Anda di halaman 1dari 72

Galleri Perkahwinan

Nasihat & Pedoman Untuk Isteri


Ilmu manusia itu tidaklah mampu meneroka perkara-perkara yang ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia
itu sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat diri seorang lelaki dan juga hakikat diri manusia
ciptaanNya. berikut adalah pedoman-pedoman buat kaum yang terutamanya telah bersuami, iaitu
bagaimanakah menambat hati lelaki untuk kebahagiaan rumahtangga.

21 PEDOMAN BUAT ISTERI

1.Terima  Lelaki agar Dia Menerima Anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan
ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda
mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki
yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin
tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2.Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda  Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki
dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan
beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan
kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan
menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3.Berubah Untuk Menikmati Perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai
sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah
perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda.
Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang
lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4.Sanggup Memberi Untuk Menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah
sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda
mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5.Percaya Untuk Dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu
percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang
lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda
bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah
pendiriannya.

6.Menangkan Lelaki Untuk Menang  Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam
kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu
perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan
meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan
kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi
apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7.Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif  Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap
suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya,
membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat
sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang
bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak
berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang
patut berubah.

8.Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap


suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab
suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana
yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang
benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9.Kritikan Akan Membuahkan Kritikan  Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan
sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan
rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik
anda pula.

10.Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa  yang
anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oelh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2)
Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan
seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat.  Berilah lelaki apa
yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11.Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang
ingin dikatakannya, walau ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya.
Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar  Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk
senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu,begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya.
Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13.Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja  Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan
nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan
lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14.Hormati Dia Sebagai Lelaki  Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk
memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap
anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak aka
merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15.Dengarlah Dengan Baik Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami
isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,
nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16.Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki  Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai
hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara
yang menjadi  kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu 
mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17.Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda  Dia akan menganggap anda penting dalam
hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa
sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi
suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18.Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami,
suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan
berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup.
Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan  Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau
menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk
mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah
anda   pula yang memulakannya.

20.Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan
anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah
seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia
telah gagal  membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan
  keluar.

21.Hidup Bukan Hanya Di Dunia  Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal
yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada
betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Hukum Berkahwin dan Fadilatnya

Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah
berkahwin. Persoalannya  adakah kahwin itu suatu ibadat?
Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat,
ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada
Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali
setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik
budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan
oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh
menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-
perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau
telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak
pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan
menjadi perisai kepada   keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan
ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika
seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga
kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan
penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja,
lalu beliau berkata kepada
anak-anak remajanya itu:

"Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka
beritahulah kepada ku, Insya
Allah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu., Kerana apabila seseorang manusia telah
melakukan zina maka ketika     itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya."

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah
dicabut lantaran hamba
tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula.
Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat
hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan
dan keperluannya.,
Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-
ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang
menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.
Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah
SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata
memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang
soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: "Sekiranya kamu mempunyai
anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu
dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka
segeralah kamu menikahkannya."

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak
perempuan mereka yang
remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan
perkahwinan itu agar ia terselamat
dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Kelemahan Kaum Adam

Wanita memerlukan seks dalam bentuk yang berbeza dari cara biasa ditawarkan oleh
               lelaki. Seks yang diharapkan oleh wanita seharusnya mempunyai lebih banyak
               komunikasi kasih sayang, termasuklah di dalamnya senyum, gurau senda, pelukan,
               belain, cumbuan, ciuman, pujuk rayu serta pujian. Malah ianya patut dilakukan menurut
               kesukaan dan hajat isteri. Wanita memerlukan semua itu itu untuk memungkinkan
               syahwatnya bangkit kerana syahwat wanita tidak mampu bangkit mendadak
               sebagaimana lelaki. Rangsangan yang membantu kebangkitan syahwat wanita ialah
               rangsangan terhadap pendengarannya dan belaian terhadap tubuh badannya.
               Sebilangan lelaki tidak mengetahui atau menyedari hal ini, dan sebahagian lagi
               menyedari tetapi sukar pula bersabar, lantas tahu-tahu mahu terus memulakan jima'.

Inilah perkara yang dianggap kelemahan ketara lelaki dari segi seks yang menyebabkan
               ramai wanita merasa kecewa. Lelaki cepat mahu juma' dari mencukupkan rangsangan
               awal terhadap wanita (istimta'). Istimta' dianggap oleh ramai lelaki sebagai pengacau
               yang melambat-lambatkan kemahuan sebenarnya. Ia dianggap sebagai iklan-iklan yang
               terlalu panjang sebelum bermulanya tayangan gambar.

Akibat dari inilah wanita yang terlibat akan merasa dingin untuk melayan suaminya. Ini
               menyebabkan suami jarang dapat bersama dengan isterinya di ranjang. Sekiranya
               suami itu dari jenis yang kuat syahwatnya dan mahu kerap berjima' sedangkan isterinya
               tidak begitu gemar melakukannya, suaminya akan merasa kecewa dalam seks. Jima'
               yang jarang dilakukan oleh suami yang kuwat nafsu seksnya boleh mengakibatkan dia
               tidak boleh bertahan lama apabila jima'. Dia akan mudah inzal. Bila ini berlaku,
               kedinginan isterinya untuk berjima' akan ditambah lagi dengan ketidakpuasan jima', dan
               jika ia berlarutan mungkin isteri akan merasa bahawa jima' tidak mendatangkan makna
               pada dirinya melainkan membosankan hidupnya dan membebankannya. Lahirlah 'Pipit
               Sedih', iaiitu istilah tradisional Melayu yang merujuk kepada wanita yang tidak pernah
               merasa puas dari segi seksualnya bila berkahwin.

Fenomena tidak melakukan istimta' adalah kelemahan lelaki tetapi wanita tidak wajar
               mempersalahkan lelaki semata-mata dalam soal ini kerana wanita jug asepatutnya
               memainkan peranannya. Lelaki bukanlah pakar dalam melakukan seks. Dia cuba
               melakukan sebaik yang mungkin, dia melakukan banyak percubaan dan mahu
               mengetahui apakah tindakannya itu menepati hasrat isterinya. Wanitalah yang patut
               membantu suaminya. Antara yang patut dilakukan olah wanita ialah:

1. Menunjukkan kepada suaminya bahawa dia menghargai kehadiran suaminya. 


                  2. Mengajar suaminya secara halus iaitu membelai, mencumbu dan memujuk rayu
                      suaminya agar suaminya menyedari menegnai kenikmatan yang dapat dirasakan
                      akibat rangsangan sedemikian. 
                  3. Melengahkan proses istimta' dengan meminta suaminya merangsang ke
                      anggota-anggota yang dihajatkan. 
                  4. Memberi isyarat-isyarat yang sesuai apabila merasa nikmat dan ababila merasa
                      tidak nikmat. 
                  5. Sekiranya sesuatu pendekatan suami itu mendatangkan rasa kenikmatan yang
                      tinggi, berikan isyarat agar ianya boleh diulangi oleh suami.

PERKAHWINAN DAN KEHIDUPAN BERKELUARGA ADALAH UJIAN

Kemelut yang melanda kehidupan, saban hari menjadi persoalan pasangan yang berkahwin. Bak kata
pepatah perkahwinan adalah suatu perjudian hidup. Ketentuannya adalah dari kuasa Allah SWT. Namun
segalanya tidak harus dipersalahkan kepada taqdir semata. Allah memberikan aqal fikiran untuk
dijadikan dacing penimbang yang bijaksana di samping peraturan hidup yang berlandaskan undang-
undang dan hukum Tuhan menerusi Al-Quran.

Sejak Pusat Kaunseling atau PK MAINS ditubuhkan pada Disember 1998 hingga 30hb. Ogos 1999,
sejumlah 699 sesi kaunseling telah dijalankan dalam masa 182 hari beroperasi. Berdasarkan kajian
statistik yang telah dijalankan, didapati bahawa 40 peratus dari kes tertinggi yang diterima adalah
berpunca dari masalah perkahwinan seperti perceraian, nafkah, sikap suami dan isteri, saling
menyalahkan pihak lain, ketidak setiaan kepada pasangan, tingkahlaku menyeleweng dan banyak lagi
punca yang mengakibatkan berlakunya konflik dalam perkahwinan.

