Anda di halaman 1dari 2

Masalah Pada Kamu Kalau Kamu Bercinta dengan suami orang

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN


DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat
gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh
perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa
dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan
seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-
kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA


Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan
bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari
hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak
memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan
pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia
mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua
menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT


Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang
meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan
membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan
dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan
berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa
diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu
berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG


Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama
tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya
dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi
kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya
ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu
hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan
jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih
daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?


Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan
seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan
menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan
bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan
sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan
isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai
hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya
sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita
lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU


Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat
kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita
seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa
tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula
kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan?
Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN


Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri
kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain,
menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain?
Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu
isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang
lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI


Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih
tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan
sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"


Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar
untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan
secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain
daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau
saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu
terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana.
Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-


SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa
tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua
baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh
melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa
begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang
TAK BERMAKNA!

Posted by leen043

Anda mungkin juga menyukai