Anda di halaman 1dari 16

1.

Menurut pandangan………………………apakah yang dimaksudkan dengan


temuduga, tujuan atau matlamat temuduga diadakan, dan apa ciri-ciri yang akan
dinilai oleh panel penemuduga semasa temuduga berlangsung?

Sesi temuduga adalah satu sesi yang serius dan bertujuan untuk menilai atau memeriksa dengan
reliti segala aspek diri pemohon bagi memastikan majikan berkenaan benar-benar memilih calon
yang berkelibar untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan cemerlang. Oleh itu apabila anda
dipanggil untuk menghadiri temuduga bererti bakal majikan beranggapan anda adalah di antara
beberapa calon lain yang layak dipilih untuk memegang jawatan tersebut.

Anda perlu bijak mengambil peluang keemasan ini untuk memasarkan (market) diri anda kepada
bakal majikan serta menyakinkan penemuduga bahawa anda adalah calon yang paling sesuai
untuk memegang jawatan berkenaan. Mengikut amalan biasa, dalam pemilihan calon yang
sesuai, setiap majikan akan mementingkan tiga aspek berikut:

 Kemahiran/Kebolehan
 Pengalaman
 Personaliti

Tujuan utama temuduga sebenarnya ialah bukan untuk melihat tentang kelayakan akedemik
calon, tetapi bertujuan untuk menilai kebolehan calon dalam berkomunikasi, perwatakan calon,
dan pengetahuan. Calon yang dipanggil untuk ditemu duga, bolehlah dikatakan telah layak dari
segi akademiknya. Temuduga boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:

1) Perancangan Penemuduga

Sebelum temuduga dijalankan, pihak organisasi akan memastikan agar matlamat temu
duga tercapai dan hanya calon yang terbaik akan dipilih.

 Menilai latar belakang calon

Panel menemuduga akan menilai calon dari segi pendidikan dan latar belakang. Ini
bermakna, calon perlu bersedia dengan soalan yang akan ditanya berdasarkan semakan
daripada pendidikan dan pengalaman calon.

 Mengemukan soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja yang dipohon


Panel biasanya akan bertanya soalan yang memerlukan calon memberi jawapan dalam
bentuk huraian. Contohnya, jika calon untuk jawatan pengurus pemasaran, soalan yang
ditanya ialah “apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kadar jualan barangan?”

 Mengemukan soalan yang tidak formal

Panel kadang-kadang akan bertanya pendapat calon tentang sesuatu isu yang di luar skop
jawatan. Umpamanya, tentang isu-isu semasa. Calon akan dinilai sejauh manakan
kepekaan dan pengetahuan tentang hal tersebut. Kegagalan memberikan jawapan yang
baik akan memberi persepsi negatif kepada para panel.

 Huraikan tentang kerja dan organisasi

Calon biasanya diminta menghuraikan serba-sedikit tentang kerja yang bakal dilakukan
untuk menguji pemahaman calon terhadap jawatan yang dipohon. Panel juga biasanya
akan menduga pengetahuan calon tentang organisasi yang dipohon seperti jawatan-
jawatan utama, dan misi dan visi organisasi.

2) Sesi Temuduga

Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa temuduga dijalankan ialah:

 Perwatakan/penampilan
Penampilan calon akan dinilai bermula calon masuk ke bilik temuduga. Antaranya
termasuklah kekemasan diri, cara berpakaian, bahasa badan, keyakinan diri. Penampilan
ini menggambarkan personaliti calon dan ia memberi persepsi pertama kepada
penemuduga. Persepsi pertama yang baik akan memberi kelebihan kepada calon tersebut.

 Berkomunikasi
Calon perlu membina suasana yang rapat dan mesra dengan ahli panel. Suasana ini perlu
dibina bagi memecah suasana formal yang akan membuatkan komunikasi berjalan dalam
keadaan tegang dan segan. Kemesraan ini memberi keselesaan kepada calon dan
menghilangkan kegugupan, lalu calon mampu menjawab soalan dengan baik dan teratur.

 Kelayakan akademik dan pengalaman


Semasa sesi temuduga dijalankan, panel biasanya akan menyemak dan meneliti lebih
terperinci tentang kelayakan akademik dan pengalaman calon. Ini untuk memastikan
calon tersebut benar-benar sesuai dengan jawatan yang akan dipegangnya.

 Kesesuaian calon dengan organisasi

Semasa sesi temuduga, panel dapat menilai kesesuaian calon dengan organisasi tersebut.
Ini dapat dilakukan melalui pertanyaan soalan-soalan yang berkaitan dengan gelagat kerja
yang dipohon. Ahli panel yang bijak akan dapat mengesan dan mengenal pasti calon dan
seterusnya membuat keputusan pemilihan.

Objektif Penemuduga

Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan
apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda
ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya anda sudah tentunya tahu akan
objektif anda sendiri.Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam
temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.

Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga

Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut:

 Kebolehan berkomunikasi yang baik


 Mempunyai kelayakan yang relevan
 Bersemangat
 Berinisiatif
 Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
 Berwatakan Menarik

ANTARA 5 PERKARA YANG MUNGKIN DITANYA BERKAITAN DENGAN CALON:

1. Penguasaan bahasa kedua.

2. Perkara terbaik yang pernah dilakukan atau dicapai.


3. Kemahiran-kemahiran teknikal yang ada pada calon.

4. Bentuk personaliti yang perlu ada (imej positif).

5. Pengetahuan am.
2. Apakah persediaan awal yang perlu dilakukan oleh seseorang calon sebelum
menghadiri temuduga?

 Ada beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum menghadiri sesuatu sesi
temuduga

 Kenalpasti sebanyak mungkin berkenaan kehendak majikan.


 Selidik profil syarikat dan panel penemuduga.
 Buat persediaan berhubung soalan-soalan yang berkemungkinan ditanya berhubung
dengan jawatan yang dipohon.
 Latihan tubi soalan-soalan tersebut dengan jawapan-jawapan yang tepat dan
munasabah
 Jika anda mempunyai masa untuk melakukan latihan temuduga ,lakukannya.
 Jika anda mempunyai peluang untuk dirakamkan,lakukannya
 Jangan berlatih menghafal segala soalan-soalan yang disediakan didalam buku secara
bulat-bulat.
 Kebolehan yang boleh ditukar milik;Pastikan bahawa anda menyatakan dengan
terang mengenai kebolehan yang boleh ditukar milik serta contoh dan bukti
pelaksanaannya. 
 Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.
 Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal.
Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal
mungkin dan membuat temu janji yang lain.
 Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan
yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.
 Bawa bersama satu salinan “resume ", surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan
kerja. Sebaik-baiknya susun didalam “folder ".
 Selain itu juga, sebelum menghadiri mana-mana temuduga, calon mestilah
menjalankan penyelidikan terlebih dahulu tentang latar belakang syarikat berkenaan.
Ini dapat membantu calon sekiranya calon disoal oleh penemuduga mengenai
sesebuah organisasi tersebut. Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang
anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan
keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing
utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat,
tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan
sebagainya).

3. Bagaimanakah ketrampilan diri yang sesuai untuk menghadiri temuduga?

1) Cara berpakaian
Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi penentu
kejayaan anda dalam sesi temuduga. Oleh itu banyak yang telah diperkatakan dengan konsep
"Berpakaian untuk kejayaan".Di sini dinyatakan beberapa perkara berkaitan cara berpakaian.

i) Perkara yang tidak elok pada kedua-dua pihak iaitu calon dan panel penemuduga:
Tindik telinga atau badan yang mudah dilihat . "Tatto" atau menanda badan secara
kekal dan mudah dilihat
- Pemakaian pewangi secara berlebihan
ii) Perkara yang tidak elok untuk lelaki:
-Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
-Jenis pakaian (Jeans, t-shirt dll) - Jenis tali leher (warna tidak sepadan dengan warna
pakaian)
-Berambut panjang dan berekor - Mewarnakan rambut dengan warna-warna tertentu
yang menyakitkan mata
iii) Perkara yang tidak elok untuk wanita:
-Pakaian yang menjolok mata.
-Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
-Warna pakaian yang garang / striking
2) Tips ketika masuk Bilik Temuduga

Cara-cara yang patut dipraktikkan adalah seperti berikut:

 Bangun dan berdiri tegak, kemudian hulurkan tangan untuk berjabat salam bersama panel
penemuduga. Berjabat salam secara lembut tetapi tegas. Jangan sekali-kali berjabat salam
secara longlai dan tidak bertenaga. Berikan senyuman ringkas yang menarik. Ucapkan
Selamat Pagi, Gembira dapat bertemu tuan/puan dan akhiri dengan Terima kasih kerana
memberi peluang kepada saya untuk menjadi salah seorang calon temuduga syarikat tuan.
3) Tips ketika temuduga berlangsung
 Gunakan masa dengan cara yang bijak untuk memperkenalkan diri anda dan seterusnya
mewujudkan keserasian.
 Untuk tujuan ini, anda perlu pantas mencari topik-topik yang disukai oleh panel
penemuduga. Caranya dengan perhatikan keadaan sekeliling bilik temuduga atau gaya
panel penemuduga untuk mendapatkan sedikit panduan atau gambaran mengenai topik-
topik yang disukai.
 Bawa salinan "resume" ketika menghadiri sesi temuduga. Anda dinasihatkan supaya
membawa salinan resume untuk diberikan kepada panel penemuduga bagi memudahkan
mereka. Sekiranya anda mempunyai portfolio kerjaya yang menerangkan secara
terperinci tentang tanggungjawab anda di dalam sesuatu pekerjaan terkini atau terdahulu,
sila bawa dan berikan kepada panel penemuduga.
 Pastikan anda sentiasa bertentangan mata secara berhadapan dengan panel penemuduga
di dalam setiap sesi temuduga. Ini kerana mata tidak boleh menipu dan mata juga dapat
menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda. Oleh itu, sentiasa kekalkan
pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan dan pada masa yang sama sentiasa
memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan sekali-kali memperlekehkan panel-panel
yang lain.
 Jangan sesekali mengutarakan jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel
penemuduga sebaliknya memerhatikan keadaan sekeliling. Jangan sesekali melihat ke
bawah dan tidak mempedulikan soalan-soalan yang sedang ditanya oleh panel
penemuduga.
Selain pertentangan mata ada beberapa perkara lain yang penting dilakukan oleh calon
semasa sedang menghadiri sesi temuduga.
i) Ekspresi muka - Perlu berwajah tenang dan sedikit senyuman
ii) Ekspresi badan -Duduk dengan tegak
Duduk di bahagian hujung kerusi untuk menunjukkan keperihatinan anda
untuk mendapatkan jawatan yang ditawarkan.
4) Cara Bercakap

 Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda perlulah
melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara yang
terang, yakin dan konsisten. Jangan cuba berdolak-dalik dan elakkan daripada
terperangkap dengan jawapan yang dikemukakan.
 Malah anda boleh meminta penjelasan terhadap soalan yang kurang difahami untuk
memastikan jawapan yang bakal diberi bertepatan dengan soalan yang dikemukakan.
Namun ada beberapa soalan yang tidak patut anda tanya ketika menghadiri sesi
temuduga. Antaranya ialah:
a. Soalan yang berkaitan dengan sistem keselamatan syarikat.
b. Soalan yang boleh menampakkan kelemahan calon atau panel
penemuduga.
c. Soalan yang berbentuk politik dan konfrantasi.
d. Soalan yang menunjukkan bahawa anda gagal mendengar soalan yang
dikemukakan dengan baik.
e. Jangan sekali-kali membuat pertanyaan berhubung umur, status
perkahwinan, anak-anak dan sebagainya.

Adakalanya panel penemuduga sengaja mengutarakan soalan yang tidak sepatutnya ditanya
kepada anda. Oleh itu, anda harus tahu cara menangani soalan-soalan seperti itu. Anda boleh
secara terang mengatakan bahawa soalan tersebut tidak sepatutnya diutarakan. Walau
bagaimanapun, cara anda menjawab soalan tersebut hendaklah menggunakan cara yang terbaik
dan berkesan.

4. Terdapat banyak kejadian yang berlaku pada masa kini iaitu, calon seringkali
menentang/tidak menunjukkan emosi yang baik sewaktu temuduga berlangsung. Oleh
itu, bagaimanakah cara dan apakah persiapan bagi seorang calon untuk mengawal
emosi semasa sesi temuduga berlangsung?

Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda
kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah:

1) Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda.


2) Jawab dengan jelas dan lantang.
3) Kikiskan sifat ego anda.
4) Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba
menggunakan jawapan anda untuk membidas.
5) Banyakkan senyuman.
6) Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis
dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh
dicapai orang lain.
7) Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan.
8) Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan
sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran
yang tenang.

