Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

RAJA PERMAISURI BAINUN


30020 IPOH, PERAK

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS

TARIKH : 23-25 JANUARI 2016

TEMPAT : KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN &


SEKOLAH MENENGAH YAYASAN
TERENGGANU

ANJURAN : SMK RAJA PERMAISURI BAINUN


1.0 PENGENALAN

Program Lawatan Penanda Aras ini merupakan salah satu program yang dirancang bagi
memenuhi Dasar Latihan Sumber manusia Sektor Awam yang menekankan keperluan semua
warga kerja memenuhi sekurang-kurangnya tujuh hari latihan.
Program ini merupakan mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru ke
arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam
Rukun Negara. Profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan
tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina
generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi ‘insan contoh’ kepada masyarakat.
Lawatan Penanda Aras merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang..
Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian
terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut.
Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting untuk menampilkan peribadi dan jati diri
yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri guru-guru. Oleh itu, pengisian-
pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri
guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya
dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru selepas mengikuti lawatan agar dapat:


4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.
4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.
4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.
4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.
4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.
5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh : 23 JANUARI 2016 (SABTU)


Masa : 9.00 PAGI - 3.00 PETANG
Tempat : KOLEJ MATRIKULASI KELANTAN, SELISING KELANTAN.
Tarikh : 24 JANUARI 2016 (AHAD)
Masa : 10.00 PAGI – 10.00 MALAM
Tempat : SEKOLAH MENENGAH YAYASAN TERENGGANU BESUT

3.0 PESERTA

Seramai 36 orang yang terdiri daripada Pengetua, pentadbir dan ahli jawatankuasa kurikulum,
kokurikulum, hal ehwal murid dan asrama termasuk dua orang pemandu. (Senarai nama rujuk
lampiran 1)

4.0 DAPATAN LAWATAN

Program Lawatan Penanda Aras ini akan mengambil 3 hari yang melibatkan aktiviti
berunsurkan ilmiah, interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN
2.
CONTOH DAPATAN
Dapatan Lawatan Pada 2 Mac 2013 hari Sabtu bersamaan 19 Rabiul Akhir 1434H seramai 32
orang guru dan 3 orang kakitangan sekolah Kebangsaan Bandar Mas telah membuat lawatan
penandaarasan ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, (SKS9) Shah Alam, Selangor. Kami begitu
teruja untuk melihat sekolah SKS9 kerana sekolah ini merupakan sekolah yang hebat dan terkenal di
Selangor. Sebaik sahaja bas memasuki perkarangan sekolah, jelas tersergam bangunan yang cantik dan
gah. Dari jauh tertera perkataan Sekolah Berprestasi Tinggi. Ketibaan kami disambut oleh guru-guru
SKS9 dengan sapaan dan senyuman salam perkenalan. Sebelum memulakan acara seterusnya
terlebih dahulu diadakan sesi bergambar bagi kedua-dua buah sekolah sebagai tanda kenang-kenangan.
Kemudian kami dibawa ke bilik jamuan untuk menjamu selera dengan hidangan yang enak. Selesai
menikmati jamuan barulah kami dibawa ke Bilik Gerakan untuk sesi perkenalan dan menandatangani
memorandum lawatan. Berdasarkan penerangan Guru Besar SKS9 iaitu Puan Hajah
Normah bt Othman Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam terletak di dalam Bandaraya Shah Alam,
ibu negeri Selangor berhampiran dengan Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan
Hotel Concorde. Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 1998. Walaupun usianya masih muda namun
telah banyak kejayaan yang ditempa sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Kejayaan yang
paling membanggakan adalah meraih tempat ke-16 pencapaian UPSR 2001 di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 2011 pula SKS9 telah menempa sejarah kegemilangan setelah dianugerahkan status Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT). Selesai penerangan tentang SKS9 oleh Puan Guru Besar, kami
didedahkan pula tentang SBT oleh Puan Hajah Rosmiah bt Selamat merangkap Penyelia Petang sekolah
tersebut. Kemudian acara diteruskan lagi dengan ucapan salam perkenalan daripada Tuan Guru Besar
SKBM, Tn. Hj. Ali bin Md. Sani dan diikuti dengan menandatangani memorandum lawatan oleh kedua-
dua guru besar. Sebaik sahaja memorandum termentrai, kami telah melawat sekitar kawasan
sekolah termasuk melawat ke bilik-bilik tertentu yang terdapat di sekolah ini. Setelah melihat kawasan
sekolah saya begitu tertarik dengan Taman j-QAF untuk dibuat laporan dalam program penandaarasan
ini. Taman j-QAF SKS9 terletak berhampiran dengan kantin sekolah. Saya melihat Taman j-QAF
ini amat menarik kerana ia meletakkan banyak kad perkataan dalam Bahasa Arab dan terjemahan dalam
Bahasa Melayu menggunakan warna yang pelbagai dan amat ceria. Kad-kad ini juga dilekatkan pada
batang-batang pokok dan tulisannya juga besar dan mudah untuk murid-murid
membacanya. Walaupun kawasan Taman j-Qaf ini tidak begitu besar namun saya rasa ia banyak
memberi faedah kepada murid-murid kerana banyak kad perkataan yang mudah dilekatkan pada
batang-batang pokok. Ia juga terletak di laluan yang sentiasa dilalui oleh murid-murid dan ini
membuatkan mereka boleh membaca kad-kad yang terlekat di batang-batang pokok setiap hari. Setelah
melihat keseluruhan Taman j-QAF ini saya amat teruja untuk membuat Taman j-QAF di SKBM sekiranya
ada kawasan untuk membuatnya dan saya juga boleh menarik minat murid dalam Pengajaran dan
Pembelajaran j-QAF. Secara umumnya, saya merasakan lawatan ini sangat berjaya kerana banyak
ilmu dan pengalaman yang berharga kepada warga SKBM untuk lebih berusaha dan lebih cemerlang
demi kemajuan SK Bandar Mas.

MASUKKAN GAMBAR/BROCURS DSB


Disediakan Oleh: Disemak Oleh;

........................................... ………………………..
(CHE NURFAIZATIE BIN CHE AZIZ) (EN ZULKAFLI B.MOHAMED
JAWATANKUASA DOKUMENTASI, PENOLONG KANAN
SMK RAJA PERMAISURI BAINUN SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

Disahkan oleh,

.............................................................
(PN HJH NORAINI BT SAAD)
PENGETUA
SMK RAJA PERMAISURI BAINUN

Anda mungkin juga menyukai