Anda di halaman 1dari 11

UCAPAN YB DATO’ SERI UTAMA DR.

RAIS YATIM
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

DI SEMINAR SERANTAU SEABAD BUYA HAMKA

DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI


PADA 25 JANUARI 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari mana nak ke mana


Dari sana nak ke sini
Bagaimana saudara anda semua
Semoga salam dengan ceria diri.

Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh.

Yang dihormati Saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Prof. Tan


Seri Datuk Dr Sharifah Habshah Syed Hassan Shahbudin, selaku Naib
Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, yang dihormati Bapak
Timbalan Duta Besar Indonesia yang turut bersama-sama dengan kita
pada pagi ini, Bapak Tatang Budi, seterusnya salam kita kepada Bapak
Wali Kota dari Padang, yang dikasihi Prof. Dr Mohamad Nasran
Mohammad, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Yang Berbahagia Datuk
Norliza Rofli sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan Kesenian
Negara, tidak lupa Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk
Mohammad Daud, Yang Berbahagia Prof. Dr Idris Zakaria, Timbalan
Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni bagi Universiti, Bapak Presiden
Persatuan IKNM, jemputan–jemputan khas dan tidak lupa anakanda
kepada Bapa Hamka yang turut bersama-sama yakni Bapa Rusdi

Page 1 of 11
Hamka sendiri, jemputan-jemputan khas, budayawan-budayawan,
saudara saudari.

Syukur Alhamdulillahlah, pada pagi yang berbahagia ini, akhirnya


terkabullah satu-satunya cita-cita kolektif yang telah disusun oleh
Jawatankuasa Induk Seminar ini, bagi kita mengadakan program yakni
`Seminar Serantau Seabad Buya Hamka’. Sebelum masuk ke dewan ini
pelbagai perkara bersarang dalam pemikiran saya. Salah satu
daripadanya ialah bagaimana kita sebagai seorang kerdil yang
menerima berita dan perkembangan perjuangan seseorang yang begitu
besar, seperti Hamka mempunyai kebolehan atau pun bidang yang
cukup untuk berbincang mengenai seseorang yang begitu tinggi
pencapaian dan nilainya.

Saya sendiri mengakui bahawa kualifikasi atau pun kelulusan untuk


berpidato mengenai Pak Hamka tidak ada pada saya. Tinggal lagi, oleh
kerana tradisi untuk melihat dan menganalisis kedudukan tamadun
seseorang dan pencapaiannya, maka dapat kita menilai dari belakang.
Penilaian dari belakang ini bererti, setelah Pak Hamka menjalani
kehidupan lebih kurang 73 tahun, baru kita tampak bahawa beliau
adalah seorang yang boleh di gelar sebagai universalis. Beliau boleh
dianggap sebagai seorang pejuang, beliau boleh digarap sebagai
penulis, ahli politik, pemikir, guru atau cikgu, seorang yang cintakan
alam dan seorang yang cintakan humanisme. Senarai ini boleh saya
tambah dengan pelbagai panggilan yang lain, tetapi tambahan ini
mungkin tidak tepat. Lantaran itulah agaknya kenapa UKM pada tahun
1974 memberikan Honoris Causa kepada beliau, mengikuti apa yang
telah dilakukan oleh Universiti Al-Azhar pada 1958, juga memberikan
Honoris Causa kepada beliau.
Page 2 of 11
Tetapi setelah membuka lipatan, kalau membilang dari satu, bertanya
khabar dengan salam, kalau dilipat sekecil buku kalau di bentang seluas
alam, maka Pak Hamka bagi saya bukan sekecil buku. Pak Hamka
kepada saya adalah seluas alam dan ini ada kaitannya dengan
beberapa peristiwa yang pernah saya lalui bersama beliau.

Pada tahun 1974, Pak Hamka datang ke sini menerima Honoris Causa.
Dua hari selepas itu beliau ke Seri Menanti iaitu negeri saya, di Negeri
Sembilan dan beliau memberi satu ceramah pendek kepada Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Jaafar Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada
ketika itu, dan saya dengan rakan-rakan, salah seorang daripadanya
ialah Datuk Mansur Osman, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.
Oleh kerana beliau memikirkan bahawa di Seri Menanti kesemuanya
orang awak, yakni orang Minang maka beliau mulai ungkapan dan
syarahan beliau dengan bahasa Minangkabau. Pantun yang beliau
sebut masa itu ialah;

Pisau raup si bongkok hulu


Di bantang tilam di tangah laman
Pasir jolawi menjadi guru
Alam terbantang jadi pedoman.

Itu bahasa Minangnya. Saya terfikir kalau Pak Hamka boleh berpantun
begitu, tentu saya mahu curi. Sebab bahasanya cantik. Dalam bahasa
kebangsaan kita, pisau raup si bongkok hulu, di bentang tilam di tengah
halaman, pasir dan laut menjadi guru, alam terbentang jadi pedoman.

Page 3 of 11
Saudara saudari,

Apa sebab Hamka berpantun sedemikian. Katanya, alam di Seri


Menanti sangat indah. Memang benar Seri Menanti sebagai kuali,
disebut sebagai tanah mengandung di Negeri Sembilan, kiri kanan
gunung-ganang, sawah terbentang dengan indah. Katanya, seakan-
akan teringit kepada Meninjau. Jadi ini adalah perkara lama, masa itu
saya seorang Setiausaha Parlimen di Kementerian ini juga, iaitu
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada masa itu, dan pegawai
saya yang bernama Abdullah Ahmad Badawi yang sekarang menjadi
Tun Abdullah adalah membantu program di Seri Menanti ketika itu,
untuk dijayakan sebagai satu-satunya program budaya tempatan.

Saudara saudari,

Kuliah Buya itu sangat penting semasa itu. Saya lihat tiga perkara yang
beliau telah kemukakan. Dan satu daripadanya ialah keakraban
sebagai seorang Muslim mesti menyeluruh hingga ke sedunia. Ini
menunjukkan bahawa Pak Hamka adalah seorang humanis dan
seorang universalis. Beliau menyatakan kedua, Adat Minangkabau itu
boleh kita tapis sehingga bab-bab yang penting boleh membantu
masyarakat moden, walau pun ada beberapa aspek Adat di Minagkabau
atau Adat Perpatih itu yang kurang sesuai dengan keadaan pada hari
ini, kata beliau. Salah satu daripada kebolehan Pak Hamka yang saya
lihat pada masa itu ialah kebolehan beliau menganalisis adat dan al
Quran dan hadis. Beliau boleh mengadunkan, carik-carik bulu ayam
lama-lama bercantum jua dengan waktasimubihabbilillah hijamiawala
tafarakun. Cantiknya gabungan itu ialah dalam syarahannya dan pada

Page 4 of 11
masa itu kita mencatatlah sedikit-sedikit, sebab waktu 1974 pun Hamka
sudah masyhur.

Saudara saudari,

Kalau saya ditanya dalam Facebook saya, What is your favorite book?
Lantas saya akan katakan, buku yang paling saya gemari ialah
‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’. Apa sebab, sebabnya di dalam
itu, di samping Zainudin berasmara, Zainudin akur kepada adat. Walau
pun Zainudin sebagai hero dalam buku itu mengatakan bahawa beliau
agak di permatangi antara adat dan Islam, beliau masih akur kepada
keluarga. Jadi konflik jiwa yang ada dalam ‘Tenggelamnya Kapal Van
Der Wijck’ adalah konflik kemanusiaan. Cuba fikir, Buya Hamka boleh
jadi seorang penulis romantis, cuba fikir Hamka boleh menulis lima jilid
tafsir Al-Azhar, cuba fikir dalam tempoh tak sampai 73 tahun, Hamka
menulis 68 buah buku, tak termasuk majalah dan rencana.

Inilah yang saya anggap sebagai kebesaran. Barangkali Pak Rusdi


Hamka tentu terasa bahawa, dio, ayah awak santiang. Tetapi ayah itu
juga adalah ayah kepada kita. Iaitu bapa kepada kita yang digelar
sebagai masyarakat Nusantara. Sebab itu jugalah barangkali antara
Meninjau dengan Seri Menanti pernah kita adakan gabungan, gabungan
pelajar dan juga gabungan cendekiawan, tetapi oleh kerana zaman
beredar dan pesaka bergilir, maka cantuman itu melemah untuk ke
sekian bilangan tahunnya. Dan kita berharap cantuman ini akan dapat
kita segerakan dalam bentuk yang lebih produktif.

Page 5 of 11
Saudara saudari yang dihormati sekalian,

Kalau seseorang ingin melihat falsafah perjuangan seseorang yang


menulis, seseorang yang menjadi pakar agama, seseorang yang
menjadi ahli politik, seseorang yang menjadi aktivis, maka cerita dan
kisah Pak Hamkalah yang seharusnya kita lihat. Orang yang pada
masa ketika tertentunya, belajar daripada bapanya, orang yang tidak
mempunyai pendidikan yang formal, boleh menjadi seorang yang mahir
dan berdaya taktik dalam falsafah, dalam politik, dalam penulisan novel,
cerpen, seorang yang boleh bersajak, seseorang yang boleh tunduk
bagaikan buah padi, seorang yang boleh menyatakan bahawa, jangan
jadi pak turut.

