Anda di halaman 1dari 2

bohsia suci

Hari panas terik. Suasana section dua mula lengang semenjak semalam. Memang begitulah selalunya.
Mana-mana student UiTM yang tiada kelas pada hari sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari
semalam. Cuma mereka yang ada kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya.
Dalam pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh sedang cuba
menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang mentari seolah-olah tidak
dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini harus diselesaikan dengan segera demi masa depan
perhubungan mereka.

"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa depan. Bergaul dengan
mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku
dah mati akal mengenangkan kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang
kau tak dapat daripada aku?!!!" Black menggeleng-gelengkan kepalanya beberapakali sambil tangan
depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan apa yang telah Katy lakukan.

"Kau silap Black. Tak semua orang yang kau nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan
diorang macamana kau nak tahu. Aku yang lepak ngan diorang hari-hari, aku tahulah parangai diorang
macamana. Kau jangan buruk sangka ngan semua orang Black... tak baik tahu?" Giliran Katy pula bersuara.
Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan benar. Dikiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa
sedikitpun menghiraukan apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi
kepada mereka. Heh! Section 2... apalah yang nak dihairankan..?

"Butuh la!!! Kau biarkan jantan-jantan suldal tu peluk kau, raba seluruh badan kau, usik itu, usik ini, macam
tu kau kata baik?!! Aku saja tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya. Kepalanya
memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau Black!

"Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada aku... aku nak buat macamana?
Takkan aku nak gigit sekor-sekor pulak? Kau faham la sikit keadaan aku Black..." Muka Katy dah mula
berubah. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi kemarahan Black.
Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana tempat awam, mungkin dah lama dia meraung
sekuat-kuat hatinya.

"Kasih-sayang.... Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap? Betina apa kau ni ha?!
Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Kau paham?!!" Black
memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikitpun menoleh kebelakang. Langkah laksana
seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti gentar.

Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah seumur hidupnya dia dicemuh
sampai sebegini rupa. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang dah dia
buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba mengesat airmatanya dari terus keluar.
Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri.
Mungkin inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Dalam masa yang sama kelihatan kanak-kanak berlari
keluar dari pengkarangan sekolah menengah section 2 menuju kearah bus stand dimana Katy duduk.

Budak dah habis sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni... kejap lagi bebudak UiTM balik. Bisik hati Katy. Dia
memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada orang yang masih sanggup
membawanya kerumah demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk berlindung dari panahan terik
mentari. Kata-kata Back sebentar tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat
aku macam ni Black... selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau... dan akhirnya ini balasan
kau pada aku. Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa' dari aku. Hati Katy terus
merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk mencecah lantai bus stand.

"Eh! cutenya kau... mari sini. Sini." Katy menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudahpun
menunjukkan batang hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi selama ini
dia hanya mampu memerhatikan dari jauh. Ah! Siapa yang tak kenal Zaki . Cerita tentang kemuliaan hati
Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga
lelaki separti inilah yang paling dibenci oleh Black!

Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu.
Selamba juga Katy membiarkan dirinya dipeluk kemas oleh Zaki. Seolah-olah perlakuan sedemikian
memang tidak asing lagi pada manusia hari ini.

"Ikut aku balik rumah, nak?" tanya Zaki. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya
tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang diidam-idamkan olehnya. Lepas
ni mesti dapat 'makan sedap' . Bisik hati Katy.
Zaki mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu. Tatkala kakinya cuba
melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari belakang...

"Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"

PERSOALANNYA...
• Pernahkah anda melihat seekor kucing menyapu-nyapu mukanya ditepi jalan?
• Pernahkah anda melihat seekor kucing menundukkan mukanya sehingga mencecah lantai?
• Bohsiakah si Katy?
• Power sangatkah si Black?
• Sapa yang betul? Black, Katy, atau abang Rosli?
• Siapakah yang cukup membenci insan bernama Zaki?

Anda mungkin juga menyukai