Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK

PENGENALAN

Dalam era abad ke-21, masa depan dilihat sebagai sesuatu yang pantas berubah dan
penuh dengan persaingan. Pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi ke arah
gaya pendidikan abad ke- 21 yang lebih menekankan kepada pengajaran berpusatkan
pelajar. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau
Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ialah memerlukan negara ini
meningkatkan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia bagi membangunkan generasi
baharu yang berkualiti dan berinovasi (KPM, 2013).

Pendekatan Pengajaran
Dan Pembelajaran

Induktif Integratif

Deduktif Eklektif Tematik

Rajah 2 : Jenis-jenis pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Rajah 2 menggambarkan lima jenis pendekatan yang membolehkan guru untuk


mengaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kamus Dewan (1998) mentafsirkan strategi sebagai rancangan yang teratur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Dalam pendidikan, strategi diertikan sebagai kebijaksanaan
memilih pendekatan dan kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Klasifikasi bagi strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat seperti Rajah 3 yang berikut:
Pemusatan
Guru

Pemusatan
Pemusatan
Tugasan /
Murid
Aktiviti

Pemusatan
Bahan /
Sumber

Rajah 3 : Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke
arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung
(1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai
tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Sebagai contohnya, guru-guru
boleh menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) sebagai kaedah pengajaran. Guru abad
ke-21 perlu mengaplikasikan pendekatan, strategi dan kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirkan murid-murid yang selaras dengan matlamat pendidikan abad
ke-21

2.1 Set induksi

Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum- hakam pembelajaran


yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan. Menurut Kerlinger, teori
adalah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu
fenomena secara sistematik. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik
agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan
yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat
menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan
digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini
adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis.
Teori pertama yang saya mengaplikasikan dalam rancangan pengajaran saya adalah
Teori Pembelajaran Behavioris. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini
adalah kerana tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu
perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua
prinsip yang dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman
operan.
Semasa memulakan sesi pengajaran saya menanya khabar pelajar untuk memastikan
keadaan pelajar dalam bilik darjah. Hal ini kerana menurut Watson kanak-kanak memiliki
tiga tindak balas emosi iaitu takut, marah dan sayang. Memandangkan emosi kanak-kanak
dapat dibentuk melalui proses pelaziman, maka saya berinisiatif untuk membentuk emosi
positif dalam diri pelajar dengan menanya khabar. Seterusnya saya juga mengaplikasikan
teori E.L Thorndike. Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang
terikat iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak
balas. Rangsangan mempengaruhi organisma maka itu sesuatu gerak balas boleh
dijangkakan berlaku. Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau
sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi tertentu dengan kebolehan individu
untuk bergerak balas kepadanya.

Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah-pindaan


saraf dan rangkaian saraf. Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis
pembelajaran. Dalam erti kata teori ini, beberapa faktor penting dalam pembelajaran ialah
kesediaan saraf, ketertiban masa, rasa milik dan memuaskan pengalaman. Manakala
hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike adalah pada
umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu hukum kesediaan, hukum latihan, dan hukum
kesan. Saya juga mengaplikasikan kesemua hukum Thorndike dalam rancangan pengajaran
saya. Sebagai contoh saya telah mengaplikasikan hukum kesediaan dengan menggunakan
kaedah menyanyi dalam set induksi untuk mendorong kesediaan psikomotor dan kesediaan
efektif dengan menarik minat pelajar. Pelajar juga mempunyai pengalaman lepas dalam
aspek menyanyi dan ia menjadi mudah bagi saya untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Dalam rancangan pengajaran saya telah menggunakan hukum latihan dengan memberi
latihan yang banyak langkah demi langkah agar hubungan rangsangan dan gerak balas
menjadi kukuh. Dengan adanya hukum latihan saya dapat memastikan berlakunya
kelangsungan pembelajaran dalam kalangan pelajar. Tambahan pula, saya
mengaplikasikan hukum kesan dengan memuji pelajar apabila mereka menjawab dengan
betul. Menurut Thorndike pujian daripada guru akan membantu pelajar untuk berusaha
dengan lebih gigih untuk terus Berjaya.
Teori perkembangan yang paling terkenal ialah Teori Perkembangan Kognitif Lev
Vygotsky. Beliau percaya bahawa perkembangan bahawa perkembangan kognitif kanak-
kanak bergantung kepada interaksinya dengan orang-orang terpenting dalam persekitaran
budayanya dan tidak mungkin difahami sepenuhnya jika tidak dikaji bersama. Berbanding
dengan pandangan Jean Piaget, yang menyatakan kanak-kanak membina pengetahuan
secara bersendirian dan membentuk realiti kendiri dengan sendiri tanpa dorongan orang
lain. Dalam teori ini, Vygotsky menggunakan istilah zon perkembangan proksimal, tahap
perkembangan sebenar (actual development level), dan tahap perkembangan berpotensi
(level of potential development) untuk menjelaskan cara-cara perkembangan kognitif
dikukuhkan melalui interaksi dengan orang yang berkebolehan tinggi dan profesional. Tahap
perkembangan sebenar merupakan had bawah iaitu tahap pencapaian yang dilakukan
secara bersendirian. Tahap perkembangan berpotensi pula, aras yang lebih tinggi yang
dibimbing oleh seseorang yang sangat berpotensi dan berkebolehan tinggi. Jadi, jarak di
antara kedua-dua tahap tersebut dikenal sebagai zon perkembangan proksimal. Zon
perkembangan proksimal ini sebenarnya, lingkungan kemampuan seseorang untuk
melakukan tugas-tugas dengan berjaya. Perkembangan tersebut sehingga ke tahap
maksimum
DENGAN
HAD ATAS BIMBINGAN

