Anda di halaman 1dari 20

BULETIN

Bil. 4, 2015

November

SEMINAR FOLKLOR NUSANTARA 2015

Asmara, Percintaan dan Kasih Sayang


Folklor Nusantara

ersatuan Tradisi Lisan Malaysia dengan


kerjasama AKSARA Perlis, Kampung
Karyawan Malim, Perak, Dewan Bahasa
dan Pustaka Wilayah Utara dan Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri
(JKKN) Perlis telah mengadakan Seminar Folklor Nusantara 2015
di Kompleks JKKN Perlis pada 12 dan 13 Oktober, 2015.
Seminar Serantau ini bertemakan Asmara, Percintaan dan Kasih
Sayang dalam Folklor Nusantara dan melibatkan penyertaan
seramai 35 orang penggiat, penyelidik dan penulis dalam bidang
Tradisi Lisan di rantau ini, termasuk dari Brunei Darussalam dan
Republik Indonesia.
Tema ini dipilih kerana kasih sayang adalah nilai keprihatinan
manusia dalam semua hal dalam kehidupannya. Perasaan yang
lahir secara semula jadi ini perlu dipupuk untuk melahirkan
perhubungan sosial yang baik dan harmoni. Kasih sayang hadir
dalam perhubungan sesama manusia dan alam sekitar. Bahkan
juga ditujukan kepada Penciptanya. Kasih sayang adalah nadi/
jantung dalam masyarakat tradisional. Nilai ini dilihat membawa
kepada perdamaian, kesejahteraan dan konflik dalam masyarakat.
Perkembangan kesusasteraan tradisional di seluruh dunia banyak
memaparkan kasih sayang sebagai dasar lisan dan tulisannya.
Prof. Emeritus Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh
telah menyampaikan ucaptama 1 bertajuk Cinta di Sepanjang
Nusantara, manakala Prof. Madya Dr. Mohd Rosli Saludin
menyampaikan ucaptama 2 dengan tajuk Penggunaan Pantun
dalam Adat Perkahwinan Melayu. Keseluruhannya sebanyak
19 kertas kerja hasil kajian tentang pelbagai aspek tema telah
dibentangkan, termasuk dua kertas kerja oleh wakil-wakil
AKSARA Sdr Sharif Shaary dan Sdr Azizan Bahari (Tradisi Lisan
Perlis: Suatu Tinjauan tentang Cerita Penglipur Lara, Pantun, Alu
Bunyi, Beduan dan Lagu-lagu Rakyat) dan Sdr Mohd Kasturi Nor
bin Abd Aziz (Hikayat Terung Pipit: Satu Penilaian Ringkas dari
Sudut Sejarah, Budaya dan Kaitannya dengan Negeri Perlis).
Seminar Serantau Folklor 2015 yang diadakan di Perlis ini
merupakan seminar kedua tentang folklor anjuran Persatuan

Tradisi Lisan Malaysia. Seminar pertama diadakan di Kuching,


Sarawak pada 2-4 November, 2012. Seminar Serantau Folklor
keempat dijadualkan di Kota Kinabalu Sabah pada akhir tahun
2016.
Menurut Sdr Muhammad Haji Salleh, yang juga selaku Presiden
Persatuan Tradisi Lisan Malaysia, Negeri Perlis dipilih sebagai
tuan rumah seminar ini kerana negeri ini merupakan satu-satunya
daerah kegiatan dan penyumbang penting sastera rakyat (lisan),
antaranya: Lipur Lara Awang Bate (Batil/Belanga), Lipur Lara
Selampit, Jikey, Pantun dan Lagu-lagu rakyat.
Di Negeri Perlis satu-satunya tokoh Lipur Lara Awang Bate,
Encik Romli Mahmud masih giat mempersembahkan cerita-cerita
Awang Bate, manakala tokoh pemantun yang hebat, Pak Wan
Khazim (Wan Khazim bin Wan Din), meskipun kini keuzuran, masih
memberikan sumbangan besar kepada khazanah seni
budaya bangsa. Sebuah buku koleksi pantun Pak
Wan Khazim kini sedang diselenggarakan oleh Sdr
Mokhtar A.K. untuk diterbitkan dalam masa terdekat.
Seminar Serantau Folklor 2015 dirasmikan oleh YB
Tuan Hamdan Bahari, Speaker Dewan Undangan
Negeri Perlis yang mewakili
YAB Menteri Besar Perlis.
Pejabat Menteri Besar
dan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri
juga bermurah hati
menyumbang jamuan
makan malam perasmian
dan pengangkutan untuk
para peserta seminar.
Para peserta dibawa
melawat Muzium
Kota Kayang dan Gua
Kelam di Kaki Bukit,
di samping berkunjung
dan membeli-belah di
Padang Besar.

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

CATATAN KETUA DUA

KAUM PENULIS HARUS BERANI

ERKEMBANGAN sosiobudaya dan


sosiopolitik tanah air mutakhir sangat
mengelirukan kita, malah semakin
membimbangkan. Akan wujud satu rupa
bangsa yang nilai moralnya nol atau
kosong, apabila semua pihak mengambil jalan
tengah membisu dan menjadi pak turut sematamata. Hari ini krisis keyakinan yang melanda
senario politik tanah air membawa petanda,
bahawa kebanyakan mereka yang berhak menegur
dan mengkritik pihak tertentu, tidak lagi berani menjalankan tugas dan amanah
yang diberikan Tuhan kepada mereka. Nampaknya tanggungjawab membetulkan
keadaan seraya mengingatkan mereka yang terbabas itu, hanya tertumpah
kepada golongan penulis dan pemikir yang nonpartisan!

Sekarang, krisis keyakinan sangat meruncing sehingga kita tidak
yakin kepada sesiapa lagi yang boleh dipercayai untuk mengurus masa depan
anak bangsa kita, sedangkan kita pada masa kini, telah melambakkan segala
beban untuk ditanggung oleh anak cucu kita sampai ke hari kebangkitan! Kita
mempunyai parti politik, tetapi keyakinan untuk parti ini membela nasib bangsa
kita amat mengecewakan.

Krisis keyakinan ini boleh jadi satu penyakit jiwa yang boleh
menggerhanakan bangsa Melayu sendiri, jika tidak ada suara daripada pemimpin,
pejuang, individu yang berasa terpanggil atau persatuan yang menjadi pendesak
kepada pihak tertentu apabila media dan kebebasan bersuara sudah terkancing
mulut masing-masing!

Sebagai penulis yang bertanggungjawab dalam menegakkan kebenaran,
kita harus berani. Inilah senjata yang kita harap tumbuh daripada kalangan
penulis yang berjiwa besar bagi membantu atau menyelamatkan zaman gerhana
bangsa. Hanya penulis yang kita harapkan untuk membela kehidupan rakyat.
Jika krisis ini terus berlaku, kita tidak dapat bermimpi sebuah negara yang maju
dan bertamadun, apatah lagi jika kita semua tidak tahu bersyukur, dan tragisnya
takut memerangi tirani di depan mata sendiri. Tanpa bersyukur juga kita tidak
mungkin akan terus mendapat nikmat dan ganjaran daripada Allah SWT!

Sesungguhnya tidak kurang daripada tujuh (7) tentangan yang bakal
kita hadapi dalam kehidupan yang penuh luka ini. Semuanya meminta kaum
penulis menanganinya dengan penuh keberanian. Antara lainnya, saya petik
pendapat Zainal Kling dalam Minda Melayu (DBP, 2008:60):
1. globalisasi ekonomi dan politik,
2. keterbukaan kehidupan kepada pelbagai media dan pengaruh,
3. pertentangan nilai dalaman dengan nilai sejagat global,
4. persaingan politik dalam negara antara pelbagai kaum,
5. persaingan nilai dalaman Melayu antara Islam, tradisi dan moden,
6. penerapan nilai dunia ke dalam lapisan bangsa Melayu,
7. pertentangan tamadun Islam dan Barat di pentas dunia.

SIDANG EDITOR
Ketua Editor
Sdr Dr. Azizan Bahari
azizanbahari@gmail.com
Penolong Ketua Editor
Sdri Juliana Ahmad
jueliaz@gmail.com
Penolong Ketua Editor
Sdri Haniza Hamzah
nilamsuri2010@gmail.com
Editor
Sdr Ismail Bakar
Sdr Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
Sdr Mohamad Zaki Abdul Halim
Sdr Bustami Ismail

AKSARA PERLIS
AKSARA adalah akronim bagi Angkatan
Sasterawan Indera, Perlis. Didaftarkan
pada 29 Okt 2007, AKSARA diasaskan oleh
beberapa orang penggemar dan karyawan
dalam bidang-bidang penulisan, kesusasteraan,
penterjemahan dan teater kelahiran Negeri
Perlis. Antara mereka ialah Abdul Ahmad,
A Rahim Abdullah, Wan Nan Wan Mahmud,
Mokhtar A.K., Dr Azizan Bahari, Nazel Hashim
Mohamad, Sharif Shaary, Had Bakar, Cheng
Poh Hock dan Mohamad Shaidan.
Antara kegiatan dan peranan AKSARA ialah
menganjurkan ceramah dan bengkel penulisan,
wacana dan santai sastera dan penerbitan.

Buletin AKSARA, Perlis dikendalikan


oleh Biro Penerangan dan Penerbitan dan
diedarkan kepada ahli-ahli sahaja.
AKSARA boleh dihubungi melalui
alamat:
Rumah Murah, RPA Kg Nelayan,
02000 Kuala Perlis
Indera Kayangan, PERLIS

Sekadar untuk renungan.


A RAHIM ABDULLAH
Ketua Dua AKSARA
2

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

KENANG-KENANGAN
SEMINAR FOLKLOR NUSANTARA 2015
DI KANGAR

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

CERITA RAKYAT

Mokhtar A.K.

Awang Akar Larak

sayup-sayup dari bawah.


Awang segera membuka kedua-dua belah matanya.
Awang nampak satu lembaga berpakaian putih di
bawah.
Awang! Apa yang kau buat di atas pokok itu?tanya
lembaga berpakaian itu pula.
Aku akan bunuh diri, jawab Awang tanpa
berdolak dalik dengan suara yang tinggi. Awang sudah
bertekad untuk membunuh diri.
Eh Awang! Jangan bertindak begitu! Jangan singkat
akal!! Kalau tidak sampai masa tidak akan mati! Kalau
Allah tidak izin, biarlah setinggi mana sekalipun kau
terjun, kau tidak akan mati, leter lembaga berpakaian
putih itu lagi.
Eh, aku jerut leher dan terjun tinggi begini kau kata
tak boleh mati!! Awang cuba memberi alasan singkat.

alam itu Awang tidak dapat tidur.


Tidur sambil menungging pun tidak
dapat lena. Awang rasa gelisah,
beralih ke kiri dan ke kanan, namun
tidak dapat tidur.Aku ini orang
miskin, dan tidak ada sebarang pekerjaan, fikir Awang
sambil memandang ke atap rumahnya. Pekerjaan yang
diusahakan oleh Awang tidak diberi upah. Tuan rumah
hanya menjamu pulut dan kopi. Awang dibesarkan
dengan memakan ubi rebus atau pisang rebus.
Memikirkan perkara itu, Awang tidak dapat melelapkan
mata sehingga siang.
Selepas mencapai golok di bawah rumah, Awang
terus ke hutan. Ibunya pun tidak sempat berbual-bual
dengan Awang. Awang merasa bosan tinggal di rumah.
Tidak ada pekerjaan yang dapat membantunya untuk
mendapat upahan. Mereka hanya menjamu kopi dan ubi
rebus. Tanpa berfikir panjang, Awang lari dari rumah.
Awang terus ke hutan. Kain selepangnya sentiasa
dipakai apabila masuk ke hutan. Golok yang tajam itu
diselit di pinggang. Awang terus berjalan, mengharungi
hutan belantara. Berbagai-bagai jenis pokok tumbuh
rimbun dalam hutan itu. Pokok temak, halban, tui, larak,
mempelam sena dan berpuluh-puluh pokok lain yang
tumbuh subur.
Awang terus berjalan. Dilihatnya akar larak berjuntai
melingkar pokok-pokok lain yang berdekatan.
Eh, akar larak ini boleh digunakan untuk menjerut
leher., fikir Awang dalam hatinya, hidup pun tidak
memberi erti kalau hati selalu susah fikir Awang lagi
sambil mencapai golok di pinggangnya.
Awang terus memotong akar larak panjang dua depa.
Akar larak itu ditumbuk-tumbuk dengan belakang golok
supaya menjadi lembut, dan senang Awang membelit
di lehernya pada hujung akar. Lalu, apabila Awang
terjun dari paras yang tinggi, akar itu akan menjerut
lehernya. Pada hujung akar yang lain itu, akan ditambat
disebatang pokok yang besar.
Awang membawa akar itu sambil memanjat pokok
temak yang tinggi mengawan itu. Aku sudah tidak
berguna hidup di atas muka bumi ini, fikir Awang lagi.
Awang sudah sampai ke puncak pokok. Awang sudah
selesai menjerut akar pada lehernya dan di hujung akar
itu pula diikat pada dahan besar. Awang sedang berdiri
di atas dahan sambil memejamkan matanya. Lantas
Awang menggayakan untuk terjun.
Tunggu dulu! Jangan terjun!! suara itu kedengaran

Kalau Allah tak izin Awang tak akan mati, tinggi mana
sekalipun kau terjun kau tak akan mati! suara itu
datang lagi. Awang diam.
Kau tengok tu kalau tak sampai masa tak akan mati,
ada yang terjatuh pokok tu dah sampai masa, sebab
itu dia mati! Kalau terjun setinggi bumbung rumah itu
kalau dah sampai masa ia akan mati,! cerita pula
orang yang berada di bawah itu.
Ah, aku tidak percaya jerit Awang pula.
Turun dulu! pinta orang itu sungguh-sungguh.
Tanpa berfikir panjang, Awang terus turun ke bawah.
Kenapa Awang hendak bunuh diri? Tanya orang itu
setelah menghampiri Awang.
Saya ini orang susah! Orang miskin! Kais pagi makan
pagi! Kais petang makan petang! Kadang-kadang Pak
sheikh, saya ni makan ubi rebus tiap-tiap hari, mana
boleh tahan! Mana boleh sabar!
Kau ini malas kut! Tak buat kerja mana boleh hidup!
Atau malas kerja!
Eh, macam-macam saya buat! Tapi upahnya sikit.
Contohnya naik pokok kelapa ada upahnya, tapi bila
turun tak ada upah,! jelas Awang.
Kalau nak duduk kekal di atas pokok itu duduklah, tak
kena bayaran! sambung Awang pula.
Awang, kau mau jadi bomoh? Tanya Pak Sheikh itu
tiba-tiba setelah mendengar cerita panjang daripada
Awang tentang kesusahannya untuk mendapat kerja.
Eh, jadi bomoh saya tak mau! Kerja susah! Saya tak
pandai jampi mantera!
Kerja tu kerja tipu orang, lagi teruk! Biar aku mati! jelas
Awang satu persatu.
4

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

Sekarang beginilah., ujar Pak Sheikh, kau tak


payah nak jampi manteralah, kalau ada orang sakit kau
duduk tepi rusuk orang sakit, kau minta sirih tiga helai
dan pinang tiga piak, kapur tiga palik! Kau ambil sirih
itu, kau pejam mata, kau tengok hujung kepala, kalau
kau tengok aku berada dihujung kepala, orang itu nak
mati, kalau kau tengok aku berada di hujung kaki, kau
sembur pinang kepada orang itu, ha legalah orang itu..!
Hm, kalau caranya macam itu bolehlah saya
cuba!, Terima kasihlah atas cadangan dan nasihat Pak
Sheikh itu! jawab Awang dengan penuh semangat
baharu.
Selepas mendapat persetujuan itu, maka Awang pun
terus pulang ke rumahnya.
Awang sendiri tidak pasti ke manakah hilangnya
orang tua itu.
Awang masih termenung di atas tangga rumahnya.
Ada sesuatu yang sedang difikirkannya.
Tuk Penghulu di hujung kampung sedang sakit
kuat! berita itu diketahui oleh Awang ketika dalam
perjalanan pulang. Mungkin Pak Sheikh yang telah
membisikkan berita itu, tapi orangnya tidak kelihatan.
Dan mungkinkah Pak Sheikh ingin menduga akan
kebolehannya menyembuhkan penyakit Tuk Penghulu
itu.
Tuk Penghulu yang sudah sekian lama sakit itu sudah
bertukar bomoh. Tidak juga sembuh. Berita itu sudah
sampai ke pengetahuan Awang.
Perkara itu tidak boleh malu, fikir Awang sambil
menyedarkan badannya ke anak tangga, aku nesti pergi
ke rumah Tuk Penghulu dan cuba mengubatinya.
Tanpa membuang masa, maka Awang pun segera ke
rumah Tuk Penghulu.
Assalamualaikum, ucap Awang setelah sampai di
hadapan rumah Tuk Penghulu.
Ramai orang yang datang menziarahi Tuk Penghulu
yang sedang sakit.
Banyak bomoh yang datang mengubati Tuk Penghulu,
tetapi tidak seorang pun bomoh-bomoh itu yang dapat
mengubatinya.
Assalamualaikum Mereka yang berada di atas rumah
itu menjemput Awang ke atas. Ketika Awang menaiki
rumah itu, didapati Tuk Bomoh baru saja selesai upacara
menjampi Tuk Penghulu yang sedang sakit tenat.
Tuk Bomoh itu segera pulang setelah pengubatannya
tidak juga sembuh.
Hm, Awang pula nak mengubatinya Tuk Penghulu,
hah apa yang dia tahu? sungut beberapa orang yang
berada di hujung kepala Tuk Penghulu.
Awang masih membisu, Awang cuba bersabar dan
apa yang mereka cemohkan kepadanya itu didiamkan
saja.
Awang nak jadi tok bomoh! Bila yang Awang
pernah berjasa mengubati orang sakit! celah
seseorang lagi sambil ketawa kecil.
Sungguhkah Awang dapat mengubati Tuk
Penghulu? Tanya seorang yang berada di hujung kaki

Tuk Penghulu.
Ya, saya boleh mengubati Tuk Penghulu, InsyaAllah ujar Awang dengan penuh keyakinan. Awang
cuba memeberanikan dirinya.
Kalau bagiku berapa upahnya kalau kau dapat
sembuhkan penyakit Tuk Penghulu? tanya salah
seorang yang berada di hujung kepala.
Saya kena tengok dahulu jelas Awang sambil
mendekati orang sakit itu.
Mereka yang berada di atas rumah itu semuanya
menumpukan perhatian kepada Awang kerana mereka
tidak percaya akan kebolehan Awang. Sejak dulu lagi
mereka tidak pernah melihat Awang mengubati orang
sakit.
Boleh berikan saya sirih dan pinang, pinta Awang
sambil duduk di hadapan orang yang sedang sakit itu.
Anak sulung Tuk Penghulu segera mendapatkan
beberapa helai daun serta pinang sepiak, dan serahkan
kepada Awang.
Terima kasih, ujar Awang sambil memegang
daun sirih dan pinang. Tanpa melengahkan masa,
Awang terus melipatkan daun sirih itu sambil membaca
sesuatu. Matanya dipejamkan, mulutnya kelihatan
berkumat-kamit. Entah apa yang dibacakan itu tidaklah
diketahui oleh mereka yang berada berdekatan dengan
Awang.
Awang berpura-pura membaca sesuatu sambil
melihat tubuh badan Tuk Penghulu, eh, kalau Pak
Sheikh itu tipu aku, nahas aku nanti! fikir Awang
dalam hatinya.
Mereka yang berada di sisi Awang itu tertanya-tanya
pula dalam hati. Mereka ingin mendengar apakah doa
yang dibaca oleh Awang kerana Awang hanya sekadar
bergerak-gerakkan bibirnya tanpa keluar suara.
Awang terus memejamkan matanya, dan ketika
membuka matanya Awang terus memandang ke arah
kepala Tuk Penghulu, tapi apa pun tidak nampak, eh,
boleh jadi Tuk Penghulu ini sudah mati, bisik hati
Awang bimbang, kalau nampak wajah Pak Sheikh di
hujung kaki tentu orang sakit itu telah mati. Teringat
Awang akan kata-kata Pak Sheikh semasa mengajar
Awang ketika mengubati setiap orang yang sakit.
Puas juga Awang memikirkan sesuatu cara bagi
menyembuhkan orang sakit itu. Awang cuba pejam mata
dan melihat pula di hujung kaki. Dan jelaslah wajah Pak
Sheikh itu sedang tersenyum-senyum di hujung kaki.
Dalam pengamatan saya, Tuk Penghulu ini boleh
saya ubati penyakitnya. Jelas Awang setelah Pak Sheikh
sedang senyum bila dia memandang di hujung kaki Tuk
Penghulu.
Hm, kalaulah kau boleh berubat Tuk Penghulu,
tunggu apa lagi, silalah! tegas mereka yang sedang
memerhati.
Bagaimana dengan pengeras? Tanya seorang
yang berada di hujung kepala.
Pengerasnya agak berat juga!
Eh, entah-entah berapa ribu agaknya? tanya
bersambung ke halaman 16
5

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

LAPORAN KEGIATAN
MAJLIS SEIKAT
BUDI TAUTAN KASIH
AIDILFITRI
Laporan: Haniza Hamzah

ngkatan Sasterawan Indera (AKSARA) Perlis, telah mengadakan


Majlis Seikat Budi Tautan Kasih Aidilfitri pada 1 Ogos 2015
(Sabtu) jam 9.00 pagi bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia
Negeri Perlis.
Seramai 23 orang ahli AKSARA telah hadir dalam pertemuan ini.
Turut hadir, penulis dari Thailand, Abdul Razak Panaemalae.
Majlis ini diterajui Ketua Dua AKSARA Perlis, Sdr Haji A. Rahim
Abdullah. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Sdr Roslan
Bidin, diikuti ucapan alu-aluan Ketua Dua AKSARA Perlis sebagai
pemangku Ketua Satu (yang ketika itu berada di luar negara).
Sdri Haniza Hamzah seterusnya menghebahkan beberapa program
dan aktiviti semasa seputar dunia penulisan dan bahasa. Antara hebahan

itu termasuklah Seminar Folklor, Kembara Bahasa 2015, Antologi


Puisi Ahli-Ahli AKSARA Perlis, Direktori Penulis AKSARA Perlis,
Buletin AKSARA, Sayembara Menulis Karya Adaptasi Daripada
Cerpen Kepada Skrip Drama Pendek 2015, Pertemuan Penyair ASEAN
dan Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen).
Majlis diteruskan dengan ucapan hari raya oleh ahli-ahli
jawatankuasa serta semua ahli yang hadir. Ada dalam kalangan ahli juga
ahli jawatankuasa yang bertukar-tukar pandangan, cadangan, komen
membina serta merincikan pengalaman menarik berkaitan penulisan
juga kebolehan masing-masing berkaitan bidang penulisan, kesenian,
pengalaman terlibat dalam pengarahan drama dan banyak lagi.
Majlis ini dikendalikan Sdri Juliana Ahmad selaku pengacara.

PERTEMUAN PENYAIR ASEAN


Moderator sesi ini ialah saudari Hazwani Rebecca Ilham Rameli.
Sesi terakhir, merujuk Peranan Penyair, dikupas tuntas pemakalah
saudara Acep Zam Zam Noor (Indonesia), saudara Zakariya Amataya
(Thailand), saudari Rasiah Halil (Singapura) dan Tuan Haji Jawawi Ahmad
(Brunei Darussalam). Sesi terakhir ini dipengerusikan saudara Muhammad
Lutfi Ishak.
Deklamasi Puisi ASEAN dibarisi 21 orang deklamator hebat dari
negara-negara ASEAN seperti Sutardji Calzoum Bachri (Indonesia), Dato
Dr. Zurinah Hassan (Malaysia), Zefri Ariff (Brunei Darussalam), Maung
Pyiyt Minn (Myanmar) dan Suraidi Sipan (Singapura).
Pertemuan Penyair ASEAN telah dihadiri saudari Haniza Hamzah
(Nilamsuri) dan saudari Normaizura Md. Zain (Citra Zura). Saudara Tuan
Haji A. Rahim Abdullah dan Dato Prof. Rahman Shaari turut hadir.

ertemuan Penyair ASEAN merangkumi Malam Baca Puisi Cinta


Nusantara, Forum Penyair ASEAN dan Deklamasi Puisi ASEAN,
anjuran PENA-ITBM-DBP.
Malam Baca Puisi Cinta Nusantara ini bermula pada 4 September
2015 (Jumaat), jam 8.30 malam, bertempat di Panggung Sutung Umar
RS, Rumah PENA, Kuala Lumpur. Manakala pada 5 September 2015
(Sabtu) Forum Penyair ASEAN, pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang,
dan Deklamasi Puisi ASEAN, pada jam 8.30 malam, bertempat di
Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Malam Baca Puisi Cinta Nusantara ini terbuka kepada semua
peserta negara ASEAN yang ingin tampil beraksi di pentas baca puisi
PENA. Peserta yang berminat diminta memberikan nama kepada saudara
Ibrahim Ghaffar, pengerusi tetap acara baca puisi PENA. Antara yang
mengambil bahagian ialah saudari Ony Latifah (Malaysia), saudari
Kathrina Tati Sitaim (Malaysia), saudara Isa Kamari (Singapura) dan Fatin
Hamama (Indonesia).
Forum Penyair ASEAN dimulai ucaptama perasmian oleh YBhg.
Sasterawan Negara Prof. Emeritus Muhammad Haji Salleh. Seramai
11 orang pemakalah dari 8 buah negara ASEAN telah membentangkan
kertas kerja masing-masing dalam forum sehari ini.
Sesi pertama, Ketidakadilan, Peperangan dan Puisi, telah disampaikan
oleh Dr. Free Hearty (Indonesia), Dr. Lim Kim Hui (Malaysia), dan Prof.
Dr. Kim Pichpinun (Kemboja). Sesi ini dipengerusikan YM Raja Ahmad
Aminullah.
Forum diteruskan dengan sesi kedua, mengupas persoalan berkenaan,
Puisi dan Isu Sosial. Pembentang kertas kerja sesi kedua ini ialah, Prof.
Rebecca T. Anonuevo (Filipina), saudara Isa Kamari (Singapura), saudara
Maung Day (Myanmar) dan saudari Chiranan Pitpreecha (Thailand).
6

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

SAYEMBARA MENULIS PUISI


BULAN BAHASA KEBANGSAAN
PERINGKAT WILAYAH UTARA 2015

ayembara Menulis Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat


Wilayah Utara 2015, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Utara, telah diadakan pada 18 Disember 2015, jam 10.00 pagi
bertempat di Safira Country Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Seramai tiga puluh lima orang peserta, telah mengambil bahagian
dalam pertandingan yang julung kali diadakan ini. Panel penilai,
Sayembara Menulis Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Wilayah
Utara 2015 kategori terbuka ialah saudara S.M. Zakir. Manakala
kategori sekolah menengah ialah saudara Shamsudin Othman.
Tiga ahli Angkatan Sasterawan Indera (Aksara) Perlis, saudari Haniza
Hamzah (Tentang Esok), saudari Nor Salmi Abdul (Gelora Bahasaku) dan
saudara Nordin Saad (Kehebatan Yang Menghilang) memenangi hadiah
saguhati. Tahniah diucapkan kepada mereka!

AKTIVITI SEMBANG KARYA KE-2


Haniza binti Hamzah

KSARA Perlis, menerusi Biro Dokumentasi dan Keahlian, telahpun


menjalankan aktiviti kedua biro iaitu, SEMBANG KARYA,
bertempat di Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis (PNM
Perlis), pada 2 Mei 2015.
SEMBANG KARYA kali ini menemukan ahli-ahli dengan mantan
editor Dewan Sastera, Sdr Mohamad Shaidan, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Beliau merupakan ahli aktif Aksara Perlis yang
sering diundang membentangkan kertas kerja, mengendalikan bengkel
juga sering diundang sebagai panel hakim sayembara penulisan. Beliau
menyarankan ahli-ahli AKSARA Perlis khususnya menambah ilmu
penulisan menerusi pembacaan karya yang baik dan mempunyai nilai
pemikiran seperti karya penyair hebat Indonesia, Sutardji Calzoum Bachri
berjudul, Tragedi Winka dan Sihka.
Sesi ke-2, Sdr Solihin Osman, pemenang Sayembara Penulisan
Novel, Cerpen dan Puisi anjuran PENA-ITBM-BH, turut merancakkan
perbincangan menerusi perkongsian ilmu dan membentangkan
pengalaman penulisan beliau. Menurut beliau, sudah menjadi rutin
kebiasaan menulis setiap hari. Beliau kemudian menghamparkan
semangat penulisan yang meresapi, Membaca Manusia dan Sangkar
Alam.
Di awal pertemuan, Ketua Satu, Sdr Dr Azizan Bahari menyentuh
serba sedikit tentang Kepentingan Etika dalam Penulisan, meliputi
integriti penulis/pengkarya dan soal hak cipta. Beliau mengingatkan para
karyawan AKSARA, khususnya kalangan muda agar memberi perhatian
serius kepada perkara-perkara ini dari sekarang.
Pada pertemuan kedua aktiviti SEMBANG KARYA ini, seramai 10
karyawan AKSARA Perlis hadir menyertai sesi perbincangan. Mereka
ialah Sdr Haji Alias Darus, Sdr Mansor Othman (Mastono), Sdri Siti Esah

Musa (Harties), Sdri Zalina Ahmad, Sdr Khairol Anuar Harith Fadzillah,
Sdri Zawati Zabri, Sdr A. Hamid Halim, Sdr Abd. Hadi Abd. Halim (ahli
baharu Aksara Perlis), Sdri Noor Fazila Mahd. Nasir dan Sdri Haniza
Hamzah (Nilamsuri). Turut hadir, Sdr Dr. Azizan Bahari, Sdr Sharif
Shaary, Sdr Moktar A.K. dan Sdr Omar Yaakob.

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI


KAKITANGAN KERAJAAN
SEMPENA KARNIVAL BAHASA JIWA BANGSA

ertandingan Deklamasi Puisi Kakitangan Kerajaan sempena


Karnival Bahasa Jiwa Bangsa Peringkat Negeri Perlis 2015,
anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Universiti Malaysia
Perlis, telah diadakan pada 18 Nov. 2015, jam 2.30 petang bertempat
di Dewan Kapitol, UniMAP, Perlis.
Seramai tiga orang penjawat awam yang juga ahli AKSARA Perlis,
Sdri Haniza Hamzah, Sdri Juliana Ahmad dan Sdr Basri Ramli telah
mengambil bahagian dalam pertandingan yang julung kali diadakan itu.
Sdri Juliana Ahmad mendeklamasikan Memerdekakan Bahasa,
karya Shukri Abdullah, Sdr Basri Ramli menyampaikan nurani Bahasa
Jiwa Bangsa, nukilan Zaidin Abadi, manakala Sdri Haniza Hamzah
memilih judul Di Mana Tajamnya Bahasaku karya Ahmad Sarju.
Sdri Haniza Hamzah muncul sebagai naib johan dalam pertandingan
berkenaan, manakala Sdri Juliana Ahmad dan Sdr Basri Ramli
memenangi hadiah saguhati. Tahniah diucapkan kepada mereka!

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

CATATAN KEMBARA

Mengimbas Renaisans
Azizan Bahari
di Florence

Ya! Risalah The Prince menimbulkan kontroversi


berpanjangan seputar adakah Machiavelli seorang
Machiavellian seperti yang difahami umum? Berbanding
dengan tulisan-tulisan beliau yang lain seperti contoh-contoh
tadi, orang menyoal: adakah The Prince suatu satira politik,
atau suatu provokasi intelektual, atau suatu pernyataan
bertujuan mengejutkan dan menghiburkan (to startle
and amuse), atau suatu kesilapan besar Machiavelli (yang
dikatakan menulisnya untuk memenangi kembali hati
Keluarga Medici yang berkuasa ketika itu) kerana karya
tersebut mencacatkan glory yang sudahpun miliknya?
Kesemua persoalan ini berterusan dengan bertambah
mendalamnya kajian dan perkongsian tentang Machiavelli.

alaupun pengembaraan Julai-Ogos 2015


yang lalu mendekatkan kami dengan
daerah pergunungan-tasik di Scotland
serta persekitaran Mediterranean di Nice
dan Monaco, namun fokus perasaan dan
fikiran adalah Florence ibu kota wilayah Tuscan di tengahtengah Itali kota ternama dan elegan semasa Renaisans
Eropah (European Renaissance) antara lewat kurun ke-14
hingga kurun ke-16 Masihi. Ya! Florence, atau Firenze dalam
bahasa Itali, kerana gerakan budaya dan intelektualnya yang
mendahului kawasan-kawasan lain di Eropah tidak sedikit
disebabkan oleh kemakmuran ekonomi dagang, perbankan
dan pengeluaran tekstil. Hal ini pula dimungkinkan oleh
pengumpulan laba perdagangan dari rantau Timur dan
daerah-daerah Arab dan Roma-Byzantine sebelum itu.

Walau bagaimanapun, saya tidak ke daerah Machiavelli


dengan cita-azam yang menggunung, sebaliknya sekadar
ingin meninjau persekitaran dan (jika mungkin) merasakan
suasana dan dinamika yang membentuk/memberikan latar
keintelektualan dan gerak budaya tersebut. Dalam kata lain,
saya hanya mahu berada, bersiar-siar dan bersantai di sekitar
kota itu, sambil cuba mengelamun, mengkhayalkan kehebatan
silamnya.

Saya sendiri mula tertarik kepada Florence melalui beberapa


ulasan-kritik tentang Niccol Machiavelli dan karya-karya
beliau yang pernah saya baca (khususnya The Prince, dan
sebahagian penting The Discourses) serta kekeliruan awal,
perdebatan dan kontroversi tentang Machivellianism dan
watak Machiavelli sendiri ekoran karyanya, The Prince.
Machiavelli (1469-1527) adalah ahli falsafah politik,
pentadbir, sejarawan, penulis dan diplomat/duta khas kerajaan
Republik Florentine ke pusat-pusat kuasa di Eropah.

Florence merintis Eropah keluar dari Zaman Kegelapan


ke era Renaisans, lalu membina asas bagi penyerlahan seni
lukis, seni bina, seni ukir, falsafah politik, muzik, sastera,
perniagaan dan eksplorasi di Eropah. Renaisans (istilah
Perancis renaissance, Itali rinascimento) bermaksud
kelahiran semula daripada budaya-seni yang telah
tenggelam sejak kejatuhan tamadun Roma pada abad ke-5
Masihi. Bergantung kepada perspektif seseorang melihatnya,
saya kini bersetuju dengan tanggapan rata-rata pengembara
bahawa Florence kini berdiri sebagai kota yang komited
mempertahankan sejarah, kehebatan, gaya/stail, dan
keindahan.

Agak menarik sebenarnya, kerana meskipun karya-karya


dan sumbangan Machiavelli yang lain, khususnya The
Discourses, The Art of War dan Florentine Histories dianggap
mengandungi idea-idea beliau yang paling original dan diakui
sebagai produk Renaisans yang examplary serta penyumbang
kepada idea/falsafah republikanisme, The Prince dengan kisah
dan saranan yang apologetik terhadap sikap dan tindakan
tidak bermoral dan mempertahankan monarki itu pula
yang mencetuskan riuh-rendah sehingga berkurun lamanya!
Oleh sebab risalah The Prince yang hangat inilah maka dunia
mendapat kembali slogan matlamat menghalalkan cara
(the end justifies the means) yang diringkaskan dengan istilah
Machiavellian dan disamaertikan dengan realpolitik itu.

