospital. Mereka turut bertanya kepada Shida tentang keadaan
Farisha semalam. Shida mengatakan bahawa Farisha kelihatan kurang ceria sejak pulang dari
rumah abangnya. Shida menerima pesanan ringkas daripada Farisha bahwa dia berada di
Hospital Putrajaya kerana tekanan darah terlalu tinggi dan doktor akan membuat CT-scan kerana
ada benjol di belakang kepalanya. Shida diminta ke pejabat Dr. Maxi. Dr. Maxi hendak
mengetahui kesihatan Farisha dan bertanya sama ada Farisha telah mengandung. Shida
menafikan pertanyaan Dr. Maxi kerana Farisha tidak memiliki teman lelaki. Selepas itu Shida
menelefon Rosman tentang keadaan Farisha.

Bab 9.

Di bilik pejabat Dr. Maxi, mereka berpendapat bahawa setelah tiga sesi dilakukan untuk
berkomunikasi dengan Karl, badan Farisha sudah lemah dan tidak mampu menanggung semua
kerja itu. Mereka akan menggantikan Farisha dengan Shida. Mereka perlu membuat persiapan
untuk sesi pagi esok walaupun amanah Karl ialah Farisha sahaja yang dapat menyiapkan tugas
tersebut.
Apabila Shida sampai di rumah, dia mengemaskan pakaian Farisha untuk dibawa ke hospital.
Dia ternampak fail plastik yang disimpan di dalam almari. Shida membuka fail itu dan membaca
dokumen yang ada di dalam fail itu. Dia terkejut kerana Farisha ialah anak angkat yang
diserahkan kepada keluarga angkatnya.
Semasa berada di wad, Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha melaksanakan
semua tugas di Soft Lab. Menurut Farisha , dia pengsan kerana tekanan darah terlalu tinggi,
masalah keluarga dan kurang tidur. Shida ingin mengetahui keputusan daripada CT-scan. Farisha
mengatakan bahawa abangnya telah menjumpai doktor dan keadaannya tidak membimbangkan.
Tidak lama kemudian,Rosman dan Shida meninggalkan wad itu kerana Farisha perlu banyak
berehat.
Beberapa minit selepas Rosman dan Shida meninggal wad itu, Farid dan Amin masuk ke wad
Farisha. Mereka mengeluarkan piring TV Satelit lalu membaca minda Farisha. Ternyata WALL
Farisha pada malam itu tidak fungsi. Dengan mudah, mereka dapat merakamkan ingatan Farisha
lalu keluar dari situ. Selepas itu, Aqram melawat Farisha. Farisha masih tidur lena. Ternyata
Farisha masih lemah dan tidak dapat meneruskan tugas tersebut. Sebenarnya sebelum itu, Aqram
telah bertemu dengan Azraai. Azraai memberitahu Aqram bahawa semua mikrocip masih
terletak di tempatnya. Walaupun doktor telah mengesan mikrocip itu melalui CT-Scan tetapi
Azraai menerangkan bahawa mikrocip itu digunakan untuk tujuan uji kaji. Dia berbuat demikian
atas amanah arwah ibu bapanya, iaitu semua mikrocip mesti kekal di dalam tubuh Farisha dan
berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan.

Bab 10

Pada pagi itu, Shida asyik mencari maklumat Medina tetapi maklumat bagi Medina amat sedikit.
Nama Medina banyak dipadamkan daripada kebanyakan laporan. Alia datang ke belakang Shida
dan meminta Shida pergi ke bilik pejabat Dr. Maxi . Dalam perjalanan, Shida asyik bertanya ke
Alia sama ada berada di sisi Farisha ketika Farisha jatuh pengsan. Alia enggan menjawab.
Sebelum Shida bertanya apa-apa kepada Dr. Maxi, Alia menekupkan kedua-dua belah tapak
tangan ke wajah Shida. Shida segera tidak ingat apa-apa. Dalam pembedahan, mikrocip telah
dimasukkan ke dalam tubuh Shida.

Pada pukul 2.00 petang, Shida dibangunkan oleh Aqram. Menurut Aqram, Shida telah tertidur.
Pada petang pukul 2.30, Shida dibawa ke bilik kerja Farisha. Shida diminta duduk di kerusi
Farisha. Dr. Maxi meminta Shida berhubungan dengan seorang lelaki dan mengikut arahan yang
dipinta. Shida mengangguk. Alia mengurut bahu Shida. Shida terlena. Dua jarum mudah lentur
sudah menusuk ke tengkuknya.

Setelah kembali ke bilik Dr. Maxi, mereka berempat menyaksikan keadaan Shida. Nafasnya
semakin laju dan dadanya berombak. Khairul Anwar bercadang supaya menghentikan sesi itu
tetapi Dr. Maxi tidak bersetuju. Bagaimanapun keadaan Shida semakin serius, Dr. Maxi terpaksa
menghentikan sesi itu. Dr. Maxi tidak mahu memadam ingatan Shida dan hendak mendengar apa
yang dialami oleh Shida.

Sebaliknya di hospital, Farisha terdengar suara tentang suara perempuan yang mengatakan
dirinya sebagai mummy. Setelah lima tahun berkhidmat dengan wanita tua yang separuh gila itu,
Farid tidak pernah lihat wanita itu bergembira begitu. Wanita begitu gembira kerana berjaya
menghubungi anaknya, Farisha. Wanita itu bukan sahaja hendak mencari anaknya tetapi lebih
penting untuk membuktikan yang benar dan yang lebih hebat.

Keesokan pagi, Shida masih berada di bilik kerja Farisha. Sepanjang malam dia memencilkan
diri di satu penjuru tanpa mempedulikan orang lain. Alia diminta untuk memujuk Shida tetapi
tidak berkesan. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Karl terhadap Shida.
Bab 11

Farisha bertanya kepada Azraai tenang nama ibu kandungnya. Azraai mengatakan bahawa
namanya Marilyn, seorang wanita Portugal tetapi tidak tahu siapa bapa kandungnya. Azraai
berasa syukur kerana mendapat adik seperti Farisha. Tiba-tiba Farisha menyatakan bahawa
semalam ibu kandungnya datang dan bercakap dengannya. Azraai terkejut segera meminta
Farisha mengemas barang dan hendak mengeluarkan Farisha dari hospital. Azraai memandu
kereta dan hendak melarikan Farisha keluar dari Kuala Lumpur. Setelah menghubungi rakannya,
Azraai hendak menuju ke arah Air Keroh, Melaka. Farisha hendak mengetahui apa hal yang
berlaku. Azraai memberitahu Farisha bahawa ibunya hendak membunuhnya. Dia pernah cuba
membunuh Farisha ketika bayi kerana taksub dengan sains dan hendak mengorbankan Farisha
demi sains. Farisha tidak dapat menerima kata-kata Azraai. Farisha berasa bingung kerana abang
dapat mengetahui misi mereka. Azraai mengatakan bahawa dia baru mengetahui misi tersebut.
Azraai mengatakan bahawa dia hanya dapat mengetahui perkara itu dua minggu yang lalu.
Azraai juga menerangkan bahawa 26 tahun yang lalu, dua orang lelaki datang ke rumah mereka
dengan membawa Farisha bersama.

Sebaliknya di bilik kerja Farisha, Shida terpaksa diikat kerana dia meronta-ronta dan berguling-
guling di lantai. Kekuatannya seperti lelaki. Alia diminta mengurut bahu Shida dan Shida
kembali tenang. Dr. Maxi cuba bercakap dengan Shida. Shida mengakui dirinya sebagai Karl.
Mereka terkejut. Karl hendak mengetahui ke mana pergi Farisha. Karl tidak paus hati kerana
mereka menggantikan Farisha dengan Shida. Dr. Maxi mengatakan bahawa dia terpaksa berbuat
demikian kerana keadaan Karl yang tidak dibenarkan. Shida terus menengking Dr. Maxi bahawa
dia hanya hendak Farisha sahaja untuk menjalankan projek itu kerana Farisha cukup lengkap.
Shida menegaskan bahawa dia memerlukan Farisha untuk menghapuskan virus yang disusupi
masuk ke dalam Dinara dan mereka kesuntukan masa. Melalui mulut Shida, Karl mengatakan
bahawa jika virus itu diaktifkan, virus itu akan menular kepada ribuan manusia. Dr. Maxi segera
memberikan arahan supaya Aqram membawa Farisha ke Soft Lab segera. Sebaliknya Aqram
menerima berita bahawa Farisha telah meninggalkan Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, Azraai terpaksa menghentikan keretanya di hentian Pagoh kerana kepala
Farisha pening dan sepeti terpadat cahaya kilat memancar matanya. Farisha terus jatuh pengsan
lagi. Semasa Azraai mencari ubat untuk Farisha, dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang
berdiri di luar kereta mereka. Dengan pistol, dua orang lelaki telah membawa Farisha dan Azraai
diberi amarah supaya tidak membuat laporan kepada pihak polis.
Alia mengejutkan Shida. Shida menjerit-jerit bagai dirasuk. Shida menangis dan mengatakan
bahawa dia duduk di dalam penjara. Ramai banduan belasahnya. Shida terus mengatakan bahawa
dia telah membunuh seorang budak lelaki di dalam dewan pembedahan. Selain itu, dia juga
memukul seorang wanita sampai cacat dan hampir mati lalu memberi dia kehidupan baharu
kemudian. Khairul Anwar meluru kepada Shida dan bertanya siapanya yang sebenarnya. Shida
mengatakan bahawa Khairul Anwar sebenarnya bernama Muhammad Irfan yang merupakan
pengemis. Dia telah diberi ingatan baharu dan menjadi Khairul Anwar. Khairul Anwar sangat
marah dan hendak memukul Shida. Dr. Maxi cuba mengawal emosi Khairul Anwar yang tidak
tenteram.

Bab 12
Dengan cemas, Azraai menghubungi Rosman bahawa Farisha telah diculik orang. Dia meminta
Rosman supaya mengesan lokasi telefon bimbit Farisha. Rosman dapat mengesan Farisha telah
dibawa ke arah lebuh raya ke utara. Azraai segera keluar dari hentian Pagor dan menuju ke arah
lebuh raya.

Farid telah menghubungi Marilyn bahawa mereka telah berjaya menangkap Farisha. Farisha
masih tidak sedar diri di dalam kereta. Di makmal, Marilyn melelapkan mata dan berinteraksi
dengan Farisha. Dalam interaksi minda itu, Farisha menolak Marilyn sebagai ibunya .

Di Soft Lab, Melalui Shida, Karl memberitahu Alia bahawa dia bernama Rusmina dan
merupakan isterinya. Rupa-rupanya Rusmina pernah derhaka kepada Karl sehingga dipukul
sampai cacat. Selepas Karl mengubah fizikal dan ingatan serta nama Alia. Fikiran Shida
bercelaru kerana krisis identitinya. Dr. Maxi dan Aqram telah mendapati bahawa Karl telah
memindahkan pengalamannya yang pahit selamat 20 tahun ke dalam minda Shida. Khairul
Anwar bertanya sama ada ujii kaji sedemikian pernah dilakukan. Menurut Dr. Maxi, uji kaji
yang pernah dijalankan terhadap Medina itu gagal.

Di lebuh raya, aplikasi pengesan di telefon pintar Rosman telah menunjukkan kereta yang
membawa Farisha tidak ke Seremban. Melalui telefon, Azraai menyangka bahawa Farisha telah
dibawa ke Soft Lab.

Di dalam kereta, Farisha terjaga dan mendapati bahawa dia telah ditangkap oleh dua orang lelaki.
Tangan dan kakinya telah diikat.