Daripada fenomena ini, PK MAINS merasakan bahawa institusi perkahwinan dan sistem kekeluargaan
masyarakat terutamanya umat Islam adalah diambang kehancuran. Jika perkara ini tidak diberikan
perhatian, tidak mustahil suatu ketika nanti, kehidupan berkeluarga bukanlah jalan yang memberikan
kedamaian kepada manusia seluruhnya.

Perkara ini adalah disebabkan kerana kurang kefahaman tentang konsep perkahwinan dan alam
kehidupan berkeluarga yang dikehendaki oleh Islam. Justeru itu banyak pihak harus melibatkan diri
dalam membantu masyarakat khususnya umat Islam untuk mengembalikan kemurnian institusi
perkahwinan. Kefahaman tentang agama dan penghayatan hidup yang berteraskan kerohanian haruslah
diperhebatkan bagi membuka minda dan harapan kepada umat Islam agar kembali kepada kehidupan
beragama dalam segala aspek kehidupan yang pasti menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Kursus keibubapaan diperingkat awal perlu diberikan penekanan terutama dari aspek konsep
kekeluargaan menurut Islam dan isikandungan yang berbentuk jasmani dan rohani. Dengan adanya
pemantapan diri luaran dan dalaman ini akan memungkinkan terbinanya keluarga harmoni yang
berlandaskan agama yang betul.

Oleh itu, perubahan sikap, minda dan cara hidup yang diamalkan selama ini amatlah perlu agar
pembinaan diri insan lebih terarah kepada konsep pembentukan keluarga yang lebih sistematik dan ideal.
Pasangan yang baik sentiasa meningkatkan kemahiran keibubapaan dan budaya kehidupan suami isteri
yang berlandaskan agama dalam usaha melahirkan keluarga bahagia dan zuriat yang diredhai Allah SWT.

Bagi setiap pasangan, keluarga dan individu yang mempunyai sesuatu yang memerlukan perkhidmatan
kaunseling bolehlah datang ke Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)


( Cawangan Seremban )
51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex,
20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

_________

"KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"

TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN:

SATU PENDEKATAN BARU

Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan
Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan
ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk.

Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud :
" Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud :

" Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan
penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-
orang yang beriman".

Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia
mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :

1. Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul"
menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35
tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan
agama.
2. Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa
sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan
bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam
bidang agama".
3. Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan
penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru
berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan
Tuhan".

Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar
Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN
AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH
PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA". Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama
IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka
surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata :

" Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat
memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan
Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan
merupakan calon doktor yang masih lemah".

Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama)
sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia
dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah
"manual" Allah iaitu Al-Quran.

Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah:

a) Penumpuan kepada sesuatu perkara


 Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
 Membaca ayat 200 surah Ali Imran

b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa)

 Membaca penghulu taubat

c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran

 Membaca surah Thaha ayat 1-5


 Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
 Membaca bismillah 5 (3 kali )

d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan

 Membaca surah Al-Insyirah


 Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah

Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda
bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)


( Cawangan Seremban )
51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex,
20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

----------------------------

"KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"

Memilih Pasangan

   Perkahwinan dianggap dasar kepada pembentukan sebuah keluarga, masyarakat dan negara. Maka
pemilihan pasangan hidup menjadi sangat penting dan kritikal. Selalu kita dengar dan lihat sebuah
rumahtangga hancur berderai  walaupun baru didirikan. Mungkin ada tembelang  yang pecah, lalu
meledak dan meranapkan sebuah perkahwinan.

Terdapat beberapa pendapat tentang jodoh. Apa  yang penting bagi kita adalah usaha dan tawakal
kepadaNya. Rujuklah kepada garis panduan yang telah diberikan. Semoga kita selamat dan mendapat
berkat. Insyaallah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


"Seorang wanita dikahwini kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana
keturunannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, kerana dia akan
dapat menuntun tanganmu".
       (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain disebutkan yang ertinya:

".......... Beruntunglah orang yang memilih kerana agamanya, kerana ia akan dapat menuntun
tanganmu".

Kita semua mengetahui bahawa harta benda akan musnah. Kecantikan juga akan pudar bila dimamah
usia, bila diserang penyakit atau kemalangan. Pangkat dan keturunan tidak kekal selamanya. Cuma
ilmu dan ketaatan pada agama akan terus menjadi amalan sepanjang hayat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kamu jangan berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya, kerana kecantikan akan
memusnahkan dirinya. Jangan kamu berkahwin dengan perempuan kerana kekayaannya kerana
kekayaan akan membuat derhaka. Kahwinlah dengan perempuan kerana agamanya. Sesungguhnya
bahawa seorang perempuan pesuruh yang baik         pengamalan agamanya adalah lebih baik
dikahwini, sekalipun berkulit hitam dan cuping telinganya berlubang besar".

Meminang

Apabila seseorang laki-laki berhasrat untuk berkahwin , adalah digalakkan beliau mempelajari dan
mengetahui akan sifat wanita solehah. Kerana yang demikian dapat membantu dalam membuat pilihan
bakal isterinya.

Sebelum Meminang

Tidak menjadi kesalahan bila seorang laki-laki ingin mengenal pasti keadaan jasmani wanita (bakal
isteri). Adakah dia sihat atau punya penyakit, kecacatan, gemuk atau kurusnya, putih atau hitamnya dan
bagaimana raut wajahnya. Untuk keperluan ini semua, seorang laki-laki yang betul-betul berazam
untuk memperisteri seorang wanita dibenarkan melihat wanita yang dimaksud. Melihat di kala itu
adalah darurah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Jika seseorang di antara kamu meminang seorang perempuan, maka tidak mengapa baginya (tidak
berdosa) melihat sesuatu dari perempuan tersebut, apabila melihatnya memang keperluan untuk
meminang, sekalipun dia tidak mengetahui".       (H.Riwayat Iman Ahmad)

Walaupun melihat bakal isteri dibolehkan, tidak bererti boleh melihat dengan sesuka hatinya hingga
melanggar ketetapan syarak. Ia tertakluk kepada beberapa syarat:
 Mesti disaksikan oleh salah seorang muhrim siwanita. Tidak boleh berdua-duaan saling
pandang memandang.
 Melihat wanita yang akan dipinang hanyalah setakat wajah dan tapak tangannya saja.
 Dengan melihat pada tapak tangannya dapat diketahui apakah wanita itu berbadan besar segar
atau tidak,     halus atau kasar. Dengan melihat pada wajahnya dapat diketahui apakah wanita itu
cantik atau tidak. Cuma itu saja dapat dilihat.

Dalam hadis lain disebutkan: Ertinya:

"Apabila seseorang di antara kamu meminang perempuan, jika ia dapat melihat apa yang menarik
sehingga ingin mengahwininya, lakukanlah itu".        (H.R.Ahmad dan Abu Daud)

Melihat wajah wanita dan telapak tangannya dapat dilakukan sendiri oleh lelaki yang akan meminang
dengan syarat seperti di atas.Hal-hal lain seperti tutur kata, akhlak dan hal-hal lain yang perlu tentunya
susah dilakukan oleh lelaki. Dalam hal-hal ini dia boleh mengutus wanita dari kalangan keluarganya
untuk merisiknya. Wanita yang dipercaya itu akan bergaul dan mengenali calon isteri dari dekat dan
seterusnya dapat memberitahukan pada pihak laki-laki apa-apa
maklumat yang diinginkannya.

