Anda di halaman 1dari 4

AKTIVITI 3 : Pentaksiran melalui tic-tac-toe.

(15 minit)

1) Pelajar diminta untuk duduk secara berpasangan untuk memulakan


permainan tic-tac-toe.
2) Guru mengedarkan 10 kad soalan mengenai subtopik 7.2 dan kertas
lembaran tic-tac-toe kepada setiap pasangan.

Kertas lembaran tic-


tac-toe
3) Guru memberi murid masa selama 15 minit untuk bermain permainan
tersebut sambil menjadi fasilitator agar murid tidak membuat kerja lain
daripada topik.
4) 10 keping kad soalan tic-tac-toe mengandungi soalan mudah untuk menguji
ingatan para pelajar tentang apa yang telah dipelajarinya di dalam kelas
sebentar tadi. Setiap kad soalan mempunyai soalan yang berbeza tetapi aras
kognitif yang sama.
Contoh kad soalan tic-tac-toe

5) Pelajar diarah untuk meletakkan kad soalan di bahagian tengah meja


dengan bahagian bertulis menghadap kebawah.

6) Semasa permainan tic-tac-toe dijalankan, pemain pertama akan


mengambil sekeping kad soalan dan membacakan soalan pada kad
soalan kepada pemain kedua. Pemain kedua akan mencatatkan
maklumat penting dan menyelesaikan soalan seterusnya menunjukkan
jawapannya kepada pemain pertama.

7) Jika jawapan pemain kedua betul, pemain kedua dibenarkan untuk


membuat tanda pada kerta lembaran tic-tac-toe. Jika sebaliknya, pemain
kedua akan kehilangan peluang untuk membuat tanda pada kertas
lembaran tic-tac-toe.

8) Permainan ini akan berlangsung sehingga salah satu pemain berjaya


menanda sederet baris menegak, mendatar atau menyerong pada kertas
lembaran tic-tac-toe.
9) Selepas 15 minit, guru akan meminta para pelajar untuk berhenti bermain dan
guru mengumumkan pemenang bagi pertandingan tersebut. (Pemenang akan
diambil kira berdasarkan jumlah tandaan baris menegak,menyerong atau
mendatar dan juga masa bagi permainan berlangsung)

Anda mungkin juga menyukai