Di Soft Lab, Alia terus bertanya kepada Shida tentang hubungan Karl dengan Medina. Shida
(Karl) terus mengakui bahwa dia berjaya atas bantuan Medina. Medina sungguh bijak dan
sentiasa hendak membuktikan dia lebih hebat daripada Karl. Shida terus berkata bahawa dia
gagal cinta akan Medina dan Medina mengaburi matanya dengan kecantikan dan
kebijaksanaannya. Dr. Maxi, Aqram dan Khairul Anwar baru mengetahui perkara yang
tersembunyi selama ini. Atas dasar kemanusiaan, Dr. Maxi mengambil keputusan untuk
memadamkan ingatan Karl terhadap Shida. Pada mula Alia enggan menjalankan prosedur itu
kerana ingin mengetahui peristiwa Karl dengan lebih lanjut lagi. Alia pun diberi masa 10 minit
untuk berinteraksi dengan Shida tanpa diawasi oleh mereka.

Di sebuah stesen minyak, Marilyn menaiki kereta Farid. Dia gembira berjumpa dengan Farisha.
Dia mengucup pipi Farisha . Farisha bertanya kepadanya tentang sebab Marilyn hendak
membunuhnya dahulu. Marilyn sedia memberikan keterangan kepada Farisha untuk mendapat
kepercayaan anak gadisnya.

Bab 13

Aqram menghubungi Dr. Haris supaya mengadakan sesi terakhir. Menurut Dr. Haris, otak Karl
telah semakin lemah. Alia diminta menjalankan tugas. Alia meletakkan kedua-dua tangannya di
pelipis Shida dan Shida mula lena. Dua batang jarum mudah lentur sudah memasuki tengkuk
Shida. Berbagai-bagai maklumat daripada otak Karl sudah mula berpindah kepada Shida. Tiba-
tiba kedengaran suara Shida. Shida mengatakan bahawa dia berterima kasih kepada Alia yang
setia. Dr. Maxi bertanya kepada Karl sama ada boleh menggunakan Shida untuk menyelamatkan
Dinara. Suara Karl mengatakan bahawa dia akan cuba menyelamatkan Dinara ketika itu tetapi
dia masih perlukan “Farisha di situ sebelum masanya tamat. Setelah tangan dilepaskan, Shida
mula menghidupkan komputer tablet di meja. Karl mengatakan bahawa Farisha telah
memberikannya ilham untuk mencari punca virus itu dan cara untuk menyahaktifkan sistem
Dinara. Dia juga mengetahui bahawa semua angkara Medina adalah hendak menghancurkan
mereka. Marilyn masuk ke tempat itu secara tiba-tiba. Madina mengejek Karl hidup dalam badan
perempuan. Karl memarahi Medina yang menangkap Farisha. Sebalik Farisha terkejut suara
Shida yang berubah dan nama ibunya ialah Medina.
Medina mula bercerita bahawa 30 tahun dulu, dia datang bekerja kepada Karl dan telah
menjadikan dia sebagai Medina dan mengambil kesempatan dengan sesuka hati. Karl
mengatakan bahawa segala-gala atas kerelaan Medina sendiri. Medina mengatakan bahawa
ternyata dia lebih hebat daripada Karl sehingga cemburu terhadapnya. Karl menjelaskan bahawa
dia terpaksa melarikan Farisha daripada Medina kerana Medina sudah gila dan hendak
membunuh anak sendiri. Medina menafikan dakwaan itu dan mengatakan bahawa bapanya Karl
juga gila dan sanggup menanam berbagai-bagai implan dalam tubuh Farisha serta memberikan
berjenis-jenis ubat untuk menjadikan dia sebagai kanak-kanak genius. Dia rela Farisha mati
daripada diseksa begitu.
Rupa-rupanya Farisha ialah anak kepada Karl dan Medina. Dr. Maxilah yang membawa Farisha
kepada keluarga angkatnya demi keselamatannya. Dia dibawa ke Soft Lab kerana atas
permintaan Karl. Kepintaran Farisha sangat diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. Karl
sendiri tidak mampu lakukannya. Dinara dibangunkan oleh Karl dan Medina. Dengan sombong,
Medina mengatakan bahawa Dr. Maxi sepatutnya mencarinya untuk menyelamatkan Dinara
kerana dialah yang paling hebat. Tiba-tiba Shida menjerit dan mengatakan bahawa Medina gila
dan sabotaj projek mereka.
Pada masa itu, Dr. Haris menelefon Dr. Maxi bahawa Sesi itu mesti dihentikan segera kerana
Karl sudah nazak. Khairul Anwar selesai melancarkan dua program seperti yang dicadangkan
oleh Dr. Maxi. Medina berpuas hati atas kejadian itu. Dr. Maxi memberitahu Medina bahawa
Karl sedang dalam keadaan nazak. Mereka terkejut. Medina tidak tahu Karl menghidap penyakit.
Mereka semua menuju ke arah rumah Karl di Puchong. Farisha dan Aqram turut menaiki kereta
Azraai. Aqram mula bercerita tentang virus dalam sistem Dinar. Medina berdendam terhadap
Karl atas sikap angkuh Karl, iaitu Medina berusaha membantu Karl dalam penyelidikan tetapi
Karl telah mensabotaj Medina dengan memindahkan ingatan seorang bekas banduan ke dalam
minda Medina sehingga Medina menjadi separuh gila. Oleh itu Medina hampir membunuh
anaknya sendiri.
Aqram juga menceritakan bahawa dia sebenarnya berumur 60 tahun dan merupakan adik Karl
yang terencat akal. Karl telah membina semula luarannya malah memberikan ingatan dan fikiran
baharu kepadanya. Menurut Aqram, Alia merupakan hasil percubaan Karl yang pertama tetapi
kurang sempurna, iaitu tidak mengubah emosinya yang kuat cemburu. Aqram mengakui bahawa
dia, Alia, Khiarul Anwar dan beberapa ratus orang pekerja di Soft Lab ialah cyborg.
Aqram menjelaskan bahawa Farisha adalah manusia biasa yang lahir daripada benih kasih
sayang Karl dengan Medina.

