Anda di halaman 1dari 13

Isi Kandungan

Pendahuluan ............................................................................................................................... 2
Definisi ICT ................................................................................................................................ 3
Definisi Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................................................... 4
Definisi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ................................................ 4
ICT dari Perspektif Barat ........................................................................................................... 4
ICT dari Perspektif Islam ........................................................................................................... 5
Matlamat Kurikulum ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran................................................ 5
Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .................................................................... 6
Contoh Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ....................................................... 8
Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran ............................................... 9
Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran .......................... 10
Penutup ..................................................................................................................................... 12
Rujukan .................................................................................................................................... 12

Pendahuluan
Arus globalisasi bergerak begitu pantas pada masa kini. Perubahan dan
perkembangannya agak sukar untuk dibendung dari menular dalam kehidupan kita.
Perkembangan ini terus memberi impak yang baik kepada masyarakat dan tidak kurang juga
memberi pelbagai cabaran kepada kita semua khususnya kepada dunia pendidikan. Justru, ada
yang menganggap era ini sebagai era ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan. Hal ini
kerana, mereka beranggapan dunia hari ini agak kecil dek kerana apa sahaja yang berlaku di
barat dapat diketahui oleh masyarakat di sebelah timur dengan sangat pantas.
Penyebaran ICT yang pesat menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan amalanamalan kehidupan yang berlainan yang datang dari pelusuk dunia. Tanpa memikirkan
sempadan wilayah, ia terus memasuki ke dalam diri setiap ahli masyarakat tanpa sekatan.
Hanya kekuatan jatidiri dan keimanan sahaja yang dapat mengawal penularan nilai-nilai
negatif yang disebarkan melalui ICT. Bagi nilai-nilai positif pula, kita sangat mengalu-alukan
perkembangannya kerana ianya dapat membangunkan potensi penggunanya.
Seperti yang diketahui umum bahawa ICT merupakan satu cabang ilmu yang
dipelopori oleh orang-orang barat. Justru itu, ilmu ini seolah-olah terpisah dari roh ketauhidan
dan tiada hubung kait dengan Tuhan. Namun tanpa dapat disangkal lagi, Islam yang bersifat
menyeluruh dari segala aspek sudah pasti tidak terlepas dari membicarakan seterusnya
memimpin ilmu ini. Al-Quran sebagai rujukan utama umat Islam, di dalamnya sahaja terdapat
kira-kira empat puluh satu ayat yang membicarakan tentang berita yang mengandungi
maklumat.1 Diantara ayat al-Quran yang menyebut tentang berita dan sangat berkaitan dengan
teknologi penghantaran maklumat, adalah surah al-Araaf ayat 57 ;

Mokmin bin Basri, Isu-isu Teknologi Maklumat Menurut Hadith. Selangor : Sekolah Sains Informasi dan
Teknologi Maklumat. 2006. hlm. 269.

Terjemahannya :
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan
mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami
turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagaibagai buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orangorang yang telah mati, supaa kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
Begitulah juga perkembangan ICT yang sedang berkembang pesat dalam dunia
pendidikan khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Hakikat perkembangan ICT
yang berlaku di semua peringkat pada hari ini tidak dapat lari dari isu dan cabarannya
tersendiri. Jika disalahguna atau sekiranya penggunaan ICT tidak dikawal mengikut polisi dan
prosedur tertentu, manfaat yang kita perolehi tadi akan datang bersamanya keburukan yang
akhirnya akan merosak serta meruntuh nilai-nilai murni.
Oleh yang demikian, kerja kursus ini akan merungkai dan membincangkan beberapa
isu semasa berkaitan penggunaan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
sektor pendidikan hari ini.

