Anda di halaman 1dari 11

2.

0 ESEI ILMIAH

Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada muridmurid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Sistem aktiviti ini sebenarnya dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada murid-murid dalam suasana dinamakan bilik darjah. Mengikut Koh Boh Boon (1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid-murid melalui pemahaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah tertentu digunakan.

Robert Glaser (1968) menyebut, pengajaran adalah satu proses yang melibatkan empat elemen utama, iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada, kaedah mengajar dan penilaian pencapaian. Semua elemen ini saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran menurut beliau adalah hasil daripada interaksi antara guru, murid, isi pelajaran, objektif pengajaran dan persekitaran. Sebenarnya terdapat banyak tafsiran tentang istilah pengajaran. Walau bagaimanapun, secara

keseluruhannya, pengajaran dalam konteks masa ini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, bidang komunikasi, sains dan seni.

Sebagai satu proses, pengajaran melibatkan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran membolehkan murid-murid mempelajari dan menguasainya secara berkesan. Mengajar

bermaksud menukar tingkah laku dan kelakuan murid-murid melalui ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Untuk mencapai hasrat ini, proses pengajaran harus dapat dilaksanakan secara berkesan iaitu melalui prosedur yang sistematik yang telah terlebih dahulu dirancangkan. penilaian. Perhatian harus diberi kepada aspek perancangan, pelaksanaan dan

Pembelajaran adalah satu proses mengakumulasi maklumat dan pengalaman secara berterusan, yang berlaku dalam diri seseorang sejak ia dilahirkan. Proses ini berlaku dalam dua bentuk, sama ada disedari atau pun tidak disedari. Pembelajaran melibatkan organ deria untuk mengesan semua bentuk pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berselerak di persekitaran. Sewaktu organ-organ ini digunakan, seseorang akan memilih rangsanganrangsangan yang sesuai dan diperlukan daripada persekitaran itu, kemudian diproses dalam

otak untuk dijadikan pengalaman yang bermakna. Tindakan mempraktikkan pengalaman yang baru diperoleh itu dianggap sebagai perubahan tingkah laku, dan ini menggambarkan satu pembelajaran sebenar. Stalling (1973) berpendapat bahawa pembelajaran Pertama, pembelajaran harus menampakkan

berdasarkan tiga kriteria, yang penting.

perubahan dalam tingkah laku. Kedua, pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. Ketiga, pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Menurut Crow dan Crow (1983) pula, pembelajaran adalah pemerolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.

Pembelajaran biasanya berlaku setelah seeorang itu terdedah dengan persekitaran.

Ia

bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera. Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku (pembelajaran). Definisi Kaedah

Kaedah adalah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan pengajaran yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang dianuti. Sesuatu kaedah itu tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu (Mangantar Simanjuntak, 1982:72). Sebagai contoh kita ambil misalaya seorang guru bahasa yang menganut satu pendekatan kognitif yang tela didasarkan oleh Gestalt seperti telah dinyatakan sebelumnya. Teori Gestalt itu menyatakan bahawa persepsi kita bekera daripada keseluruhan sesuatu benda kemudian bergerak kepada bahagain-bahagiannya. Berdasarkan teori ini, seseorang guru itu bolehlah mencipta satu kaedah pengajaran sendiri dengan pendekatan yang dianuti. Dalam pengajaran bahasa, kaedah ini mungkin memulakan prosedurnya daripada satu wacana, kemudian kepada ayat, terus kepada rasa, kata dan mungkin kepada yang lebih kecil seperti morfem.

Brown (1980:240), menyatakan agak sukar untuk memberi definisi kaedah. Kata beliau: Methods, however are difficult to define. They manifesto themselves in such varieties at times that the terms approach may be more accurately descriptive of these general moods.

An approach ia a general and theoretical view of how language(or other subject matter) ought to be taught while a method includes a developed procedure for teaching. Strategi Pengajaran

Pengajaran adalah satu bentuk komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah. Ia melibatkan guru dan pelajar. Guru bertindak sebagai penyampai (pemberi) manakala murid pula

menjadi penerima. Keberkesanan komunikasi adalah bergantung kepada bagaimana guru dapat menyampaikan bahan atau meklumat yang hendak dikuasai itu dan seterusnya dapat dilmiliki dan disimpan dalam bank ingatan jangka panjang dengan sempurna. Untuk

memenuhi maksud ini, guru perlu ada satu cara dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat secara berkesan. Cara ini dianggap sebagai satu strategi. Bentuk strategi dan pembelajaran yang telah disarankan oleh kurikulum baru adalah berpusatkan pelajar. Walaubagaimanapun, ada ketika tertentu, terutama sewaktu hendak mengajarkan bahasa asing atau bahasa kedua, atau menyampaikan kemahiran lisan, iaiitu mendengar dan bertutur di peringkat rendah, guru terpaksa memainkan peranannya lebih banyak. Guru perlu menukar strateginya untuk pengajaran yang lebih berkesan. Strategi dalam

pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifisikan dalam tiga bentuk, iaitu strategi pemusatan guru, startegi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan.