Bab 14
Apabila sampai di rumah Karl , mereka hanya dibenarkan masuk ke bilik rawatan Karl seorang
demi seorang. Medina dan Alia turut masuk ke bilik rawatan itu dan perasaan sedih ketika
keluar. Farisha hanya memberikan salam kepada ayah yang baru dikenalinya. Setitik air jernih
mengalir di pipi lelaki yang sedang nazak itu. Pada pukul 7.00 Dr. Haris mengumumkan Karl
sudah meninggal dunia.
Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Pada hari
Ahad, berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port Dickson untuk upacara itu.
Medina menggenggam tangan Farisha sepanjang upacara. Medina turut menyesal kerana lari
daripadanya. Farisha memuji ibunya dan bapanya sama hebat.
Farisha mendapati bahawa Shida hanya diam sahaja sejak semalam dan kelihatan agak aneh.
Tiba-tiba Shida mengatakan bahawa mati itu satu pemulaan baharu. Farisha bimbang akan Shida.
Tiba-tiba Shida menyuruh Farisha tidak perlu bimbang akan Shida dan mereka berdua masih ada
banyak kerja di Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram memegang tangan Shida dan
bertanya sama ada dia ialah Karl. Shida mengatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan
Akeem, adiknya seorang di dunia ini. Aqram terdiam. Farisha sudah berlari mencari Medina.

Tema

Persaingan dalam dunia sains.


Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia
mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji
sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn
tetap meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara. 
Persoalan
 1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan
        Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft
Lab, Cyberjaya.
        Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan
interkom.
2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi
sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
        Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan
aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai
bahan kajian.
        Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk
menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3. Kasih sayang sesama ahli keluarga
        Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan
adiknya dalam keadaan yang terbaik.
        Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya
Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk
memantau dan memastikan keselamatannya.
4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
        Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak
isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
        Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan
hidup  sebagai ateis.
5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
        Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat
uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan
diberikan kepada keluarga angkat.
                          
