Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

PENGENALAN
Sejajar dengan kemajuan dunia sains dan teknologi yang semakin pesat
membangun, sistem pendidikan Negara perlu dipertingkatkan kualiti dari segi
penyampaian ilmiah dan cara perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah perlu dipertingkatkan. Selain itu juga, objektif asas reformasi
dalam pendidikan adalah untuk menentukan negara dapat melahirkan individu yang
seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan sahsiah
diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah merupakan platform
terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing sejajar dengan
perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa menyampaikan sesuatu
pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Salah satu daripadanya adalah
dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
Penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas adalah penting untuk
meningkatkan pemahaman murid. Guru perlu memberi bimbingan kepada murid
untuk memastikan murid benar benar mencapai hasil pembelajaran. Di dalam teori
konstruktivime, murid tidak boleh menjadi pasif di dalam menerima ilmu yang
dibekalkan oleh guru. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran
amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan
menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu murid - murid dan
dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah
Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan
seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan

berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan,


kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah
yang dikatakan strategi pengajaran.
Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran yang melibatkan kumpulan
murid yang bekerjasama bagi mencapai sesuatu matlamat atau tujuan bersama
(Johnson et al. 1991). Pembelajaran koperatif membolehkan murid pelbagai aras
kecerdasan bekerja dalam satu kumpulan kecil. Peranan guru berubah daripada
penyampai pembelajaran kepada fasilitator. Tanggungjawab pembelajaran berpindah
daripada guru kepada murid. Murid murid bukan sahaja bertanggung jawab bagi
bahan pembelajaran yang disampaikan, tetapi juga bertanggungjawab memastikan
setiap ahli kumpulan juga turut faham isi pelajaran yang dipelajari. Pendekatan
konstruktivisme ini menyokong pembelajaran secara koperatif. Jika diperhatikan ciriciri dengan teliti, pendekatan konstruktivisme dan pembelajaran koperatif tidak
mempunyai perbezaan ketara. Munurut Noor Shah Saad ( 2002 ), dalam
pembelajaran secara koperatif, murid akan bekerjasama dalam kumpulan kecil dan
menyelesaikan tugasan yang diberikan. pembelajaran secara berkumpulan akan
membantu dirinya dan rakan-rakan kumpulan belajar bersama-sama untuk mencapai
matlamat yang sama.

Anda mungkin juga menyukai