Banyak karya telah dimusnahkan dalam upacara pembakaran


Bonfire of the Vanities oleh gerombolan fanatik
antiseni (yang menganggap obsesi seni kaum elit Florence
sebagai suatu bentuk hedonisme yang menyesatkan) yang
8

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

menakluki Florence pada sekitar lewat kurun ke-15, dan


kemudiannya akibat pencerobohan-pencerobohan oleh
tentera Perancis pada awal kurun ke-16. Walaupun demikian,
kini dianggarkan 60 peratus daripada lukisan dan ukiran
klasik (masterpieces) dunia berada di Itali, dan separuh
daripadanya (yakni, termasuk yang tersembunyi dan
terselamat itu) terdapat di Florence.

Karya-karya yang terus-menerus mencetus misteri dalam


kalangan pencinta dan pengkaji seni (dan juga pembaca politik
dalam kes Machiavelli) kerana penemuan-penemuan dan insight
di sebaliknya.


Begitu juga, setelah berpeluang mengimbas dan meninjau
Florence, saya semakin memahami peranan kaum elit
Florence dalam menaja dan menaungi proses penghasilan
karya-karya besar tersebut; tidak mengapalah apapun yang
mendorong mereka berbuat demikian sama ada persaingan
untuk status sosial, atau minat dan keasyikan sebenar
terhadap seni (yang didasari oleh cita rasa borjuis-aristokrat
itu). Hal ini demikian kerana rata-rata kaum elit (termasuk
di daerah kita yang barangkali kebanyakannya tidak
celik-budaya) begitu kedekut (bakhil) untuk memberikan
sumbangan, meskipun dengan kekayaan atau hasil kraf
manipulasi dan pembolotan yang melimpah-ruah.

Kaum elit Florence menjemput dan mengupah para karyawan
untuk menjayakan projek-projek seni mereka. Watak-watak
ini seperti beberapa orang tokoh daripada keluarga ternama
Medici yang menguasai bank dan pelbagai syarikat lain itu,
di samping mengemudi pemerintahan Florence, khususnya
Cosimo dan cucunya, Lorenzo, memberikan sumbangan
penting kepada dunia kesenian.

Katedral Duomo dan muzium Uffizi adalah antara custodian


utama lukisan-lukisan tersebut. Bagi peminat, karya-karya
oleh Raphael, Michelangelo, Leonardo, Titian, Masaccio,
Botticelli, Caravaggio dan Rembrandt (sekadar beberapa
nama), boleh dinikmati di sini (dengan syarat anda
menempah tiket masuk lebih awal, atau bersedia berbaris
panjang untuk membelinya!).
Florence juga terkenal dengan seni bina (architecture), seni
ukir (sculpture), seni muzik, sastera, politik dan falsafah.
Sumbangan karyawan dan pemikir seperti Brunelleschi,
Battista Alberti, Bramenti dan Machiavelli terus-menerus
dikaji, serta menjadi daya penarik dan mengharumkan nama
kota ini.
Sungai Arno di tengah-tengah kota dan jambatan Ponte
Vecchio (the Old Bridge) dengan aneka barangan antik,
barangan kemas/perhiasan dan kraftangan, ternyata
persekitaran yang amat sibuk. Begitu juga Taman Landskap
Boboli, tempat warga kota dan pengunjung bersantai dan
berkelah dengan arca-ukiran serta bahagian berbukit
iaitu suatu tempat pemandangan yang membolehkan
kita menangkap seluruh kota di bawahnya. Menurut
pemilik-pengurus hotel kami menginap, di Musim Bunga
(semestinyalah) taman ini lebih segar dan menyerlah.

Namun, sudah pasti di sebalik kehebatan dan keanggunan itu


kita tidak dapat melupakan peranan besar oleh kaum pekerja
(buruh dan petani) yang membina asas dan seterusnya
menggerakkan ekonomi Florence sehingga mencapai tahap
yang tidak tertanding di Eropah ketika itu. Golongan terbesar
penduduk Florence ini bukan sebahagian Renaisans. Realiti
hidup yang harus diharungi mereka di hadapan keagungan
yang sedang rancak dibangun-dipamerkan juga suatu
kontradiksi yang tidak mungkin didamaikan. Dalam konteks
sedemikian maka konflik antara kelas dan kepentingan
menjadi hukum kehidupan.

Seperti lazimnya, selain kedai buku (di sini kami dibataskan


oleh faktor bahasa, tetapi tetap ghairah menikmati seni kulit
bukunya!), kami mengambil banyak masa meninjau pasar
basah dan kering iaitu tempat hasil bumi dan aneka juadah
dari persekitaran Tuscan terhimpun dan tersaji. Kami juga
sempat mengimbas pandang persekitaran di luar Florence
ketika dalam perjalanan melawat pekan Pisa yang juga tak
asing lagi itu.

Mengimbas Renaisance di Florence harus juga bererti


cuba memahami hal-hal menarik yang berkaitan, seperti:
falsafah humanisme Renaisans yang dikatakan mendasari
karya-karya klasiknya; kegiatan-kegiatan menyelongkari
karya-karya Greek, menterjemahkannya dan seterusnya
menubuhkan perpustakaan dan muzium; kemunculan
sekularisme yang mula mencabar hegemoni Gereja; selain
persoalan menarik republikanisme lawan kombinasi monarki
dan agama yang dibayangkan lebih awal.

Ketika di dalam tren laju meninggalkan Florence untuk ke


Milan, saya menyoal diri dan cuba merumuskan sedikit
yang sempat dipelajari daripada tinjauan singkat tersebut.
Antaranya:
Apakah erti sejarah, warisan dan seni budaya bagi sesuatu
bangsa?

Ya! Pelbagai yang menarik untuk dilanjutkan. Terasa


sebahagiannya amat relevan dalam konteks kita di sini
sekarang yang ternyata sudah bercelaru di pertengahan
jalan dan (tampaknya) cuba menjarakkan diri daripada
pengalaman-pengalaman sejarah (jauh dan dekat), kecuali
yang berkaitan dengan kekeramatan kuasa (lihat sajak
saya Bukankah Kuasa Keramat..? dalam keluaran Buletin
AKSARA yang lepas!). Barangkali juga hal-hal ini dapat
diteruskan dalam kesempatan lain di mana-mana ruangan
bicara.

Komitmen yang berterusan (berabad-abad lamanya) untuk


mempertahankan tradisi/legasi yang kini terus berperanan sebagai
jambatan yang menghubungkan generasi kini dengan leluhurnya,
Kekreatifan dan keprofesionalan kalangan pentadbir dan penghuni
kota menguruskan, menjaga dan melestarikan warisan dan
perkara-perkara yang berkaitan (dan yang dapat dikaitkan)
dengannya,
Keupayaan Florence menjadi sumber dan penanda aras bagi
perenung (khususnya oleh) orang-orang politik, birokrasi dan
akademia di mana-mana sahaja berhubung dengan falsafah
politik (republikanisme), tadbir urus (governan), model sistem
pemerintahan (albeit sebuah negara kota yang sememangnya
lumrah ketika itu) dan lain-lain, serta

(Gateshead-Guar Ujung Batu, 2015)

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

BERPANTUN DENGAN

CIKGU NAZEL

Pantun Nasihat

Menyambut menantu dari Kelantan,



Orang memuji jauh dan dekat;
Mesyuarat itu suatu tuntutan,

Ia menjanji kata sepakat.

Pindang linang turi bersantan,



Makan bertiga bersama tamu;
Bukannya senang meneroka hutan,

Begitulah juga mencari ilmu.

Pergi Maluku menangkap ikan,



Dapat tenggiri naik di kuala;
Ikhlas melaku kerja kebajikan,

Allah ganjari dengannya pahala.

Tidak jemu membeli pari,



Tanda-tanda ikan toman;
Orang berilmu muhasabah diri,

Itu tanda orang beriman.

Pergi Melaka bersuka-suka,



Naik beca bernama Siantan;
Jangan suka berbalah sangka,

Menjadi punca merenggang ikatan.

Bersenang-senang menari zapin,



Jail-menjail matanya nakal;
Bukan senang menjadi pemimpin,

Jika kail panjang sejengkal.

Buah nangka beli di baruh,



Jeruk pala beli di pekan;
Berbaik sangka amalan disuruh,

Ganjaran pahala Allah janjikan.

Masak cuka si ikan pari,


Ginang-ginang makan di laman;
Orang suka bermuhasabah diri,
Hidupnya tenang bersinar iman.

Lemak turi goreng sepat,



Hiris amra ditabur lenga;
Menonjol diri tidak bertempat,

Jadilah kera mendapat bunga.

Burung pekaka di batang galah,


Anak beruk duduk perhati;
Jangan suka asyik berbalah,
Perkara buruk pasti menanti.

Menjelang malam membaca buku,



Tepi laman bersama teman;
Jujur dalam setiap laku,

Menjadi teman orang beriman.

Nazel Hashim Mohamad,


Kangar, Perlis.
16 Mac 2014
2 Zulhijjah, 1436

Tangkap belut di air mati,



Masak lada jamu Pak Rafik;
Manis di mulut busuk di hati,

Itu tanda orang munafik.

10

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

RUANGAN SAJAK
HARI INI MALANG

MENGENANG ABI

(Abi pergi tanggal 15 Februari 1965)

Hari ini malang


tersampuk geruh semalam
menggoncang arus kewarasan
bila lidah lidah keji menjilat jasad
jadi liar, berang lalu terbakar.

Kau siram aku air telaga


dinginnya masih terasa
seperti dinginnya kasih abi dari lubuk jiwa.
Kau suap aku nasi tanpa lauk aneka rasa
dari beras yang kau benihkan di bendang kita
kau kepal menjadi bebola
lembutnya suapan abi penuh cinta.
Kau bawa aku naiki speda tua
lekuk-lekak denai tak terasa
sebelah tanganmu mendakap mesra
sambil bibirmu tak putus bicara
menitipkan aku pesan mendepani hari muka
hingga kini menebal dalam sukma.
Tika aku mula mengenal aksara
abi pasakkan aku pada tiang ketabahan
abi pasungkan aku pada rasuk keberanian
abi seperti bersiap siaga untuk berangkat ke alam abadi.
Beralih dinihari, subuh, rembang, senja dan malam
ku tak henti mengenang abi
Maha Suci Ya Rabbi, rahmatilah abi.

Dendam kesumat penuh barah


zarah-zarah khianat berdiri
kota-kota kata terjulur
atas nama kemunafikan.
Hari ini malang
tatkala tangan-tangan kedamaian dihulur
pengkhianatan bermaharajalela
kejujuran direjam ke lubuk sengsara
jadi geram, radang lalu menggelegak.
Dalam keterpaksaan merangkak
menjamah sisa sisa kelaknatan
menyusuri lorong lorong dusta
bagi menyelamatkan hari ini yang malang.

J.A. ANILAZ
Darul fana Arau
19 NOV 2015

Hamid Halim
Tuk Kayaman, Perlis.

SEBUTIR BINTANG
DI DADAKU

MEMBELI PERASAAN
Sundang khianat menyisip

di belakang hari
siap menanti perintah kuasa

memangkas kebenaran
dan membunuh suara saksama.

