Anda di halaman 1dari 13

Mengapa anda berminat dengan kerja kerajaan?

Saya berminat untuk bekerja di sektor awam adalah kerana: 1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya kerana saya dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. 2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat diterima sebagai seorang penjawat awam dan seterusnya dapat berbakti untuk negara. 3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi. 4. Saya juga berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri. 5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata kerja kerajaan ini gaji sikit je tetapi bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini. 6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan

lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya untuk memasuki sektor awam berbanding swasta. Bagaimana dengan jawapan jawapan yang saya syorkan tersebut? Anda bersetuju? Jika anda mahu tahu, itulah jawapan yang lebih sesuai berbanding jawapan ringkas yang diberikan sebelum ini.

Temuduga Dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris?


Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap Yes, no..je..hehehe (gurau je) Dalam temuduga kerja kerajaan, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 70 % BI akan digunakan. Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan? Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya. Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam macam bangsa, bermacam macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa MelayuUntuk memudahkan urusan, BI digunakan Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awamJadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris.. Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk. Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut? Adakah grammarnya? Adakah komunikasinya? Adakah pemahamannya? Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah

MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS? Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikanJanji anda boleh bercakap dalam Inggeris Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya What is your name? anda jawab name saye Joyah bt Abu. Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah Please Introduce Yourself.

Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat ingatlah sikit ye. Tu baru soalan yang simple simple..Belum soalan susah lagiJika anda ditanya soalan seperti ini What do you know about PIN (Pelan integriti Nasional)? Please explain. HaaaaaaCamne nak jawab ye? Berbelit belit lidah nak menerangkannya nanti Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah Setakat pandai cakap My name is. Budak tadika pon pandai.. Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggala ke 23 tahunnak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak reti reti cakap BIApa salahnya ye Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BITu antara puncanya Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas.. So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah: 1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok 2. tak faham makna buka je kamusjangan malas 3. dengar lagu Inggeristak kira la rap ke, rock ke, ianya membantu.. 4. tonton movie BI yang ada subtitle BM dan BIsyok ni, sambil berhibur kita belajar 5. Bercakap BI dengan kawan kawan..secara melawaktak kisah la ayatnya tunggang langgangIni banyak membantu.. 6. Bercakap dalam BI depan cerminni cara belajar juga ni.. 7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pon dah cukup:) 8. Jangan baca buku BI yang tebal tebal macam buku teks tu..takde gunanya.. 9. dan bermacam macam cara lagi.. Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian

Anda Ditanya Perkenalkan Diri Anda.

Topik kali ini adalah berkenaan. Perkenalkan Diri Anda.. Wah, kacangnya soalan. Ya.memang amat mudah soalannya Tapi, adakah anda mudah menjawabnyaok, mari kita baca di bawah ini: Biasanya setelah anda duduk, panel penemuduga akan mula menyoal anda. Soalan / arahan pertama adalah sila perkenalkan diri anda ataupun please introduce yourself. Bagaimana anda ingin menjawabnya? Soalannya memang mudah, akan tetapi adakah jawapan anda berikan memang ingin didengari oleh panel penemuduga sepenuhnya. Ada calon apabila ditanya soalan kacang ini, berbuih-buih mulut bercakap tanpa henti menceritakan perihal kehidupannya seolah-olah panel penemuduga itu hendak berkenalan sangat dengannya. Sebenarnya yang paling penting adalah, anda hanya perlu menceritakan perihal keluarga anda sedikit saja. Yang paling ingin didengari oleh penemuduga di sini adalah mengenai bidang yang anda pelajari semasa di universiti ataupun kolej dan juga pengalaman bekerja anda, TIDAK KIRA APAPUN PEKERJAAN YANG PERNAH ANDA BUAT SEBELUM INI. Tunjukkan kita komited dalam urusan kerja. Ini mampu merubah markah yang diberi oleh panel penemuduga tadi. Saya ulangi lagi, apa yang perlu anda tumpukan semasa menjawab soalan ini adalah: 1. perihal diri sedikit saja (jika anda orang susah, ceritakan sedikit kesusahan anda) - ada rahsianya:) 2. Subjek - subjek yang anda ambil semasa belajar dan kaitannya dengan pekerjaan yang anda mohon..Jangan sekadar teori saja. 3. Pengalaman bekerja anda. Jika baru grad, jangan katakan anda langsung tidak pernah bekerja. Kerja sambilan pun tidak mengapa Sekian saja dari saya.

Mengapakah kami patut memilih anda untuk jawatan ini?


Sebenarnya, anda perlu melihat soalan ini dalam dimensi yang lain seperti ini: Mengapakah anda merupakan calon yang sesuai untuk jawatan ini? Ya, benar! anda memang perlu berfikir seperti ini. Berfikir mengenai apa yang tersirat di sebalik soalan yang ditanya oleh panel. Kesesuaian anda untuk jawatan tersebut sebenarnya amat diambil berat oleh penemuduga. Jadi, bagaimana anda untuk menjawabnya? Jadi jawapan anda seharusnya begini; Saya rasakan diri saya sesuai untuk menerima jawatan ini kerana: Saya mempunyai kebijaksanaan dan kemahiran menilai yang tinggi untuk mengenali serta mencari penyelesaian yang sesuai kepada sesuatu masalah yang sukar. Saya juga seorang yang mempunyai tahap keyakinan dan jati diri yang jitu, serta berkebolehan untuk berkomunikasi dan mampu menerima sebarang maklumat dan tugasan dengan baik. Saya mampu bekerja secara berpasukan dan boleh menyokong ahli-ahli pasukan yang untuk mencapai sesuatu visi dan misi yang seterusnya mampu meningkatkan produktiviti organisasi/jabatan saya. Saya juga bijak menguruskan masa dan seorang yang menjalankan tugas secara teratur. Di mana setiap kali melakukan tugasan besar, saya akan merancang beserta perancangan masa yang baik. Saya berpegang pada kata hikmat GAGAL MERANCANG ADALAH MERANCANG UNTUK GAGAL. Akhir sekali saya seorang pekerja yang berdedikasi dan mempunyai keinginan yang membara untuk mencapai visi saya dan jabatan/kementerian ini. Jesteru itu, saya pasti merupakan calon terbaik untuk mengisi jawatan yang ditawarkan ini.

Contoh contoh jawapan di atas menunjukkan betapa hebatnya dan sesuainya anda untuk jawatan yang ditawarkan. Mungkin anda mampu menjawab soalan sebegini dengan lebih baik dari apa yang saya berikan. Semoga tips kali ini dapat menyediakan diri kita dengan lebih baik semasa temuduga kelak. Apapun, persediaan sebelum temuduga adalah amat penting dibuat oleh kita Yang penting, kita telah membuat persediaan, keputusan samada lulus atau gagal, kita berserah kepadanya. Dan ingat, jangan pula jadikan kegagalan sebagai pelemah semangat untuk kita berjaya dalam hidup. Kita hanya mampu berusaha, Tuhan yang menentukannya.

Anda perlu beringat bila nak pergi temuduga!


Anda perasan tak, banyak iklan kekosongan jawatan di sektor awam diiklankan baru -baru ini. Contohnya, iklan temuduga terbuka, temuduga untuk jabatan-jabatan ataupun kementerian kementerian dll. Dan temuduga SPA seperti biasa, pasti ada. Mengapa begitu banyak kekosongan jawatan pada masa ini? Jawapannya adalah Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita yang khusus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di zaman kemelesetan ekonomi ini. Dengan pengumuman oleh PM ini, ianya telah membuka peluang pekerjaan yang besar di sektor swasta dan juga kerajaan. Dan peluang ini diharapkan dapat membantu para penganggur / graduan universiti/mereka yang telah diberhentikan kerja untuk menyara hidup mereka. Bagi kekosongan jawatan di sektor awam, banyak calon telah dipanggil temuduga. Yang dipanggil temuduga memanglah amat ramai jika dibandingkan dengan kekosongan yang ada. Walaupun jawatan yang ditawarkan bersifat kontrak atau sementara, tetapi ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Tidak kiralah mereka penganggur ke, pekerja yang diberhenti ke, malah mereka yang sudah bekerja di sektor swasta mahupun kerajaan(kontrak) tetap datang ke temuduga tersebut. Tetapi adakah mereka berjaya? Hanya panel penemuduga yang tahu Pssstsaya ada rahsia sebenarnya nak bagitahu anda pasal kriteria pemilihan calon temuduga yang akan berjaya dipilih bagi pakej rangsangan ekonomi ini.

Yang mereka nilai adalah.. 1. Status kerja calon Di bawah pakej rangsangan ekonomi ini,calon-calon yang tiada kerja/menganggur lebih diutamakan berbanding mereka yang telah bekerja. Mengapa? Kerana tujuan pakej rangsangan ekonomi ini sendiri bertujuan membantu mereka yang hilang/tiada sumber pendapatan mendapatkan sumber mata pencarian mereka. Tetapi adakah 100% golongan yang tiada kerja ini diambil? Tidak sama sekali. Seperti yang saya beritahu tadi, golongan ini adalah yang diutamakan! Mereka yang sudah memiliki pekerjaan tetapi berminat juga dengan jawatan yang ditawarkan, peluang mereka tetap ada. Tapi, mereka perlu lebih menunjukkan prestasi yang terbaik semasa temuduga.

