Bahagian 2
Persediaan Sebelum Temuduga
Bahagian 3
Dalam Sesi Temuduga
-Anda dipanggil temuduga kerana majikan mahu mengambil calon yang benar-benar layak bagi memenuhi keperluan penjawatan mereka. - Disepanjang interaksi sewaktu temuduga, mereka akan menilai kekuatan dan kelemahan / kekurangan anda, melihat kelayakan, kemahiran dan kualiti intelektual dan menilai sikap, perwatakan, stabiliti., motivasi dan kematangan anda.
Proses temuduga
Peringkat 1 : Perbualan ringan di antara dua pihak. Penemuduga telah mula membentuk gambaran berkenaan perwatakan anda. Penilaian pertama ini amat besar pengaruhnya. Peringkat 2 : Fokus kepada latar belakang dan kelayakan anda. Anda harus mengambil inisiatif untuk membuka diri dan menjual diri serta mempamerkan kebolehan anda.
Proses temuduga
Peringkat 3 : Majikan / penemuduga dan anda saling bertukar-tukar maklumat. Anda menjelas dan mengukuhkan lagi kebolehan anda dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan dan organisasinya. Peringkat 4 : Interaksi pada peringkat ini adalah ke arah penutupan perbualan.
Bahagian 4
Selepas Temuduga
Keesokan Hari
Sehari selepas temuduga, pastikan anda mengambil inisiatif dengan menulis surat terima kasih kepada majikan. Nyatakan penghargaan anda dan terima kasih kerana diberi peluang. Nyatakan juga bahawa anda mempelajari sesuatu yang berguna dari pengalaman tersebut.
Temuduga Kedua
Sesetengah syarikat menganjurkan temuduga kedua. Ianya dijalankan beberapa minggu selepas temuduga pertama. Pada peringkat ini, anda akan berhadapan dengan pegawai yang lebih kanan atau penguruspengurus jabatan di mana anda akan ditempatkan. Penemuduga akan meneliti laporan sesi pertama anda. Anda akan diajukan dengan soalan yang lebih spesifik dan mencabar.
Bahagian 5
Keputusan Penerimaan Jawatan
Menerima Jawatan
Anda akan diberi masa untuk membuat keputusan sama ada menerima atau menolak. Jika diwaktu yang sama, terdapat beberapa tawaran lain, anda perlulah mengkaji setiap satunya terlebih dahulu. Senaraikan kelebihan dan kekurangan setiap tawaran dari agensi berkenaan Kemudian lihat kembali kekuatan dan kelelmahan anda, jenis persekitaran kerja yang anda suka, faktor yang mendorong anda dan latar belakang jawatannya. Seterusnya buat pilihan yang mana anda lebih selesa dan tulis kepada majikan memberitahu penerimaannya.