Anda di halaman 1dari 3

Contoh Penulisan Abstrak

ABSTRAK

Sikap dan tingkahlaku 10 orang murid Tahun 2 Optimis semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi menunjukkan mereka tidak begitu berminat dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi. Punca masalah yang utama ialah kerana mereka tidak mengenal huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta tidak mahir menyambung antara huruf-huruf tunggal Jawi. Maka fokus kajian ini adalah untuk menangani masalah tersebut dengan memperkenalkan satu kaedah baru bagi membantu murid tersebut mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi serta satu kaedah baru bagi meningkatkan kemahiran mereka menyambung antara huruf-huruf Jawi. Tinjauan awal menunjukkan 10 orang murid tersebut gagal dalam ujian mengenal huruf dan gagal juga dalam ujian menyambung huruf. Soal selidik bagi mengukur minat mereka terhadap P&P mata pelajaran Jawi menunjukkan bahawa bagi semua item, skor min yang dicapai adalah di bawah 3. Setelah Kad Dalil Avu Zar Zad digunakan, maka didapati 10 orang murid tersebut dapat mengenali huruf Jawi yang mewakili huruf Rumi dan dapat juga menyambung huruf-uruf Jawi dengan betul. Ujian pos yang dijalankan menunjukkan 100% murid lulus dalam ujian mengenal huruf manakala dalam ujian menyambung huruf peratus lulus adalah 80%. Min minat yang dicapai selepas program juga telah meningkat kepada skor min 4. Dapat dirumuskan, kemahiran murid dalam menulis Jawi telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan Kad Dalil Avu Zar Zad. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Tugasan 5(b) : TAJUK: SEJAUH MANA TAHAP MINAT MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS.

ABSTRAK Kajian ini menfokuskan kepada menilai sejauh mana tahap minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tentang sikap murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar terhadap mata pelajaran Sains. Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data kajian seperti menemubual murid, merujuk kepada catatan murid, catatan diari sendiri, borang soal selidik dan markah ujian. Kajian ini mengkaji sejauh mana murid-murid menyukai mata pelajaran Sains terutama di sekolah rendah jenis kebangsaan. Saya berminat menjalankan kajian ini kerana saya berpendapat minat dan sikap merupakan salah satu elemen yang penting untuk menjadikan seseorang murid berjaya dalam mata pelajaran tersebut atau peperiksaan yang didudukinya nanti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negative terhadap sesuatu pembelajaran adalah salah satu punca utama kegagalan seseorang murid dalam peperiksaan. Ini telah terbukti dengan beberapa buah kajian yang telah dijalankan sebelum ini di sekolah pendalaman. Kebanyakkan guru gemar menggunakan keadah pembelajaran yang berpusatkan guru. Tetapi bagi mata pelajaran Sains, kaedah ini tidak sesuai kerana murid-murid akan berasa bosan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Sesi pembelajaran Sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains dan ini bermakna setiap sesi pembelajaran Sains haruslah mengandungi aktiviti yang membolehkan murid-murid bergerak. Sesi pembelajaran dan pengajaran perlu mengandungi aktiviti yang dapat menimbulkan minat untuk memudahkan murid memahami apa yang dipelajari. Minat yang timbul dari murid sendiri akan membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu mencari punca-punca yang menyebabkan murid-murid tidak ingin mempelajari mata pelajaran Sains. Kajian ini secara langsung dapat membolehkan kita mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Pada masa yang sama, dapatan kajian ini mungkin boleh digunakan untuk mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Ulasan: Abstrak ini memuatkan aspek tujuan kajian iaitu sejauh mana murid-murid menyukai mata pelajaran Sains terutama di sekolah rendah jenis kebangsaan. Penulis menggunakan kaedah temu bual, catatan murid, catatan diari sendiri, borang soal selidik dan markah ujian. Namun penulis tidak menyatakan secara spesifik bagaimana kajian ini dilaksanakan. Penulis juga tidak menyatakan dapatan hasil kajian yang ditemui dalam abstrak. Dalam penulisan abstrak kajian ini, penulis telah memaparkan dapatan kajian dari sumber kajian oleh Kementerian

Pendidikan dan beberapa sekolah pedalaman. Namun beliau hanya memaparkan secara umum, contoh ayat Ini telah terbukti dengan beberapa buah kajian yang telah dijalankan sebelum ini di sekolah pendalaman.. Dalam pada itu, penulis tidak pula menulis rujukan yang tepat beserta nama penulis dan tahun rujukan yang diambil, contohnya: oleh Kementerian Pelajaran Terdapat kesalahan ejaan seperti kebanyakkan dan penggunaan kata hubung tetapi sebagai permulaan ayat. Penulis mengakhiri abstrak dengan menerangkan signifikan kajian ini sebagai landasan rujukan guru mata pelajaran subjek lain.

KUMPULAN SAINS
1. 2. 3. 4.

SUZANA SHAHARUDDIN P66531 SALINA BT AB RAJAK@AB RAZAK P67886 NAJIHA MAT SHAH P71625 NURUL ADILAH KHALID P71623

Anda mungkin juga menyukai