Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum..

Apa yang saya faham, Positivism & Post-Positivism itu merupakan basic belief yang guide pengkaji dalam menjalankan kajian. Positivism Ada pengkaji yang mendokong fahaman Positivism- di mana mereka lebih fokus menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian. Positivist yakin bahawa adanya bentuk, peraturan dan fenomena sebab-akibat dalam kajian sosial. Mereka membentuk pernyataan sebab-akibat di mana akan mengaitkan kajian mereka dengan angkubah bersandar dan tidak bersandar (IV & DV). Kemudiannya, membentuk model kajian dan menggunakan model tersebut sebagai panduaan dalam kajian. Mereka mengutamakan explanation daripada memahami (understanding) dalam kajian berbentuk sosial.Lazimnya mereka akan membuat ramalan (predictions) terhadap fenomena yang akan dikaji menggunakan beberapahipotesis sebelum kajian lapangan dimulakan secara rasminya. Hipotesis tersebut dibentuk daripada teori.. Dan kemudian hipotesis tersebut akan diuji.. Post-Positivism Golongan pengkaji yang mendokong fahaman Post-Positivism pula menganggap kajian kualitatif adalah pelengkap kepada kajian kuantitatif. Bagi mereka, tidak cukup dengan hanya sekadar menggunakan kajian kuantitatif. Especially, dalam buat kajian sains sosial yg memerlukan kefahaman secara kontekstual.. Tapi, bezanya dengan Positivism, pengkaji tidak memulakan kajian dengan model kajian kerana model atau teori kajian akan dibentuk selepas selesainya kajian lapangan. Mereka yang berpegang kepada prinsip Post-Positivism juga tidak bersetuju dengan ujian hipotesis terhadap objek kajian yang selalunya melibatkan manusia. Bagi mereka, manusia ini bersifat kompleks iaitu mempunyai kepelbagaian perasaan, emosi dan tingkahlaku. Oleh sebab itu, kajian secara kualitatif diperlukan untuk memahami (understanding) dengan lebih mendalam tentang sesuatu isu yang ingin dikaji, especially isu kemasyarakatan/ sains sosial. Huhu.. Saya tak pasti lah sama ada betul atau pun tidak.. Cuma share apa yang saya faham setakat ini. Kalau ada misunderstanding dekat sini, mohon kawan

Anda mungkin juga menyukai