Anda di halaman 1dari 3

1.

Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses pertolongan. Penyelesaian masalah dianggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai dan satu yang

proses kognitif yang

berperingkat

tinggi

memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas (Goldstein & Levin, 1987).

2.0

Perbezaan Masalah Rutin dan Masalah Bukan Rutin

Masalah Rutin i. Melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja. ii. Hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. i.

Masalah Bukan Rutin Memerlukan proses-proses yang lebih rumit dan tinggi. ii. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan.

iii. Fungsi :
memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkahlangkah yang berturutan mempertingkatkan kemahirankemahiran dalam operasi-operasi asas memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di

iii. Boleh digunakan dalam program matematik di sekolah rendah :


mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

mengembangkan kemahiran-

antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

iv. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar.

iv. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar kerana masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara mengikut proses pemikiran yang berbeza-beza.

3.0

Heuristik Penyelesaian Masalah Heuristik merangkumi semua bidang penyelesaian masalah baik masalah rutin dan masalah bukan rutin. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus difikirkan oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Ianya bukan algoritma penyelesaian masalah tetapi satu cara berfikir untuk melihat dan menyelesaikan sesuatu masalah dari pelbagai aspek. Penyelesain masalah mengunakan heuristik untuk meneroka konsep matematik untuk menyelesaikan masalah. Heuristik juga boleh dikatakan sebagai proses memikirkan cara penyelesaian masalah yang kadang kala tidak disedari.

Berikut adalah beberapa heuristik yang biasa digunakan dalam Matematik:

1. Membentuk masalah yang setara

2. Mengubahusuai masalah

3. Memilih notasi berkesan

4. Meneroka simetri

5. Membahagikan kepada kes tertentu

6. Menggunakan situasi yang bercanggah

7. Menyemak persamaan

8. Mempertimbangkan kes ekstrim

9. Membuat Generalisasi

Anda mungkin juga menyukai