Sebutir bintang di dadaku


berkerlip sunyi rasa seribu
dalam diam bersinar jauh
terangi sepi seorang perindu
sebutir bintang di dadaku
adalah warna paling salju
adalah sejuk paling putih
kemilaunya terasing
di suatu sudut hening
seperti embun nan terpencil
di hujung kerikil

Setia yang membuta


ditulikan putar balik kepercayaan
penipuan kebenaran dibenarkan
dunia saksama terpenjara
jasad terbah tanpa kewajaran.
Bijaksana akal diinjak
hukuman di lurus telunjuk
fakta bengkok berkait
wang membeli suara
jua membeli perasaan.

sebutir bintang
di dadaku
berkilaulah dalam payah
di antara mentari yang berserakan
engkau kupilih menjadi bulan
meneduhkan selaut malam
dan aku yang kehilangan

Nilamsuri
Rumah Rasa, Kuala Perlis

Kesuma Indera
Hospital Tuanku Fauziah
11

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

Peranan Diksi dan Bahasa Figuratif dalam Sesebuah Sajak

SHARIF SHAARY

uisi adalah antara genre sastera


seperti cerpen, drama dan novel.
Terdapat pelbagai definisi tentang
puisi. Secara umumnya boleh
dikatakan bahawa puisi adalah
suatu karangan (sama ada tulisan atau lisan)
yang diungkapkan dalam bentuk rangkap yang
mementingkan unsur-unsur muzik bahasa. Puisi
merupakan suatu wahana untuk menyampaikan
sesuatu seperti perasaan (marah, sedih, protes,
rindu dsb.), nasihat, didikan, pemikiran,
falsafah dsb. Alat utama pada sesebuah puisi
adalah bahasa. Diksi (pemilihan perkataan) merupakan aset
penting dalam sesebuah puisi. Terdapat dua jenis perkataan
dalam bahasa, iaitu kata denotatif dan kata konotatif. Kata
denotatif adalah sesuatu yang merujuk makna sebenar sesuatu
perkataan itu. Contohnya kata bunga. Kata bunga merujuk
antara satu organ pada pokok. Kata konotatif adalah sesuatu
makna lain yang diasosiasikan kepada kata asal. Contohnya
kata bunga (kata asal) diasosiasikan dengan seorang gadis.
Apabila kata bunga merujuk seorang gadis, maka ketika
itu kata bunga telah berubah sifatnya menjadi konotatif.
Penggunaan bahasa figuratif (bahasa kiasan/perbandingan)
banyak menggunakan jenis kata konotatif. Antara bahasa
figuratif yang sering digunakan oleh penyair ialah seperti,
simile, personifikasi, metafora, simbol, paradoks dan lainlain.
Untuk tujuan perbincangan, lima buah sajak (puisi
moden) yang tersiar dalam Buletin Aksara Bil. 3, 2015
akan diperkatakan. Sajak boleh dilihat dari sudut darjah
kekomunikatifannya dan estetiknya. Secara umumnya,
peminat puisi moden (sajak) menanti-nantikan sajak yang
artistik dan komunikatif. Peminat-peminat sajak tidak
menyukai kekurangan salah satu daripadanya. Maksud
saya peminat sajak tidak akan menyukai karya yang jelas
dari segi makna,tetapi tidak berseni. Mereka juga tidak
akan menggemari sajak yang berseni tetapi sukar difahami
(Rahman Shaari).
Sajak yang mudah difahami dipanggil sajak polos. Sajak
yang mengundang cabaran tafsiran yang pelbagai adalah
sajak yang mengandungi ambiguiti. Manakala sajak yang
sukar difahami walaupun pelbagai usaha mentafsir telah
dilakukan namun maknanya masih tidak terbit, dipanggil
sajak kabur. Apakah puncanya yang menyebabkan sesebuah
sajak itu polos? Kepolosan berlaku apabila sesebuah sajak
itu terlalu prosaik, iaitu lebih banyak menggunakan unsur
prosa daripada puisinya. Dengan kata lain diksinya banyak
menggunakan kata-kata denotatif, kurang atau tidak
menggunakan bahasa figuratif. Sajak yang mengandungi
ambiguiti adalah sajak yang menggunakan bahasa figuratif.
Ada bahasa figuratif yang mudah ditafsirkan. Ada yang agak
mencabar minda untuk ditafsirkan, namun maknanya akan
terbit akhirnya. Manakala sajak kabur adalah sajak yang
mengguna bahasa figuratif dan makna tidak terbit walaupun
pelbagai usaha telah dilakukan untuk mentafsirnya. Hal
ini berlaku kerana bahasa figuratif yang digunakan terlalu
bersifat peribadi. Maknanya terkunci rapat di dalam minda
penyairnya seorang. Akibatnya sajak kabur bagaikan sebuah

lukisan akbstrak. Khalayak hanya dapat


menikmati warna-warna, tona dan garis serta
tekstur yang digunakan. Khalayak hanya dapat
mengatakan warna itu agak panas dan garang.
Garis-garis yang digunakan begitu ekspresif.
Tonanya lembut dan mendamaikan. Hanya
sekadar itu. Tetapi makna keseluruhan lukisan
itu tidak dapat hendak dirumuskan dengan pasti.
Lukisan abstrak adalah lukisan yang pelukisnya
hanya bermain dengan warna, garis, tekstur
dan tona. Begitu juga halnya dengan sajak
kabur. Khalayak hanya dapat memahami secara
individu sesuatu perkataan itu. Makna tidak terbit apabila
khalayak cuba menghubungkaitkan antara satu perkataan
dengan perkataan yang lain, atau antara baris dengan baris
yang lain atau antara rangkap dengan rangkap yang lain.
Contohnya, apabila seseorang datang kepada kita lalu
mengucapkan perkataan-perkataan berikut: gunung, kereta,
laut, politik, kuda, misteri. Kita memang faham setiap satu
daripada kata-kata itu. Tetapi hal yang hendak diperkatakan
oleh penutur itu tidak kita fahami! Kita tidak faham
keseluruhan pengucapan penutur itu kerana kita tidak dapat
mengasosiasikan antara satu perkataan dengan perkataan
lain. Asosiasi antara perkataan, seterusnya antara baris dan
antara rangkap adalah penting kerana daripada asosiasi itulah
terbitnya makna keseluruhan sesebuah sajak itu.
Membaca sajak Kemiskinan (dari kacamata ekstrinsik)
karya Khairol Anuar Harith Fadzillah, kita hampir tidak
mempunyai masalah untuk memahaminya. Hal ini kerana
hampir seratus peratus sajak ini ditulis dalam bentuk prosa.
Khairol Anuar bercerita tentang kemiskinan seperti yang
disarankan oleh tajuk sajak ini.
Yang mencabar minda kita untuk mentafsir ialah sewaktu
membaca sajak Merandai Aksara oleh Therose Red dan sajak
Naluri oleh Juliana Ahmad. Rangkap-rangkap dalam sajak
Merandai Aksara sarat dengan bahasa kiasan jenis metafora,
seperti membugar hakikat, seteguk bahagia, merandai
kemahuan, timur bicara, surat rasa, bertebaran makna di
langit jiwa, baris-baris yang menemukan segala marhaen dan
syair pendeta menjalar pada ruang dan fikrah, rindu yang
diusung, mengharung aksara, puisi menjadi seharum bunga
dan bercantum segala agung kata dan bersatu kesuma di
horizon. Hampir semua ungkapan ini adalah indah. Setiap
perkataan yang diungkapkan oleh Therose Red kita faham.
Kalau tidak faham kita boleh cari maknanya di dalam kamus.
Masalah kita bukan tidak faham perkataan, tetapi tidak dapat
mencari asosiasi antara perkataan, antara frasa dan antara
rangkap dalam sajak Merandai Aksara.
Sajak Naluri karya Juliana Ahmad turut mencabar minda
kita untuk memahaminya. Puas kita mencari titik pertemuan
maksud antara ketiga-tiga rangkap pada sajak ini, namun
tidak kita perolehinya. Imej-imej yang digunakan terlalu
peribadi.
Ambil saja rangkap ketiga:
Khilaf lalu,
Kuberada di matamu, keseorangan.
12

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

Kupercaya kau tidak peduli,


Dan kurasa betul itu...
Pabila getir ini dirasai,
Kauundur langkahmu,
Kuredai dalam galang susur galur ini.

(metafora), dampaknya memukau imaginasi (personifikasi),


pujukan dan alasan menambat hati (personifikasi). Penyajak
menggunakan bahasa figuratif yang mudah tapi menarik dan
relevan dengan maksud yang hendak disampaikan. Penyajak
konsisten dengan sikap sinikalnya di sepanjang sajak ini.
Misalnya dalam rangkap ketiga, kita dapat mengesan nada
kesal penyair tentang undang-undang negara yang telah
terbangun dengan kukuhnya tetapi pelaksanaannya masih lagi
dipersoal. Penyajak juga bersuara tentang salahguna kuasa
dan kekayaan negara oleh kalangan tertentu dan perbuatan
mereka terlepas begitu saja hanya dengan memohon kemaafan
dan memberi huluran. Dalam rangkap keenam,ketujuh dan
kelapan, penyajak mempersoalkan tentang sifat bangsanya
yang terus berdiam diri dan bersikap apatetik dan terus akur
dengan mereka yang melakukan penyelewengan. Penyajak
mengkritik sifat bangsanya yang tidak mengambil peduli akan
nasib mereka sendiri yang semakin tersepit walaupun negara
ini kaya dengan sumber alamnya.
Sajak Bukankah Kuasa Keramat? mengajak kita berhujah
secara puitis. Baris-barisnya terdiri daripada premis-premis
yang mengandungi sebab dan akibat yang meperjelaskan
hujah-hujah dan pernyataan yang dikemukakan. Dan
semuanya ini dibungkus dengan beberapa bahasa figuratif
yang bersesuaian dengan nada sajak ini.
Demikian telah kita lihat cara pemilihan perkataan
(diksi) dan penggunaan bahasa figuratif menjadi aset penting
dalam penciptaan sesebuah sajak. Jika sesebuah sajak itu
kurang atau tidak ada langsung penggunaan bahasa figuratif,
ia berkecenderungan menjadi dangkal, prosaik dan tidak
menarik, dengan kata lain ia menjadi terlalu polos. Jika bahasa
figuratif yang digunakan terlalu bersifat peribadi, maka
sesebuah sajak itu berkecenderungan untuk menjadi kabur.
Lantas mesej yang hendak dikongsikan tidak sampai kepada
khalayak.

Ungkapan Kuberada di matamu adalah sebuah metafora


yang cantik, tapi kita tertanya-tanya siapakah mu? Begitu
juga dengan ungkapan: Kupercaya kau tidak peduli, kita
terus bertanya siapakah kau. Pertanyaan-pertanyaan ini
membuat kita letih kerana tidak mendapat jawapannya.
Sajak Lap Air Mata karya Muhammad Zaki Abdul Halim
mengajak kita jangan bersedih, justeru penyajak menyarankan
kita mengesat air mata kita. Kesedihan ini berpunca daripada
mengenangkan seseorang yang telah terpenjara kerana
memperjuangkan sesuatu. Bertabahlah wahai hati, Hanya
sabar menemani sunyi, Di sebalik jeriji besi, Jiwa tidak akan
pernah mati. Mesej sajak ini sampai kepada khalayak.
Sajak ini turut diperindah melalui beberapa bentuk bahasa
figuratif seperti: Hanya sabar menemani sunyi, selama
doa menjadi titi, Perjuangan ini memperjudi masa. Sajak
ini bersifat Juvenalia, namun memperlihatkan potensi untuk
berkembang maju.
Sajak Bukankah Kuasa Keramat? karya Azizan Bahari,
disampaikan secara sinikal dan mengajak kita berfikir dan
berhujah. Sajak ini terbentuk daripada tujuh rangkap yang
penuh dengan argumentasi yang mencabar minda kita untuk
mencari jawapan. Dalam rangkap pertama kita ditemukan
dengan simbol-simbol (terpangkasnya tunas-tunas baharu
berkembang dan pohon-pohon segar rendang) yang
menggambarkan upaya orang-orang muda dan dewasa yang
cuba menentang sesuatu status quo tapi dihalang sekeraskerasnya oleh suatu kuasa yang kebal.
Dalam rangkap kedua, dengan sinis penyajak berkata:
cereka menjadi fakta (metafora), ilham bertukar fatwa

ULASAN CERPEN KELUARAN BULETIN AKSARA BIL 3

A RAHIM ABDULLAH

embaca cerpen Mokhtar AK, kita semacam mengikutnya


membalas mitos dan sejarah penting, pertikaian dua sahabat
wira Melayu terkenal, Hang Tuah dan Hang Jebat, serta
persoalan institusi raja yang masih sah dan laku sehingga
sekarang. Kata Roland Barthes, tokoh semiotik dari Perancis,
kalau kita hendak melawan mitos lama, kita kena cipta mitos baru. Dalam
hal ini, Mokhtar AK sedang mencipta mitosnya yakni siri pengadilan terhadap
tugas dan baktinya seorang Laksamana kepada raja Melaka. Dalam karya
ini, kita diperlihatkan seorang sahabat, Hang Jebat mempertikaikan Hang
Tuah sebagai pengampu dan tidak berperikemanusiaan dengan kejayaannya
membawa lari tunang orang, Tun Teja dari Pahang, untuk diserah pada raja
dan akhirnya menjadi Permaisuri Sultan Melaka.

yang masyhur, tetapi juga kejantanan Laksamana yang selama ini dipuja dan
diagung-agungkan itu tersalah tindakan!

Tuduhan Jebat yang berat terhadapnya itu menyebabkan hati dan jiwa Tuah
tercalar. Hatinya tidak tenteram apabila rasa hormat terhadapnya oleh sahabat
sendiri sudah hilang:Tapi kau merampas tunang orang semata-mata untuk
baginda! Aku tidak kisah kalau Tun Teja itu bukan tunang orang! Tidakkah kau
dapat seorang gadis yang cantik selain Tun Teja! Bunga bukan sekuntum itu
saja, Tuah...:
Aku ini serba salah, Jebat! Ditelan mati emak, diluah mati ayah!
Mokhtar AK memperbesarkan isu ketaatan Hang Tuah pada rajanya itu
menjadi mitos baharu yang amatlah besar dosa Tuah melarikan Tun Teja.
Akibatnya amat besar, kerana bukan sahaja memalukan nama baik raja Melaka

Kalau latar masa zaman kegemilangan Melaka pada abad ke-15 digunakan
Mokhtar AK, cerpenis dari Monggolia ini pula menggunakan latar semasa
(zaman moden) yang terjadi di daerah dunia sebelah sana. Analogi dan kiasan
yang digunakan pengarang gunung ini mengasyikkan. Justeru penterjemah
kita, Nazel Hashim Muhamad pula berjaya mengaitkan terjemahannya dengan
istilah yang agak dekat dengan nuansa masyarakat di Perlis. Kisah Chalka,
jurugambar akhbar di kota yang jatuh cinta dengan gadis penternak biri-biri di
pedalaman sangat berkesan. Dorjyn Garmaa, lahir pada tahun 1937 daripada
keluarga penternak Mongolia itu menghadiahkan kepada pembaca teknik
naratif yang kaya dengan latar alam yang cukup panoramik. Pendiskripsiannya
amat teliti, dan diikuti pula dengan sikap jurugambar muda itu yang seolaholah berjaya mempertahankan falsafah hidupnya: Kehidupan pasti mempunyai
makna semacam satu tagline yang sangat bermakna apabila dia mula
jatuh hati dengan gadis gunung yang cerdik itu. Selain pelukisan trak yang
dinaiki Chalka, pengarang ini juga yakin dengan fungsi ayat pertama sebuah
cerpen yang mengandungi frasa penyembunyian makna itu. Perhatikan
gambaran berikut: Mendengus-dengus dan mengerang keras seperti seorang
wanita yang amat tua, akhirnya trak itu berjaya juga ke kemuncak di genting
dan berhenti di situ.
(ASWARA, 26 Oktober 2015)

13

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

BERSAMA TOKOH ASKARA

SDR HAJI WAN NAN WAN MAHMUD

Laporan Oleh Mohd Kasturi Nor Abdul Aziz

Penulis (kiri) bersama Sdr Hj Wan Nan Wan Mahmud.

aji Wan Nan bin Wan Mahmud,


atau lebih dikenali dengan nama
penanya sebagai Fawana atau
Bayu Senja merupakan mantan
guru besar yang pernah bertugas
di beberapa buah sekolah di negeri Perlis. Beliau
adalah penulis sastera buku kanak-kanak yang
tidak asing lagi di Malaysia umumnya dan di Perlis
khususnya. Baru-baru ini beliau diwawancara
khas oleh Buletin AKSARA untuk berkongsi
ilmu dan pengalamannya yang luas itu. Kita juga
sempat mengikuti perkembangan tokoh sastera
Perlis yang tidak asing lagi ini dalam bidang
penulisan tempatan, melihat liku-liku dan harapan
masa hadapan sastera di peringkat negeri dan
kebangsaan.

beliau kembali berkhidmat sebagai guru tetap dan


guru besar di Perlis selama 35 tahun. Beliau mula
menulis artikel, pantun, cerpen, cerita rakyat, novel
dan beberapa buah buku kanak-kanak secara serius
sejak menjadi pendidik sekitar tahun 1960-an
sehingga kini.

Biodata Ringkas Tokoh

Beliau merupakan ahli AKSARA yang aktif,


di samping pernah menganggotai Persatuan
Sejarah Malaysia cawangan Perlis serta selaku
mantan Setiausaha 1 Persatuan Penulis Perlis (3P).
Malahan, beliau juga adalah salah seorang individu
yang penting dalam penubuhan AKSARA dan
merupakan mantan Setiausaha Satu AKSARA. Raja
Perlis telah mengurniakan beberapa pingat kepada
beliau iaitu PJB, PJK dan PPN sebagai menghargai
sumbangan dan jasanya dalam bidang pendidikan
dan penulisan di negeri Perlis.

Beliau menasihati
golongan penulis muda
agar tidak jemu-jemu
belajar dan
berani menulis.

Saudara Wan Nan bin Wan Mahmud ialah anak


jati Perlis. Beliau dilahirkan di Kg. Paya, Perlis
pada 6 November 1938 dan kini berusia 77 tahun.
Kerjayanya bermula sebagai guru pelatih (guru
sementara) beberapa tahun di Perlis kemudian
menjalani kursus dalam bidang pendidikan di
Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung
Malim Perak. Semasa berada di SITC, beliau
berpeluang mempelajari bidang penulisan secara
formal. Selepas tamat kursus di Tanjung Malim,
14

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

Antara karya FAWANA.

Sumbangan dalam Bidang Penulisan


Sepanjang pembabitannya dalam bidang penulisan,
saudara Fawana (Pak Wan Nan) begitu produktif
berkarya dalam pelbagai genre seperti yang
dinyatakan. Antara tajuk buku yang dihasilkan
beliau ialah:
Antologi Si Pemikat Burung terbitan DBP
(1974).
Suriati terbitan Adabi (1976).
Kamus Dialek Perlis terbitan Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Perlis pada tahun
2002 dan terbaharu 2016.
Cerita Rama-Rama terbitan Fajar Bakti (1994).
Kera dengan Serigala terbitan Fajar Bakti (1994).
Artikel Rumah Tradisional Melayu Perlis dan
Alat-Alat Menangkap Ikan Air Tawar, Jurnal
Warisan Indera Kayangan (1996).
Siri Cerita-Cerita Klasik Kumpulan Nirwan
sebanyak 10 tajuk terbitan Pustaka Mawar
(2004).
Keris Pusaka Panca Delima (2008).
Puteri Tujuh Beradik terbitan Pintar Firus
(2009).
Siri Cerita-Cerita Binatang sebanyak 10 tajuk
terbitan Penerbitan Latar Ilmu (2012).
Siri Cerita- Cerita Klasik Khazanah Negeri Perlis
dan Kedah terbitan Pustaka Serindit sebanyak 5
buah (2014).
Hikayat Awang Burung Bayan terbitan Marwilis
(1991).
Balasan Bagi Orang yang Sabar terbitan Impiana
Publications (2010).
Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam
bidang penulisan lantaran kedudukannya sebagai
seorang mantan guru yang memiliki ilmu
pendidikan semasa mengajar di Perlis. Pengalaman

beliau selama 35 tahun berhadapan dengan karenah


murid-murid dan ibubapa serta waris banyak
membantu dalam penulisan khususnya buku
kanak-kanak. Hasilnya buku-buku tulisan beliau
menjadi sebahagian daripada bacaan umum kepada
kanak-kanak dan pelajar sekolah serta menarik
minat beberapa buah syarikat penerbitan untuk
memasarkannya. Beliau begitu teliti dan peka
dengan perkembangan dunia kanak-kanak serta
isu-isu semasa serta begitu menyanjungi golongan
penulis yang dapat menghasilkan karya-karya
berunsur pengajaran dan pembangunan sahsiah
masyarakat.
Sepanjang penglibatan Pak Wan Nan dalam
bidang penulisan, beliau juga banyak memperolehi
ilmu melalui perkongsian pandangan dengan
beberapa orang sahabat penulis tempatan. Beliau
menasihati golongan penulis muda agar tidak
jemu-jemu belajar dan berani menulis. Sumbangan
beliau dalam bidang penulisan di negeri Perlis
begitu besar dan AKSARA amat menghargai
dan berbangga kerana memiliki dan memanfaati
sumbangan seorang ahlinya yang gigih dan banyak
berjasa yang bernama Wan Nan Wan Mahmud.

Sdr Hj Wan Nan Wan Mahmud bersama Ketua Editor.

Sdr Hj Wan Nan Wan Mahmud bersama rakan-rakan ahli


AKSARA.
15

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

sambungan daripada halaman 5


seorang lagi.
Ah, tak banyak! Hanya dikenakan segantang beras
sahaja!
Hm, kalau begitu. Taklah banyak sangat! Sepuluh
gantang pun boleh kami bagi asalkan Tuk Penghulu
boleh pulih penyakitnya! tegas pula yang duduk
bersila di hujung kaki.
Kalaulah begitu ujar Awang, saya bolehlah
berubat, tapi, sambung Awang.
Tapi apa lagi?
Semua pakaian Tuk Penghulu tu kena tanggalkan!
Cuma tutup di bahagian kemaluannya sahaja! tegas
Awang sambil memandang kepada mereka yang sedang
berada di sekeliling Tuk Penghulu.
Mereka yang berada di situ saling pandangmemandang. Mereka kurang senang atas permintaan
Awang. Benarkah Awang dapat mengubati atau tidak?
Atau Awang sengaja mempersendakan kebolehannya
untuk mengubati Tuk Penghulu.
Semua pandangan tertumpu kepada Awang setelah
mendapatkan sirih dan pinang. Mereka menunggu dan
menumpukan pandangan terhadap cara Awang cuba
mengubati Tuk Penghulu.
Badan Tuk Penghulu seolah-olah berbogel, kecuali
di bahagian sulit itu sahaja. Tanpa buang masa Awang
terus menyuapkan sirih dan pinang dalam mulutnya dan
terus hancurkan pinang yang sedang pepaknya. Ketika
itu juga Awang terus menghentak-hentakkan kakinya
pada lantai sambil menyemburkan sirih pinang itu dari
muka Tuk Penghulu hinggalah ke kakinya. Muka Tuk
Penghulu penuh dengan air sirih dan pinang sehingga
menutupi mata dan mulutnya.
Seluruh keluarga dan orang yang datang menziarah
itu terperanjat dan menumpukan pandangan pada Tuk
Penghulu. Awang semburkan pula air sirih dan pinang
yang masih berbaki dalam mulutnya. Lantas dengan
menarik nafas panjang lalu disemburkan bagi kali
penghabisan dari muka hingga kaki.
Cukup! Cukup! Berhenti!! tiba-tiba Tuk
Penghulu segera bangun sambil mengenyeh-ngeyehkan
matanya kerana pedih. Kedua-dua belah matanya itu
dimasuki air sirih pinang. Tuk Penghulu menyambar
sekaki kain dan terus memakainya.
Suasana menjadi kelam kabut. Mereka yang berdiri
menyaksikan pengubatan Awang itu kelihatan kagum.
Mereka hairan Tuk Penghulu kelihatan cergas berpeluh.
Seluruh badannya dibasahi air pinang yang disembur
oleh Awang.
Sudah..! Sudah..! ujar Tuk penghulu apabila Awang
hendak sembur bagi kali ketiga.
Hai, nampaknya Awang ni pandai juga mengubati
Tuk Penghulu! Sudah ramai Tuk-Tuk Bomoh yang
datang mengubati Tuk Penghulu tapi tak sembuhsembuh! celah orang yang sedang menziarahi Tuk
Penghulu.

Kaum keluarga Tuk Penghulu telah menghadiahkan


sepuluh gantang beras kepada Awang tanda upah.
Tanpa membuangkan masa, maka Awang pun
menanggung beras yang diberi oleh tuan rumah dan
terus berjalan pulang.
Awang segera menyuruh ibunya masak nasi, sudah
lama Awang tidak menjamah nasi kerana tidak ada
beras. Awang berehat di serambi rumahnya. Awang rasa
seronok dan rasa dirinya dihargai. Sumber pencarian
tetap sudah ada.
Kini nama Awang sudah dikenali ramai. Awang
sudah masyhur di kampungnya dan sudah terkenal
dengan panggilan Awang Bomoh. Sesiapa sahaja
yang sakit, mereka tetap memanggil Awang untuk
mengubatinya. Kadang-kadang Awang tidak cukup
masa untuk pergi merawat orang sakit. Nama Awang
sudah mengatasi bomoh-bomoh lain, sama ada di
kampung atau di bandar.
Selepas berehat-rehat, Awang bersiap-siap ke sebuah
kampung untuk mengubati orang yang sedang demam.
Awang, tiba-tiba seorang jiran di kampungnya
segera mendapatkan Awang.
Ha, ada apa? Tanya Awang seolah-olah orang itu
datang mengadu hal lain.
Eh, tak payah pergi!
Hm, kenapa,?
Apabila sahaja menyebut nak panggil Bomoh
Awang, si sakit itu dah pulih! Demamnya sudah
kebah! lapor orang itu ketika Awang sedang bersiapsiap untuk pergi.
Hm, kalau begitu bolehlah aku berehat-rehat
di rumah barang sekejap! ujar Awang sambil
memandang ke arah orang itu.
Ini dia hadiah, beras segantang! orang itu
meninggalkan segantang beras sebagai upah.
Tunggu dulu, aku tak pergi mengubat pun kau dah
16

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

hadiah beras untuk aku! ujar Awang pula.


Nama tok bomoh sudah terkenal dan sangat
mujarab! Kadang-kadang ada pesakit-pesakit apabila
disebut hendak panggil tok Awang bomoh, si sakit
sudah sembuh sakit! Sambung orang itu sambil
berjalan pulang.
Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Kaya, ucap
Awang dalam hatinya.
Nama Awang bomoh sudah terkenal si serata
kampung, malah di seluruh negeri.
Ada pesakit yang sembuh apabila sahaja Awang bomoh
akan datang berubat. Selang tidak berapa lama, maka
nama Awang bomoh telah sampai ke istana.
Suatu hari Hulubalang dipanggil oleh baginda raja.
Ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik
harapkan diampun, apa gerangan yang tuanku panggil
hamba? Tanya Hulubalang.
Beta ada dengar seorang bomoh muda yang
bernama Awang yang tinggal di sebuah kampung!
titah baginda.
Ada, tuanku!
Benarkah yang bomoh Awang pandai mengubati
orang sakit dan kini sudah terkenal di seluruh kampung
dan negeri? titah baginda setelah berita itu sampai ke
istana.
Benar, tuanku! jawab Hulubalang, Setiap anakanak muda dan orang dewasa semuanya kenal dengan
Awang bomoh, sambung Hulubalang lagi.
O begitu! baginda mengangguk-anggukkan
kepalanya, kehairanan.
Bukan itu saja tuanku, cerita Hulubalang lagi,
semburan sirih pinang pada orang yang sedang sakit
itu amat mujarab! Ada yang mendengar kabar Awang
akan datang mengubati, si sakit sudah pulih, cerita
Hulubalang untuk pengetahuan baginda.
Hmm, ajaib sungguh, kalaulah begitu sekali
pengubatannya! titah baginda sambil memandang ke
arah Hulubalang yang sedang berdiri tegak di hadapan
baginda, panggil Awang ke istana! Beta akan pura-pura
sakit! Titah baginda.
Hulubalang segera memanggil Awang ke istana.
Seketika kemudian Awang sampai ke istana, Hulubalang
mengiringi Awang hinggalah ke bilik tempat baginda
beradu.
Baginda sudah berpesan kepada Hulubalang yang
baginda berpura-pura sakit. Air liur baginda kelihatan
mengalir membasahi bantal itu. Kedua-dua belah mata
baginda itu tertutup rapat. Hulubalang telah menutup
badan baginda dengan kain batik khas. Yang kelihatan
hanya paras kepala baginda sahaja.
Sila masuk Awang, Hulubalang menjemput
Awang masuk.
Awang berpakaian rapi. Ia memakai tengkolok
pendek dan berbaju tangan panjang. Inilah dalam
sejarah hidupnya aku masuk ke bilik raja untuk
mengubati baginda, fikir Awang dalam hatinya.
Baginda raja masih terbaring di atas katil.

Baginda masih menunggu bilakah Awang akan mula


mengubatinya.
Hulur mai sirih pinang, pinta Awang sambil
duduk di sebelah kiri kepala baginda. Awang memejam
matanya dan memandangkan ke sebelah kaki baginda.
Tidak sebarang bayang Pak Sheikh yang dilihatnya.
Kemudian Awang memandang ke arah kepala baginda.
Eh, wajah Pak Sheikh sedang tersenyum-senyum di
hujung kepala baginda. Awang lantas berundur dan
berubah tempat.
Eh, kenapa Awang? Tanya Hulubalang setelah
melihat Awang rasa gelisah.
Pada perhatian saya, raja kita tidak akan ada
harapan lagi untuk hidup!
Jelas Awang sambil bangun.
Cis! Awang penipu! Bomoh penipu!! titah
baginda sambil bangun baginda amat murka kepada
bomoh Awang.
Hulubalang dan beberapa orang pengawal kelihatan
terperanjat. Mereka rasa Awang sebagai bomoh penipu.
Berani Awang mempermain-mainkan raja.
Maafkan saya tuanku ! Maafkan saya tuanku!!
pinta Awang sambil mengangkat kedua-dua belah
tangannya.
Setan! Hulubalang, mengikut keputusan beta Awang
bomoh penipu ini mesti di buang negeri ! titah baginda
dengan nada murka, usirkan dia hingga ke hujung
sempadan negeri! titah baginda lagi.
Kau bangsat ! Awang penipu! Terima balasan
kau! Hulubalang menolak Awang hingga terjatuh ke
lantai.
Hambat dia dan beta tidak ingin melihat muka
Awang lagi! titah baginda sambil masuk ke kamar.
Awang diburu sambil membelasahnya. Awang terus
melarikan diri sambil dikejar oleh pengawal-pengawal
istana. Setelah Awang sampai di sempadan negeri, maka
pengawal-pengawal pun pulang ke istana.
Apa hal dengan Awang? tanya pengawal yang
mengawal di pintu bilik baginda.
Kami belasah Awang dan tinggalkan dia di
sempadan negeri! jawab beberapa pengawal yang
mengejar Awang, di mana baginda raja? Tanya
pengawal yang baru sampai. Ketika itu juga dua orang
pengawal masuk ke kamar baginda untuk membuat
laporan.
Tuanku, tuanku, patik sudah seksakan Awang
dan tinggalkan dia di sempadan negeri, lapor
pengawal itu kepada baginda.
Tuanku, tuanku, pengawal yang seorang lagi pula
memanggil.
Eh, tuanku tidak bergerak! ujar pengawal sambil
memegang dada baginda, tuanku sudah mangkat!
jelas pengawal itu sambil terperanjat.
Dua orang pengawal itu segera melaporkan kepada
Hulubalang atas kemangkatan baginda.
Suasana dalam istana sudah kelihatan riuh rendah
atas kemangkatan baginda, kerana baginda mangkat
17

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

secara tiba-tiba. Hal kemangkatan itu sudah tersebar


ke seluruh negeri. Ketika itu juga segala pembesarpembesar negeri segera ke istana.
Selepas pembesar-pembesar dan orang istana
bersidang, maka mereka bersetuju untuk melantik
Awang menjadi raja. Baginda raja yang mangkat itu
tidak mempunyai anak putera. Baginda hanya ada
seorang puteri dan puteri baginda itu tidak boleh
menduduki takhta pemerintahan.
Ramai dalam kalangan istana tidak bersetuju
melantik Awang menjadi raja. Mereka curiga dan takut,
kerana Awang adalah seorang bomoh dan Awang
pernah mengeluarkan kata-kata sakti, kalau Awang kata
orang itu mati, matilah orang itu. Tapi yang anehnya,
Awang juga memohon keredaan Allah.
Di mana Awang berada sekarang? Tanya
Hulubalang yang menjaga kerabat Allahyarham baginda
yang mangkat.
Awang telah dibuang negeri dan kini berada di
sempadan! jawab Hulubalang.
Segera dapat Awang hari ini juga! perintah orang
besar itu sambil berbincang semula dengan pembesarpembesar negeri.
Empat orang pengawal dan orang-orang istana segera
mendapatkan Awang di sempadan. Kemudian diikuti
oleh ratusan orang kampung yang terdengar berita itu
turut sama mendapatkan Awang.
Awang masih terbaring di sebuah dangau di pinggir
bendang. Badannya rasa sakit. Awang rasa tidak terdaya
untuk bangun kerana puas juga ia berlari dikejar
oleh pengawal-pengawal istana. Badannya rasa sakit
ditempeleng pula oleh pengawal-pengawal istana.
Eh, macam terdengar suara orang ramai, ujar
Awang dalam hati sambil berbaring. Suara itu semakin
menghampirinya.
Awang bangun segera dan terus melarikan diri
kerana takut dikejar mereka.
Tunggu dulu Awang! Tunggu! suara it terus
didengari Awang. Awang rasa takut. Mereka mungkin
mengepung Awang untuk menangkapnya.
Awang, jangan lari! panggil Hulubalang yang
sedang mengejarnya. Awang terus berlari, mereka akan
menangkap aku dan mungkin akan terus membunuh
aku!, fikir Awang sambil berlari. Kalau tempoh hari
hanya beberapa orang sahaja yang mengejarnya, tapi kali
ini kelihatan ramai, mungkin seratus orang. Aku mesti
lari.
Kepung dan tangkap Awang! suara itu terus
bergema.
Awang terjatuh. Awang tidak bermaya untuk lari.
Seluruh badannya rasa sakit.
Setelah Awang terjatuh, mereka menangkap dan
memegang Awang serta sama-sama mengusung Awang
ke Istana.
Orang istana akan melantik kau menjadi raja!
terang pengawal yang sedang mengusung Awang.
Tidak boleh! Saya tak mahu jadi raja! Saya orang

bodoh! Saya tak tahu buat kerja! sungut Awang


sambil bergerak-gerak di atas usungan itu.
Awang, terima sajalah jawatan itu! Kami yang nak
buat kerja, jelas Hulubalang pula.
Awang tidak bercakap lagi. Mereka terus mengusung
Awang hinggalah ke istana.
Orang ramai menunggu Awang di hadapan istana.
Sebaik sahaja Awang tiba di istana, mereka memimpin
Awang dan segera ke bilik bersiram. Kemudian Awang
diberi sarapan dan mengenakan pakaian diraja. Betapa
serinya Awang setelah mengenakan pakaian rasmi.
Pengawal dan Hulubalang mengiringi Awang ke balai
persidangan. Hari itu juga Awang ditabal untuk menjadi
raja. Awang telah digelar sebagai Raja Muda Indera
Budiman dan memerintah Negeri Indera Negara.
Hari berikutnya Awang telah memerintah serta
memanggil Hulubalang.Esok, pagi-pagi beta mahu
supaya atur sebuah rombongan untuk menjemput
bonda beta di kampung untuk datang ke istana, titah
Raja Muda Indera Budiman kepada Hulubalang.
Titah tuanku dijunjung, ujar Hulubalang sambil
memohon diri. Selepas dua purnama bonda Raja Muda
itu teringin bermenantukan puteri raja, anak kepada
Raja Indera bangsawan Mulia yang telah meninggal.
Kemudian, Raja Muda Indera Budiman telah berkenan
untuk menyunting tuan puteri menjadi permaisuri
baginda.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, maka
berlangsunglah perkahwinan diraja sempena dengan
pertabalan diraja dan hari perkahwinan, maka perayaan
itu diadakan selama empat puluh hari empat puluh
malam. Berbagai-bagai persembahan dan permainan
telah diadakan. Sekelian sahabat handai, orang-orang
istana, pembesar-pembesar negeri dan rakyat jelata telah
dijemput.
Kini, Raja Muda Indera Budiman, raja Negeri Indera
Negara telah hidup dengan aman damai bersama-sama
dengan permaisuri serta bonda raja.
Suatu hari ketika baginda sedang berehat-rehat
di balairong seri, tiba-tiba Pak Sheikh menjelma di
hadapannya. Orang tua itulah yang dilihatnya ketika
Awang hendak membunuh diri ketika berada di dalam
hutan.
Raja Muda kelihatan gelisah, terperanjat. Baginda
hairan bagaimana Pak Sheikh yang sudah hilang dalam
penghayatannya itu menjelma kembali. Baginda seolaholah tidak percaya. Tapi Pak Sheikh itu kini sudah
berada di hadapannya.
Hai Awang, ujar orang tua itu, hm, nampaknya
Awang sekarang bukan Awang dulu lagi! sambung
orang tua itu pula.
Awang masih membisu.
Kini Awang menjadi orang besar. Menjadi Raja dan
memerintah sebuah negeri, celah orang tua itu lagi,
hmm, sekarang sudah menjadi orang senang! Makan
pun kalau boleh minta tolong orang suap! orang tua
itu menyambung lagi.

18

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

Ini semuanya berkat pertolongan Pak Sheikh dan


dengan izin Allah, tiba-tiba Awang mula bersuara,
ilmu Pak Sheikh itu benar-benar mujarab, sambung
Awang lagi.

laut ini! titah baginda raja Indera Budiman.


Segala arahan tuanku patik junjung tinggi, jawab
Hulubalang dan segera melaksanakan perintah.
Sedang baginda berehat-rehat di kawasan luar istana,
tiba-tiba Pak Sheikh muncul di sisinya.
Ya Awang, dalam dunia ini, kadang-kadang ada
Ya Allah, Pak Sheikh sudah datang! ujar baginda
susah dan kadang-kadang ada senang! kata Pak
dengan nada suara yang terputus-putus. Memang
Sheikh, dulu semasa Awang hendak bunuh diri Awang
Awang sudah jangka yang Pak Sheikh akan muncul
dalam keadaan susah! Sambung Pak Sheikh pula.
dalam tempoh yang terdekat ini. Tempoh enam
Awang hanya diam membisu. Hatinya terasa tidak
purnama sudah tiba.
senang.
Awang, ujar Pak Sheikh perlahan, hari ini sudah
Dulu semasa Awang hendak bunuh diri tidak
sampai perjanjian kita, sambung Pak Sheikh sambil
sampai masa, tapi sekarang masa untuk Awang sudah
merenung wajah Awang yang sudah pucat. Dan peluh
sampai, cerita Pak Sheikh sambil memandang ke
mengalir di seluruh badannya.
wajah Awang.
Saya mohon tempoh Pak Sheikh, sekali lagi saya
Awang kelihatan gelisah dan mukanya berpeluh.
merayu! ujar Awang dengan nada lemah.
Eh Pak Sheikh, kalau boleh saya ni nak minta
Eh Awang, sudah dua kali kau merayu!Mana ada
tempoh, ujar Awang merayu. Awang sudah
dalam perjanjian membolehkan Awang merayu
Awang
faham apabila Pak Sheikh mengatakan
buat kali ke dua! jelas Pak Sheikh
yang masa sudah sampai.
selamba.
masih terbaring
Wajah Awang kelihatan pucat.

Apa pula alasan kali ini,
di sebuah dangau di
Nak minta tempoh? sungut
Awang?
pinggir bendang. Badannya Saya akan pulang dan duduk
Pak Sheikh.
Saya nak minta tempoh, saya rasa sakit. Awang rasa tidak istana di darat pula! Jelas Awang
ni baru sahaja dilantik menjadi
terdaya untuk bangun kerana memberi sebab-sebabnya, saya
raja! pinta Awang dengan
akan membawa emak dan isteri
puas juga ia berlari dikejar
nada perlahan.
saya dan tinggal di istana di
oleh pengawal-pengawal
Eh Awang, orang tidak
darat, sambung Awang pula.
pernah minta tempoh bila masa
istana. Badannya rasa sakit Itu alasan biasa, Awang!
ajal akan tiba.
Saya ada alasan yang ke dua,
ditempeleng pula oleh
Kali ini saya merayu, Pak
Pak Sheikh, tambah Awang pula.
pengawal-pengawal
Sheikh! Awang merayu.
Apa alasannya..? Tanya Pak
istana.
Baiklah, tapi Awang mesti bagi
Sheikh sambil memetik-metik biji tasbih
alasan dan sebab-sebab yang Awang minta
di tangan kanannya.
tempoh! jelas Pak Sheikh pula.
Saya berjanji dan meminta tempoh selagi isteri saya
Saya hendak membina sebuah istana di tengahtidak mengandung dan melahirkan anak, maka selagi
tengah laut. Saya hendak merasakan nikmat hidup
itulah masa dan tempoh yang saya minta daripada Pak
sebagai seorang raja dan betapakah seronoknya hidup di Sheikh! Jelas Awang dengan Panjang lebar.
istana di tengah-tengah laut itu, cerita Awang dengan Insya-Allah, aku izinkan, ujar Pak Sheikh dengan
wajah yang sayu.
perlahan.
Berapa lama Awang? Tanya Pak Sheikh.
Terima Kasih Pak Sheikh, ucap Awang sambil
Selama enam purnama!
menggerak senyumannya dan tiba-tiba ketika itu juga
Baiklah, oleh sebab Awang seorang yang jujur,
Pak Sheikh telah hilang daripada pandangannya.
maka aku izinkan! jawab Pak Sheikh sambil bangun. Tidak seorang pengawal yang dapat melihat Pak
Tidak berapa lama kemudian Pak Sheikh itu hilang dari
Sheikh itu keluar dari istananya.
pandangannya.
Selang tidak lama kemudian, puteri raja muda
Awang rasa gembira dan ketika itu juga Awang
Indera Negara telah mengandung. Betapa gembiranya
mengarahkan segala Hulubalang dan pengawalbonda Awang setelah menerima berita itu sampai ke
pengawal istana supaya menyiapkan sebuah istana di
pengetahuannya.
tengah-tengah laut.
Awang, ujar bondanya setelah melihat Awang
Dalam tempoh sepurnama, maka sebuah istana yang sedang termenung di anjung seri di balai hadapan.
indah telah siap dibina. Sebuah istana Raja Muda Indera Ada apa, Emak..?
Budiman, negeri Indera Negara tersergam indah di
Aku tengok kau ni sehari dua asyik temenung,
tengah-tengah lautan biru itu.
kenapa? Tanya bondanya ingin tahu, sepatutnya bila
Hulubalang, sila arahkan seluruh pengawal yang ada mendengar isteri sudah berbadan dua tentu kau rasa
supaya mengawasi di pintu masuk! Jangan ada sesiapa
seronok dan gembira! sambung bondanya sambil
yang dapat masuk ke kawasan istana di tengah-tengah
memerhati tingkah laku Awang.
bersambung ke halaman 20
19

BULETIN AKSARA BIL. 4| 2015

KEGIATAN AKAN DATANG

Mesyuarat Agung Tahunan AKSARA


kali ke-8, 2015-2016

JAWATANKUASA
AKSARA 2014-2016

Ketua 1
Sdr Dr Azizan Bahari

esyuarat Agung Tahunan AKSARA ke-8


dijangka akan diadakan pada hari Sabtu,
19 Mac 2016 di Bilik Seminar, Kompleks Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perlis.
Selain urusan pelaporan kegiatan-kegiatan dan
kewangan persatuan, mesyuarat kali ini juga akan
memilih ahli-ahli Jawatankuasa yang baharu
AKSARA bagi penggal 2016-2018.
Semua ahli AKSARA dipersilakan menyertai
mesyuarat tahunan ini. Pemakluman dan butiran
mesyuarat akan dihantar kepada semua ahli
dalam waktu terdekat.

Ketua 2
Sdr A Rahim Abdullah
Setiausaha 1
Sdri Haniza Hamzah
Setiausaha 2
Sdr Ismail Bakar

BENGKEL PENULISAN PUISI

Bendahari
Sdr Mokhtar A.K.

Tarikh 21 Februari 2016 (Ahad).

KSARA bercadang menganjurkan bengkel


sehari tentang penulisan puisi bertempat di
Bilik Seminar, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara, Negeri Perlis pada hari Ahad 21
Feb 2016.
Bengkel akan dikendalikan oleh tokoh pemuisi
AKSARA yang juga selaku pensyarah di Akademi
Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA),
Sdr Dato Rahman Shaari.
Ahli-ahli yang berminat sila menghubungi
Setiausaha 1, Sdri Haniza Hamzah.

Awang ini seperti biasa, mak! Cuma badan sahaja


tidak sihat! jawab Awang bersahaja.
Mungkin setelah isteri saya bersalin, mak, Awang
akan pergi jauh dan tidak akan pulang lagi! keluh
Awang sambil merenungi wajah ibunya.
Mengapa Awang kata begitu?
Entahlah, mak! ujar Awang.
Awang, kalau di hadapan isteri, jangan sebutsebut hal itu, nanti tidak baik bagi orang mengandung
mendengarnya, terang ibunya pula.
Hal puteri raja Muda Indera Budiman berbadan dua
telah sampai ke pengetahuan ramai. Perkara itu sudah
tersebar luas hingga ke kampung dan bandar. Rakyat
ingin benar melihat baka diraja hasil keturunan Awang
bomoh yang menjadi raja di negeri Indera Negara.
Setelah masanya tiba, puteri raja muda Indera
Budiman telah melahirkan anak putera yang cantik
parasnya. Betapa gembiranya bonda Awang dan
puterinya setelah permaisurinya dapat melahirkan anak
dengan selamat.
Mak, isteriku tersayang.., ujar Awang sambil
mengusap-usap dahi anak kesayangannya, jagalah cucu
mak ni baik-baik dan apabila besar kelak akan mewarisi
takhta kerajaan negeri Indera Negara, ujar Awang

Ahli-ahli Jawatankuasa
Sdr Sharif Shaary
Sdr Alias Darus
Sdr Abdul Ahmad
Sdr Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
Sdri Che Zainab bte Che Mad
(meninggal dunia pada 16 Okt 2014)

Sdr Ahmad Omar

sambil mengorak senyum kepada bonda dan kepada


isterinya.
Eh Awang, kenapa dengan kau ini?tiba-tiba
bonda melihat perubahan pada diri Awang.
Tak ada apa-apa, mak, jelas Awang sambil
mengucup dahi anaknya itu.
Mengucap Awang, mengucap! Pesan bondanya
sambil menitiskan air matanya. Permaisuri Awang
memandang gelisah.
Laa Ilaaha Illallah,.
Awang!! Awang!! jerit bondanya.
Abang!! Abang!! jerit permaisuri.
Raja Muda Indera Budiman yang memerintah negeri
Indera Negara telah mangkat.
Berita kemangkatan baginda sudah tersebar
di seluruh kampung dan kota. Seluruh pengawal,
Hulubalang dan pegawai-pegawai istana terperanjat
apabila mendengar berita kemangkatan baginda raja.
Seluruh istana kelihatan kesepian.
Tamat

20

Anda mungkin juga menyukai