Anda di halaman 1dari 2

Sebab Dilarang Bercinta Dengan Suami Orang

Published by fayz January 26th, 2007 in Malaysian Life!. Tags: bercinta dengan suami orang,
cinta the movie, dr. fadzillah kamsah, dr. love, isteri curang, khabir bhatia, Malaysian Life!,
masalah perhubungan, nasihat rumahtangga, sakit puan, tips.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN


KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira
dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang
mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa
bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa
depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan
cinta kamu saja!
2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti
jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di
luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di
rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca
sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap
menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan
kamu kelak.
3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.
Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu
kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek
perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan
bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang.
Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati
kamu kena serang!
4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap
mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam
kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan
keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis
formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di
kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja!
Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang
lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan
perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia
menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup
berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan
hubungan dengan wanita lain!
6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di
dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang
mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya
dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki
pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang
selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum
sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan
bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu
diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup
berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil
hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti!
Renungkan!
8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan
perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan
perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak
louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk
bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-
buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung
malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut
jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !
10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun.
Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar
yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu
sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan
zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Anda mungkin juga menyukai