Anda di halaman 1dari 36

Panduan Memahami Pasangan

ANDA mungkin antara wanita bertuah. Cantik, berjaya dan hidup mewah kerana
memiliki kerjaya hebat. Kalau sudah berkeluarga, anda bagaikan menghampiri
kesempurnaan kerana dianugerahi suami penyayang serta dilimpahi kemewahan.
Ringkasnya, apa lagi yang anda dambakan dalam hidup kerana semuanya sudah
dimiliki.

Percaya atau tidak, jika pada zahirnya anda kelihatan sempurna, hakikatnya dalam
hubungan bersama suami, masih banyak kekurangan diri yang perlu diperbaiki.
Hubungan dengan suami atau teman lelaki ada ketikanya melalui fasa agak sukar
kerana berlaku salah faham, kurang prihatin atau silap tanggapan terhadap
sesuatu perkara.

Ia mungkin nampak kecil hanya disebabkan wanita kurang memahami suami atau
teman lelaki atau mungkin, suami atau teman lelaki yang tidak faham naluri dan
kehendak wanita.

Dalam hal ini, ada sesuatu harus dipelajari kedua-duanya untuk mencapai
persefahaman. Panduan berikut mungkin boleh digunakan untuk lebih memahami
pasangan:

*** Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara
besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet memilih gerai makan
sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati, sedangkan lelaki
anggap soal makan agak mudah, boleh makan di mana saja.

*** Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki
banyak memikirkan perkara penting.

*** Wanita suka diberi perhatian dan ada kalanya manja tidak bertempat. Sikap
ini menyebabkan mereka 'syok sendiri' dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka
mungkin merajuk.

*** Ada wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering
mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami
lelaki.

*** Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi
hanya memerhati. Wanita harus terima hakikat itu.
*** Ada wanita suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki,
menyebabkan lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka
menghabiskan masa untuk tujuan itu.

*** Ada wanita terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah
'mengata dan mengutuk' jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki
suka berdiam diri.

*** Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan
bukan perkataan.

*** Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising, tetapi tidak bermakna mereka
tidak prihatin kepada anak dan isteri.

*** Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal. Jika isteri atau teman
wanita melakukan 'kawalan' kepada lelaki, dia akan bosan dan tidak akan memberi
perhatian kepada apa juga permintaan wanita.

*** Adakalanya wanita kurang bijak menunjukkan kasih sayang kepada suami,
tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang.

*** Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang
mampu wanita lakukan, tetapi ada pula wanita yang suka bergantung harap sangat
kepada suami dengan tujuan suami sentiasa berada di sisi mereka. Ini mungkin
tidak digemari suami atau teman lelaki.

*** Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka serta
mengubah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan.
Jika masih muda elok juga merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan
berusia, elakkan perbuatan itu kerana ia tidak memberi faedah.

*** Sesetengah wanita suka bertanya itu dan ini kepada suami atau teman lelaki,
tetapi tidak suka kepada jawapan diberikan mereka. Ini membuatkan suami atau
teman lelaki bosan melayan soalan wanita.

*** Wanita tidak perlu menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan


mereka. Kelebihan itu mungkin memperbodohkan lelaki sehingga mereka tidak
berminat melayan kerenah wanita sedemikian.
Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira
semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa,
perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang
bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga
mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa
disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang
mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk
menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia
sedang cemburu.

Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak
bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-
raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.

Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang
memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara,
dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya.
Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan
untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

Indeks: xx
Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia
tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya.
sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah
persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia
ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara
paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan
wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini
adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan
berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah
kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.
( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.)
Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-
harakan dunia ini.

Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana
perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh
kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.

Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati
yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa
dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun
tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan
menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.
Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang
boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya
terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,
pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara
sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila
dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya
cemburu.

Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di
dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada
kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain
seperti sukan atau di tempat kerja.

Indeks : xxx

10 Cara Membina Motivasi Diri


Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan
lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan
katakan, "Hai, engkau dijadikan bukan untuk berkeluh-kesah.” Kemudian
bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:

1. Perbaiki imej anda Cuba lakukan sedikit perubahan

Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang dipakai sehingga seminggu dan
tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dan pelbagaikan warnanya. Jika
anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas. Elegan dan aktif. Perkemaskan juga
wajah anda denga sedikit solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada tubuh
anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah
seri. Jangan terlalu pendiam, tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap
sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat.

2. Lakukan senaman ringan

3. Senyum Senyum boleh mengubah segala-galanya.

Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda akan mendapat senyumannya


balik.

4. Berfikiran positif

Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus
kecemerlangan untuk membina kejayaan. Berfikiran positif juga membuatkan
perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa
depan kelihatan lebih cerah dan insyaAllah rezeki pun akan meluas. Fikiran-
fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita
berfikiran positif, selama itulah menjadi satu pengharapan yang amat besar
terhadap ALLAH.

5. Dapatkan tidur yang mencukupi

Rungsing dan marah-marah kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak


mendapat rehat yang mencukupi. Tidur yang tidak mencukupi akan mencetuskan
arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.

6. Luahkan pada seseorang


Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini,
bahkan dalam suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat.

7. Curahkan di atas kertas

Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan
segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudian bakar dan hanyutkan ke
sungai. Terasa lega.

8. Bersedia untuk berubah

Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa
anda tidak? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang
dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan tertentu.

9. Cari kegemaran baru

Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Hobi juga
begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong carilah
kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat
adakah minat anda boleh tumbuh di sini.

10. Bertegaslah

Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu


keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh
kepercayaan bahawa anda akan berjaya.

Tips Memutuskan Percintaan

TERFIKIR untuk menamatkan hubungan yang sudah 'tidak bermakna' gara-gara


si dia tidak pernah memberi kata putus perhubungan yang sudah sekian lama
terjalin?

Bukan tidak sayang atau cinta yang pernah membara, namun ia bagaikan bersulam
dengan perasaan benci dengan keangkuhan dan kedangkalan. Mengucapkan
perasaan selamat tinggal bukan sesuatu yang mudah. Begitu juga sukar untuk
melupakan dirinya yang sudah sekian lama dikenali ragam dan cemburunya.
Berpegang kepada kata-kata mungkin dia bukan jodoh terbaik, anda memikirkan
untuk menamatkan saja riwayat cinta itu lalu satu keputusan nekad diambil.
Sama ada keputusan untuk berpisah itu wajar atau sebaliknya, petua berikut
mungkin boleh membantu jika anda sedang berkira-kira tujuan anda mesti
memutuskan cinta:

**Adakah sebab tetap atau sebab berubah? Sebab tetap antaranya adalah
berbeza umur, bangsa dan negara. Sebab berubah pula antaranya ialah kelakuan,
pendidikan dan kerjaya.Anda mesti memikirkan sedalam-dalamnya. Jika anda
belum begitu yakin, biarlah cinta itu diteruskan dulu.

**Anda mesti mencapai tahap keyakinan mutlak, barulah buat keputusan


mengenai cinta anda itu. Anda mesti tegas dan pegang keputusan cinta anda walau
apa yang berlaku.

Anda akan mengecewakan diri anda dan orang lain jika anda gagal berpegang
dengan keputusan cinta anda.

**Fikirkan strategi untuk menamatkan riwayat cinta. Anda boleh membuat cinta
si dia terhadap anda pudar dengan menonjolkan kekurangan diri dan perkara yang
tidak digemarinya.

Kebiasaannya apabila anda sudah tiada rasa cinta, sifat ini akan muncul sendiri
tetapi jangan sampai menyakiti si dia. Jangan sampai anda dulu mengucapkan kata
putus.

**Biarlah dia dulu mengucapkannya kecuali apabila tiada cara lain, berterus
teranglah. Putus cinta cara ini tinggi risikonya.

Anda tidak boleh fikirkan diri anda saja tetapi perasaan cintanya perlu juga
difikirkan. Carilah masa sesuai, tempat selamat dan emosi si dia paling baik untuk
mendengar kata putus cinta anda.

**Jangan sembarangan putus cinta kerana ini boleh menyebabkan putus nafas. Si
dia boleh bertindak di luar jangkaan dengan membunuh diri, begitu juga anda.
Elakkan risiko putus cinta begini.

