Anda di halaman 1dari 2

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

PENGENALAN

Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu pembentukan
dan pengukuhan rangkaian saraf d antara situasi dengan gerak balas. Ransangan mempengaruhi
organism maka itu sesuatu gerak balas bolak dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap
sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi
tertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya. Hukum pembelajaran
Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan saraf dan rangkaian saraf.
Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran. Dalam erti kata
teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa
milik dan memuaskan pengalaman.

Manakala hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah
pada umumnya dibahagiakan kepada tiga iaitu:

i. Hukum kesediaan, latihan dan kesan. Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike
sebagai:

a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah
memuaskan, tiada suatu yang dibuat untuk mengubah tindakkannya itu.
b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudahh sedia ada untuk mengalir dan kalau tidak
mengaliradalah menyusahkan, dan meransang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam
semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.
c) Apabila satu unit pengaliran idak bersedia untuk pengaliran, dan dipaksa mengalir, maka
pengalirannya adalah menyusahkan.
ii. Hukum latihan melibatkan pertalian antara ransangan dengan gerak balas dan akan
bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya, (iiatu tindakan mengulang) tidak dijalankan,
maka pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.

iii. Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara ransangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhasilnya tindak balas.
Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

Namun demikian, teori ini mempunyai banyak kelemahan. Pertama, konsep tentang perkara yang
memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dansusah diukur. Kedua, sukar untuk menetapkan
jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan. Ciri-ciri setiap ikatan perlu
diketahui sejak awal lagi. Yang terakhir ialah, teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran
perkara yang abstark dan kreativiti, imaginasi atau keindahan bahasa.
Eksperimen Thorndike
Thorndike menjalankan berbagai eskperimen dengan menggunakan suatu alat yang direka
bentuk dan dipanggil 'puzzle box.' Manakala Pavlov menggunakan anjing, Thorndike kerap
menggunakan kucing. Dia mengurung seekor kucing yang lapar dalam puzzle box yang
mempunyai kunci.

Jika kucing itu akan cuba dengan mencakar peti itu dan jika ia berjaya menekan kunci peti itu,
pintu akan terbuka dan kucing itu akan dapat keluar ke arah makanan yang disediakan.
Thorndike telah perhatikan behawa kucing itu telah melakukan bermacam-macam tindakan
(proses cuba-jaya) untuk keluar hinggalah haiwan itu tertekan kunci dan pintu terbuka. Masa
yang diambil oleh kucing itu untuk membuka pintu puzzle box dicatat.

Beberapa jam kemudian kucing yang lapar itu dimasukkan ke dalam peti yang sama. Kali ini,
haiwan itu berjaya menekan kuci pntu dalam masal yang lebih singkat berbanding dengan
percubaan pertama. Kucing itu dikatakan telah menguasai atau belajar. Iaitu, organisme itu telah
mempelajari gerak balas yang betul untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Eksperimen "Cuba Jaya" Thorndike yang dilakukan ke atas seekor kucing

Anda mungkin juga menyukai