Definisi ICT
ICT merupakan singkatan daripada perkataan Information and Communication
Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Teknologi Maklumat
dan Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah,
menyebar dan memapar maklumat menggunakan perantaraan teknologi.2

Nafisoh, Maksud ICT, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://pendidikan-ict.blogspot.com/2010/06/maksudict.html

Definisi Pengajaran dan Pembelajaran


Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak
dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu
pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.3
Pembelajaran pula merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.4

Definisi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.5

ICT dari Perspektif Barat


Secara umumnya ICT menurut barat adalah apa juga peralatan yang berasaskan
komputer yang digunakan bersama-sama maklumat dan menyokong maklumat dan keperluan
memproses maklumat yang diperlukan oleh sesuatu organisasi. Selain sebagai alat
menyokong aktiviti maklumat, ICT juga dilihat sebagai alat bagi membantu melalui empat
cara :
i. Tugasan memproses-maklumat.6
ii. Tugasan membuat keputusan.7
iii. Perkongsian maklumat melalui pengkomputeran berpusat.8
iv. Inovasi.9
3

Sarina, Definisi Pengajaran dan Pembelajaran, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari
http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-dan-pembelajaran.html
4
Ibid.
5
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, hlm 1
6
Ibid.
7
Ibid.
8
Ibid.

ICT dari Perspektif Islam


Hakikatnya, ICT yang digembar-gemburkan sebagai hebat itu tidak lain dan tidak
bukan hanyalah suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat melalui cara yang
dipercayai paling berkesan dan pantas. Jika diperhalusi, ICT yang diterajui oleh barat tidak
membincangan tentang beberapa perkara yang penting seperti matlamat ICT, isi kandungan
ICT, amanah dan adab-adap berkaitan ICT secara serius.
Melihat pada al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan umat Islam sejak zaman
berzaman, persoalan tentang teknologi, maklumat dan komunikasi sebenarnya telah disentuh
didalamnya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung dan seharusnya ia dijadikan
rujukan dan panduan kepada pemain dan peneraju ICT.

Matlamat Kurikulum ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Ilmu ICT juga seperti ilmu-ilmu yang lain yang mana matlamatnya tidak lain dan tidak
bukan adalah untuk mencapai tahan keimanan dan mengesakan Allah s.w.t. Ilmu itu adalah
temasuk iman dan tujuan ilmu itu adalah untuk mengasuh, memupuk, menjelmakan kebaikan
yang bermaksud keadilan dalam diri insan sebagai insan itu sendiri.
Hakikatnya, Rasulullah s.a.w sendiri diutuskan untuk menyampaikan pesanan Allah
tentang apa jua yang ada dilangit dan dibumi adalah menifestasi kepada kebesaran dan
kekuatan Allah seperti firman-Nya dalam suran Yunus ayat 101 ;










Terjemahannya :
Katakanlah (wahai Muhammad) : Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada dilangit dan di
bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan
kekuasaan-Nya. Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan
Allah), dan tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan
kepadanya.

Ibid.

Melihat

pula

bidang

tugas

Rasulullah

s.a.w,

Baginda

diamanahkan

bagi

menyampaikan perintah-perintah dari Allah dan juga memberi nasihat seperti yang terdapat
dalam banyak ayat al-Quran yang menyebut tentang tanggungjawab ini. Antara ayat al-Quran
yang menyebut tentang tanggungjawab ini adalah firman Allah dalam surah al-Araaf ayat 62;





Terjemahannya :
Tugasku menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang diutuskan oleh Tuhanku, serta
aku memberi nasihat keada kamu, sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya.
Justru, ilmu ICT juga sepatutnya bertunjangkan dan membawa kepada pengesaan
kepada Allah. Hal ini kerana, penguasaan ilmu ICT tanpa membawa kepada petunjuk akan
menyebabkan manusia tergolong dalam golongan sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud ; Barangsiapa bertambah ilmunya dan tidak bertambah petunju, niscaya dia tidak
bertambah dekat melainkan bertambah jauh dari Allah.

Peranan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


1) Menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi membuat seterusnya
menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih
difahami dan diikuti oleh pelajar.10
2) Meningkatkan

kefahaman

sesuatu

konsep,

memberi

gambaran

visual

dan

memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.11


3) Meransang pelajar untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.12
4) Membantu pelajar dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih
cepat dan tepat.13

10

Nadia. Aplikasi ICT yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 2015. Hlm 4
Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari
http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp
12
Ibid.
13
Ibid.
11

5) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada pelajar yang mempunyai


pelbagai kebolehan dan kecerdasan.14
6) Membantu pelajar mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar
diperoleh dalam keadaan biasa.15
7) Mewujudkan susasana pembelajaran yang senorok, mencabar dan berbentuk
penerokaan.16
8) Meningkatkan daya kretiviti, inovasi dan imaginasi pelajar.17
Keperluan terhadap penggunaan ICT dalam pendidikan amat dirasai kerana ICT telah
menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai
maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua kita berada. Pengaruh dan
kemajuan era ICT mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian serta
pengajaran dan pembelajaran.
Hakikat yang tidak dapat disangkal adalah bangsa yang maju adalah bangsa yang
mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan.
Dalam konteks ini, ICT berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai
agen revolusi sosial.
ICT amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutama untuk sistem
pendidikan terbuka (open learning), sistem pendidikan secara jarak jauh (distance learning)
dan sistem pendidikan secara dalam talian (online or electronic learning)18. ICT merupakan
pembantu proses interaksi antara individu, dan pada hari ini telah merevolusikan persekitaran
pembelajaran. Selain itu, ICT juga memberikan fleksibiliti kepada guru dan pelajar dari aspek
masa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Oleh yang demikian, pengaplikasian ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari ini bukan sahaja tidak dapat dielakkan
lagi malah perlu sentiasa diberi keutamaan dan diperkemaskinikan agar sejajar dengan arus
perkembangan semasa.
ICT berperanan sebagai alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana pendidikan pada hari ini bukan sahaja perlu menggunakan buku semata-mata, tetapi
14

Ibid.
Ibid.
16
Ibid.
17
Ibid.
18
Zuraini, Fatimah dan Hasmawati, Cabaran Pendidikan secara Jarak Jauh : Kesedaran dan Pendedahan dalam
Era Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia, 2006, hlm 6.
15

lebih maju dan berkembang dengan alat-alat bantuan lain. Selain itu, peranan ICT juga
penting dalam membantu kekurangan kepakaran dan tenaga pengajar. Ianya berperanan
sebagai alat altenatif kepada kekurangan kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar.

Contoh Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Proses pengajaran dan pembelajaran bermula dari proses pendaftaran pelajar untuk
sesuatu program pengajian sehinggalah proses penyampaian bahan pengajaran dan
pembelajaran dan seterusnya penilaian kemajuan pelajar itu sendiri. Diantara contoh aplikasi
ICT yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :
1) Sistem pendaftaran mata pelajaran.
Pendaftaran subjek secara atas talian dilihat bukan sahaja dapat mengatasi pelbagai
jenis masalah seperti kekangan masa dan ruang yang terhad dalam menguruskan pendaftaran
mata pelajaran malah dapat memberi pelbagai faedah lain. Melalui penggunaan teknologi
Internet, pendaftaran mata pelajaran dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa kekangan
masa dan tempat. Tenaga kerja untuk petugas pendaftaran juga dapat dikurangkan selain
keperluan penggunaan ruang yang besar untuk proses pendaftaran dapat dielakkan. Selain
daripada itu penggunaan sistem pendaftaran subjek secara atas talian juga dapat membantu
pengurangan penggunaan kertas. Pelajar mendaftar menggunakan komputer dan segala data
yang mereka masukkan disimpan secara elektronik. Penyimpanan data secara elektronik ini
juga memudahkan capaian ke atas data atau rekod pelajar. Hal ini berbeza dengan sistem
konvensional yang menggunakan kertas dan sistem fail yang disusun di dalam kabinet untuk
penyimpanan rekod pelajar. Kekurangan sistem ini adalah capaian ke atas rekod-rekod pelajar
tidak dapat dilakukan secara cepat dan mudah. Dengan teknologi ICT yang wujud pada hari
ini, data pelajar yang disimpan secara elektronik dapat dicapai dengan mudah dan cepat selain
tidak memerlukan ruang penyimpanan yang besar untuk menempatkan kabinet-kabinet fail
rekod pelajar.19

19

Shukor dan Masitah. Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Institut Pengajian
Tinggi. Johor : Universiti Teknologi Malaysia. 2011. hlm 12

2) Sistem penjadualan mata pelajaran.


Penjadualan mata pelajaran adalah suatu proses yang rumit kerana melibatkan analisa
penggunaan ruang, masa dan kumpulan pelajar serta pengajar. Kebiasaannya proses
penjadualan ini akan melalui pelbagai proses penyesuaian dan pembaikan sebelum sesuatu
jadual yang lengkap dapat dikeluarkan kepada pelajar dan pensyarah. Proses ini memakan
masa yang lama dan memerlukan penelitian yang tinggi. Dengan kemudahan teknologi ICT
hari ini, proses ini mampu dipermudahkan. Analisa ruang, masa, kumpulan pelajar dan
pensyarah dapat dilakukan dengan cepat tanpa ralat oleh komputer. Sistem ini boleh dicapai
secara atas talian oleh pengguna berdaftar. Sebarang perubahan mengenai masa, tempat, dan
tarikh sesuatu kuliah dapat diikuti dengan pantas oleh pensyarah dan pelajar-pelajar yang
terlibat. Selain itu, melalui sistem ini juga, penggunaan setiap ruang di fakulti tersebut dapat
dioptimumkan dengan sebaiknya.20

Integrasi Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara
pun boleh dikatakan sebagai teknik terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang
sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan pelajar serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam suatu jangka masa yang munasabah.
Integrasi penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut konteks
perbincangan ini secara umum melibatkan dua aspek utama iaitu pertamanya aspek
pengajaran (guru menggunakan ICT) dan keduanya aspek pembelajaran (pelajar
menggunakan ICT).21
Dalam aspek pengajaran, penggunaan ICT dapat dikategorikan kepada
i.

Alat persembahan.22

ii.

Alat demonstrasi.23

iii.

Jaringan pendidikan.24

20

Ibid., hlm. 12.


Ibdi.
22
Ibid.
23
Ibid.
24
Ibid.
21

Manakala dalam aspek pembelajaran pula, ICT digunakan sebagai :


i.

ICT untuk pembelajaran tutorial.25

ii.

ICT untuk pembelajaran penerokaan.26

iii.

ICT sebagai alat aplikasi.27

iv.

ICT sebagai pemudah komunikasi.28

Isu Semasa Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


1) Persepsi guru terhadap kepentingan komputer
Walaupun ramai guru telah bersedia dengan perubahan penggunaan komputer di
dalam pengajaran tetapi masih ada guru yang lebih selesa menggunakan kaedah
konvensional yang dirasakan lebih relevan dengan sistem peperiksaan pada hari ini.29

2) Masa dan beban tugas guru


Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak bagi guruguru menyediakannya. Persediaan diperlukan termasuk dari aspek penyediaan bahan
mengajar serta bahan pada komputer sebelum kelas dimulakan. Ironinya, kebanyakan
guru sedar tentang kelebihan menggunakan komputer tetapi kurang menggunakannya
kerana kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Kesuntukan masa
menggunakan ICT oleh guru-guru menjadi penghalang manakala sikap positif, keyakinan
diri dan kemahiran menggunakan ICT menjadi pendorong perlaksanaannya dalam
pengajaran dan pembelajaran.30

3) Kekurangan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer


Proses pengajaran menggunakan ICT menuntut guru berkemahiran dalam membina
persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan
Powerpoint dengan input-input seperti memasukan video, grafik dan bunyi mengikut
kreativiti guru. Oleh kerana tidak semua bahan pengajaran tersedia untuk digunakan
25

Ibid.
Ibid.
27
Ibid.
28
Ibid.
29
Ibid.
30
Ibid.
26

10

terus, maka guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik, tetapi
keinginan guru untuk menambahbaikan bahan pengajaran dan pembelajaran hanya
tinggal sebagai kemahuan sahaja kerana guru-guru kekurangan kemahiran komputer dan
pengetahuan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.31

4) Sistem pendidikan berorentasikan peperiksaan


Disebabkan penekanan kepada pencapainan di dalam peperiksaan, guru-guru hanya
memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang dinilai di dalam peperiksaan.
Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan. Menurut bekas Ketua Pengarah
Kementerian Pelajaran, Tan Sri Wan Zahid Nordin, pelajar Malaysia antara pelajar paling
menderita disebabkan sistem yang berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang berkemungkinan mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa
memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.32

5) Kekurangan prasarana dan bahan sokongan


Satu cabaran penting pendidikan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan bahan
sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ini bermakna kemudahan ini tidak terhad kepada
golongan tertentu sahaja. Ironinya pada hari ini, pembekalan kemudahan ICT seperti
komputer tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Selain itu, sistem rangkaian dan
jalur lebar di Malaysia masih tidak meluas yang menyukarkan capaian kepada internet. 33

6) Jurang ICT dan digital


Jurang digital bermaksud terdapatnya jurang di antara satu komuniti dengan
komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT
serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Faktor yang menyebabkan jurang
digital ialah :

i.

Faktor ekonomi, iaitu tidak mampu untuk membeli dan mendapatkan


khidmat ICT.

31

Ibid.
Ibid.
33
Suhaili Hanafi, Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan, Dicapai pada 20 Jun 2015 dari
http://www.slideshare.net/SuhailiHanafi/cabaran-dan-isu-penggunaan-ict-dalam-pendidikan
32

11

ii.

Faktor geografi, iaitu tempat yang tidak mempunyai liputan internet.

iii.

Faktor kemahiran komputer, iaitu tidak mengetahui bagaimana unuk


mengakses maklumat.

iv.

Faktor kemahiran bahasa dan literasi iaitu tidak dapat membaca dan
memahami bahasa internet dengan baik.

Penutup
Ironinya, kita tidak boleh menafikan sumbangan kemajuan ICT dalam transformasi
dan inovasi dunia pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, kita juga jelas
dengan hakikat bahawa ICT tidak dapat menggantikan peranan manusia secara total
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ICT boleh diintegrasikan dengan sistem
konvensional sedia ada dan bukan untuk menggantikan sistem konvensional tersebut
keseluruhannya.

Rujukan
(1) Basri, M. (2006), Isu-isu Teknologi Maklumat Menurut Hadith, Selangor : KISDAR
(2) Abdul Razak, S. Ghazali, M. (T.Th), Penggunaan Aplikasi ICT dalam Pengajaran dan
Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi, Johor : Universiti Teknologi Malaysia
(3) Nadia. (2015). Aplikasi ICT yang boleh digunakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
(4) Zakaria, Z., Hassan, F., Hassan, H,. Shariff, N., (2006), Cabaran Pendidikan secara
Jarak Jauh : Kesedaran dan Pendedahan dalam Era Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
(5) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. (2001). Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
(6) Nafisoh, (2010), Maksud ICT. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari http://pendidikanict.blogspot.com/2010/06/maksud-ict.html
(7) Sarina, (2009), Definisi Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada 20 Jun 2015 dari
http://sarinapraktikum.blogspot.com/2009/07/definisi-pengajaran-danpembelajaran.html
12

(8) Penggunaan Teknologi dan ICT dalam P&P dalam bilik darjah. Dicapai pada 20 Jun
2015 dari http://www.slideshare.net/isuict12/penggunaan-ict-dalam-pp
(9) Suhaili Hanafi. (2013). Cabaran dan Isu Penggunaan ICT dalam Pendidikan. Dicapai
pada 20 Jun 2015 dari http://www.slideshare.net/SuhailiHanafi/cabaran-dan-isupenggunaan-ict-dalam-pendidikan

13

Anda mungkin juga menyukai