Syarat-syarat Wanita Yang Dipinang

a. Bukan Pinangan Orang Lain

Meminang wanita yang telah dipinang oleh laki-laki lain hukumnya haram di sisi syarak. Kerana yang
demikian itu dapat merosakkan persaudaraan dan menyakitkan hati orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya:

"Seseorang laki-laki tidak boleh meminang wanita yang telah dipinang oleh saudaranya (orang lain
sesama muslim) sebeulum laki-laki yang meminang terdahulu meninggalkannya (telah putus hubungan
pertunangan), atau tunangan terdahulu itu mengizinkannya".   (H.R. Bukhari)

Apabila diketahui bahawa tunangan terdahulu sudah jelas tidak menghendakinya lagi, atau sudah putus
hubungan pertunangan, maka lelaki lain boleh meminang tanpa izinnya.

b. Bukan Wanita Yang Ditalak Tiga Oleh Dirinya

Lelaki yang telah mentalak tiga terhadap isterinya, dia tidak boleh meminang lagi bekas isterinya,
sehinggalah wanita tersebut telah bertahallul (dikahwin oleh laki-laki lain kemudian dicerai setelah
disetubuhi). Apabila masa iddahnya telah habis maka bekas suami pertama boleh meminangnya
semula.

c. Bukan Pada Masa Iddah

Tidak boleh (haram) meminang wanita yang sedang iddah bukan darinya. Tetapi bila wanita sedang
iddah bukan talak raj'iy seorang laki-laki boleh meminangnya dengan cara ta'ridh (sindiran). Jadi tidak
boleh meminang secara berterus terang. Contoh pinangan degnan ta'ridh adahal; "Engkau lawa' atau
"Ramai orang yang sukakan engkau' dan lain-lain. Talak Raj'iy ialah talak satu atau dua, jadi masih ada
kemungkinan bagi sisuami merujuk isterinya semula. Wanita
yang ditalak raj'iy tidak boleh dipinang secara ta'ridh apa lagi secara terang-terangan (tasrih).
Merahsiakan Pinangan Pinangan sebaiknya dirahsiakan dari diketahui oleh orang ramai, gunanya untuk
mengelak sesuatu yang tidak diinginkan. Hal ini untuk menjaga kehormatan siwanita itu sendiri
seandainya suatu hari kelak pertunangan itu putus atau untuk mengelakkan fitnah-fitnah yang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

"Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

Copyright ©  Bearlina. All Rights Reserved

Memahami Sifat Lelaki


1. Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita.  Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika
sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias
ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang
mudah dan jelas, secara  berterus-terang.  Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara,
tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.

2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar
berkomunikasi antara satu sama lain.  Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita,
adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya.  Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih
baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang
dikatakannya.  Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki Suka Membisu

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan
sebagai salah  satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk
menyembunyikan dan membisu.

4. Lelaki Tidak Kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita
menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap
dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu.  Ini bukan bererti lelaki
berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai
kompleks, tetapi sebenamya kehendak  lelaki adalah mudah.

5. Jangan Paksa Lelaki

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan
sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan
menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya,
atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca
tetapi tidak melakukannya, mungkin pada  ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain

Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai
masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk
menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan
dan keberanian yang tinggi.

7. Lelaki Pentingkan Kejujuran

Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan
lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya.  Kejujuran
adalah penting bagi lelaki.  Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. Lelaki Tidak Suka Dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak
begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau
kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga
apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.  Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah
dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki.  Bila lelaki mahu
mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti.  Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak
beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan
sedikit pujian.

9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu
bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya
cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".

10. Lelaki dan Ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang.
Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut
memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati
kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita   memberitahu bahawa  sumbangannya diiktiraf dan
dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya,  siapa lagi.  Jika anda mempertingkatkan ego
lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat
faedah terutamanya yang dicintainya.

11. Sahabat Yang Paling Baik

Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik
kepada anda.

12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan
mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara
bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia
dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira,
paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan.

Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks
tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta
berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi
keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi.

Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai
kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara
suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika
tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan
emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan
kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan
melanda wanita.

13. Lelaki Suka Menyelerak

Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. 
Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya.  Walaupun pada kebanyakan ketika
lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh
seorang 'ibu'. Dia menunjukkan  kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

14. Lelaki Diumpan Menerusi Matanya

Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah yang paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan
dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, pakailah pakaian
yang menghairahkannya.  Ini bukan bermakna menyuruh wanita menjadi objek seks, dalam
rumahtangga, kedua-dua lelaki dan wartita adalah objek seks. Inilah perbezaan yang besar antara
pembangkit ghairah lelaki dan wanita. Lelaki  cenderung untuk mencari  kehgairahan penglihatan,
sedangkan  wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesannya terhadap imaginasinya.

15. Mengharap Kemaluan Yang Besar

Ramai lelaki bimbang tentang saiz zakarnya. Wanita pula menganggap bahawa saiz zakar suami
adalah penting untuk memuaskan dirinya. Walaupun ada cara lain selain jima' untuk kepuasan
seksual, tetapi wanita lebih suka jika lelaki berzakar besar. Ini membawa kesan yang bahaya kepada
lelaki, dan adalah salah untuk wanita berfikir sedemikian, kerana itu bererti bahawa wanita
menjadikan lelaki sebagai objek seks dari segi besar, kecil, panjang dan pendek.

16. Tempat Paling Peka Di Kemaluan Lelaki

Tubuh mempunyai banyak zon berahi.  Lelaki masih mencari-cari zon berahi wanita.  Pada badan
manusia terdapat beberapa punat yang boleh disentuh dan diuji kepekaannya.  Bagi zakar lelaki,
bawah kepala zakar adalah tempat di mana hujungan saraf yang paling peka bertumpu.  Tempat ini
patut dirangsang oleh wanita dengan baik apabila melakukan hubungan seks dengan suaminya.

Mengapa Berkahwin?

Perkahwinan lahir dari sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan
dengan manusia lain. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para
Rasul. Perkahwinan yang suci akan memancarkan perasaan saling cinta, kerjasama,
tanggungjawab dan terbitlah kebahagiaan yang diidamkan.

Membendung Perbuatan Maksiat

Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:

"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka
berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan
memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab
berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"

Mata adalah punca perbuatan maksiat. Bila pandangan dilepas dan terlihat sesuatu yang  
menarik (wajah perempuan, dan lain-lain) nafsu akan meledak dan mendorong syahwat.
Pandangan adalah umpama panah yang terlepas dari busar panah iblis, bila mengena pada
sasaran, implikasinya sangat merbahaya! Supaya syahwat tidak bergelojak, individu yang tidak
mampu berkahwin digalakkan berpuasa, kerana dengan berpuasa, kadar gelodak nafsu dapat
diturunkan.
Sunnah Nabi

Kahwin adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w yang patut dicontohi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari
sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia
melaksnakan sunnahku".

Mendapatkan Zuriat

Salah satu tujuan berkahwin adalah untuk mendapat zuriat yang salih. Dengan memiliki anak
yang salih itu ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-
anak.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila seseorang manusia telah meninggal unia, putuslah semua amalnya kecuali tiga
sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak salih yang berdoa untuknya"

Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk minta nasihat dari
beliau.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak,maka mereka (anak-anak
itu) akan menjadi penghalang baginya dari api neraka". Perempuan-perempuan itu bertanya:
"bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?". Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, dua orang
anakpun demikian juga".

Meramaikan Umat Islam

Bila orang Islam berkahwin, maka akan lahir pulalah generasi yang baru dan meneruskan
perjuangan umat Islam. Dengan itu dunia ini tidak akan pernah kosong dari umat Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan.Sesungguhnya saya akan berbangga


pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)".   (H.R.Al-
Baihaqi)

Allah s.w.t. berfirman: Ertinya:

"Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri
itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)". (Q.S. An.Nahl, 72)

Gandaan Pahala & Berkat

Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza
di segi pahalanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh pulu rakaat
orang yang hidup membujang".

(Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul
Aris Wal 'Arusy, 67)

Disamping itu pahala seorang laki-laki didapat juga pada semua harta yang digunakan untuk
membelanja isteri dan anak-anak, kerana semua harta, fikiran dan tenaga yang digunakan untuk
menguruskan keluarga dikira sebagai sedekah.

"Barang siapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti'faf (tidak meminta-
minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan barang siapa yang membiayai isteri,
anak-anak dan sekalian ahli rumahnya adalah sedekah".

Melengkapkan Iman

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan
hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi".  (H.R.Al-
Baihaqi)

Galleri Perkahwinan

Apa Yang Lelaki Cari Pada Wanita


1.Lelaki mahukan wanita yang bijak dan bekerja tetapi yang lebih penting ialah wanita yang
dapat mendorong dan mengurangkan kemungkinan membabitkan lelaki itu ke kancah tekanan
yang dihadapi oleh kaum wanita.

