Anda di halaman 1dari 2

TEORI BEHAVIORIS WATSON

J.B. Watson (1878-1958)


Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan hasil kerja Pavlov
dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting pembelajaran berlaku. Oleh kerana dia
mengutamakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku
dengan pergerakan. Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergekaran otot-otot dalam perut
dan 'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.

EKSPERIMEN LITTLE ALBERT WATSON

Eksperimen yang jalankan dengan seorang bayi bernama 'Albert'. Watson memakai topeng untuk
menakutkan Albert.

Seorang bayi bernama Albert didedahkan kepada seekor tikus. Bayi itu bermain dengan haiwan
itu tanpa menunjukkan apa jua ketakutan. Dalam situasi yang berlainan, Albert diberikan tikus
yang sama, tetapi kali ini ia diikuti dengan satu bunyi kuat. Setiap kali tikus itu diberikan kepada
Albert, bunyi kuat itu terdengar yang membuat bayi itu gelisah dan menangis. Kemudian tikus
itu diberikan kepada Albert, tanpa bunyi kuat bayi itu enggan menyentuh tikus itu dan terus
menangis. Apakah telah terjadi?
Pada peringkat awal, Albert tidak takut apabila seekor tikus dilepaskan bersamanya.

Anda mungkin juga menyukai