Selepas putus cinta secara rasmi atau tidak rasmi, jangan jadikan sesiapa
terutama kekasih lama anda musuh. Jadikan si dia sebagai sahabat setia pula.
Musuh walaupun satu amat bahaya. Tetapi sahabat setia walau tiada cinta, tidak
akan membiarkan anda menderita.
**Sekiranya dicintai seseorang yang tidak anda cintai, anggaplah ia satu
penghormatan buat diri anda tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara
yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan jangan melukakan.

**Bagaimana anda mengurus cinta, begitulah anda mengurus diri anda. Setiap hati
dan perasaan mengalami kepedihan serta kebahagiaan yang serupa sekalipun cara
mengendalikannya berbeza.

**Sekiranya anda bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri anda dan
tiba-tiba, cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan,
relakan cinta itu pergi.

Ini kerana, setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi dan kita akan
menyedarinya apabila masa silih berganti.

**Jangan terlalu memilih cinta kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk
singgah di hati sesiapa. Anda hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan
segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hati.

Nikmatinya, sebagaimana ia membuat hidup anda bahagia dan bebaskan ia.

**Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ia


pernah singgah di hati kerana tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan.
Tidak semua cinta akan kekal selamanya, adakalanya ia putus di tengah jalan
tetapi percayalah cinta sejati tetap wujud walaupun mengambil masa yang lama
untuk diperoleh.

Ingatlah, sekali gagal dalam percintaan tidak bermakna kita akan gagal untuk
selamanya kerana yang penting kita tetap percaya kewujudannya. Jangan pula
terlalu menghambakan diri kepada cinta.

**Cinta bukan sekadar berfungsi untuk memenuhi desakan masa dan rasa. Kalau
diteruskan juga sikap ini, akan terhasil suatu keadaan yang memperkecilkan cinta.
Bagi lelaki, cinta sejati bukanlah suatu ungkapan yang dicipta untuk mencari
seorang lagi.

**Pandangan berhubung cinta sejati ini ditujukan kepada jejaka dan gadis yang
sedang mencari pasangan agar mereka berhati-hati serta mencari pasangan yang
benar-benar sesuai dengan jiwa mereka.
Pasangan yang sesuai tidak semestinya sama dalam setiap tindakan dan pemikiran.
Kadang-kadang, unsur dan sikap yang berlawanan saling melengkapi.

**Wujudkah cinta sejati kepada pasangan yang kononnya sudah bertemu


pasangan yang sehati sejiwa sedangkan hakikatnya, itu cinta kali pertama mereka
yang sering disebut cinta pandang pertama.

Mereka yang bercinta pertama kali biasanya tertipu dengan bayangan perasaan
yang begitu mengelirukan.

**Jangan terlalu terikat dengan cinta pandang pertama kerana dengan


keterikatan itu, tidak mungkin kita tahu alternatif lain yang kebarangkaliannya
lebih baik adalah tinggi.

Cinta pandang pertama boleh saja berlaku di tepi jalan, pasar malam mahupun
akibat sesuatu perlanggaran atau kemalangan. Pendek kata, sesuatu pertemuan
berlangsung secara tidak sengaja.

**Jangan sesekali meremehkan pandangan orang tua yang selalu kita anggap kolot
apabila cuba mencari pasangan untuk kita.

Kononnya, hak mencari pasangan adalah hak peribadi, tanpa perlukan campur
tangan pihak ketiga. Mereka menyusun aturan yang baik dan rasional dalam
mencari pasangan yang sesuai. Ada risik, tilikan dan bermacam lagi prosesnya
sebelum alam rumah tangga dapat dibentuk.

**Sebenarnya, konsep cinta agung bagi menggantikan cinta pandang pertama


adalah pencarian yang membawa maksud menyelidik dan tidak ditipu perasaan
cinta yang buta seperti cinta pandang pertama.

Melalui kaedah 'cuba jaya', mungkin lepas seorang, seorang yang lain pula,
akhirnya akan bertemu dengan cinta sejati.

**Sekiranya semua pasangan kekasih dapat menerima konsep percubaan cinta


seperti ini, tidak akan muncul lagi istilah putus cinta atau kecewa lara kerana
putus cinta dianggap sebagai pertemuan yang ditakdirkan tidak sesuai.

