Anda di halaman 1dari 2

KONSEP PEMBELAJARAN

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat,


pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan
bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk
menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah
laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau
berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada
permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat
atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan


teori-teori pembelajaran masa kinidan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu
behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi
mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran
mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas
haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan
dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah
laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses
pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir
apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka
menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu
proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan
mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya
ia tidak dapat mngenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun
melalui latihan brkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju
dengan teori smulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana
stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran
adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori


mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang
dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses
pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan.
Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata
tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli
psikologi kognitif.
Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan
perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain.
Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak
dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis,
berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai
kecemerlangan kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai


proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan
perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi
kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau
pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui
latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah
perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini
bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati
mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan
berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan
berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.

Anda mungkin juga menyukai