Anda di halaman 1dari 2

TEORI PEMBELAJARAN PENEMUAN BRUNER

PENGENALAN
'

Jerome Bruner (lahir 1915) lebih cenderung dalam bidang kognitif berbanding psikologi
perkembangan. Beliau menyumbang dalam meneroka cabang psikologi pada tahun 1950an dan
pada akhirnya menumpu kepada bidang pendidikan termasuk memperkembangkan idea
Vigotsky.

- Pembelajaran memerlukan persekitaran tertentu yang mempengaruhi mod berfikir, aksi, imej
dan perkataan
- Mod berfikir berkembang secara berterusan dalam kehidupan
- Bahasa membentuk dan mengembangkan pembelajaran
- Bentuk pergaulan sosial dan pengalaman mempengaruhi perkembangan kognitif
- pendekatan biologi bertendensi menyelenggara dalam berfikir
- proses pendekatan dan cara menerima informasi akan mempengaruhi pengurusan perubahan
maklumat semasa peningkatan umur.

Struktur Intelek

1. Mod Enaktif: berfikir adalah berdasarkan aksi fizikal, misalnya kanak-kanak belajar melalui
membuat (learning by doing) dan bukan melalui penggunaan bahasa atau pemikiran dalaman.
Mod pemikiran ini mewakili dari peringkat bayi dan wujud seterusnya dalam banyak aktiviti
fizikal. Pada peringkat ini (0-2 tahun) kanak-kanak akan bergerak kearah sesuatu yang menarik
perhatiannya. Oleh itu kanak-kanak banyak menggunakan anggotanya untuk menyelesaikan
masalah kerana mereka belum pandai menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
2. Mod Ikonik : penggunaan imej mental (ikon) , mungkin dalam bentuk visual, auditori, dihidu,
dirasa dan disentuh. Pada peringkat ini (2-4 tahun) kanak-kanak telah berupaya menggambarkan
sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu. Mereka berupaya
menyebut objek yang tiada di depan matanya, iaitu membentuk “imej mental”. Misalnya, kanak-
kanak dapat menyatakan bentuk dan rasa buah yang pernah dimakannya.

3. Mod Simbolik: memahami dunia melalui bahasa dan simbol-simbol seperti nombor dan
muzik. Pada peringkat ini (4-7 tahun) kanak-kanak telah boleh menggunakan simbol seperti
perkatan dan bahasa untuk menceritakan pengalamannya. Ini menunjukkan penaakulan simbolik
telah bermula pada kanak-kanak peringkat ini.

Anda mungkin juga menyukai