Putus cinta akhirnya menjadi suatu yang positif. Ramai orang akan bersyukur
kerana putus cinta.
** Untuk mereka yang pernah putus cinta, anggaplah peristiwa itu sebagai
peristiwa biasa. Bercintalah lagi dan lagi, teruskan mencari sehingga menemui
cinta sejati seperti kisah Laila Majnun - mencintai Laila seluruhnya, segala
kekurangan dan kelebihan secara pakej.

Tips Untuk Survive Percintaan Jarak Jauh

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia.
Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa
pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia
yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita
berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini
jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah
kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai
kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria
apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang
bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan
pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di
tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga
adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si
dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di
hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling
tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti
rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada
masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan
mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar.
Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru
la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang
akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau
dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan
menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-
samalah membantu dalam membina percintaan ini.

Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an
bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah
bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk
seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun
perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama
sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin
anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis
sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu
datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda.
Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat
untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan
penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih
sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu
bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk
memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih
yang setia.

Tips Tangani Marah


Amarah yang tidak dikawal dengan baik akan menjejaskan kehidupan dan
hubungan. Akibatnya anda mungkin tidak disenangi oleh rakan, mahupun akan
menjejaskan prestasi kerja anda. Dengan keadaan minyak naik, harga barang naik
& mahal, ini memberi tekanan kepada anda, mahupun kepada pasangan anda.
Kesilapan menangani marah akan menyebabkan rumahtangga bergolak dan akan
menjejaskan keharmonian rumah tangga. semoga tip ini memberi anda ketenangan
dan dapat menangani kemarahan anda

Langkah 1 ( Teknik 5 saat )

Ketika darah anda naik disebabkan marah, apa yang perlu anda lakukan adalah
genggam tangan sekuat hati dan tarik nafas sedalam-dalam. Setelah itu,
hembuskan nafas secara perlahan-lahan dan lepaskan genggaman tangan anda
sedikit demi sedikit.

Langkah 2 ( Teknik 10 saat )

Tarik Nafas sambil mengangkat bahu setinggi mungkin dan tahan nafas. Selepas
itu, turunkan bahu secara perlahan-lahan sambil menghembuskan nafas. Saat
bahu diturunkan, rasakan bahawa anda melepaskan semua beban atau masalah
yang terpaksa dipikul sebelum ini.

Langkah 3 ( Teknik 30 saat )

Kombinasikan gerakan kepala ke kanan dan krii untuk melagakan otot dan leher.
Gerakan mudah ini juga boleh anda lakukan ketika anda berada dalam keadaan
letih atau sedang marah.

Langkah4 ( Teknik 45 Saat )

Cubalah duduk bersandar di kerusi dalam keadaan relaks sambil memejamkan


mata dengan kaki memijak lantai. Setelah iti, hentakkan kaki secara perlahan-
lahan sambik menarik dan menghembuskan nadas. Dalam pada itu, sematkan di
dalam diri bahawa anda harus segera menghentikan kemarahan anda saat itu juga.
Pastikan anda berasa lega.

Langkah 5 ( Teknik 60 saat )

Sematkan kata-kata positif yang mampu mendeskripsikan diri anda seperti


kesetiaan, tolenransi, murah hati, tidak mudah marah, rendah diri dan pelbagai
kata pujian dan positif yang lain. Tuliskan kata-kata tersebut di atas sekeping
kertas dan tampalkan di tempat muda untuk anda melihatkannnya. Di perjabat
anda boleh menampalnya di atas meha kerja anda atau di rumah, tampalkan di
cermin solak anda. Jadi sekiranya anda di serang emosi marah. Lihatkan kembali
kertas tersebut untuk mengingatkan bahasa diri anda sebenarnya amat di hargai.

Petua Ransang Anak Belajar

PAKAR perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama
berlakunya proses pembelajaran.

Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk
merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah
individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih
penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang
anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana
meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat
dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah
setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan


hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi
reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi
ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh.
Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap
kecerdasan tinggi. Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan
dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat
meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian
masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah
gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album. Kemudian, baca buku itu
bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan
cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam


perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat
perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si
kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan
(mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).

Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari
perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan
pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara


yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin
perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada
kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar
bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan
suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau
perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan
hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan
digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan
dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali
berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa
objek boleh hilang dan muncul kembali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang
sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia
memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan,
hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin,
pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka
deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk
atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak
meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

60 Petua Untuk Mencari Jodoh

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada
tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh
darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan
bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda
dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah


semangat.Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet'
yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk
mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang
di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat
taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf,
bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap
anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci
anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu
dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam
keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang
terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan
bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal
pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh
berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa
bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan
mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat
murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan
hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat
kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan
perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk


berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan
perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati
dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap
bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada
minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru
berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa
selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal
pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok
untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci
kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci
terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak
tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan
dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki
lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak
materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki
tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi


perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki
janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan.


perasaan,pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada
pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh
kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada
perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan.
Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang
saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah
tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap
terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada
kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap


anda.Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat,benci,
simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian,pengorbanan
dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri
yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan
pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan
tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal


pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada
kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang
menarikanda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan
tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak.
Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan
kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original
untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat
dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau


kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang
anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami
terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan
kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan
keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka
membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan
peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa
bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat


perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa,
dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat


lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain.
Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti
yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang
berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan
kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar
dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan
sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur
perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia
marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang
perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada
perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah.
Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri
masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan
objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan
banyak yang tersirat.

Check skill bersembang

Berikut ada beberapa saranan yang disarankan oleh Dr. David Woodfellow,
pengarah center of relationship. Therapy Atlanta, Amerika Syarikat berhubung
komunikasi berkesan di dalam perhubungan. Mungkin saranan ini boleh kamu
jadikan tips untuk memperbaiki komunikasi kamu dengan sahabat.

KETIKA MARAH

1. perlahankan suara dan nada bicara kamu sewaktu memulakan perbualan. pasa
mulanya memang ahak sukar untuk melaksanakannya. Namun jika kamu sudah
terbiasa untuk mengawal perasaan marah. lama-kelamaannya semuanya akan jadi
biasa.

2. Hindari kata-kata yang boleh menyinggung perasaan sekali gus boleh


menimbulkan perasaan tidak suka sahabat.

3. Elakkan penggunaan kata-kata yang berkaitan dengan kekurangan fizikal atau


lain-lain kelemahan yang ada pada sahabat.

4. Fokus, jangan membawa masalah lain yang tidak mempunyai hubung kait dalam
permasalahan yang sedang kamu alami ketika itu.

5. Sewaktu perasaan marah baru mula menguasai diri, gunakan waktu 20 minit
untuk saling berdiam diri bagi meradakan ketegangan.

KOMUNIKASI BIASA
1. Luangkan waktu 20 minit untuk berbual tentang apa sahaja seaktu kamu dan
sahabat baru bertemu

2. kalau boleh luangkan waktu sepetang bersama sahabat sambil bersiar-siar atau
bersenam.

3. Jangan bangkitkan isu-isu perbualan yang boleh menimbulkan ketengangan

4.Jadikan perkara-perkara berikut sebagai kebiasaan

JIKA HUBUNGAN BERMASALAH

1. bincangkan secara terbuka tentang punca perbalahan itu boleh berlaku.

2. cuba cari jalan penyelesaiannya bersama-sama

3. bentuk satu keputusan yang rasional sekali gus boleh memuskan hati kedua-
dua pihak.

CONTOH KATA-KATA NEGATIF

jaga hati sahabat sama seperti kamu mahu orang lain menjaga hati kamu. berikut
adalah antara perkataan-perkataan yang tidak seharusnya kamu lafazkan
terhadap sahabat meskipun kamu sedang berada dalam emosi marah terhadapnya.

1. Makian

2. kata-kata yang menunjukan sikap tidak menghargai seperti: kata ganti diri
kasar seperti kau, aku (kecualilah jika kata-kata itu kamu gunakan setiap hari).
bodoh dan sebagainya selain itu elak menggunakan kata-kata yang menjuruskan
tentang kekurangan fizikal sahabat dan sebagainya

3. kata-kata yang bersifat 'menghukum' sahabat seperti penipu, pemboros,


pengecut dan sebagainya.