…………………………………………………………………………………………….....................

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL DENGAN SCAFFOLDING

HAD BAWAH

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL TANPA BIMBINGAN


TANPA SCAFFOLDING

Perbandingan ZPD yang dicapai dengan bimbingan dan tanpa bimbingan.

Scaffolding bermaksud pengubahsuaian tahap sokongan yang dikenali sebagai


sesuatu kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu. Bagi melaksanakan
konsep scaffolding saya memilih untuk membimbing pelajar untuk mengajar mereka cara-
cara membaca perkataan dua atau tiga suku kata. Pada permulaannya, sesetengah pelajar
tidak dapat mengeja perkataan dengan betul. Tetapi, selepas mendapat bimbingan daripada
guru para pelajar mampu mengeja perkataan dengan betul. Oleh itu, saya menggunakan
scaffolding dengan menggunakan bimbingan guru kepada pelajar dalam langkah pertama.
Dalam permainan ini, saya juga mengaplikasikan Teori Behavioris sebagai teori
utama saya. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini adalah kerana tokoh-
tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah
laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Terdapat dua prinsip yang
dikemukakan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan.
Walaupun terdapat banyak tanggapan daripada pelbagai ahli, akhirnya keringkasan adalah
bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan
gerak balas. Teori ini dapat meningkatkan kesedaran guru tentang rangsangan dan gerak
balas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan
dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu
dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Ia
merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan kesan akibat tingkah laku seterusnya
diulangi, diteruskan atau dihentikan.

Seterusnya, saya mengaplikasikan Teori Pembelajaran Sosial Dan Sosial


Kognitif. Teori pembelajaran sosial pula adalah gabungan peneguhan behavioris dengan
psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar
menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan
seperti dalam teori Behavioris. Tokoh yang begitu sinonim dengan teori sosial ini adalah
Albert Bandura, yang mana berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam
pembelajaran. Sementara itu, kognitif pula merujuk kepada proses mental yang melibatkan
mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli-ahli kognitif berpendapat bahawa
pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia di mana
ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses
dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.

Akhirnya, langkah penyampaian pengajaran Gagne dalam teori kognitif juga dapat
diaplikasikan melalui rancangan pengajaran saya. Sebagai contoh, saya telah
menggunakan nyanyian lagu “bapaku pulang” yang mengandungi perkataan dua dan tiga
suku kata untuk menarik perhatian pelajar terhadap pembelajaran yang disampaikan.
Melalui suku kata perkataan yang diwarnakan saya dapat memaklumkan objektif
pembelajaran kepada pelajar. Dengan menggunakan set induksi ini saya dapat mencungkil
pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik yang akan disampaikan dan dapat
menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Seterusnya, melalui tayangan e-buku cerita
sebagai langkah pertama saya dapat memberi panduan pembelajaran sebagai latihan untuk
mengukuhkan pembelajaran dengan memberi bimbingan serta peneguhan kepada pelajar.
Seterusnya, saya menggunakan aktiviti kad perkataan untuk menguji pemahaman pelajar
berkaitan isi pelajaran baru dan mengaplikasikan langkah memberi maklum balas untuk
mengukuhkan pemahaman dengan permainan gabungkan perkataan. Tambahan pula,
saya dapat mentaksir perlakuan pembelajaran pelajar dengan mengendalikan permainan
teka-teki. Akhir sekali saya juga dapat tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran
dengan meminta pelajar untuk menyebut semula perkataan yang mengandungi dua atau
tiga suku kata.
1.0) PENUTUP