Strategi berpusatkan guru adalah salah satu yang paling banyak digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kelas tradisional, suasana pembelajaran adalah berpusatkan guru. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada pelajarnya. Terpulang kepada guru sama ada menggunakan konsep suap, tipu sunat atau pelbagai teori yang telah dipelajari dahulu seperti behaviourisme, konstruktivisme dan teori kecerdasan pelbagai. Modul pengajaran hanya bergantung

kepada buku teks dan pengetahuan pelajar terbatas setakat kandungan dalam buku teks sahaja. Strategi pemusatan guru ini, lebih menekankan kepada peranan guru sebagai Beliau memainkan

faktor yang lebih penting dalam sesuatu situasi pembelajaran.

peranannya secara aktif dan perhatian pelajar tertumpu kepadanya. Dalam sesuatu situasi pengajaran, guru akan memberi penerangan secara panjang lebar, manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif. Oleh itu hanya komunikasi sehala penerangan yang diberikan oleh guru.

Guru bertindak secara autokratik dan memberikan arahan kepada pelajar supaya dilaksanakan. Pelajar tidak diberi peluang menyumbangkan idea. Guru amat

mementingkan pencapaian objektif pengajaran dan tidak mengambil berat perkembangan

emosi dan sahsiah peajar.

Pelajar sentiasa berada dalam keadaan tegang dan tiada Strategi ini banyak

hubungan positif di antara guru dengan pelajar dapat diwujudkan.

menggunakan teknik hafalan dan pelajar perlu banyak mengingat daripada membuat interprestasi. Guru terlalu mementingkan pengajaran keseluruhan kelas dan tidak

mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar seperti kebolehan dan minat yang wujud. Akibatnya pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif menerokai ilmu-ilmu baru. Walau bagaimanapun strategi ini mungkin sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita. Namun sekiranya tujuan guru bercerita

adalah untuk membina pemikiran kreatif pelajar, maka pelajar perlu juga dilibatkan dalam sesi perceritaan tersebut.

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, syarahan, bercerita, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru.

Menurut Mok Soon Sang (2002), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan guru. Berikut adalah ciri-cirinya: (i) Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. (ii) Kmunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. (iii) Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. menyumbangkan pendapat mereka. member arahan. (iv) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih menguatamakan pencapaian objektif guru. (v) Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi. (vi) Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uian dan peperiksaan. (vii) Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembeajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal Murid-murid tidak berpeluang

Guru banyak bertindak mengawal dan

kurang berupaya membuat interprestasi. (viii) Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat social yang positif kurang dapat dipupuk.

(ix)

Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian.

Perbeaan murid dari

(x)

Dibawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif da tidak berinisiatif.

Pengajaran berpusatkan guru mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Justeru itu, guru memainkan pernanan mereka dengan sistematik supaya pelajar dapat menerima segala maklumat yang disampaikan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran berpusatkan guru adalah ia dapat membantu dalam matapelajaran pengiraan (matematik) dan penguasaan fakta (sejarah). Ia juga dapat membantu pelajar yang lemah dalam menguasai pelajaran terutamanya banyak membantu dalam pengajaran pelajar khas. Manakala antara kekurangan yang diperolehi daripada pendekatan ini ialah ia hanya menekankan kepada hafalan, murid menjadi pasif, sifat sosial positif kurang dipupuk, murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif, murid mudah berpuas hati hanya dengan fakta yang diberikan oelh guru dan murid tidak mementingkan aspek lain selain daripada perkembangan intelek murid.

Strategi berpusatkan murid merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang penting dan utama. Di dalam bilik darjah, gurulah yang

menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran, iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya duduk mendengar. Kaedah keseluruhan kelas, demonstrasi, bercerita, syarahan, pengajaran berkumpulan dan setengah-setengah kemahiran pengajaran yang berpusatkan guru dalam pengajaran mikro menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Strategi pengajaran berpusatkan pelajar adalah satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajran, pembelajaran dan penilaian berfokuskan kepada pelajar. Peranan pensyarah berubah daripada peranan serba pemberi kepada fasilitator. Banyak pihak cuba menghuraikan pengertian dan konsep Pengajaran Berpusatkan Pelajar. Menurut Shahabudin et al. (2003) pengajran berpusatkan pelajar adalah strategi pengajaran di mana pelajar menjadi pemain utama yang melibatkan diri secara aktif dalam seusatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Csete dan Gentry (1995) pula menggunakan istilah pengajaran berpusatkan pelajar sebagai pengajaran yang dikawal oleh pelajar. Kawalan ini disini bermaksud pelajar mengawal prosedur, masa dan penilaian ntuk memenuhi keperluan mereka yang berbeza. Pengajaran berpusatkan pelajar ialah satu pendekatan

pembelajaran yang meluas merangkumi pengalaman belajar secara aktif, penyelesaian

masalah secara kritis dan kreatif, penggunaan simulasi dan main peranan, kajian kes, pembelajaran kendiri, kolaberatif dan koperatif. Secara padatnya, pengajaran berpusatkan pelajar adalah sebarang suasana pembelajaran yang efektif di mana perancangan, pengajaran, dan penilian menumpu kepada pelajar dan kepada hasil pembelajaran yang diperlukan pelajar.

Di bawah teknik pemusatan pelajar, pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan, penyoalan,

penyelesaian masalah, bermain, simulasi, main peranan dan sumbangsaran menjadi pertimbangan asas semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Menurut Mok Soon Sang (2001), terdapat beberapa ciri strategi pemusatan pelajar.

(i)

Dalam aktiviti pengajran dan pembelaran, murid dapat memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran.

(ii)

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar adalah dua hala.

Guru

meggunakan kaedah menyoal untuk membimbing murid supaya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan mereka. (iii) Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Pelajar-pelajar sentiasa digalakkan

memberi pendapat mereka. Guru banyak menggunakan kaedah perbincangan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (iv) Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran pelajar. (v) Perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, social dan jasmani. (vi) Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan pelajar. (vii) Pelajar menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh

dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran ecara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikirin kritis.

Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar, pelajar-pelajar akan diberi tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada sumber untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajarpelajar digalakkan sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah memantau proses yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan, guru hendaklah

memastikan diri mreka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa dan tujuan tersebut.

Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah pembentangan hasil tugasan. Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan memberi

pendapat/pandangan atau mengemukakn soalan. Ini akan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan di kalangan para pelajar. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih

dengan kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfkir secara kritikal, menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

Guru boleh menggunakan beberapa strategi semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Di antara strategi berpusatkan pelajar ialah perbincangan, main peranan, simulasi, sumbangsaran, lawatan, pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah

perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran alternatif yang amat digemari oleh para pengajar tidak kira sama ada di sekolah mahupun di kolej dan universiti. Kaedah ini

merupakan pendekatan pengajaran yang mengandungi banyak elemen pembelajaran berpusatkan pelajar. Penggunaan kaedah ini dapat menggalakkan interaksi pelbagai hala dalam bilik darjah iaitu interaksi di antara pelajar dengan guru, dan di antara pelajar dengan pelajar. Justeru, kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk Umumnya terdapat dua bentuk

melaksanakan pengajaran secara berpusatkan pelajar.

aktiviti perbincangan yang boleh dilaksanakan, iaitu perbincangan secara kelas, iaitu antara guru dengan pelajar, dan perbincangan di antara pelajar dengan pelajar dalam kumpulan kecil. Bagi aktiviti pertama, guru mengemukan soalan yang memberi focus terhadap isi pelajaran, manakal pelajar memberi respons terhadap soalan pensyarah sama ada dalam bentuk jawapan ataupun pendapat. Proses ini berterusan sehingga tamat kelas.

Perbincagan pelajar dengan pelajr pula dilaksanakan secara berkumpulan. Untuk tujuan itu, guru akan membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang sesuatu isu yang dikemukakan oleh guru. Lazimnya, sesi perbincangan akan berakhir dengan aktiviti pembentangan oleh wakil kumpulan diikuti oleh

maklum balas oleh guru dan pelajar yang lain.

Untuk menjamin kejayaan aktiviti

perbincangan ini, guru harus memastikan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan isu yang dibincangkan. Guru juga boleh membantu dengan

menyediakan bahan perbincangan sebagai bahan rangsangan untuk diberi kepada pelajar ketika sesi perbincangan berlangsung. Untuk memperjelaskan lagi pelaksanaan kaedah perbincangan dalam bilik darjah, perbincangan yang seterusnya bertumpu kepada beberapa teknik perbincangan secara berpasanan atau one-one discussion, teknik sumbangsaran (brainstorming), dan sesi plenary.

Kaedah simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan seusatu masalah atau isu. Ciri-ciri pentingnya, ia merupakan satu

pembelajaran melalui pengalaman, peserta belajar daipada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya. Dalam simulasi peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada pesertapeserta bagi membuat keputusan, peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa denan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. Kebaikan teknik ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisi dan kritis.

Kaedah projek adalah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar di mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee.A.M.1997). Ia merupakan sesuatu aktiviti

dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Tujuan kaedah projek ialah mmemperkembangkan daya kreatif

pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia juga membantu pelajar menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek, memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti, projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan manfaat kepada pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi, projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah ini ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek serta pengetahuan uang diperoleh kekal dan berkesan.

Satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar ialah lawatan. Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa

yang mereka teah belajar dalam situasi sebenar.

Pelajar dapat mengumpul maklumat

secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung menggalakkan penggunaan pelbagai deria ini membawa kesan kepada pembelajaran, membeir peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku. Kaedah ini juga menggalakkan

pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.

Strategi main sambil pelajar merupakan satu lagi pendekatan yang dapat digunakan dalam pengajaran berpusatkan pelajar. Strategi main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan manipulatif termasuk teka-teka, jadual bernombor, domino,catur dan congkak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal, pemainan bahasa dimana akan mewujudkan ativiti pengajaran-pembelajaran mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahanbahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna, kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanakkanak menyelesaikan masalah.

Pembelajaran Berasaskan masalah dapat digunakan di sekolah rendah dan menengah sebagai pendekatan pengarajaran berpusatkan pelajar. Pendekatan ini lebih merupakan satu cara merancang dan menyampaikan satu kursus atau mata pelajaran yang berorientasikan masalah dalam amalan professional atau kehidupan yang sebenar (real life) sebagai rangsangan kepada pembelajaran (Canon & Newble, 2000). Pendekatan ini juga berbeza dengan pendekatan tradisional kerana Pembelajaran Berasakan Masalah merupakan satu strategi yang bertujuan membentuk budaya inkuiri yang tidak menggalakkan pembelajaran secara hafalan, serta memerlukan individu pelajar memberi define kepada masalah, mencari jalan penyelesaian masalah, dan berkolaborasi dengan pelajar lain untuk menyelesaikan masalah (Jordon & Porath, 2006).

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar. Justeru, pendekatan memerlukan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu atau secara berkumpuan berdasarkan masalah yang dibina oleh guru berasaskan kandungan atau sukatan pelajaran dalam kursus atau mata pelajaran yang

diajar.

Masalah yang dikemukakan hendaklah bersifat authentik, iaitu masalah yang

sebenar yang wujud dalam situasi profesion atau kehidupan sebenar. Ciri-ciri pendekatan ini ialah pembelajaran bermula dengan masalah, pastikan masalah berkait dengan dunia pelajar, isi kandungan hendaklah dioleh berdasarkan masalah dan bukan berdasarkan disiplin, pelajar harus diberi tanggungjawab utama bagi membentuk dan menentukan arah pembelajaran mereka, pelajar belajar dalam kumpulan yang kecil dan pelajar mempamerkan hasil pembelajaran sama ada dalam bentuk produk atau pun prestasi yang ditunjukkan.

Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah mempunyai banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan kaedah pengajaran lain. Antaranya pelajar dilatih untuk memupuk rasa tanggungjawab yang sepenuhnya terhadap pembelajaran yang dialami serta menghargai ilmu yang dipelajari dalam konteks sumbangan terhadap masyarakat dan Negara. Melalui kaedah ini pelajar dapat menikmati keseronokan belajar kerana dapat

memberi kepuasan belajar yang tinggi kepada pelajar yang seterusnya dapat meningkat lagi motivasi instrinsik pelajar untuk pelajar.

Pengajaran berpusat pelajar juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihannya ialah murid kurang bergantung kepada guru, dapat memotivasikan pelajar, idea sesama pelajar mudah difahami, tahap kefahaman pelajar tidak sama, jadi tumpuan dapat diberikan kepada pelajar tertentu. Antara kekurangannya pula ialah ia

memerlukan tahap disiplin yang tinggi, menentang tunjuk ajar dan dianggap tidak natural dan pengajaran berpusatkan kepada pelajar bukan merupakan satu idea yang bermakna.

Pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu strategi yang dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran. Justeru, pendekatan ini perlu diterapkan oleh semua guru dalam pengajaran mereka agar pelajar dapat memperoleh hasil pembelajaran yang lebih bermakna dan berkesan. Dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar, setiap pensyarah perlu bertindak sebagai seorang fasilitaot dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pensyarah juga perlu mempunyai kepekaan dan peresepsi yang tepat terhadap keperluan pelajar serta bijak menggunakan bahan bantu mengajar, belajar bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar sejajar dengan objektif pengajaran pembelajaran yang ditetapkan. Selain itu, guru harus melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi

kerana komunikasi yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai