Anda di halaman 1dari 2

Mimi Mastura Binti Mohd Nazar,

Pangsapuri Bougen Villa Blok G 4282-3-10,


Jalan Merdeka 2 Kem Sungai Besi,
57000,
Kuala Lumpur.

Seksyen Khidmat Pengurusan,


Unit Perancang Ekonomi
Jabatan Perdana Menteri
Blok B5 & B6
Kerajaan Persekutuan,
62502
Putrajaya..

20 Mei 2015

Tuan/Puan
Penolakkan/Pembatalan Penawaran Latihan Industri Di Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.
Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan perkara di atas,
2.

Dukacita dimaklumkan saya Mimi Mastura binti Mohd Nazar pelajar jurusan Bachelor

Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia ingin membuat penolakan tawaran di institusi
tuan/puan. Penolakkan untuk menjalani latihan industri di institusi tuan/puan adalah disebabkan
saya telah mendapat tawaran untuk menjalani latihan industri di tempat lain yang lebih dekat
dengan rumah kediaman saya.

3.

Hasrat saya untuk membuat penolakkan latihan industri di syarikat tuan/puan bukanlah

disebabkan saya tidak berminat untuk menjalani latihan industri di tempat tuan/puan, Hal ini
disebabkan saya telah mendapat tawaran dari tempat lain terlebih dahulu sebelum surat dari
syarikat tuan/puan diterima. Ini membuatkan saya membuat keputusan untuk mengambil institusi
tersebut menjadi tempat latihan industri.

4.

Saya memohon maaf di atas kelewatan membuat penolakkan ini dan sekali lagi saya

memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap agar permohonan penolakkan
penawaran di institusi tuan/puan dapat diluluskan dan segala usaha serta kerjasama daripada
pihak institusi tuan/puan amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

----------------------(Mimi Mastura Binti Mohd Nazar)

Anda mungkin juga menyukai