Teori pembelajaran yang diperkenalkan bukan sahaja memberi implikasi dalam P&P
kanak-kanak normal, namun ia turut mencakupi kanak- kanak berkeperluan khas. Kanak-
kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan,
pendengaran dan masalah pembelajaran. Fokusnya kepada murid-murid yang mengalami
down sindrom perkembangan lewat, Autistik, disleksia, tumpuan singkat (AD), hiperaktif dan
slow learner.

Dalam mengajar kanak- kanak, pengaplikasian teori-teori pembelajaran ini tepat


dengan situasinya. Berdasarkan teori-teori pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan
peneguhan positif atau negatif bagi merangsang murid-murid supaya mereka berusaha
untuk meningkatkan kemahiran membaca. Seelok-eloknya, guru perlu memberi ganjaran
atau hadiah kepada murid-murid yang dapat menguasai kemahiran tersebut. Sebagai
contoh, seorang guru memberikan coklat kepada muridnya yang mampu membaca huruf ‘a’
hingga ‘h’ dengan betul. Kaedah ini akan memberikan motivasi kepada kanak-kanak lain
untuk mencuba dan kanak-kanak yang memperoleh peneguhan tersebut untuk terus
menguasai huruf seterusnya. Sebagai guru, kita perlulah mencuba pelbagai langkah untuk
menarik minat murid yang berkeperluan khas bagi memberikan peluang kepada mereka
belajar dengan seronok seperti menggunakan e-buku cerita. Guru juga perlulah
menerangkan pelajaran dengan jitu supaya murid dapat memahami pelajaran pada hari itu.
Jika murid belum mahir, guru mestilah mengulang semula topik itu. Kemudian, disusuli
dengan latihan dan latih tubi. Latihan yang berulang-ulang dapat membantu murid
memahami dan mengingati pelajaran.

Selain daripada itu, guru perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi


pengajaran seperti soalan terbuka dan dialog bersama murid-murid. Kaedah ini secara tidak
langsung akan membantu peningkatan tahap komunikasi murid tersebut. Komunikasi
merupakan item terpenting dalam membina kemahiran menganalisis, mentafsir dan
meramal maklumat. Contohnya, semasa set induksi sesi P&P guru bertanyakan khabar dan
mengenai hobi seorang kanak-kanak autisme sebelum memulakan pembelajaran
bertemakan hobi pada hari tersebut. Guru boleh menggunakan kaedah dialog bersama
rakan sekelas untuk membantu kanak-kanak khas meningkatkan tahap interpersonal.
Perancangan guru yang sistematik dan fleksibel boleh digunakan oleh guru tersebut dalam
menangani pelbagai karenah murid.
2.0) RUJUKAN

Ahmad Subki Miskon & Syed Ismail. S.M. (2011), Psikologi Kanak-kanak.Pahang : PTS
Publications

Bernard Spodek & Olivia N. Saracho. (1994), Right From The Start Teaching Children
Ages Three To Eight. Library of Congress Cataloging-in-Publication : USA.

Jai paul L. Roopnarine & James E. Johnson. (2005), Approached To Early Childhood
Education. Library of Congress Cataloging-in-Publication : USA

Kerlinger, H. (2003), Child Development. Boston : Allyn & Bacon.

Laverne Warner & Judith Sower. (2005), Educating Young Children From Preschool
through Primary Grades. Library of Congress Cataloging-in-Publication : USA.

Mohd Fuad Sam, et-al.(2013), Murid dan Alam Belajar.Selangor.Penerbitan Multimedia


Sdn.bhd.

Noriati A.Rashid, et-al. (2012), Murid dan Alam Belajar.Selangor.Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Ormrod, M. (2008), Teach Your Child. London : Dorling Kindersley.

Rozumah Baharudin & Salma Ishok. (1986), Panduan Aktiviti Prasekolah. Penerbitan
Fajar Bakti Sdn.Bhd : Selangor.

Anda mungkin juga menyukai