Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, terdapat beberapa orang
murid tidak dapat memahami topik yang telah diajar iaitu topik Rantai Makanan dan
Siratan Makanan. Saya telah memberi tugasan kepada murid secara individu yang
tidak melibatkan perbincangan di kalangan murid dan saya juga tidak membenarkan
mereka berbincang bersama rakan mereka. Saya telah mengarahkan mereka
menjalankan aktiviti secara individu dengan mendapat bimbingan dari saya. Bagi
murid yang telah memahami topik yang diajar, mereka tidak mempunyai masalah
untuk membuat tugasan tersebut. Tetapi, terdapat beberapa orang murid yang tidak
dapat menyelesaikan tugasan yang telah diberikan kerana mereka tidak faham
berkenaan topik yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, mereka tidak berani
untuk mengajukan soalan kepada saya kerana bersikap malu. Akibatnya mereka tidak
berminat untuk menyiapkan tugasan tersebut lalu mereka menganggu rakan rakan
mereka yang lain yang cuba menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh saya
kepada mereka kerana mereka tidak memahami topik rantai makanan dan siratan
makanan yang telah diterangkan oleh saya untuk membuat tugasan tersebut.
Sebagai seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas yang mempunyai
bilangan murid yang besar iaitu seramai 48 orang, menjadi masalah kepada saya
untuk memberi bimbingan kepada semua murid yang mempunyai masalah mengenai
topik yang diajar di dalam kelas iaitu topik rantai makanan dan siratan makanan. Ini
kerana jumlah bilangan murid yang besar, guru tidak dapat memberi fokus
sepenuhnya kepada murid yang lemah kerana ini akan menyebabkan rasa tidak puas
hati dikalangan murid yang juga memerlukan bimbingan. Dalam situasi ini, murid
yang telah menguasai topik yang diajar dapat menyelesaikan tugasan dengan mudah
tanpa memerlukan bimbingan dari guru. Terdapat juga murid yang sederhana, iaitu

murid yang memerlukan sedikit bantuan dari guru, tetapi mereka cuba untuk
menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh saya dan terdapat juga murid yang lemah
serta memerlukan bantuan bimbingan dari guru sepenuhnya. Bagi murid murid
yang lemah, mereka juga seperti tidak meminati mata pelajaran sains dan ini
menyebabkan murid tersebut bosan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sains.
Akibat bosan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka tidak memberi
tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan tidak mendapat input yang diajar oleh saya.
Bukan mudah untuk menarik minat seseorang itu untuk meminati sesuatu yang
mereka tidak minat melainkan terdapat cara dan teknik yang berkesan untuk mereka
minat terhadap mata pelajaran ini.
Semasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka yang tidak
meminati mata pelajaran ini akan mengganggu rakan rakan yang lain yang sedang
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan keadaan kelas
menjadi seperti agak bising dan perlu diberi teguran oleh saya. Tujuan utama saya di
dalam kelas adalah untuk menyampaikan input kepada murid murid supaya mereka
dapat memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh saya dengan jelas dan
mudah difahami oleh mereka. Jika terdapat murid murid yang melakukan kerja
selain daripada memberi tumpuan di dalam kelas, ini bermakna mereka tidak
meminati subjek sains. Di dalam kelas ini terdapat murid yang mempunyai
pencapaian yang berbeza iaitu murid yang mempunyai pencapaian tinggi, sederhana
dan lemah.
Di dalam kelas ini terdapat beberapa murid yang berprestasi tinggi, sederhana
dan lemah. Saya dapat mengelaskan pencapaian murid dengan menggunakan
keputusan Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah 1 (PKBS 1) yang telah
dijalankan pada 7, 8 dan 9 Mac 2011. Secara puratanya, kebanyakkan murid di dalam

tahun 5 Usaha mendapat pencapaian yang sederhana dan hanya sebilangan kecil
murid yang mendapat pencapaian yang tinggi dan rendah. Melalui pemerhatian saya,
terdapat murid yang berasa kurang bersemangat semasa waktu mata pelajaran sains.
Mereka akan meletakkan dagu di atas meja, menongkatkan kepala dengan tangan
dan sebagainya. Apabila ditegur oleh saya, murid tersebut akan membetulkan
kedudukannya duduk seperti biasa, malangnya murid tersebut akan kembali
meletakkan dagu di atas meja. Tidak kurang juga mereka yang berasa kurang
bermaya dan letih. Mungkin kerana waktu kelas terakhir iaitu 2 masa dan 1 masa
sebelum balik pada hari Selasa dan Rabu, menyebabkan mereka berasa letih kerana
waktu persekolahan hampir tamat untuk hari tersebut. Pada hari Rabu, pada waktu
pagi mereka mempunyai subjek Pendidikan Jasmani dan mereka berasa letih dan lesu
untuk mengharui setengah jam terakhir sebelum pulang ke rumah. Pada pendapat
saya, sesi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek teras sesuai dijalankan pada
sebelah pagi. Ini kerana pada ketika itu, murid murid masih mempunyai semangat
untuk belajar kerana minda mereka masih segar dan fizikal serta mental mereka
berada di dalam keadaan bersedia untuk mempelajari sesuatu ilmu yang baru.

Anda mungkin juga menyukai