Anda di halaman 1dari 1

PENENTU KEJAYAAN DALAM TEMUDUGA

Pendahuluan
Menghadiri temu duga boleh menjadi satu pengalaman yang mendebarkan. Temu duga merupakan
penentu masa depan anda. Sama ada berjaya atau tidak untuk mendapat sesuatu pekerjaan yang
dipohon bergantung pada prestasi yang anda tunjukkan semasa temu duga. Apakah yang harus anda
fahami tentang temu duga? Apakah matlamatnya? Temu duga diadakan untuk memberikan peluang
kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada
anda sesuai atau tidak untuk jawatan tersebut.
Temu duga sebenarnya bersifat dua hala. Temu duga juga memberikan peluang kepada anda untuk lebih
mengetahui latar belakang syarikat, menilai sama ada syarikat tersebut stabil atau tidak dan anda juga
dapat memastikan apa-apa yang anda harapkan daripada segi gaji dan faedah lainnya adalah sesuai
dengan kehendak anda.
Lazimnya, di negara ini kebanyakan temu duga dikendalikan dalam bahasa Melayu sekiranya anda
memohon untuk mendapatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan. Tetapi, bahasa Inggeris digunakan
secara meluas dalam sektor bukan kerajaan. Tidak dinafikan bahasa Inggeris adalah penting dalam
urusan seharian kerana kebanyakan urus niaga yang melibatkan pengaruh syarikat luar negeri dilakukan
dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, tidak hairan jika majikan ingin menguji kefasihan anda bertutur dan
menulis dalam bahasa Inggeris.
Buku ini menyediakan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam temu duga berserta contoh jawapan.
Kebanyakan jawapan yang diberi adalah mengikut pengalaman yang diceritakan semula untuk menepati
kehendak soalan. Cuba kaitkan jawapan dengan pengalaman yang pernah anda lalui. Buku ini
dibahagikan kepada beberapa bahagian soalan mengikut kategori tertentu. Semua soalan dan jawapan
disediakan dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terjemahan yang dibuat tidak
sama sepenuhnya kerana disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan.
Oleh itu, diharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada semua.

PENGENALAN

Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya faktor penentu seseorang calon berjaya di dalam temuduga.
sebaliknya,ada banyak faktor lain yang boleh mempengaruhi samada faktor dalaman atau luaran. Antara
faktor dalaman ialah seperti keyakinan diri,kebolehan berinteraksi dan sebagainya manakala faktor
luaran seperti tatakelakuan,adab sopan, kekemasan diri dan banyak lagi.

PROSES PEMILIHAN
Proses pemilihan berbeza antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain. Perbezaan ini banyak
bergantung pada saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin terperinci
proses temuduga dilaksanakan. Berbanding dengan organisasi sederahana atau kecil, temuduga
dijalankan lebih kompleks. Walaupun berbeza proses pemilihan, matlamat masih sama iaitu
memadamkan pekerja dengan pekerjaan yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai