Anda di halaman 1dari 23

KAJIAN TENTANG TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENINGKATKAN MINAT DAN SIKAP MURID-MURID TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DI SEKOLAH RENDAH

JENIS KEBANGSAAN CINA PEI YUAN KAMPAR.

Oleh Chin Han Wei

ABSTRAK

Kajian ini menfokuskan kepada menilai sejauh mana tahap minat murid-murid terhadap mata pelajaran Sains. Selain itu, kajian ini turut mengkaji tentang sikap murid di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar terhadap mata pelajaran Sains. Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data kajian seperti menemubual murid, merujuk kepada catatan murid, catatan diari sendiri, borang soal selidik dan markah ujian. Kajian ini mengkaji sejauh mana murid-murid menyukai mata pelajaran Sains terutama di sekolah rendah jenis kebangsaan. Saya berminat menjalankan kajian ini kerana saya berpendapat minat dan sikap merupakan salah satu elemen yang penting untuk menjadikan seseorang murid berjaya dalam mata pelajaran tersebut atau peperiksaan yang didudukinya nanti. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, kekurangan minat dan sikap yang negative terhadap sesuatu pembelajaran adalah salah satu punca utama kegagalan seseorang murid dalam peperiksaan. Ini telah terbukti dengan beberapa buah kajian yang telah dijalankan sebelum ini di sekolah pendalaman. Kebanyakkan guru gemar menggunakan keadah pembelajaran yang berpusatkan guru. Tetapi bagi mata pelajaran Sains, kaedah ini tidak sesuai kerana murid-murid akan berasa bosan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Sesi pembelajaran Sains haruslah menekankan kepada kemahiran sains

dan ini bermakna setiap sesi pembelajaran Sains haruslah mengandungi aktiviti yang membolehkan murid-murid bergerak. Sesi pembelajaran dan pengajaran perlu mengandungi aktiviti yang dapat menimbulkan minat untuk memudahkan murid memahami apa yang dipelajari. Minat yang timbul dari murid sendiri akan membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu mencari punca-punca yang menyebabkan murid-murid tidak ingin mempelajari mata pelajaran Sains. Kajian ini secara langsung dapat membolehkan kita mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sains. Pada masa yang sama, dapatan kajian ini mungkin boleh digunakan untuk mata pelajaran lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.

METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pei Yuan Kampar merupakan sebuah sekolah besar yang terletak di kawasan bandar Kota Kemuning. Sekolah ini terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar Kota Kemuning. Sekolah ini mempunyai 50 orang guru dan 4 orang staf bukan akademik. Bilangan murid di sekolah ini lebih kurang 1500 orang murid. Kebanyakkan murid terdiri daripada kaum Cina. 90% kaum Cina, 7% kaum Melayu dan 3% kaum India. Dari segi ekonomi, lebih kurang 90% daripada murid sekolah ini berasal daripada keluarga yang agak mewah dan bekerja di kawasan bandar. Kebanyakkan ibu bapa bekerja di pejabat kerajaan, swasta dan sekitar kawasan bandar. Walaupun begitu, terdapat juga segelintir murid yang berasal daripada keluarga buruh. Pencapaian akademik murid sekolah ini agak sederhana iaitu lebih kurang daipada 70% dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu. Walaupun sekolah ini terletak di kawasan bandar, penguasaan Kemahiran 3M juga sederhana iaitu hampir 20% murid tidak menguasai kemahiran 3M.

2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN Subjek kajian saya adalah murid tahun 4A yang terdiri daripada 50 orang. Seramai 30 orang murid lelaki dan 20 orang murid perempuan. Umur mereka dalam lingkungan 10 tahun. Dari segi prestasi akademik kelas ini, 10 orang berpencapaian baik, 20 orang berpencapaian sederhana, 15 orang berpencapaian lemah dan 5 orang berpencapaian sangat lemah. Murid-murid ini sangat pasif semasa proses pembelajaran dan pengajaran Sains tetapi apabila di luar kelas, mereka sangat nakal dan aktif. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini agak malas dan pasif semasa sesi pembelajaran dan pengajaran.

3. PERNYATAAN MASALAH Saya merupakan guru mata pelajaran Sains kelas 4A bagi tahun 2012. Oleh kerana selama ini saya hanya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, jadi saya tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap mata pelajaran Sains. Pada awal pra mengajar, saya melihat murid-murid sangat pasif dan tidak menunjukkan ciri-ciri meminati mata pelajaran Sains. Setelah hampir seminggu saya menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran, saya dapati masalah utama yang dihadapi oleh murid saya ialah kurang minat dalam mata pelajaran Sains. Masalah kurang berminat dalam mata pelajaran Sains ini telah menimbulkkan banyak masalah semasa sesi pembelajaran dan pengajaran. Kebanyakkan murid saya adalah pendiam dan hanya 4 hingga 5 orang murid yang memberi jawapan serta ada murid yang tidak menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Keadaan sedemikian telah menyebabkan prestasi murid tahun 4A tidak begitu memuaskan. Menurut guru yang mengajar mereka semasa tahun 3A (2011), hanya 10 orang murid yang dalam menguasai kemahiran Sains dengan baik. Oleh itu, saya akan mencari punca-punca yang menghalang minat murid 4A untuk meminati mata pelajaran Sains. Saya telah cuba menjalankan teknik pembelajaran koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat memberi motivasi untuk meningkatkan minat murid kelas 4A dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu, saya akan mencatatkan catatatan harian selepas proses pembelajaran dan pengajaran Sains. Saya juga akan menemubual murid secara tidak langsung untuk mengetahui tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Sains.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk: 1. Mencari punca-punca yang menyebabkan murid tidak berminat terhadap mata pelajaran Sains. 2. Mengkaji sikap-sikap murid terhadap mata pelajaran Sains. 3. Mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pengajaran Sains yang lebih senang serta meningkatkan lagi minat mereka terhadap mata pelajaran Sains melalui kaedah dan teknik belajar yang berkesan dan menyeronokkan.

CARA ANALISIS DATA

Data Temubual 1. Mengadakan sesi temubual dengan beberapa murid kelas 4A. 2. Menyemak maklumat hasil daripada temubual dengan murid secara terperinci dengan membaca semula catatan yang dibuat kemudian menggariskan maklumat penting dalam catatan. 3. Membuat kesimpulan terhadap dapatan temubual tersebut. 4. Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut: a. Adalah kamu meminati mata pelajaran Sains? b. Adalah kamu berasa mata pelajaran Sains susah untuk lulus?

Data Soal Selidik 1. Satu set borang soal selidik disediakan untuk dijawab oleh murid untuk mengenal pasti sikap mereka terhadap mata pelajaran Sains. 2. Kemudian, jawapan murid akan diteliti dan skor jawapan mereka akan dikira. 3. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira. 4. Membuat kesimpulan melalui dapatan data soal selidik.

Data Senarai Semak 1. Senarai semak digunakan untuk menilai keberkesanan penggunaan kad kocek dalam pembelajaran. 2. Pemerhatian dapat dibuat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran Sains dijalankan.

KAEDAH KAJIAN

TEMU BUAL 1. Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi mata pelajaran Sains? A) Ya B) Tidak

2. Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains? A) Ya B) Tidak

3. Kamu berasa bosan semasa sesi mata pelajaran Sains? A) Ya B) Tidak

4. Adakah kamu berasa mata pelajaran Sains senang untuk lulus? A) Ya B) Tidak

5. Adakah kamu berasa mata pelajaran Sains susah untuk gagal? A) Ya B) Tidak

6. Kamu rasa aktiviti mata pelajaran Sains sangat bosan? A) Ya B) Tidak

7. Adakah kamu belajar mata pelajaran Sains untuk lulus peperiksaan? A) Ya B) Tidak

8. Adakah kamu berasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama? A) Ya B) Tidak

9. Adakah kamu mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran Sains kerana takut kepada guru kamu? A) Ya B) Tidak

10. Adakah kamu rasa aktiviti dalam mata pelajaran Sains sangat menarik? A) Ya B) Tidak

ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

NO

ITEM

SBLM YA

SLPS

SBLM

SLPS

SBLM

SLPS

KADANGKADAN

TIDAK

Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran Sains.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains yang sangat membosankan

3 4 5

Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas. Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus. Bahan untuk mata pelajaran Sains yang tidak

mencukupi di sekolah. 6 Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang berasaskan berkumpulan. 7 8 9 Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan. Murid minat belajar kerana meninati guru. Sains tidak seronok seperti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. 10 Mata pelajaran Sains sangat susah untuk difahami. aktiviti eksperimen dan gerak kerja

Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Mata Pelajaran Sains

Nama: Kelas: Arahan: Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruang dibawah dengan memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan berdasarkan skala berikut. SS (Sangat Setuju) S (Setuju) TP (Tidak Pasti) TS (Tidak Setuju) STS (Sangat Tidak Setuju) 5 4 3 2 1

BIL

ITEM

SS 5

S 4

TP 3

TS 2

STS 1

A 1

MINAT Saya lebih berminat belajar mata pelajaran lain seperti Dunia Seni Visual.

Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika saya melakukannya bersama murid lain.

3 4 B 5

Saya lebih suka belajar secara bersendirian. Mata pelajaran Sains sangat membosankan. GAYA PEMBELAJARAN Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan.

Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri.

C 7

SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN Saya berasa sangat takut apabila menjalankan eksperimen terutamanya berkaitan dengan

mengkaji serangga. 8 9 Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus. Terlalu banyak jawapan dan sukar menentukan jawapan yang tepat. 10 Banyak yang perlu diingati semasa sesi

pembelajaran dan pengajaran Sains. 11 Saya rasa sangat susah memahami istilah Sains. 12 13 Mata pelajaran Sains menghiburkan. Sangat seronok kerana banyak menjalankan eksperimen. 14 15 Mata pelajaran Sains senang untuk lulus. Mata pelajaran Sains menyeronokkan kerana saya sendiri yang menjalankan kajian tentang sesuatu topik.

PENCARIAN MAKLUMAT

PERINGKAT PERTAMA TINJAUAN AWAL Kaedah: 1. Pemerhatian 2. Temubual 3. Senarai semak

PERINGKAT PERMULAAN Sebagai seorang guru baru kepada murid-murid kelas 4A, saya telah masuk ke kelas dengan membawa ciri-ciri seorang guru yang tegas.saya mendapati murid berada dalam keadaan diam. Murid tidak mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas pada peringkat awal. Murid-murid hanya duduk dalam keadaan diam dan hanya ada beberapa murid yang menjawab soalan yang diutarakan. Seperti biasa saya bertanya tentang markah ujian yang terdahulu. Hanya 30 daripada 50 murid yang melepasi peringkat lulus. Ini bermakna 60% orang murid menguasai kemahiran Sains. Saya bertanya kepada murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap mata pelajaran Sains. Kebanyakkan daripada mereka tidak menyukai mata pelajaran Sains. Saya mendapati hanya 20% orang murid yang betul-betul menyukai mata pelajaran Sains.

KEPUTUSAN

PEMERHATIAN Sejak minggu pertama, saya melihat subjek kajian saya merupakan murid yang cergas apabila berada diluar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila berada di dalam kelas. Pada 11 September 2012, saya melihat subjek kajian saya berada di luar kelas untuk menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Saya mendapati mereka sangat aktif dan terlibat sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani tersebut. Saya juga telah meneliti proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di dalam kelas iaitu Bahasa Cina. Saya mendapati murid juga aktif mengeluarkan idea yang bernas apabila diminta. Keadaan ini sebaliknya berlaku apabila tiba masa mata pelajaran Sains.

TEMUBUAL Saya telah menemubual beberapa orang murid untuk bertanya tentang minat mereka. Saya telah memilih 10 orang murid kelas 4A untuk ditemubual. Setiap murid yang dipilih terdiri daripada kategori yang berbeza iaitu 3 orang berpencapaian baik, 3 orang berpencapaian sederhana, 3 orang berpencapaian lemah dan 1 orang berpencapaian sangat lemah. Hasil yang diperoleh hanya 3 orang murid yang menyukai mata pelajaran Sains, 3 orang kadang-kadang dan manakala 4 orang tidak menyukai langsung mata pelajaran Sains.

SENARAI SEMAK Saya telah memberi senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka.

1. MINAT Hasil dapatan tentang minat murid yang telah dibuat pada peringkat awal telah menunjukkan seramai 20 orang murid iaitu 40% menyatakan mereka kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains. 15 orang murid iaitu 30% berada di tahap tidak berminat dan 15 orang murid iaitu 30% menyatakan minat terhadap mata pelajaran Sains. Secara puratanya 15 orang murid iaitu 30% daripada murid-murid kelas 4A yang meminati mata pelajaran Sains.

2. GAYA PEMBELAJARAN Kebanyakkan murid menyatakan mereka lebih senang untuk belajar sendiri. Seramai 30 orang murid iaitu 60% murid kelas 4A lebih senang untuk belajar sendiri. 15 orang murid iaitu 30% murid kelas 4A memilih pembelajaran secara berkumpulan. Manakala baki 5 orang murid iaitu 10% murid kelas 4A masih kabur tentang gaya pembelajaran mereka.

3. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN Seramai 30 orang murid kelas 4A iaitu 60% menyatakan mereka tidak meminati mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Sains sangat susah untuk dipelajari. Selebihnya 40% iaitu seramai 20 orang murid kelas 4A menganggap mata pelajaran Sains sangat menyeronokkan.

RUMUSAN KAJIAN PERTAMA Melalui kajian peringkat pertama, saya mendapati kebanyakkan murid tidak meminati mata pelajaran Sains di sekolah. Melalui sesi temubual yang dibuat secara tidak formal, murid-murid kelas 4A lebih meminati mata pelajaran lain seperti Pendidikan Jasmani. Ada juga murid yang menyatakan bahawa mereka tidak meminati mata pelajaran Sains kerana takut kepada guru yang mengajar mereka (saya). Daripada markah ujian bulanan jelas menunjukkan mereka amat tidak menyukai mata pelajaran tersebut. Hanya 60% daripada murid kelas 4A yang lulus peringkat 40% keatas dalam ujian bulanan. Ini jelas menunjukkan mereka sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut. Secara pemerhatian juga, saya mendapati murid sangat pasif apabila sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Melalui senarai semak, jelas menunjukkan minat dan sikap terhadap mata pelajaran Sains di dalam kelas. Hampir 60% murid kelas 4A tidak menyukai atau memandang negatif mata pelajaran Sains. Hasil daripada soal selidik dan temubual yang dijalankan menunjukkan murid tidak menyukai mata pelajaran Sains yang diajar.

PERINGKAT KEDUA

KAJIAN KEDUA KAEDAH: 1. Temubual 2. Borang senarai semak 3. Borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan

LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM KAJIAN PERTAMA 1. Pembentukkan kumpulan. 2. Pengaplikasian kemahiran saintifik dalam setiap sesi pengajaran.

PEMBENTUKAN KUMPULAN Masalah murid kelas 4A yang kurang berminat dalam mata pelajaran Sains telah menyebabkan banyak masalah timbul semasa sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Maka, saya telah memilih pendekatan pengajaran koperatif bagi kelas 4A dengan harapan dapat mencapai objektif untuk menaikkan minat serta meningkatkan motivasi murid-murid dan seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran Sains kelas 4A.

PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM SETIAP SESI PENGAJARAN Semasa setiap sesi pembelajaran dan pengajaran, saya akan menekankan

penguasaan kemahiran saintifik kepada murid-murid kelas 4A. Pada masa yang sama, saya juga akan membekalkan nota-nota tentang kemahiran saintifik yang perlu mereka kuasai kepada murid-murid kelas 4A.

KEPUTUSAN Setelah hampir 4 minggu menjalankan kajian peringkat kedua, saya sekali lagi menemubual beberapa orang murid secara rawak, mengedar borang senarai semak, borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan. Secara tidak langsung, saya juga membuat pemerhatian sepanjang saya menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains kelas 4A.

PEMERHATIAN Pada 15 Oktober 2012, saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif bagi tajuk Bahan Semula Jadi dan Bahan Sintetik. Semasa sesi pembelajaran dan pengajaran ini, saya telah menyuruh murid mencari bahan semula jadi dan bahan sintetik lalu menulis namanya. Saya membawa murid keluar dari kelas untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Hasilnya amat memberangsangkan. Murid-murid kelas 4A menunjukkan tahap kerjasama yang amat tinggi untuk menjayakan kerja berkumpulan yang diberikan. Murid-murid juga bekerjasama untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Aktiviti ini memperlihatkan murid-murid kelas 4A menyukai aktiviti yang dijalankan.

TEMUBUAL Saya telah menemubual semula murid kelas 4A yang telah disoal oleh saya pada kajian peringkat pertama. 100% daripada mereka menyatakan mereka amat meminati, gembira dan seronok pada sesi pembelajaran dan pengajaran Sains. Terdapat juga murid kelas 4A yang meminta agar saya terus mengajar mereka mata pelajaran Sains pada tahun depan (2013). Hasil temubual ini jelas menunjukkan saya telah berjaya menarik minat mereka dalam mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran Sains.

SENARAI SEMAK Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid kelas 4A untuk diisi pada minggu ke enam. Senarai semak ini akan menunjukkan sejauh mana minat dan sikap mereka terhadap pembelajaran mata pelajaran Sains setelah diajar oleh saya.

A. MINAT Hasil dapatan penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat kedua telah menunjukkan peningkatan dimana seramai 45 orang murid iaitu 90% menyatakan mereka amat berminat untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Manakala 5 orang murid masih dalam keadaan ragu-ragu. Ini telah menunjukkan hampir kesemua murid kelas 4A meminati mata pelajaran Sains.

B. GAYA PEMBELAJARAN Kebanyakkan murid telah mengubah pendirian mereka terhadap gaya pembelajaran yang mereka sukai. Seramai 45 orang murid iaitu 90% murid kelas 4A meminati pembelajaran secara berkumpulan. Baki 5 orang murid atau 10% murid kelas 4A masih ragu-ragu tentang jawapan mereka. Kelima-lima murid ini sangat lemah dalam mata pelajaran tersebut. Lima orang murid ini mungkin berasa malu apabila sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung kerana mereka takut memberikan pendapat. Tetapi secara keseluruhannya, murid-murid kelas 4A telah memilih kaedah pembelajaran koperatif untuk mata pelajaran Sains.

C. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN Murid-murid kelas 4A telah mengubah persepsi negatif mereka terhadap mata pelajaran Sains setelah mereka memahami kemahiran saintifik yang perlu mereka kuasai. Dengan berbekalkan kemahiran saintifik ini, mereka telah mengetahui bagaimana untuk mendapatkan maklumat. Pada masa yang sama, mereka telah mula menyukai mata pelajaran Sains. Mereka tidak lagi menganggap mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran yang membebankan tetapi menyeronokkan serta menghiburkan.

KESELURUHAN ITEM Sikap murid terhadap mata pelajaran Sains telah menigkat. 90% murid telah menyukai mata pelajaran Sains. Min skor bagi setiap soalan ialah 3.7. Ini bermaksud kebanyakkan murid menyukai mata pelajaran Sains. Purata bagi skor murid ialah 56.1. Ini menunjukkan mereka tidak berada di paras bahaya. Maklumat selanjutnya ditunjukkan didalam jadual dibawah: BILANGAN PELAJAR 50 ORANG 56.1 3.7 75 SKOR MIN/PURATA PERATUS

ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN

1. SEBELUM Sebelum kajian tindakan dibuat boleh dikatakan murid-murid kelas 4A tidak sesuai untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Sains. Aktiviti pembelajaran dan pelajaran guru terdahulu mungkin tidak menarik minat murid kelas 4A untuk belajar. Keadaan murid-murid yang bersikap negatif dan tidak berminat ini telah menyebabkan murid-murid berasa susah dan tidak menyukai mata pelajaran Sains.

2. SELEPAS Aktiviti yang menarik seperti diluar kelas dapat meningkatkan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Murid suka suasana dan persekitaran belajar yang baru. Pada masa yang sama pembelajaran koperatif turut membantu murid berkongsi idea dan meningkatkan minat mereka terhadap Sains. Aktiviti yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar.

ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %
NO ITEM SBLM YA SLPS SBLM SLPS SBLM SLPS

KADANGKADANG

TIDAK

Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaran Sains.

60

90

35

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran Sains yang sangat membosankan

75

80

15

15

3 4 5

Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas. Mata pelajaran Sains sangat susah untuk lulus Bahan untuk pembelajaran Sains yang tidak cukup sekolah.

45 15 45

30 5 70

25 55 45

50 25 20

30 30 10

20 70 10

Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang berasakan aktiviti eksperimen dan gerak kerja berkumpulan

20

90

60

20

7 8 9

Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan Murid minat pembelajaran kerana meminati guru. Sains tidak seronok seperti pembelajaran Pendidikan Jasmani

80 60 80

15 50 40

10 35 40

5 40 40

10 15 15

75 10 20

10

Mata pelajaran sains sangat susah untuk difahami

90

15

25

60

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN Setelah hampir selesai menjalankan kajian tindakan, saya telah memberikan peperiksaan akhir tahun (PKSR2) kepada murid-murid kelas 4A. Hasilnya, hampir 80% murid telah lulus dalam peperiksaan mata pelajaran Sains. Ini telah menunjukkan peningkatan peratus lulus sebanyak 20% jika dibandingkan dengan peratus lulus dalam peperiksaan terdahulu. Setelah menjalankan kaedah pembelajaran koperatif dan menyerapkan unsur kemahiran saintifik, kefahaman murid-murid terhadap mata pelajaran Sains telah bertambah. Ini telah membuktikan kaedah pembelajaran koperatif amat sesuai dijalankan bagi mata pelajaran Sains di sekolah. Hasil daripada soal selidik dan temubual, saya mendapati saya telah berjaya meningkatkan minat dan memotivasikan murid-murid untuk belajar mata pelajaran Sains. Kajian ini

menghasilkan dapatan yang menarik. Sesetengah dapatan ini adalah tidak dijangka. Dapatan utama adalah seperti berikut:

CADANGAN

1. Penggunaan Makmal Murid-murid menyatakan mereka lebih senang belajar di tempat yang berbeza. Makmal Sains merupakan tempat yang sesuai untuk menggantikan bilik kelas.

2. Pembelajaran Koperatif Dapatan soal selidik mendapati bahawa 90% murid menyukai kaedah pembelajaran koperatif. Saya berpendapat pembelajaran koperatif dapat membantu mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sains kerana murid-murid dapat membantu satu sama lain ketika menyelesaikan masalah dalam mata pelajaran Sains.

3. AMALI Amali Sains dapat membantu murid untuk memahami konsep-konsep sains serta kemahiran saintifik secara lebih mendalam. Pada masa yang sama, pembelajaran Sains akan menjadi lebih mudah dan bermakna dengan membuat banyak amali Sains.

4.PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINTIFIK DALAM SETIAP SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kebanyakkan guru sering menyamakan semua teknik untuk setiap mata pelajaran yang diajar. Tetapi, mata pelajaran Sains mempunyai teknik pendekatan pembelajaran yang berbeza dimana kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir hendaklah dilihat sebagai komponen pelengkap kepada semua aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan bukannya sebagai bahan tambahan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Wahid Ismail. (1989). Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chan Fok Cheong. (1983). Ujikaji dalam Sains. Kertas Kerja Seminar Sains Kebangsaan.

Jurnal Akademik Jilid XIII 2001/2002, Maktab Perguruan Terengganu.

Ng Soon Boon. (1999). Pemupukan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Kimia Kebangsaan.

Poh Siew Hiang. (1988). Pedagogi Sains. Penilaian dan Pengurusan Kurikulum Sains. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Stanley Laja Anak Jimbau. (2004). Mengkaji Minat dan Sikap Serta Cara-Cara Meningkatkan Minat Murid-Murid Terhadap Pembelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Bandaran No.3 Sibu. Dipetik dari laman sesawang

http://www.ebookscenter.co.uk/7729664/Kajian-Tindakan-an-Sains.html pada 20 September 2012.