2.Lelaki suka memilih wanita yang senantiasa nampak kemas,


   bersih dan cantik untuk menjadi teman hidup. Wanita yang
   suka berjenaka dan boleh bergurau, merasa gembira apabila
    bersama dan menyenangkan, seksi, mementingkan
   perhubungannya bersama lelaki itu, menyanjung tinggi teman
   lelakinya, bersikap terbuka dan boleh berbicara mengenai
    semua perkara, punya sifat keibuan dan lelaki tidak merasa
   bimbang ketika pergi bekerja, dan menganggap bahawa lelaki
   itu penting dalam kehidupan di dunia ini.

4.Lelaki mula tidak suka pada wanita yang bebas pergaulannya,


  lebih mementingkan anak dari suami, tidak berminat dalam hal
   seks, terlalu dingin atau agresif, mempunyai pekerjaan yang
  lebih baik dan gaji yang lebih tinggi dari lelaki, suka berleter
 dan terlalu emosional, tidak memberikan perhatian kepada mereka.

Galleri Perkahwinan

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan


Hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana
memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin,
kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja
mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat
memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih
calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk
dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin;
tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada
jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.
Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi
menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam
masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian
bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan
pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling
memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif
untuk melahirkan cahaya.

Di Singapura, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang
tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam,
orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini
juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di
akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak
bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di
akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara
iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada
suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada
maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga
maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami.
Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita,
sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala
seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana
mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh
kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.
Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan
anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita
yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang
mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak
perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di
akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah
menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman,
walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka
kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda, "Kahwinilah
juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin.
Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah
memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka
akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh
wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita
solehah yang berada di bawah naungan suami.

9 sikap wanita yang disukai lelaki


Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil
berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki
berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap
keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah
bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.
Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,memilih waktu yang tepat
utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan
kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yang kasar
atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita
yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn tulus ikhlas dan
diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada
dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila
sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan
kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang tidak suka isteri
yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3?
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga
tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius
kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka
bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan
berfikiran terbuka
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yang
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah
diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita,
bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri
mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh
seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu
elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan
dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar
dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yang memancar keluar dgn indah dan mempesona

Madah untuk wanita solehah

assalamualaikum,,,,,,,,,,,,seindah hiasan adalah wanita solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasa di dunia ini,
Keayuan wanita solehah itu…

Tidak terletak pada kecantikan wajahnya,


Kemanisan wanita solehah…
Tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu…
Bukan pada kemanisan bicaranya yang menggoncang iman para muslimin…
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermian lidah…
Memujuk rayu…
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah…
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain…
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata
yang menyeri alam…
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu
serta pandangan dari segala aspek…
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,
Wahai wanita… jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,
Wahai wanita… jangan dibanggak dengan ilmu duniawiyang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,
Wahai wanita… jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah… jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana
kecantikannya parasnya,
Bersyukurlah atas apa yg ada…
Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,
Salam perjuangan untuk sahabatku…
-WANITA SOLEHAH-
“Wanita hiasan dunia… Seindah hiasan adalah wanita solehah”

carilah kecantikan sejati


Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu
kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang
cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan. Bukan itu sahaja, Tuhan yang
kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu
hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak
pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah
untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu ciri
keindahan Islam ialah ajarannya sangat cocok dengan fitrah semula jadi
manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam
yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah. Begitu jugalah dunia
ciptaan Allah ini, ia juga sangat indah.

Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di
manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita
tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan.
Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh,
pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan
kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang
mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya.
Pendek kata kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk
menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu
ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah
lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada
wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara.
Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi
tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan


penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul.
Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah
kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang,
lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan
akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh
hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi
akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik.
Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula
menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih
diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan.

Misalnya, orang jujur, siapa pun sukakannya. Semua orang sepakat menyayangi
orang yang jujur. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, dan fizikal, penilaian
manusia tetap tidak sama.
Macam-macam tafsiran boleh didapati. Jika ada yang meletakkan kecantikan
pada hidung, ada pula yang menyatakan kecantikan terletak pada mata. Pepatah
mengatakan, 'beauty is in the eye of beholder'. Sejajar dengan erti kecantikan
yang hakiki, Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah
tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara justeru kecantikannya. Dan
kecantikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jika ada ibu yang
solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan
baik. Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.

Sebaliknya, melalui pengalaman hidup, kita dapati ramai wanita cantik yang
musnah dirinya dan memusnahkan orang lain. Kenapa terjadi demikian? Ada
ungkapan yang berbunyi, 'kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai
dirinya cantik dan mempamerkan kecantikan'. Mungkin kenyataan ini ada
benarnya. Tetapi hakikatnya, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman
yang kuat, maka itu akan menyebabkan pemiliknya akan hilang kawalan
diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda
manusia melakukan kemungkaran.

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita
cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran.
Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi
semata-mata.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata
orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang
yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama
cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti
Zaid dan lain-lain.

Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang
menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman
berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini
buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah
iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau
peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah
akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali.
Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk
perangai.

Begitu juga, rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup.
Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita. Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh
menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru
mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai
mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai
mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang
yang merompak atau mencurinya.

Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu


disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan
kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup tudungnya, kerana ada banyak
kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata,
tingkah laku dan budi pekerti.

Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? Seperti
yang telah dikatakan tadi, jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamerkan.
Misalnya, wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih
dan pandangan kita lembut. Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan
bolehlah dijaga dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan kekemasan pakaian.

Janganlah menutup aurat sahaja yg dpertahankan tetapi kebersihan dan


kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Walaupun anda tidak
cantik tetapi ini tidaklah bermakna anda harus merasa malu. Ini kerana anda
mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada
anda. Apakah kelebihan itu? Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah
nanti yang anda perlu manfaat untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang
singgah di hati anda sekarang.

Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting
ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi, insya-Allah
akan anda akan menerimanya semula nanti. Rupa sesebuah keluarga bukanlah
terletak hanya pada wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting ialah
pada akhlak dan kebaikannya. Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi
anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada
yang lebih baik.

Ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita
dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung
hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu.
Dan percayalah anda akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda dan
orang lain bahkan Allah juga akan menyayangi anda. Burulah kecantikan yang
sejati,
kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi!

P/S: Rupa cantik, akhlak baik....bertuah


Rupa buruk, akhlak teruk...kesian..

Pahitnya mata dunia kerana manisnya syurga tuhan.


Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis.
Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda
selalunya berkat bantuan orang lain.

Seorang sufi bermadah,


"Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak
pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah
beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak
menentu".

Nabi s.a.w. bersabda,


"Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa
nafsunya".

Kata pemikir Islam,


"Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran
padanya ..sebab itu tidak di terimanya".

Ulamak mursyid berkata,


"Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah
kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah
dalam kehidupan".

Istimewa jiwa pengasih.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah
iman yang kuat".

Saling mencintai.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan
saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh
terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa
demam".

Nabi s.a.w. bersabda,


"Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji
kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".

Seorang hamba Allah berkata,


"Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi
sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".

Segalanya dari syahwat.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu
syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".

Kalau hati itu bersih.


Seorang ulamak berkata,
"Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan
nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".

Wanita syurga bercahaya.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya
akan memancarkan cahaya terang benderang".

Pohon syurga.
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang
berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai
melepasinya".

Seorang soleh berkata,


"Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat
warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".

Sejahat jahat musuh.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk
engkau".

Balaslah jasa orang.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu
tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".

Kematian kekasih.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya
(mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar
melainkan syurga".

Tegas demi kebenaran.


Nabi s.a.w. bersabda,
"Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang sesaorang untuk
mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya
atau mendengarnya".

Istimewa sembahyang malam.


Nabi s.a.w. bersabda,
"Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang
sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari
dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".

Kau kira kau bijak?


Seorang soleh mengingatkan,
"Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling
bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".

Manisnya iman.
Seorang ulamak berkata,
"Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula
tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang
yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".

Amalan Islam terbaik.


Seorang lelaki bertanya,
"Manakah amalan Islam yang terbaik??"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal
mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Kejelitaan akan pudar.


Seorang ulamak berkata,
"Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua
akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan
Tuhan??".

Mata yang beku.


Rasulullah bersabda,
"Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi
mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih
dunia".

Jika engkau mahukan kemesraan.


Seorang bijak pandai Islam berkata,
"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang
terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah
merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana
pahitnya berpisah denganNYA".

Jangan cakap banyak.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah
dapat menyampaikan hajatmu".

Kata pemikir Islam,


"Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendah bolih
menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh
hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta
meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".

Belajar dengan buku.


Seorang ulama berkata,
"Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang
belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".

Fikiran bak mutiara.


Seorang ulama berkata,
"Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya
bak mutiara".

Istimewa diam.
Nabi s.a.w. bersabda,
"Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik
dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan
diam lebih baik dari berkata tidak baik".

Jika Allah kasih.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka
dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki
binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".

bertahhajud menyerikan wajah.bersyukur menbajai barakah, bermuhasabah


mencetuskan hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai
mahabbah

wanita dan unsur2


Baca dan fikirkan dimanakah anda. Saya rasa apa yang dikatakan ada
kebenarannya. Apakata kita kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini.
Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam
keluarga:-
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH


1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang
pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR


1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN


1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Allah tidak memandang kepada paras rupa,tetapi melihat kepada hati dan
amalan... tidak ada beza seseorg di sisi Allah kecuali iman dan taqwa
Hati dan perasaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum
menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila
salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita
akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak
nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian
dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat
yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak
tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia
cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil
masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang
yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum
senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati
anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda
mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang
anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri
anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah
ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang


terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan
mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula
dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah
dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda


tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah
yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda


pada mereka.

Wallahu A'lam.

"Dalam menempuh arus hidup kita terlupa kehidupan itu sebenarnya adlh
satu ujian ketakwaan kite kepada Allah sehinggakan kita merasa lbh
utama dari segalanya sedangkan yg didatangkan pada kita hanyalah dr.
ketentuan-Nya."

Be ur self!

Wanita disisi lalaki


Betapa pentingnya wanita disisi lelaki.Apa tidaknya,lelaki akan terasa sunyi
tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri.Dijadikan mereka dari


tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau
lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mampu untuk meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah,kerana diciptanya begitu
rupa oleh mereka.Didiklah mereka dengan panduan dariNya.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin liar,jangan


hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka kepada


Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut, tebalkan dengan
ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah
dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran


Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi ratu cantik
dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator.Bisikkan ke
telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah
yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan,karyawan,jutawan
dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur
dan menghiburkan. Tanpa ilmu,iman
dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka,dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk patah,rosaklah


jantung,hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi
binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu
kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah segala-galanya di
bawah kepimpinan kita.

wallahuaklam bissowabb..
apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat
seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-fikirkanlah.

Wanita itu cantik

Allah berfirman:
Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap
keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi
kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana
cinta itu ada."
Setiap Wanita itu Cantik...
Nota: (oleh itu..hargailah..pengorbanan..seorang wanita...

Pesanan untuk orang cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya
yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w
kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah
malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda
alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah


berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,
mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada


pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia
satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap
keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan
setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa
susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh
terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia
itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya
penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah


s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu
diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa
faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah
ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang
buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di
dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu
hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda
sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)


" orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang
dijumpainya"

70 petua ilmiah memenangi isteri anda


Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda.
lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan
wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian.

Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan
perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan
anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai.
Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan
mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan
merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi
perhatian yang dia perlukan.

Petua ini khas untuk suami isteri atau bakal mendirikan rumahtangga :

1) ! Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan
perkara lain dan peluklah dia.

2) Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar


apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3) Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4) Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat


memahami anda.

5) Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya


selama setengah jam setiap hari.

6) Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-


lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7) Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan


menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak
buat.

8) Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak,
tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9) Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan r! upa parasnya.

10) Akui perasaannya bila dia merasa marah.


Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

11) Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut
membuat persediaan.

12) Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia
tentang hal itu.

13) Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu
perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana
bertanya.
14) Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan
nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah,
biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

15) Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah
anda.

16) Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya
anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai
sesuatu.

17) Sekiranya! perasaan anda telah reda dan anda pulang ke


rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan
cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.

18) Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan
kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19) Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau
akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20) Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk
membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok
bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21) Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan
tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan
dilakukannya.

22) Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli,
dan jangan lupa pula membelinya.
23) Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24) Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar,
maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan
pada waktu yang terluang.

25) Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan
sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

26) Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur. Letakkan
pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

27) Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang
sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

28) Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat
sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

29) Basuhkan kereta yang dipakainya.

30) Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jik! a itu yang dia
suka.

31) Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri
anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan
kemudian.

32) Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

33) Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk
jima'.

34) Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan
mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

35) Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

36) Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan
lumpuh.

37) Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh
suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

38) Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk
menentukan di mana hendak makan.

39) Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pe!
rgi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

40) Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

41) Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

42) Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda
berada di khalayak ramai.

43) Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda
menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.

44) Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

45) Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna,
fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.

46) Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat


yang mahu dijadikan kenangan.

47) Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang


romantik.

48) Biar dia tahu bah! awa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan
menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

49) Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat,
tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan
sedangkan anda boleh laju.

50) Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang


menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau
'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang
mengembirakannya dan sebaliknya.

51) Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda
agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

52) Solat bersama dan berdoa bersama.

53) Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

54) Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

55) Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa
untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik.

56) Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

57) Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima
melalui telefon.

58) Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang
dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

59) Bila dia memasak, pujilah masakannya.

60) Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan


bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang
sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

61) Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia
baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

62) Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring
dengannya.

63) Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selam! at tinggal bila anda
mahu keluar rumah.

64) Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

65) Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

66) Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

67) Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda


mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda
kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

68) Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

69) Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

70) Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

~ Hargailah dirinya selagi masih ada... "

Nilaikan siapa wanita


***KONGSI HAL:: Wanita Solehah : Penyeri Taman Syurga***

Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya


sementara...

Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya...
kerana akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik
tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila
dipandang tetapi busuk baunya...

Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila
dihalusi dengan mata hati,
ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan
sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah
telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan
mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip
oleh wanita solehah. Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan
menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang
menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan
mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba
Allah, dia akan menjadi hamba
yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...

Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka


wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah...

Firman Allah Subhanahu wta'ala dalam kitab-Nya yang amat mulia:

An-Nisa', ayat 124 yang bermaksud...


Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang
dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan
dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling


berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim

:::::Wanita Menurut Perspektif Islam:::::::::

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana


eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga
lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.

Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang


berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap
lelaki
dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah).

Allah Subhanahu wata'ala telah berfirman, maksudnya:


"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik
lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu
masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."
An-Nisaa : 124

Rasulullah Salallahu'laihi wassalam (S.A.W) juga turut menyuruh umatnya


supaya
memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang
bermaksud :
"Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas
adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik
dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya."
HR At-Tirmidzi

Rasulullah (S.A.W) telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan


menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang
bermaksud....
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka
diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas,
jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu
membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum
wanita kamu."Al-Bukhary dan Muslim.

Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh
dinafikan.
Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat
melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah
mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang
merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka.

Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang
diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen
pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya,
tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam
pergaulan.

insya-Allah sama kita baiki, baik Muslimin atau khususnya pada Muslimat.

wallahu'alam
wassalam

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.


Lelaki yang cantik, adalah :-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan

2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3)Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4)Lelaki yang tenang dan lapang dada

5)Lelaki yang baik sangka

6)Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan
hati.

Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad adalah kecantikan yang


sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan
perasaan. Perempuan yang gagah, adalah :-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan

4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala


keinginanKegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi
seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:- "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" SurahAl-
Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-
Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang
besar."Wallahualam.

