Anda di halaman 1dari 1

KONSEP PENGAJARAN

Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala
sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang
dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran
merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau
kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti perancangan,
pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar
melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti
latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik
tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ini meliputi
pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan,
di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah
berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan
dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu mengetahui atau
mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah. Ia adalah sama
dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara
lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi,
mempropoganda dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan
dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi
diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti mengajar murid
dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan
pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.

Anda mungkin juga menyukai