Tegang dan haluskan kulit muka

Menegangkan Kulit Muka


Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di
sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-
duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu,
sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat
menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan
kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis.
Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih
sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghaluskan Kulit Muka


Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika.
Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama,
cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan.
Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia
sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih

9 perkara yang tidak boleh di bincang dengan lelaki

bukan sng nak bina hubungan yg bahagia.byk yg korang mest buat.termasuk dlm
bende ni adalah soal apa yg harus dan tidak harus diciterkan kat pasangan
korang.bende ni semua akan menyusahkan diri org jugak.:-x
korang bace sendiri kat bawah ni:

1.jgn cerite ttg lelaki lain yg dalam diam-diam mencintai korang.

2.membenci ibunye.mmg lelaki pantang.

3.cerite ttg kecurangan yg korang buat belakang lelaki tu.

4.jgn jugak cerite ttg keburukan kawan baik lelaki tu.kawan tu penting bagi
mereka.

5.jgn membanding2kan dia dulu dgn skrg,lg-lg ttg kegagahannyer.buruk padanyer.

6.jgn buat dier patah semangat terhadap pekerjaan yg dia lakukan.sebaliknyer


cubela bantu.

7.bercerai.mmg satu perkataan yg lelaki takleh dengar.elokla dhindarkan.

8.kalau anda pendapatan melebihinya.jgn la nak diperbesarkan.bende tu akan


menyinggung perasaan dier.
9.bile jumper ngan teman lelaki lamer.takpayah la terlalu ghairah dan takyah la
diceritakan perasaan tu kat dier.bender tu bkn lamer.

9 petua hilangkan jerawat

Menghilangkan Jerawat

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk
kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu
sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit .
Kemudianketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan ,
muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum
tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa
pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam
keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka
anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan
gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit
,kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan
bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada
Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan
beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan
kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering
sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia
kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat
berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air
bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung
jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka.
Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit
bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling


jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat
tanpa sebarang parut.

10 Ciri Wanita Perlu Hindari

Ayuh lelaki!! bangun dari lamunan dan jangan sengaja membuang masa dengan
melayan karenah sesetengah wanita yang hanya pandai bermain kata. belajar dari
pengalaman. Selidik, teliti dan kaji betul-betul sebelum membuat keputusan untuk
memilih pasangan hidupmu. Awasi 10 ciri-ciri wanita mengapa perlu di hindari.

1. Wanita Feminis

Wanita yang tersenari dalam golongan ini beranggapan bahwa seglanya penyakit
dalam masyarakat berpunca dari lelaki dan mereka mendabik dada kononya wanita
adalah makhluk paling mulia. wanita yang mempunyai nalusri seperti ini selalu
ebrfantasi dan memberi layanan yang cukup buruk kepada lelaki. kamu boleh cuba
untuk mengenali wanita jenis ini dengan mudah melalui sifat anti lelakinya yang
tidak berkesudahan

2. Wanita kaki kikis

Wanita ini hanya mahukan wang kamu semudah mereka mendapatkan ABC. Wanita
pengikis ini memerlukan mainyenance yang tinggi. Mereka mengharapkan lelaki
menaja keseluruhan kos hidupnya dengan alasan mereka hanyalah wanita. bagi
golongan ini. lelaki mesti membayar makan minum, percutian, bunga dan perhiasan
diri mereka dan mereka seolah-olah tidak pernah rasa bersalah mengikis harta
benda lelaki. mereka di saluti emas, jadi lelaki perlu membayar harga yang
setimpal dengannya.

3. Wanita berangan
Kelompok wanita jenis ini hidup dalam dunia penuh fantasi dan angan-angan
seperti dalam layar perak atau cerita dongeng. Setiap malam mereka akan
menghabiskan masa membaca novel atau menonton filem dan berkhayal atau
berangan mengenainya. Kadang kadang imaginasi. mereka tidak berpijak di bumi
nyata. mereka mahi di layan seperti seorang puteri raja dan di belai manja persis
seekor kucing parsi sepanjang masa

4. Wanita ilusi

Golongan ini hampir sama dengan wanita yang suka berangan tetapi dalam sudut
lebih gelap. Mereka ini seperti mayat hidup iaiti seseorang yang pernah terluka
pada masa silam dan cuba melalukan sesutau untuk membalas dendam serta
sabotaj perhubungan masa kini. perhubungan kamu dan wanita ini akan menjadi
satu tragedi kerana pada mulanya dia akan menunjukkan minat yang membuak-
buak tetapi dalam masa yang singkat dia boleh lenyap begitu sahaja dan cinta ini
akan berulang dan terus berulang

5. Wanita Perasan bagus

Sama mcm wanita feminis, wanita jenis ini juga tidak sukakan lelaki. Mereke
mengeji golongan lelaki dan sentiasa menyalahkan lelaki dalam segenap perkara.
bagi wanita perasan bagus, tidak ada satu pun perkara yang baik mengenai lelaki.
teruk, kejam, tak berhati perut dan perosak makhluk, itulah andaian mereka.
Perasaan mereka sentiasa mendidih terhadap lelaki dan kemarahan mereka boleh
diibaratkan seperti letusan gunung berapi

6. Wanita keliru

Pada permulaannya semua kelihatan cukup sempurna dan wanita ini mampu
melayan lelaki dengan cukup baik. tetapi kebimbangan dalamnnya lambat laun
pasti akan terserlah. lama-kelamaan dia akan menelefon kamu 10 kali sehari
bertanya soalan yang remeh-temeh mengenai hubungan kamu berdua. Mereka
sentiasa ragu0ragu dengan penempulan dan daya penarik tersendiri yang di miliki.
Dia selalu bimbang kamu akan angkat kaki dan mencari wanita yang lebih
daripadanya

7. Wanita terdesak
Matlamat wanita golongan ini hanya satu iaitu berkahwin dan mahukan seks. Dia
tidak kisah jenis lelaki dan apa perkerjaannya, asalkan apa yang mereka mahukan
dapat dipenuhi segera

8. Wanita tamak haloba

Wanita ini penuh dengan helah dan tipu muslihat. pada awalnya dia hanya
mengikut apa sahaja permintaan dan syart kamu. Namun apabila hubungan antara
kamu sudah terlalu intim ataupun apabila kamu sudah berkahwin dengannya.
barulah taringnya mula keluar. Dia menjadi begitu tamak haloba dan dia akan cuba
membolot harta kamu dengan apa cara sekalipun.

9. Wanita pengoda

Biasanya kamu boleh mengesan wanita jenis ini dari jauh lagi kerana dia akan cuba
memikat kamu dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan unsur seksual.
Biasanya sasaran mereka adalah warga emas. lelaki gatal dan ada kalanya mereka
menggunakan keseksian mereka untuk memancing lelaki seperti lebah menghurung
madu

10. Wanita QC

Wanita ini akan menjajah setiap inci kehidupan kamu. DIa akan tentukan apa yang
akan kamu pakai, makan. kemana perlu pergi dan segala-galanya. Dan apabila kamu
cuba pertahankan hak kamu, dia akan mula menangis, meraung, mencebik atau
menggunakan segala taktik wanita sehingga kamu mengalah dan menurut
kehendaknya

8 Sebab Si Tampan Masih Single

Tidak semua jejaka tampan yang kacak sudah berpunya. sebaliknya masih ramai
yang single. Kamu tentu tertanya-tanya mengapa sehingga kini jejaka ini masih
single, sedangkan ramai peminat perempuan yang ingin mendekatinya. Rupa ada,
kerjaya tetap yang baik dan segalanya-galanya. Namun mungkin ada sebab-
sebabnya, Kenapa, ikuti 8 sebab berikut.

1. Terlalu jual mahal


kebiasaannya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam
hati suka. Keegoaannya agak tinggi, Mungkin si tampan merasakan dirinya digilai
ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononya mahu pilih yang terbaik tetapi
akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

2. Persepsi sukar di dekati

Perempuan biasanya menganggap si jejaka tampan agak sukar untuk didekati,


apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. kononnya, banyak cabaran
yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang
merebut cintanya. Apbila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna
sampai ke tua lah si tampan membujang.

3. Maintenance tinggi

Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi.
pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya
mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kpak duit nak
beli hadiah hari jadi

4. pernah dikecewakan

Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian.
Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat
mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan
perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik dendiri daripada
menderita kerana cinta.

5. Mencari pasangan ideal

Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah
kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun
harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang
diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.

6. Terlalu banyak Pilihan

Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup.
Orang tampanlah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis
perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula
yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.

7. Terlalu komited dengan kerjaya

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. orang tampan biasanya
berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta
sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa
usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan
kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri,

8. Gosip terlalu banyak

Orang yang tampan selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan
keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan
seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi
pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya,
mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si
tampan hidup keseorangan.

Petua untuk suami

A. Petua menjaga hati isteri

1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata


maupun perbuatan seperti pelukan.

2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun


dalam keadaan marah

3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah


mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk. Ingatlah
semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan
bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak
melakukan kesilapan.

4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi
kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di
tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-
tempat yang indah.

5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain

6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan


sebagainya.

9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat


perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia


bertambah semangat dan bermotivasi.

11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah

12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan
hormat pada suaminya.

B. Petua mencurahkan jalinan kasih

1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut


suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri

2. Buktikan kasih sayang daripada suami - Hadiah dan penghargaan -


Senyuman - Perbualan mesra - Gurauan - Khidmat dan bantuan dalam
mengendalikan kerja-kerja rumah - Kerjasama mendidikan anak,
menyelesaikan masalah dan hal-hal lain

3. Sentuhan sayang - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan


bukan tujuh hari sekali. - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat
memberi kepuasan kepada isteri apabila dirangsang suami.

4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat -


Suami sebagai contoh bagi isteri - Suami memiliki ciri-ciri boleh
dibanggakan isteri - Suami sebagai tempat bergantung - Sumber
semangat dan kekuatan - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami
setiap masa

5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

C. Petua mengetahui cinta pasangan hidup

Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti di bawah


ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap


dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri
pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa
yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik
tentang gaya dan sebagainya.

2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian
khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu
membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong
untuk menjaga badan dan kesihatan.

3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjuk kan


cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari Membantu
menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih


sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti
sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan


melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan
kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak
pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta
ungkapan-ungkapan lain.

6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami


atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam
bentuk kata-kata maupun perbuatan.

7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan


wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami
memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan
itu disambut baik oleh isteri.

8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan


nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri
sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak


akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan
memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila
diminta untuk memberi cadangan.

10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara


mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima
hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak
sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan
wang.
11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama
mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk
diselesaikan bersama.

12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat


merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-
masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga
ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

D. Petua menjadi lelaki pilihan

Ciri-ciri lelaki pilihan


1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah
kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya
dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana
sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri.

Lelaki pilihan wanita


1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

E. Petua menghadapi pertengkaran

Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui
sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak
hidup bersama kera hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang
sendirian.
Hakikat Pertengkaran

1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai


orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa
pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti
pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan
dan keburukan.

2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku


dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak
baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun
pekerjaannya.

3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah


Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera,
tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana
kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah
yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada


pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan
kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat


kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa
marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan
harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal
dalam Islam, kita disuruh bersabar.

6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah


menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima
hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa
bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama
atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-petua menghadapi Pertengkaran


1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan
pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin
mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesai kan masalah
secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah


masalah-masalah lain dimasukkan sama lerana ia akan menjadikan suatu
pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana,

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak


menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan
sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan
menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan


tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua
salah kamu... !", "Engkau bodoh... !", " Engkau selalu melakukan
kesalahan... !" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang
lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu... ", "Kamu tak
sedar, betapa hancurnya hati saya... " dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian


menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia
tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan
hubungan suami isteri.
6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk
membalaspertengkaran kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya
pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran


keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik
hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala
api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-


anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak
lagi masalah lain.

F. Petua memilih wanita idaman atau perempuan

Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan


keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan
pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.
Calon-calon isteri pilihan.
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Anda mungkin juga menyukai