Anda di halaman 1dari 2

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF KOHLER

Wolfgang Kohler, seroang perisik Jerman semasa Perang Dunia I, yang bertempat di Tenerife,
Afrika Barat mengkaji tingkahlaku cimpanzi menyelesai masalah. Hasil kajiannya ditulis dalam
buku betajuk The Mentality of Apes (1925). Bagi membentuk teori gesalt, Wolfgang Kohler
menjalankan dua eksperimen dengan menggunkan cimpazi. Mereka menggunakan pendekatan
kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpazi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan
sebiji pisang yang tergantung dibumbung sangkarnya. .

Eksperimen " Celik Akal"


Seekor cimpanzi diletakkan di dalam sangkat. Pisang digantung daripada bumbung sangkar. Di
dalam sangkar terdapat beberapa kotak berlainan saiz. Mula-mula haiwan itu melompat-lompat
untuk mendapatkan pisang itu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usaha-usaha itu tidak membawa
hasil. cimpanzi itu berhenti sejenak, seolah-olah memikir cara untuk mendapatkan pisang itu.
Tiba-tiba haiwan itu dapat sesuatu idea dan terus menyusun kotak-kotak itu untuk dijadikan
sebagai tangga dan memanjatnya untuk mencapai pisang itu.
Kesimpulan yang didapati dari hasil kajian Kohler tersebut ialah:

i) Haiwan seperti cimpazi belajar melalui proses kognisi


ii) Cimpazi yang menggunakan alatan untuk meyelesaikan masalah adalah berdasarkan
pengalaman dan persepsinya. Ini menunjukkan perkaitan antara ransangan seperti kotak dan
pisang dalam situasi yang dihadapinya.

Menurut kohler, persepsi kaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah iaitu mendapat
pisang yang tergantung dan ini disebut sebagai celik akal. Kebolehan memerhatikan pertalian
tersebut wujud kerana cimpazi itu melihat keadaan sangkar secara menyeluruh. Mereka juga
berpendapat bahawa kebolehan mental seperti ini juga terdapat pada manusia yang dipercayai
adalah lebih pintar berbanding dengan haiwan lain.

Anda mungkin juga menyukai