Kasih.."Tunjangkan resahmu ke dada solat,Himpunkan keperitanmu di


genggaman doa,Tutupkan kekecewaanmu dengan taqwa,Nilaikan kesucian
hatimu dengan sulaman cinta padaMaha Pencipta"Sayang.."Jika engkau
perlukan nikmat dunia, cukuplah Islam sebagai nikmat untukmu, Jika engkau
ingin menjadi asyik, cukuplah ketaatan itu sebagai keasyikanmu, dan jika engkau
mahukan pengajaran,cukuplah maut sebagai pengajaranmu..."

Memilih pasangan
Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan
antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada
keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang
dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut


sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan
dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini


dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga
menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah
lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak
membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut


akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan
lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada


orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah
Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai
di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai


persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk
meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum
memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan
hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan
berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum
dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana


boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana
boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana
agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah
hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok


rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni
ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin
akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan
dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw


menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang
beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat
beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya
dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya


ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh


beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan
dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan
kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak
mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus


rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan
dengan manusia. 3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta
membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak
keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling.


Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan
mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami


dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan,
menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat
agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat
agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang


mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan
dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan
bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia
telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat
dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia


telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang
selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar
dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak
menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga


yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-
sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada


Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang
solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga
berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia
menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami


jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga


terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan
persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang


tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang
yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan
anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka


sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan
akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan


isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur


bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan
mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan


isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil
penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki
itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar
dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh
menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya


boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya
mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi
ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang
mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah


tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan
bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil
kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat
menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai
anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak,


sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para
Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga


dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama
Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah


dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti
hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan
mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli


barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan
saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan


dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula


menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah
perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah


pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan


perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan
yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang
berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram
terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki
yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah
untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan
wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga,
ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila
menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt
pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

wanita jelita

Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana
Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. (Hadis Riwayat Tabarani
dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini
menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu,
perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang
wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada
gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang
belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah
gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa
inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya.
Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam
bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis
yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh
tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula
adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada
gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda
dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan
bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi
perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung
kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita,


melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat
Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu,
kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan
ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah
terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu
teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi
pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati
adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya
paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut
adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya


-----------------------------------------------
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya
sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan
elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak
yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk
memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa 'Yang
bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya
permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari
terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.
(Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia


-----------------------------------------
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama
keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui
bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya
sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka
menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat
ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral
si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu
atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar
kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak
begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari
cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik'
dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di
depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbubapa


-----------------------------------------------
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu
menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar
rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si
gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada
unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan
perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan
dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh
sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan
Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga


---------------------------------------------------------
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar
sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis
ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika
ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada
di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya,
semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak
berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua


--------------------------------------------------
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting
kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa
anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa
mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani
kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan
Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan


-----------------------------------------------------
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya
dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu
di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah
'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki
tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta
belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak
mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu
menjadi gadis murahan.

Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki


--------------------------------------------------
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak
perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat
bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara
ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi
wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila
dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan
berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup


-------------------------------------------------
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada
kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis
satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.
Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.
Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu,
gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita
yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan
sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
--------------------------------------------------------------------
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana
kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.
Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah
letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika
dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang
masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan
memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama


---------------------------------
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan
segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari
membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki
yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua,
kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah
dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu
kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda


--------------------------------------------------------
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan
kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya
masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan
gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah
rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan
anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa
anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia
sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila
mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis
jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah
mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta
bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta
berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
----------------------------------------
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi
idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan
cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk
memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga
kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik


--------------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa
anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.
Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu
melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka
dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa
raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya
anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.-
Bidatan Tamil

Bertanggungjawab
--------------------------
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu
menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya
menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan
ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula
ibubapa si gadis.

Ingin Menjadi Isteri Idaman

"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang
sholehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya.
Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan
kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami &
anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka
ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam
kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang
berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga
mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan
bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah.
Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang
kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat
maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan
menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya,


sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan
keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras
hati#60991; an berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada
Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya:


Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara
yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah,
menburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum


mengolok- olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-
olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-
wanita (mengolok- olokkan) wanita lain?(kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang
diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat:
11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa
didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah
adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-
pasarnya" HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan


sufur (membuka wajah). Membiarkan supir
(pemandu)#60991; an pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan
yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai,


berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk
menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah
kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik
(Allah 'Azza Wajalla).
3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda:


"Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain
nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad
dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat
kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya.
Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi
kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang
derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim,
dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau
bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada
suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik
wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan


untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar
kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah
wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan
satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah
engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh
bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan
tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan
menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk
pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada
tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan
alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya,


khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib
bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut,
menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau
melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah
semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan


kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia
dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan
Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia
telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi
sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh
panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang
keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga


menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa
bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi
Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau
menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang
tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran".
HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak


melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada
suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang
menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang
dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta
yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau
memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu
dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah


tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu
kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk
dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi.
Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan
engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan
perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan
nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk


kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan
sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah
melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul
dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga
seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah
melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab
itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri
ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q.
S. An Nissa 4.34

---------------------------------------------------------------------- "Cahaya di atas cahaya


(berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia
kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia,
dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q. S. An Nuur 24:35

"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang


saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."

Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian


Istiqamahlah." H. R. Muslim

"L'amour n'est pas parce que mais malgre" Cinta itu bukan "kerana", tetapi
"walaupun" I love U no matter what..... not I love U because......

MAHU DISAYANGI SUAMI?

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari
suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang
manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis
kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi
perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu
berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan
jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam
keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah
beribu ringgit atau berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan seorang
isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada
belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta
pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak
dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang
ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang
dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan
anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang
sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala
kemewahan.
Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu
menjawab soalan ini;

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan
kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?

2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan
menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas
hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila
memandangnya?

4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah
semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan
menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda
seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami
pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak
ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika
dia keletihan pulang dari kerja.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk,
tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan
cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya.
Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya
lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan
suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi
padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk
berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat
penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang
antara suami isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada


keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk
diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama
terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal
mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu
karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati
lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.
Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela
menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing
adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam
soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan
kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan
rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai
pengorbanan perlu dibuat misalnya:

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami.
Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan
diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina
akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari
rasa marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina
rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk
kebahagiaan sahaja yang berjaya.

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri
adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-
buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan
adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan
kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan
syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-


faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman,
beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah
swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar
untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa
persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang
mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati
masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah
maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami
isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan


rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas.
Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam
yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan
rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa
punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah


boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah
mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir
beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak
mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak
fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah
tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka
terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka.
Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah
bermaksud menguji dan mahumenghapus dosa-dosa mereka.

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah
ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian
yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan
suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga
mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun
rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap
meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami
isteri itu lagi.

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia
padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati
mereka..

Petua menawan hati suami... Teori vs Actual

Assalamualaikum.....

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

ACTUAL: Doa supaya laki sayang adinda sorang saja dan bukan orang lain spt
mentua, ipar dan bini bini yang lain. sayang mau lebih lebih dan elaun dan duit
pasar dan credit limit mau kasi lebih lebih jugak.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat
kerja-kerja lain.

ACTUAL: Laki bau hari, busuk dan belengas, bau asap dan diesel. Nak sentuh
pun takut. Nak tegur tapi suami muka semacam saja, sebab boss sudah marah
di opis. Baik diam saja dulu.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan


suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

ACTUAL: Laki sudah satu hari berdepan dengan client dan boss boss, ni nak
terangkan pulak pada adinda bini pasai kerja dan kegiatan. Nak cakap pun otak
dah tepu.

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan
tepat.

ACTUAL: Adinda Bini pun nak cerita jugak apa yang terjadi di rumah atau di
opis. Dua dua nak cerita tak dak sapa nak dengar. Mungkin kucing boleh dengar
kot ? Bertanya mana pernah yang tepat, simpang sana dan sini. Rupa rupanya
malam ni adinda nak tutup dapur dan nak pi makan di Bangsar... la kesitu pulak.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih


penting ialah memberi perhatian dan simpati.

ACTUAL: Untuk Adinda Bini yang memang sama handal macam laki dia, bila
ada masalah, adinda ingat nak tolong selesaikan sama. Maka bermacam macam
solution yang diberikan. Pemikiran adinda di opis sudah bawa balik kerumah...
jadi problem solver sokmo...

6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit


setiap hari kepada suami.

ACTUAL: Laki tak pernah ada dirumah habis lagu mana? Laki balik saja, makan
cepat cepat kemudian keluar ke masjid dan terus pi dengar ceramah UMNO ??
Bila balik dah lewat malam.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh
suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

ACTUAL: Mentua, ipar dan duai tak pernah beli hadiah, lagu mana nak tanya.
Kalau tanya pun laki nak hadiah yang susah nak cari. Nak golf set baru, nak
Enkei rim, nak Sheikh Abdul Basit punya cd set.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

ACTUAL: Mentua asyik nak makan kari saja siang malam. Adinda dan anak
anak mau makan itu masak lemak asam ler...

9. Beri pujian terhadap penampilan suami.


-- rambut, wajah, pakaian
-- kacak, kesederhanaan dan seumpamanya

ACTUAL: KAlau adinda puji itu laki, laki ingat adinda mengada ngada dan nak
duit lebih. Atau laki ingat adinda nak kutuk laki.

10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

ACTUAL: Kalau laki asyik nak merajuk saja... sampai empat lima kali sehari,
sapa nak layan laki tu.. bukan budak budak umur 4 tahun.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.


- sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

ACTUAL: Laki mesti dan wajib tahu semua benda. Kalau laki tak tahu pun
dipaksa jugak repair laptop dan mesin basuh. Kena bantu la ni jugak, malam ni
jugak.

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

ACTUAL: "Wei cik abang, kalau awak sanggup tunggu saya sampai 2 tahun
sebelum masuk meminang, tunggu 20 minit pun tak boleh ka ? "

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih
kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

ACTUAL: dah la adinda kena balik awal dari opis nak masak masakan special, pi
pasar malam sorang sorang, laki buat buat sibuk pulak tak nak balik. "Oi tok sah
balik terus lagi senang la, tidoq la di opis tu.. besok pagi boleh tolong pak guard
bukak opis, nanti saya hantarkan berus gigi"

14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan
gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah
sangat gembira perbuatan yang demikian )

ACTUAL; Adinda pun kerja jugak di opis dan kerja lagi pulak dirumah. Kerja
dirumah lagi banyak tak terkira dan tak campur nak bela yang berbin kan si laki
tu. Kalau baju sehelai pun tak tau nak sterika, susah la lagu ni.

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2


kali sehari.

ACTUAL: Adinda dah ucapkan sayang berbuih mulut, sampai masuk ke screen
saver. Tapi laki buat dunno saja. Habis camne?

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa
yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

ACTUAL: Adinda bini yang solehah tak akan marah tak ketahuan hala. Kalau
marah pun sebab laki yang start dulu. Laki yang banyak salah dan buta perut
dalam rumah tangga.

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya hentikan apa jua pekerjaan
yang sedang dilakukan.( jika boleh )

ACTUAL: Laki nak bercakap tak berenti henti. Suka bagi komentar bila tengok
berita di TV3 atau NTV atau suka bersyarah macam dalam meeting... so sapa
nak dengar. Kalau dok ulas apa yang Tok Guru kata, boleh jugak tumpang
telinga.

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas
kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

ACTUAL: ALlah telah memberi manusia kepandaian dengan mencipta telefon


bimbit, cellular phone, satellite phone, voice mail, email tapi laki ni tak mau
dengar dan buat buat lupa... adinda suruh beli ice cream SODA laki pi beli ice
cream magnolia satu baldi, habis macam mana nak buat ayaq sarbat...

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

ACTUAL: Tok sah tanya... mana mana laki nak tidur dia akan tidur. Di meja
komputer tengah baca Hizbinet atau bila tengah kemas dalam kereta pun laki
tumbang.

20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

ACTUAL: Ini rosak adinda punya tudung/jilbab dan rosak laki punya ikatan tali
leher. Adinda punya jilbab bau minyak attar saja.... nanti salah sangka opismate
suma.

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau
kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya.

ACTUAL: 1. Pelanggan dan anak buah punya call pun tak sempat nak jawab, ini
pulak nak call laki.. ATAU

2. Laki ni kena telefon selalu nanti dia lupa pulak kena beli barang itu dan ini.
Kalau tak pun.. laki lupa terus semua benda, sebab ikut boss atau client pi duk
buang masa.... tebas rumput 18 holes..

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang.
Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

ACTUAL: Apa lagi yang kena fikir... makan, pakai, rumah dan anak anak adinda
yang jagakan. Kewangan adinda yang managekan. Kerja laki cari rezeki saja.
Kalau dok fikir pasai umat atau pasai Yaumul Kiamat tak pa jugak ni dok pikiaq
pasai nak improve handicap dan nak tambah lagi satu... bini...

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg
memerlukan penelitian.

ACTUAL: Laki tu kalau tak diberi sokongan moral atau dirasuah dengan
apekebende maka tak siap la benda yang dibuat tu lebih lebih lagi di rumah.
Maka kena sokong selalu. Jerita macam tengok WWF....

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam
( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaanyang sebenar selepas dia
sejuk.

ACTUAL: Laki tu asyik nak marah saja. Dengan hujan pun marah, dengan
kucing pun marah, semua benda amarah, sapa nak melayan laki tu. Adinda yang
tak berdosa dan bersalah pun kena pitnah. Nak tunggu laki tu sejuk, sampai raya
posa baru sejuk...

25. Bila meminta bantuan suami :-


* terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu
bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

ACTUAL: Laki punya kewajipan ialah membantu adinda bini dalam semua benda
dan semua hal. Mana boleh pilih pilih pulak. Laki patut tau dan arif dan mahir
dalam serba serbi. Lain kali kalau tak tau jangan tipu sebelum kawin dulu..."kato
abe tau lako lako.. hah buat ler"

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi
dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila
tidak mendapat berita.

ACTUAL: Laki WAJIB, MUST telefon bini bila outstation. Jangan buat buat lupa
pasai anak bini dirumah. Laki WAJIB dimarahi kalau lupa telefon rumah. Adinda
bukannya orang gaji duk rumah sokmo.

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

ACTUAL: Kalau adinda sorang saja nak berdandan tapi laki asyik pakai pelikat
busuk dan baju pagoda berlubang tak aci la lagu ni...

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
ACTUAL: pendapat laki tak pernah yang sama dengan orang lain... habis camna.
Kalau laki asyik kata UMNO parti Islam paling wahid saja.. nak buat lagu mana
adinda.. adinda kena la jugak bangkang...

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

ACTUAL: Adinda pegang sikit saja, dia nak lebih lebih. Adinda nak peluk peluk
dan cuddle sahaja... tak lebih dari tu. Dah tu water heater tak berbaiki lagi.. nanti
pneumonia lak .

30. Bila keluar berkereta:


- Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih
dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.)
- jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat
demikian.
- jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu.
- bersangka baik apabila tersesat jalan.

ACTUAL: Laki kalau tak ditegur maka makin sesat jalan, jadi sebelum mula
berjalan pi cari peta dulu di map. com atau biar adinda yang drive.. laki boleh
ngorok sebelah diam diam. Laki punya left brain kadang kadang tak jalan dan
bini punya left brain lagi bagus.

31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

ACTUAL: Laki punya masalah adinda kena dengar. Adinda punya masalah laki
buat dunno saja. Lagi pulak laki punya masalah, laki sendiri yang cari penyakit.

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

ACTUAL: Suami asyik nak tengok berita tipu dan tengok bola saja. Adinda nak
tengok saloma dan sarimah. "Oi pi beli tv satu lagi la di Court Mammoth, tengok
la bola sampai mimpi bola..."

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di
ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

ACTUAL: Adinda yang solelehah tak pernah malukan laki depan sapa pun, baik
orang awam dan mentua dan sahabat handai. TAPI sang laki yang bersifat
amarah tak kira masa, kira mau tiu saja tak kira time.

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

ACTUAL: Laki yang pemalu, tak mau pegang tangan. Takut opis mate dan orang
masjid nampak. Berjalan pun laki 3 ela didepan dan adinda dibelakang macam
orang Wahhabi yang depa dok bincang siang malam di Hizbinet.
35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang
nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

ACTUAL: Adinda buat air sampai sejuk tapi laki lupa minum. Asyik sibuk dengan
internet atau basuh kereta saja. Adinda akan buat air 5 gelen dalam peti sejuk
dan laki boleh panaskan sendiri.

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja
mana yang disukai.

ACTUAL: Laki asyik nak ke Kg Pandan makan kepala ikan saja. Mana tahan
lagu tu. Adinda nak makan buffet la di NPC, PJ atau Continental.

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai
ketika disisinya.

ACTUAL: Adinda memang tahu berkelakuan dikhalayak ramai. Mak bapak


adinda memang cukup ajar adinda bab ni. Masalahnya laki tu yang tak tau...
mengaji saja tinggi, baca kitab banyak pun masih tak tau beretika... budak jaga
kereta dan waiter pun laki boleh maki hamun.

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju
yang dipakai.

ACTUAL: Baju adinda cuma tiga jenis saja, baju kurung labuh, maxi atau jubah..
memang tak lama punyer.. jadi bersabar la sat. Laki tu nak pakai serban dan trim
misai mau 1 jam masih senget lagi oi..

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

ACTUAL: Laki tu pun sama macam anak anak..2 X 5 jugak. Cuma besar saja
sikit. Layan laki memang lebih dari anak anak. Tapi laki tak pernah layan adinda
macam permaisuri pung ??? Habis guano mu nih ?

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:


- tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.

ACTUAL: Apa yang adinda beli tak pernah yang kena. Semuanya salah. Habis tu
pi la beli sendiri. Duit laki sendiri jugak.

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah.


- cuci kereta, potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.

ACTUAL: "Oh banyak cantik. laki punya kerja adinda kena tolong. Ini kerja
didapur ni laki tak mau tolong. Oi ada hamba sahaya ka dalam rumah ni, dalam
akad nikah tak dak sebut pasai bini kena masak dan kemas rumah"

Kalau laki potong rumput sikit pun penat baik tok sah buat kerja la... pi panggil
mamat Indon di rumah panjang tu buat kerja la..

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.

ACTUAL: Adinda dah layan laki macam raja hari hari tapi adinda haram tak
dapat satu apa pun. Pahala adinda melayan laki, malaikat dah tak larat nak
calculate dah. Adinda suruh beli jam Raymond Weil pun laki kata membazir...

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

ACTUAL: Adinda dah ajak dah nak pi rehlah, piknik, tamrin dan vacation tapi laki
asyik sibuk saja. Asyik kerja kerja kerja. Kalau laki cuti pun nak pi cula undi saja
atau ikut rombongan nak tengok bola..

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak


atau " pulangkan paku buah keras ".

ACTUAL: Laki ni kalau tak ingatkan dia akan lupa. Laki akan buat kesalahan
yang sama. Jadik kalau tak marah tang tu jugak.. la tu jugak, laki tak akan ingat
punya.

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

ACTUAL: Adinda dah hantar macam macam kad ucapan dari yang 12 riyal
Hallmark sampai ke hotmail cybercard.. tapi laki tak pernah nak balas balik...
Sedih la adinda bini. Dulu sebelum nikah laki asyik hantar kad dan bunga. La ni
bunga plastik di Chowkit pun laki tak mau beli.

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

ACTUAL: Adinda nak urut dan massage therapy, nak pulih kan urat dan
kesihatan. Laki pulak asyik salah sangka dan salah tangkap signal.

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa baru2 kenal.

ACTUAL: Adinda yang solehah dah memang melayan laki macam raja TAPI laki
ni yang lupa pada adinda. Laki ingat adinda ni hamba sahaya dan amah duk
dirumah saja dan take adinda for granted.

Sekian lah sahaja. Semoga ada manafaatnya buat renungan para dai dan
mujahid semua.
50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line

Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga


menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi
jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak
online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu
selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti
sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu
pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.

Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan
utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita
bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta
adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal
peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda,
berbalas gambar dan berbalas e-mail. Tidak mustahil hubungan maya yg
dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula
menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih
sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai
kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita
melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan
monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan
mempunyai teman siber... itu saja.

Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah
tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin.
Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak
sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan
perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu
dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-
chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita. Kita mula mencari jalan utk
menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di IRC, atau tempat lepak siber yg lain,
dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal! Di sini di ajarkan
50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah
berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh
kebanyakan orang. Ingat.. Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik
wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !

50 cara tersebut:

1. Jangan respon.
2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.
3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.
4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg
mungkin.
5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita.
Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa
berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"
6. Beritahu perkara sebenar.
7. "Let’s just be friends."
8. "Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you
find your real mate soon."
9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah.."
10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."
11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."
12. "Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak
bersedia utk memulakan hubungan baru."
13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."
14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to
meet you."
15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan
yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin
hubungan.
16. "Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line
biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"
17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.."
18. "Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu
secara bersemuka di realiti"
19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin
hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!"
20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak.
tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good
Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"
21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating
dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."
22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih."
23. "Saya dah berjumpa orang lain."
24. "Saya bukan perempuan normal"
25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi."
26. "Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"
27. "Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."
28. "Saya dah kahwin."
29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan
menjadi!"
30. "Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan
tengok apa yg akan berlaku."
31. "Saya mencari seseorang yg lebih tua"
32. "Saya mencari seseorang yg lebih muda."
33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck."
34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti
mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat
rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!
35. Hantar mereka gambar monyet!
36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!

37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.


38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!
39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.
40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.
41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!
42. " Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari
seseorang yg sedikit berbeza.."
43. "Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"
44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak
layan saja! Cakap topik lain.
45. "I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested."
46. "Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya
beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain.
47. "Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!
48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."
49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!
50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!"

Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang
mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!

Zuriat sempurna

Sabda Rasullah s. a. w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku


telah memeliharanya dari Jibril a. s"

1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yangberbuah. Jika allah mengurniakan


anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika allah mengurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan  kedua-dua suami dan
isteri berwuduk. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaaban. Jika allah mengurniakan
anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2hari). Jika dikurniakan anak ia
akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada
orang yang zalim, pada tanganya membuat Kebinasaan kepada banyak
manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan
anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
bermusafir. Jika allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta Pada
jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir Dalam tempoh
tiga hari tiga malam. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu
kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam
(sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang
ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

*************************

Cara berjimak yang dituntut :

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala
pembahagian allah s. w. t.
2. Pada malam selasa. Jika allah kurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati
syahid sesudah syahadah, dan allah tidak akan azabkannya (turun bala)
kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
yg bijaksana di kalangan yg bijaksana atau org alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika allah mengurniakan anak ia tidak
dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta
allah s. w. t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi
seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika allah mengurniakan anak ia
diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika allah kurniakan anak ia tidak
dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Petua Berumahtangga

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan


kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada
pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak
yang begitu kuat menghempas.

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan
pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan
walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga
hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun
namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang
perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak
dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya
mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing.


Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan
atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah
segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai
penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan
oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri
sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah
seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di
luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa
disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah
dalam rumahtangga.

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami
pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih
dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat.
Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang
mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak
terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah,
ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi.
Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina
sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa.
Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang
kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah
anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan
bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi
hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan
geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan
berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya
dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas.
Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap
segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.

"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna
redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat
keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni
neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.

Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah?
Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam
perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang
dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi.
Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan
masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan.
Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di
akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak
dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang
maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam
100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan
dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita.
Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta
maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi
orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah
jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang
disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa


kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah
datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan
datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati,
akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah
rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu
rumahtanggaku adalah syurgaku.

Anda mungkin juga menyukai