Bagi yang memang penganggur/tidak bekerja pula, jangan sangka mereka dengan mudahnya akan berjaya dalam temuduga tersebut. Persaingan di kalangan mereka juga sangat tinggi. Hanya calon yang memberikan persembahan terbaik saja yang akan berjaya. 2. Mereka Yang Bersungguh, Berkeyakinan. Sudah pasti sifat inilah yang dicari-cari oleh penemuduga. Bersungguh? Bagaimana tu? Ianya bermaksud, calon yang datang menghadiri temuduga, menunjukkan minat mereka yang sebenarnya untuk memasuki sektor kerja kerajaan. Ini dapat dinilai dari segi pemakaian mereka, penampilan mereka, gaya dan stail mereka. Adakah mere hadir ka temuduga dengan memakai kot, memakai tali leher, berambut pendek dan kemas ataupun bagi wanita, berpakaian ekslusif seperti mereka seorang pengarah syarikat atau CEO. Berkeyakinan? Apa yang dimaksudkan dengannya? Bagi calon yang menghadiri sesi temuduga, keyakinan semasa menjawab soalan temuduga adalah penting. Setiap soalan yang ditanya, mereka hendaklah menjawabnya dengan tenang, dan penuh keyakinan. Jangan sesekali ragu-ragu dengan jawapan anda! Walaupun kita tak tahu jawapannya, jawablah dengan memberikan kaitan kepada soalan yang ditanya. Jika benar-benar tidak tahu, katakanlah maaf tuan, saya memang tidak tahu dengan jawapan yang sebenarnya. Tidak merbahaya ke jawapan yang diberikan seperti ini? Jangan risau, panel penemuduga bukannya mencari calon yang 100% boleh menjawab soalan yang ditanya. Yang sebenarnya, mereka mencari calon-calon yang benar-benar berkelayakan. Nilai kejujuran, keyakinan, sikap dan keikhlasan diambil kira di sebalik soalan-soalan yang ditanya. 3.Calon-calon yang hadir dengan kelayakan sesuai Ramai yang datang untuk temuduga bagi kelayakan SPM dengan menggunakan Diploma ataupun Ijazah mereka. Walaupun jawatan yang ditawarkan hanya untuk mereka yang ada SPM saja, tetapi mereka tetap inginkan jawatan tersebut. Janji kerja kerajaan, betul tak? Saya bukannya melarang anda berbuat sebegitu. Tapi anda tahu satu perkara, iaitu pengambilan temuduga di bawah skim pakej rangsangan ekonomi ini mengutamakan mereka yang ada kelayakan sesuai. Jika jawatan yang ditawarkan untuk kelayakan SPM, hanya mereka ada setakat sijil SPM sajalah akan dipilih. Bukan apa, jika jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan lebih tinggi, ketidak adilan akan berlaku. Yang SPM ni bukannya boleh apply jawatan yang lebih tinggi dari kelayakan mereka.

Akan tetapi jika anda ada Diploma atau Ijazah, dan anda tetap juga inginkan jawatan bagi kelayakan SPM tadi, boleh kah? Lebih-lebih lagi anda pula tiada pekerjaan..Ada caranya, iaitu anda terpaksa berbohong sunat. Saya tidak menggalakkan cara ini, cuma berkongsi cerita sedikit. Tipsnya: 1.Jangan isi borang permohanan melalui ijazah/diploma anda 2.Sebelum temuduga anda perlu tahu nak mereka cerita 3.Jangan sampai terkantoi semasa temuduga Sebenarnya cara ini berisiko, takut anda terlepas cakap atau diperangkap. Jika saya, saya lebih suka berterus-terang. Supaya hati saya lebih tenang dan yakin semasa menjawab soalan temuduga. Saya rasakan ianya adalah lebih baik dari berbohong. Jika ada rezeki, adalah. Jika tidak, saya redha menerimanya.

Bagaimana ingin mengetahui soalan yang bakal ditanya olehpanel penemuduga?