Selain itu,tingkahlaku dan adab semasa sesi temuduga dilangsungkan adalah sangat penting. Ini
bagi membolehkan penemuduga menilai personality anda, bagaimana anda menghormati orang
lain, dan sejauh manakah akhlak/moral yang ada pada diri anda. Oleh itu, anda haruslah:

1) Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa
saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini
nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
2) Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat
gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
3) Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima
kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
4) Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja
penemuduga itu.
5) Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
6) Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda
cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
7) Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
8) Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah
dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah
tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
9) Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang
menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada
Ketua Panel
10) Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke
semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
11) Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali
berbalah dengannya.
12) Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut
13) Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
14) Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun
mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda
bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
15) Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan
aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
16) Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
17) Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan
dengan pekerjaan itu.
18) Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
19) Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan
perkara itu.
20) Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan
pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada
permulaannya.
21) Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah
penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
22) Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan
temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk
mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai
baginya.
23) Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
24) Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda
menyertai temuduga itu.
5. Dalam memilih pekerjaan, sesi temuduga semsetinya sangat penting dalam menilai
seseorang calon itu samada layak atau tidak untuk memegang jawatan dalam sesebuah
organisasi. Oleh itu, menurut pandangan………………. Apakah faktor utama yang
menyebabkan seseorang calon itu sering menemui kegagalan dalam temuduga dan
apakah yang sepatutnya dilakukan oleh calon yang gagal itu sebagai untuk
memperbaiki kesilapannya?

Beberapa sebab telah dikenal pasti menjadi punca mengapa masalah itu berlaku. Antaranya
ialah:

 calon tidak mengadakan persediaan yang secukupnya utk menghadiri temuduga


 kurang pendedahan dengan situasi seperti itu
 kurang keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri
 tidak memahami kod etika berpakaian ketika menghadiri temuduga
 gagal menyiapkan diri untuk menjadi pendengar dan penjawab soalan yang baik
 kurang tumpuan
 terlalu berserah pada takdir
 terlalu yakin sehingga merendahkan penemuduga
 tidak mahu belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman
 kurang memahami etika atau adab ketika menghadiri temuduga
 tiada inisiatif sendiri untuk mengadakan latihan tubi

Disini saya sertakan beberapa Kesalahan yang sering dilakukan oleh calon Semasa sesi
Temuduga berlangsung iaitu:

 Seringkali kita terlupa kepada perkara-perkara kecil dalam proses menjalani temuduga.
Kadang-kadang, ianya adalah permasalahan yang terlalu kecil, tetapi harus diingat,
kemungkinan juga masalah kecil inilah yang sering menggagalkan kita. Melalui
pengalaman, pemerhatian, mari kita kongsi bersama. Antara kesalahan tersebut ialah :

1) Datang Lambat Tanpa Sebarang Notis.


 Harus diingat, terlambat untuk temuduga akan menyebabkan pandangan buruk oleh bakal
majikan dan sekaligus akan menutup peluang kita. Walaubagaimanapun, perkara ini
dapat di elakkan sekiranya kita memberi tahu dahulu kepada bakal majikan dan
penemuduga. Jika anda terlambat, telefon lah penemuduga dan mohon maaf.Anda juga
boleh membuat temujanji lain jika benar-benar tidak sempat.
 Sudah tentu,perkara yang lebeh buruk lagi adalah bila anda tidak menghadiri temuduga
tanpa sebarang notis. Ini seklaigus akan menyebabkan anda di senarai hitam oleh syarikat
berkenaan.

2) Kurangnya Persedian.
Dalam menghadapi proses temudaga,anda perlu
i) buat kajian, google latar belakang,misi,visi dan sebagainya tentang syarikat
terbabit.
ii) Bersedia dengan jawapan untuk kemungkinan soalan .
iii) Berlatih cara bercakap,sebutan,keyakinan diri dan sebagainya berkaitan dengan
temuduga
iv) Sediakan salinan resume,sijil dan dokumen yang wajar

 Dengan mengkaji dan bersedia,anda mampu menghadapi temuduga dengan


tenang.Harus diingat,penemuduga juga mungkin akan menggunakan helah provokasi
untuk melihat daya ketahanan mental anda dan bagaimana anda mengawal
tekanan.Anda juga mungkin akan diperlekehkan,tapi dengan membuat
persediaan,anda akan tenang dan mampu berfikir dengan cekap. Semuanya
bergantung kepada jawatan yang anda pohon selalunya.
 Anda juga mungkin diajukan dengan soalan yang tidak sepatutnya,seperti berkaitan
dengan politik,agama dan lain-lain.Anda boleh menolak untuk menjawabnya,tapi
dengan cara dan penggunaan ayat yang betul.

3) Kurang Keyakinan Diri/Lebih keyakinan Diri


 Kurang keyakinan diri akan menimbulkan pelbagai interprestasi dari bakal
majikan,anda mungkin dianggap tidak bersedia. Anda akan Nampak gugup dan
resah dan memberikan bakal majikan berpandangan anda cuba menutup sesuat
kelemahan atau sedang berbohong.
 Dengan Lebih keyakinan diri (over confident) seringkali akan membuatkan bakal
majikan kurang senang. Anda akan dinilai sebagai seorang yang besar kepala,
hanya pandai bercakap dan tidak boleh melakukan kerja.
 Oleh itu,semasa ditemuduga, dengar soalan dengan teliti dan cuba pahamkan. Jika
anda kurang jelas atau tidak paham,tidak salah untuk meminta penemuduga untuk
mengulangi soalan. Kemudian respons kepada soalan, jangan melalut atau
membebel. Sebelum menjawab,fikirkan dahulu,adakah jawapan yang akan
diberikan relevan,sesuai. Berhati-hati juga dengan pilihan jawapan dan perkataan
yang hendak digunakan.
 Selain itu, untuk menunjukkan keyakinan sepanjang sesi temuduga itu anda
perlulah melontarkan setiap patah perkataan anda atau jawapan dengan nada suara
yang terang, yakin dan konsisten.

4) Pemakaian Yang Kurang Sesuai


 Cara berpakaian dan jenis pakaian ketika menghadiri temuduga juga boleh menjadi
penentu kejayaan anda dalam sesi temuduga. Sesetengah firma amat mementingkan
penampilan dan cara berpakaian para pekerjanya. Jadi sebagai persediaan menghadapi
temuduga, anda bukan sahaja perlu tonjolkan bakat dan personaliti anda tetapi juga cara
pemakaian. Bukan tonjolkannya dengan memakai tali leher atau stokin bewarna terang,
sebaliknya pilih pakaian sesuai.
 Oleh itu saya sediakan beberapa tips seperti yang dikatakan oleh panel kita sebentar tadi
untuk cara pemakaian bagi calon perempuan dan lelaki.

1) Perkara yang patut dielakkan oleh lelaki:


-Warna pakaian (Hitam, Merah dan Berwarna-warni)
-Jenis pakaian(Jeans, t-shirt dll) -Jenis tali leher(warna tidak sepadan dengan
warna pakaian )
-Berambut panjang dan berekor - Mewarnakan rambut dengan warna-warna
tertentu yang menyakitkan mata.

2) Perkara yang patut dielakkan oleh wanita:


-Pakaian yang menjolok mata.
-Pemakaian warna kain tudung yang tidak sesuai.
-warna pakaian yang garang/striking

5) Penggunaan ekspresi badan/body language yang kurang tepat


 pastikan anda duduk tegak,jangan bongkokkan badan.
 Mata haruslah bertentang dengan panel penemuduga. Ini kerana mata tidak boleh
menipu dan mata juga dapat menggambarkan keikhlasan dan kesungguhan anda.
Oleh itu, sentiasa kekalkan pertentangan mata dengan panel yang memberi soalan
dan pada masa yang sama sentiasa memerhatikan panel-panel yang lain. Jangan
sekali-kali memperlekehkan panel-panel yang lain.Jangan sesekali mengutarakan
jawapan sambil tidak bertentang mata dengan panel penemuduga sebaliknya
memerhatikan keadaan sekeliling.
6) Menipu

Jangan cuba menipu segala maklumat anda dalam resume, jangan juga menipu semasa
dalam sesi temuduga kerana anda mungkin akan terperangkap. Anda juga harus elakkan
dari mengkritik majikan lama anda, rakan sekerja dan sebagainya.

7) Gagal bertanyakan soalan.

Selalunya,inilah kesalahan yang sering dilakukan. Setiap kali hamper tamat temuduga,
bakal majikan akan bertanya kepada anda,”Ada sebarang soalan?” dan selalunya calon
akan kata tidak. Kurangnya semangat anda akan membunuh peluang anda.Sepatutnya
anda ajukan beberapa soalan, dan ini sekaligus menunjukkan yang anda berminat
terhadap bakal majikan.

Oleh itu, saya mengingatkan kepada para hadirin dan hadirat sekalian bahawa, dengan hanya
kesalahan kecil yang dilakukan oleh calon, mereka tidak diterima atau dikira gagal dalam
temuduga tersebut. Oleh itu, kepada para hadirin sekalian, sekiranya anda pernah atau
menghadapi kegagalan dalam temuduga anda, janganlah mudah berputus asa kerana terdapat
lebih banyak lagi cara atau kaedah yang boleh kita gunakan dalam menghadiri temuduga selain
daripada yang saya sebutkan diatas.

Anda mungkin juga menyukai