Watak dan perwatakan

Peta Bulatan Watak Di Sebalik Dinara

 Farisha Rizal

         watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara


         berusia dalam lingkungan umur 26 tahun
         seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT
         Seorang adik yang penyayang
         Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
         Berhati-hati dalam membuat keputusan
       Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut
kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan
pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
Shida

         Kawan serumah dengan Farisha


         Rajin membaca
         Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
         Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara
         Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar

Azraai

         Abang angkat Farisha


         Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
         Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
         Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
         Menghidapi penyakit jantung

Rosman

         Rakan kongsi Farisha


         Bersikap materialistik dan mementingkan wang
         Mengambil berat masalah Farisha

Aqram

   Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya
dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
         Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
     Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl
bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.

Alia

         Seorang pekerja senior di Soft Lab


         Perawakan wajah yang cantik
    Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama
Rusmina. Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan
Karl
         Sangat menyayangi Karl.
         Kurang sabar dan cemburu.
Karl

         Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi


         Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
         Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
         Bapa kandung Farisha
         Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di
Puchong.

Medina@Marilyn

         Wanita keturunan Portugal


         Cantik, putih dan berambut keriting
         Bijak dan hebat dalam bidang sains
         Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl
         Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains

Soalan : Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda telah pelajari.

Cadangan Jawapan : Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 bertajuk Di Sebalik Dinara
karya Dayang Noor. Watak utama novel ini ialah Farisha. 

Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang  anak kandung kepada Medina@Marilyn dan
Karl. Farisha juga seorang yang cantik. Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha agak
cantik dan bersopan santun.

Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya, Farisha
diminta oleh Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang
dimilikinya  pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain,
Aqram mengakui kelemahan Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya
keselamatannya boleh ditingkatkan

Selain itu, Farisha adalah seorang yang serhati-hati dalam membuat keputusan.


Buktinya,  Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman
iaitu Azraai. 

Farisha jugaeorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai


contohnya, pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun
mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia
tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang antara dua beradik  yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal
scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam
sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya  sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah dimasukkan ke
dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya
wanita gila. Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah
dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada
keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada ketua
Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari
Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh
Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
  
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan
adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga
memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat
rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan
zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk
menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang
manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai
tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman iaitu
Azraai.
4. Kita haruslah menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di
telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha
sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.  

LATAR 
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu
itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit
abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured
Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara
ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan
angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di
Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha
menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida
bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada
Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada
wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba
pengsan di tempat kerja.
Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada
ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang mengandungi
dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi
Farisha.
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh
banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
Pada waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti
di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di Soft Lab
Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di
situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya. Bilik
tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat
bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram,
Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu orang
lain.
Monorel – Stesen kereta api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang
makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka
sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.
Rumah agam Karl di Puchong
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan
projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini
tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft
Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang
dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah  Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit
abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang iterkom yang
bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam
dunia penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih hebat
daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik ICT
Farisha, Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat
dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam
computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan
apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah Karl.
Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan  Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan
ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara. Walaupun
belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan Dinara. Kerana
kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan Dinara. 
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan – Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat
di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala
Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan
seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium
di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan – Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan
ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl.
Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan
Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan
projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik
bernama Medina.
3. Konflik – Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya anak
angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga
berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital
menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul
Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks – Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha
untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya mahukan sesi
komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia
meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl
masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di
pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara
Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di
bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian – Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan
menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara
perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda
dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar
dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai
anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin
berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak
kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl.
Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di bilik
pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang
kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan
terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya
kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang
sama. Pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl
membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan
ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya apabila kau dah sihat nanti. 
Kamu ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah teknologi maklumat

Anda mungkin juga menyukai