Semoga anda berada dalam keadaan sihatsokmo. Hari ini saya ingin berkongsi satu lagi tips berguna untuk anda mengenai apakah yang akan ditanya oleh penemuduga bagi temuduga kerja kerajaan. Adakah anda boleh meramalkan apakah soalan yang bakal ditanya oleh panel penemuduga kelak? Tidak boleh! Tidak, anda sebenarnya boleh meramalkan soalan yang bakal ditanya semasa temuduga nanti. Di sini saya memberikan beberapa tips khusus bagaimana untuk meneka soalan yang ditanya oleh penemuduga.

Tips 1 Ketahui dan fahami apakah bidang kerja anda. =============================================================== Tahukah anda bahawa kebanyakan penemuduga sering bertanya mengenai pengalaman kerja kita. Jika boleh, mereka akan menyoal kita habis-habisan mengenai kerjaya semasa anda. Kadang-kala soalan-soalan yangditanyakan tersebut memakan masa lebih dari 15 minit untuk selesai. Jadi inilah peluang yang perlu anda ambil untuk menambah markah penilaian temuduga. Tips 2 Peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am. =============================================================== Ini adalah merupakan antara yang paling digemari oleh panel semasa sesi temuduga. Biasanya, isu-isu hangat yang diperkatakan dalam media massa sering menjadi topik soalan utama dari penemuduga. Jadi, anda dapat mengetahui bahawa penemuduga ini sebenarnya ingin mengetahui bahawa anda sentiasa peka terhadap isu semasa atau tidak. Siapa yang rajin membaca akhbar atau menonton berita, tentu tiada masalah apabila untuk menjangka dan seterusnya dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga. Tips 3 - Bertanya pada mereka yang ada pengalaman temuduga kerja kerajaan. =============================================================== Ya, hal ni juga tidak kurang pentingnya dalam menjangka soalan temuduga yang bakal anda hadapi. Cuba anda bertanya pada rakan-rakan anda apakah soalan yang ditanya kepada mereka semasa mereka menghadiri temuduga tersebut. Ini sedikit sebanyak dapat membantu anda Manatahu soalan tersebut adalah sama dengan soalan yang bakal ditanya kepada anda. Sudah pasti anda dapat menjawabnya. Tips 4 Menganggap diri sendiri sebagai penemuduga. =============================================================== Haha, tips ni agak istimewa di mana anda perlu membayangkan diri anda sendiri sebagai seorang panel penemuduga. Cuba anda bayangkan, sebagai seorang panel, apakah soalan yang akan ditanya oleh anda jika ingin mengambil seseorang calon untuk mengisi jawatan di tempat kerja anda. Adakah anda akan bertanyakan latar belakangnya, pendidikannya, kerjayanya, kebolehannya,..dan lain-lain. Ini boleh anda bayangkan

Tips 5 Baca ebook Temuduga Kerja Kerajaan lah, =============================================================== Sambil bagi tips sambil promot. Ebook ini akan membantu anda meramalkan soalan-soalan yang bakal ditanya oleh penemuduga. Terdapat 70 koleksi skema soalan dan jawapan yang biasa ditanya dalam temuduga. Juga ebook Teknik Menjawab Soalan Temuduga, ianya amat bagus untuk anda baca. Sudah banyak yang menghantar email kepada saya bahawa hampir 50 70% soalan yang ditanya semasa temuduga hampir sama dengan apa yang ada dalam panduan ini. Ok, sekian saja tips saya kali ini. Kepada sesiapa yang bakal menghadiri temuduga tu, saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan saya berdoa agar anda berjaya.

Gugup, gemuruh, gagap semasa ditemuduga? Mari baca..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera Kali ni saya ingin berkongsi satu tips semasa menghadiri temuduga. Bagaimana ingin menghilangkan rasa nervous atau gugup/gemuruh semasa menghadiri temuduga kelak. Apa yang anda perlu buat sekiranya nervous adalah:

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan penel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa - fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan anda! 2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila anda bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian anda untuk sesi yang seterusnya. 3. Apabila anda nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada anda berasa lapang dan anda akan menjadi lebih bersemangat. 4. Bagi yang beragama Islam, saya syorkan anda untuk membaca ayat Seribu Dinar di dalam hati semoga Allah menenangkan hati anda setelah anda bertaqwa kepadanya. 5. Lagi satu tips saya, semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, anda akan menjadi lebih relaks dan tenang saja sepanjang sesi temuduga. 6. Dan tips akhir dari saya, apabila menjawab soalan tegakkan badan anda dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak anda akan lebih bersemangat dan lebih yakin. Itu sajalah tips dari saya untuk menghilangkan rasa nervous, gugup atau pun gemuruh semasa temuduga nanti. Sekian tips dari Kerja-kerajaan.com

Anda mungkin juga menyukai