Kalo saudaro payi ka subarang


Patahkan rantiang si limau purit
Kalo saudaro sebanar berjuang
Jangan jadi suko pak turit.

Ini Hamka yang katakan di Seri Menanti. Sebab saya minat tentang
penyampaian beliau, dua pantun tadi tulah yang saya ingat di majlis ini.
Saya terima kasih kepada Naib Canselor sebab sudi menjual pantun
kepada saya. Jadi bagi saya nak menjawab mudah saja. Kemudahan
itu ialah dalam bentuk;

Daun selasih dari Kuantan


Melukut di tepi gantang
Terima kasih saya ucapkan
Kerana jemput saya datang.

Page 6 of 11
Saudara saudari,

Itu adalah isian longgar. Isian yang sepertinya tentulah saudara saudari
akan masukan ke dalam penyampaian-penyampaian nanti, tetapi
baiklah kita rumuskan beberapa rumusan yang seminar ini mungkin
boleh mempertimbangkan. Apa kata, kalau selepas seminar ini, maka
kita jadikan hasil karya Hamka itu sebagai penaut kiambang, sebagai
pencantum budaya, sebagai jambatan dan sebagai elemen
menyatukan Indonesia dengan Malaysia. Hamka telah bercakap
banyak fasal perjuangan, fasal keilmuan beliau, saya tak fikir kita dapat
menandingi beliau. Jadi saya merumuskan bahawa anak Meninjau ini
adalah pemberian Tuhan, adalah agihan Allah Subhanahuwataala
kepada kita. Jadi harus kita gunakan kebolehan, kecendekiaan beliau
sebagai sumbangan kepada kita. Dan kita ambillah beberapa
penyampaian itu dan karya beliau sebagai keemasan bagi kita.

Jadi kalau begitu, tentu sekali Kementerian ini boleh memainkan


peranan dan perjuangan beliau itu kita jadikan sebagai contoh dan
mahasiswa kita di sini yang secara kebetulan saya telah dipinta sebagai
bapa angkat, mentor tu tinggi sangat, jadi saya sebagai bapa angkat
kepada beberapa program di Universiti ini, mungkin boleh kita ajukan
terus menerus beberapa lagi projek yang membawa kita kepada
perpaduan. Jadi, setelah melihat ini semua mungkin boleh saya
rumuskan Pak Hamka tadi;

Kalau galah, beliau mencapai buah


Kalau jambatan, membawa ke seberang
Kalau keris, Hamka membawa tuah
Kalau rakit, menaut kiambang.
Page 7 of 11
Rakit dan biduk sebenarnya di tempat-tempat tertentu sama. Jadi bila
biduk lalu kiambang bertaut inilah yang perlu kita hasilkan dari seminar
ini. Kalau kita berbincang fasal sumbangan-sumbangan beliau, sampai
petang mungkin kita tidak lagi lepas daripada waktu. Mungkin kita
terhindar daripada tanggungjawab menentukan satu persatu. Misalnya
beliau sudah mula menulis tahun 1928 dan beliau menghasilkan
misalnya, Perempuan Dalam Islam, Adat Minangkabau Dan Agama
Islam tahun 1929, tahun 1932, beliau menulis tentang Laila Majnum.
Laila Majnum dulu diwayangkan, pelakonnya ialah Shami Kapoor. Tapi
Pak Hamka sudah menulis tahun 1932 lagi tentang kisah tersebut.
Tahun 1937, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Dalam Lembah
Kehidupan, 1939, Merantau Ke Deli, tahun 1940. Kedua-dua buku ini
dijadikan buku wajib di Maktab Perguruan Bahasa semasa saya menjadi
guru bahasa. Adat Minangkabau Menghadapi Revolusi tahun 1946 dan
tafsir Al-Azhar.

Beliau pernah berkata, bahawa selama beliau ditahan oleh Sukarno,


beliau berterima kasih. Katanya, berterima kasih kerana jika saya tidak
di penjara, saya tidak akan selesai menulis tafsir Al-Azhar dan
pengajaran Al-Quran. Itu kata beliau, yang ada dicatitkan di dalam
Internet yang semua orang dapat melihat. Jadi dengan begitu, di dalam
pun beliau bahagia, di luar pun beliau bahagia. Kopi salai beliau kering,
kopi hampai beliau basah, antara basah dan kering Hamka tetap hidup
dengan 68 penulisan.

Jadi saudara saudari dan saya pada pagi ini, kita adalah orang kecil
yang menikmati dan menghargai peninggalan beliau. Oleh yang
demikian, marilah kita cuba dengan sedaya upaya mental untuk
menjuarai sebahagian daripada perjuangan beliau. Saya berasa
Page 8 of 11
bahawa asalkan kita dinamakan orang Melayu, orang Indonesia di
Nusantara, Hamka tetap merupakan ikon atau petanda mercu tinggi
dalam tamadun moden. Marilah kita berharap salah seorang daripada
pelajar dari UKM, satu hari menjadi pakar Hamka. Dan untuk itu, saya
bukakan pintu, agar peruntukan kita beri kepada barang siapa di
Universiti ini sanggup mendapatkan PHD dengan pengkajian Pak
Hamka.

Barangkali ini adalah sesuatu yang amat tepat bagi Kementerian ini
membantu dengan kerjasama Vice Canselor kita, kita wujudkan satu
peluang keemasan bagi kajian ini diteruskan oleh salah seorang
daripada kita di sini yang sanggup menerima cabaran itu dan akhirnya
menjadi pakar Pak Hamka. Ini bermakna Kementerian memberi
sumbangan kepada pengkajian tersebut di samping keperluan-
keperluan scholarship dan juga kebiasiswaan. Dan ini penting bagi kita
menghargai, oleh kerana jika Universiti ini memberi anugerah Honoris
Causa pada 1974, apa salah kita sambung apa yang telah dilakukan
oleh UKM tahun 1974 dengan sedikit sumbangan tambahan.

Dengan itu saudara saudari, saya akhiri penyampaian yang tidak


sepertinya ini dengan menzahirkan harapan semoga seminar ini, lain
daripada seminar-seminar yang lain, dan seterusnya menentukan
kebolehan kita dalam keilmuan, kesungguhan kita, kecintaan kita
kepada bahasa kita, dan budaya kita. Dalam sudut itu, ingin saya
menambah hanya sedikit dengan menyatakan, Hamka terkenal
menerusi dua bahasa. Satu ialah Arab yang dipelajarinya bapanya
Rasu, kedua ialah bahasa Melayu, bahasa Indonesia. Jika beliau telah
terkenal begitu hebat di seantero Nusantara menerusi kedua-dua
bahasa ini, maka kita di Malaysia harus turut bangga mencadangkan
Page 9 of 11
agar Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia bekerja rapat terus
menerus bagi mewujudkan tamadun Nusantara agar bahasa Melayu,
bahasa Indonesia menjadi bahasa dunia yang dihormati pada satu
ketika nanti.

Jika ini tidak sanggup, saya ulang, jika ini tidak sanggup kita laksanakan
maka kita hanya sebagai seminar berseminar, mesyuarat demi
mesyuarat tetapi tidak ada sesuatu yang mulia yang dapat kita
wujudkan. Justeru tajamkan pemikiran kita menerusi bahasa kita,
cantikkan pengolahan-pengolahan kita, tapis kembali segala yang
menjadi perkara penting, tapis kembali yang boleh menjadi keemasan.
Dan selepas itu kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah
dengan mereka di dunia yang lain, yang sentiasa mempengaruhi
manusia dengan ciptaan-ciptaan baru, dengan istilah-istilah baru,
dengan modus operandi yang baru, tetapi bagi kita, apa yang baru.
Marilah kita isi iaitu industri kreatif kita dengan bahasa kita, dengan
budaya kita. Mari kita tapis istilah-istilah itu dengan bahasa kita, dengan
budaya kita, agar kita terkenal, agar Buya Hamka senyum rohnya.

Saudara-saudari,

Terima kasih kepada Tan Sri Vice Canselor, kepada Bapak Timbalan
Duta Besar, kepada Presiden IKNM, kepada semua Profesor-profesor
Madya, para penulis kertas, para peserta yang dihormati dan bagi saya
akhirnya sebelum merasmikan, hanyalah ingin merangkapkan sebagai
kata-kata lama kita;

Page 10 of 11
Kalau berdentum di gunung daik
Itulah tanda orang menurun
berhimpunlah kita anak beranak
Kalau tersinggung waktu naik
atau terdorong masa turun
Berilah ampun banyak-banyak.

Wasallamualaikum Warahmatullahitaala Wabaraktuh.

Page 11 of 11

Anda mungkin juga menyukai