Anda di halaman 1dari 15

BIODATA -IVAN PAVLOV

-J.B WATSON
Disediakan Oleh: Abdullah Rahimi Bin Nordin Fikri Hanafi Bin Mohamad Arifin Nur Atikah Remali Nur Ain Binti Zakaria

BIODATA

Nama : Ivan Pavlov Tarikh Lahir : 14 September 1849 Tempat Lahir : Ryazan, Rusia Tengah Tarikh Meninggal : 27 Februari 1936 (86 Tahun) di Leningrad Rusia

Pendidikan Pavlov
Bersekolah di sekolah Seminari Teologi Melanjutkan pelajaran Universiti St. Petersburg di

dalam bidang Kimia dan Fisiologi. Beliau telah mendapat gelaran doktor falsafah pada tahun 1879. Pada tahun 1884, beliau telah dilantik menjadi Profesor di Institut of Experimental Medicine. Pada tahun 1904 pula, beliau telah dianugerahkan hadiah Nobel bagi kategori fisiologi.

Pavlov berpendapat fenomena rembesan air liur

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV (1927)

berlaku semasa makanan berada dalam mulut anjing adalah satu gerak balas yang tidak perlu diajar atau dikenali sebagai gerak balas tak terlazim. Manakala, fenemena rembesan air liur yang berlaku semasa makanan dikesan adalah sesuatu yang dipelajari dan digelar gerak balas terlazim. Bagi mengesahkan hasil pemerhatian tersebut maka Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai ransangan terlazim.

Bunyi loceng digunakan sebagai ransangan terlazim. Tidak ada tindak balas rembesan air liur dikesan

Daging ditunjukkan dan rembesan air liur dikesan dan kuantitinya direkodkan.

Mengulang langkah 1 dan 2 sekaligus beberapa kali sebagai peneguhan.


Membunyikan loceng tanpa memberi makanan, rembesan air liur dikesan. Bunyi loceng telah menggantikan tempat makanan sebagai ransangan terlazim.

KESIMPULAN KAJIAN PAVLOV


Terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut ialah:


1. 2. 3.

Generalisasi : Memberikan gerak balas yang sama kepada ransangan yang serupa. Diskriminasi : Memberi gerak balas kepada ransangan tertentu sahaja. Penghapusan: Ransangan terlazim yang tidak diikuti dengan ransangan tak terlazim dan gerak balas terlazim akan beransur-ansur hilang.

4.

Penguasaan atau Pembelajaran Semula: Bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan

BIODATA JOHN BROADES WATSON

Nama : John Broades Watson Tempat lahir : Greenville Tarikh lahir : 9 Januari 1878 Tarikh Meninggal : 25 September 1958 di New York City Pendidikan : Beliau mempelajari ilmu falsafah di University of Chicago dan memperoleh Ph.D pada tahun 1903 dengan disertasi berjudul Animal Education. Watson dikenal sebagai ilmuwan yang banyak melakukan penyelidikan tentang psikologi binatang.

Watson digelar sebagai 'bapa behaviorisme'. Beliau sangat terpengaruh dengan hasil kerja Pavlov dan menerima pelaziman klasik sebagai cara penting pembelajaran berlaku.
Oleh kerana dia mengutamakan tingkahlaku yang boleh diperhatikan, beliau mengaitkan segala tingkahlaku dengan pergerakan. Contohnya, dia sifatkan 'perasaan' sebagai pergerakan otot-otot dalam perut dan 'percakapan' sebagai pergerakan otot-otot dalam tekak.

TEORI PELAZIMAN KLASIK WATSON


Ahli psikologi pertama yang menggunakan behaviorisme Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik pavlov

Perbezaan antara manusia adalah pengalaman Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk Ransangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid

Mengikut watson, tingkahlaku manusia ialah

sesuatu refleks terlazim. Watson berpendapat, gerakan refleks yang mudah berlaku secara semulajadi dan tidak perlu dipelajari. Manusia mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi baru. Mengikut watson emosi terdiri daripada takut, marah dan kasih sayang.

Watson Little Albert Experiment Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning) Albert - 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, Bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu diulang berkalikali (tikus putih dan berbunyi pemukul). Akhirnya, eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. Kesimpulannya,Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

Tikus Putih

Tidak takut

Tikus Putih

Bunyi kuat yang dilazimkan

Takut

Tikus Putih

Takut

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai