Anda di halaman 1dari 1

WONG SIEW FOOK

TB8992, LOT 9, BLOK 54,


TAMAN SEMARAK, JALAN KUHARA,
91000, TAWAU, SABAH. TARIKH : 17/02/2020

KEMENTERIAN DALAM NEGERI


Bahagian Pendaftaran Negara dan Pertubuhan
Aras 4, Blok D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62546 PUTRAJAYA

Tuan

Permohonan Kewarganegaraan Malaysia Di Bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutua n Bagi;


Nama Pemohon : WONG SIEW FOOK
No. Pengenalan Pemohon : 580216-12-5595
No. Permohonan : 16011018-20111010-105237-43
Nama Orang Yang Didaftarkan : WONG SHY JYE

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Merujuk kepada perkara di atas, saya Wong Siew Fook, merujuk dan merayu agar permohonan taraf
kewarganegaraan bagi anak saya dipertimbangkan semula dengan sewajarnya. Hal ini kerana, anak saya sangat
memerlukan status kewarganegaraan tersebut untuk menjalani rutin harian kerana saya yakin anak saya masih
berpeluang untuk mendapatkan masa depan yang cerah. Anak saya ingin berjaya dalam kerjaya dan kehidupannya.

03. Bagaimanakah kehidupan anak saya jikalau tidak mempunyai status kewarganegaraan? Anak saya mengalami
kerumitan semasa sekitar bandar yang kami menetap dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat
swasta kerana majikan bimbang anak saya akan ditangkap oleh pegawai kuatkuasa. Selain anak saya Wong Shy Jye,
saya juga mempunyai anak sulung [Wong Kui Yu : 930109-12-5781] dan anak bongsu [ Wong Shy Zhen : 040328-12-
1030]. Kedua-duanya mempunyai kad pengenalan dan berstatus warganegara. Oleh itu, adalah tidak adil bagi anak
kedua saya untuk tidak mendapat kewarganegaraan sedangkan dokumen-dokumen yang dihantarkan semasa
permohonan adalah lengkap.

05. Selain itu, jika anak saya tidak mendapat status kewarganegaraan, di manakah saya ingin tempatkan anak saya?
Sedangkan dia tidak mempunyai mana-mana keluarga lain di negara lain. Anak saya hanya fasih bertutur dalam bahasa
Melayu dan Bahasa Cina. Dia bersekolah di Tawau, Sabah dan juga memperoleh keputusan yang cukup baik. Dia juga
merupakan seorang mualaf . Saya juga mendapat khabar bahawa jika salah seorang ibu bapa adalah warganegara, anak
berhak mendapat status kerakyatan. Saya juga sudah berumur, seorang warga emas dan tidak kuat lagi untuk bekerja
menanggung keluarga saya. Anak-anak saya merupakan harapan saya untuk menanggung segala kos di rumah.

06. Sebagai ayah kepada Wong Shy Jye, Saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan
ini ataupun mengemukakan cara-cara lain yang harus dilakukan untuk mendapatkan status kewarganegaraan anak
saya. Adalah besar harapan saya agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan rayuan saya ini.
Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Yang benar,

….…………………………
WONG SIEW FOOK
580216-12-5595

Anda mungkin juga menyukai