Anda di halaman 1dari 14

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :1
Tarikh : 15.2.2021 (Isnin)
Masa : 9.15-10.15 pagi
Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 10/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Semasa saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran, kelantangan suara saya merupakan
satu kekuatan untuk pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Kelantangan suara saya, serta kejelasan suara saya dapat membantu murid mengikut setiap
arahan saya dengan senang serta dapat melibatkan diri mereka secara aktif dalam setiap aktiviti.
Penjelasan dalam penyampaian saya juga merupakan satu kekuatan untuk murid mencapai
objektif PdPc hari ini. Penyampaian yang jelas , memudahkan murid faham akan setiap
tindakan dan arahan serta mampu mengikutinya. Selain itu, latihan atau lembaran kerja yang
disedikan oleh saya juga merupakan satu kekuatan untuk murid mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran hari ini. Latihan yang disediakan kepada murid adalah latihan yang mengikut
tahap kemampuan dan tahap penguasaan murid. Ia memudahkan murid untuk menyiapakan
latihan yang diberikan mengikut kandungan yang mereka pelajari hari itu.

KELEMAHAN

1/11 murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembeajaran. Ini adalah kerana teks
bacaan dan latihan yang disediakan oleh saya, tidak mengikut tahap penguasaan murid tersebut.
Murid tersebut begitu sukar untuk memahami teks bacaan yang disediakan oleh saya yang
merupakan teks bacaan serentak untuk semua murid. ini merumitkan kefahaman murid tersebut
pada pembelajaran hari tersebut.

LANGKAH MENGATASI

Masalah umpama ini boleh diatasi dengan cara, pada masa yang akan datang, saya perlu
menyediakan teks bacaan ataupun latihan mengikut tahap penguasaan murid disebabkan setiap
kelas sudah pasti ada murid pandai, sederhana dan pemulihan. Oleh yang demikian, teks bacaan
yang disediakan harus diberi keutamaan kerana ia adalah isi atau idea yang akan
menghubungkaitkan pengajaran dan pembelajaran hari tersebut. Teks bacaan yang tidak sesuai
akan merumitkan murid faham isi pembelajaran mereka pada hari tersebut.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :1

Tarikh : 19.2.2021 (Jumaat)

Masa : 8.45-9.45 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN : 11/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Hari ini, kesemua murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang dijalankan oleh saya.
Aktiviti yang dirancang oleh saya pada setiap langkah adalah aktiviti yang bersesuaian
mengikut tahap kemampuan murid. Murid-murid berasa sangat yakin pada diri semasa
menjalankan setiap akativiti yang dirancang oleh saya. Selain, daripada itu, penglibatan murid-
murid juga sangat memuaskan dan murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dirancang oleh saya. Selain itu, kerjasama antara murid juga merupakan kunci kejayaan semua
murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini. Setiap aktiviti kumpulan murid
dapat menyiapakan dengan jayanya. Sikap nilai murni bekerjasama antara murid semasa
aktiviti kumpulan merupakan kekuatan saya untuk menjalankan pengajaran pengajaran dengan
lebih yakin dan selesa.

KELEMAHAN

Walaupun semua murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini,masih
terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian oleh saya. Hari ini kawalan kelas
susah sedikit untuk dikawal disebabakan oleh pergerakan murid. Selepas menyiapkan aktiviti
kumpulan, murid bergerak ke sana sini yang menyebabkan kawalan kelas sukar sedikit untuk
dikawal. Murid yang berjaya siapakan aktiviti kumpulan, bergerak ke kumpulan lain dan
menganggu aktiviti kumpulan tersebut. Situasi ini berlaku kerana, aktiviti kumpulan yang
dirancang oleh saya hari ini sangat mudah yang menyebabkan murid menyiapakan secara
pantas.

LANGAKAH MENGATASI

Masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana kawalan kelas merupakan aspek yang penting
dan diberi keutamaan. Kawalan kelas yang tidak sempurna akan mengundang kepada pelbagai
masalah. Sebagai seorang guru, saya perlu merancang aktiviti kumpulan yang lebih mencabar
kepada murid supaya murid dapat menggunakan masa yang ditetapkan dengan baik. Situasi ini
boleh membantu mengurangkan pergerakan murid kerana sudah pasti murid akan memberi
tumpuan dalam aktivi kumpulan yang mencabarkan.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :2

Tarikh : 23.2.2021 (Selasa)

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN : 9/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Hari ini seramai 9 murid dari 11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Teks bacaan yang diberikan kepada murid adalah sesuai merupakan aspek kekuatan pengajaran
dan pembelajaran hari ini. Petikan yang sesuai membantu murid memahami kandungan teks
yang terdapat di petikan tersebut sekaligus dapat membantu murid-murid melibatkan diri
secara aktif dalam setiap akativiti yang dirancang oleh saya. Selain itu, aktiviti di Langkah 3
yang merupakan aktiviti simulasi seperti murid membaca berita di TV juga dapat menarik
minat murid. Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut. Keadaan ini juga
merupakan punca kekuatan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh saya
dapat dicapai.

KELEMAHAN: 2/11 murid tidak mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Seramai 2 daripada 11 murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Keadaan ini terjadi disebabkan oleh sikap murid yang kurang yakin semasa aktivi di langkah
2 dan Langkah 3 yang berkaitan dengan simulasi pembacaan berita TV. Kedua murid tersebut
berasa malu dan segan semasa melakukan aktiviti tersebut. Selain daripada itu, pengurusan
masa juga sudah melebihi dari masa yang dirancang. Hal ini terjadi kerana aktiviti simulasi di
Langkah 3, telah mengambil masa yang lama . hari ini latihan tidak sempat disiapkan oleh
pelajar disebabkan kekurangan masa. Pelajar diarah untuk menyiapkan latihan tersebut di
rumah dan membawah ke sekolah pada hari berikutnya.

LANGKAH MENGATASI

Sebagai seorang guru, saya perlu merancang setiap aktiviti dengan teliti supaya masa optimum
dapat digunakan dalam semua langkah-langkah. Saya juga harus menyediakan aktiviti -aktiviti
seperti simulasi, drama untuk murid -murid yang kurang berkeyakinan dan berasa segan serta
malu. Keadaan ini dapat membantu murid melibatkan diri dengan penuh yakin serta membuang
perasaan malu dan segan. Kekurangan aktiviti berkaintan simulasi, main peranan merupakan
punca utama masalah seperti ini berlaku di kalangan murid.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :2

Tarikh : 25.2.2021 (Khamis)

Masa : 10.35-11.35 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 10/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Hari ini saya menggunakan ABM yang berwarna-warni sebagai alat bantu mengajar semasa P
& P dijalankan dalam kelas. Kaedah ini telah berjaya menarik minat belajar mereka. Saya
berasa amat berpuas hati kerana para pelajar melibatkan diri dengan aktif dan memberi respon
yang baik semasa saya mengajar di dalam kelas. Komunikasi secara dua hala ini telah
menjayakan P & P saya. Selain itu, aktiviti di lankah 2 menarik minat dan perhatian murid.
Permainan tersebut membantu murid menghafal perumpanan dan maksudnya dengan lebih
senang dan mudah. Lembaran kerja juga sangat sesuai dengan kemampuan dan tahap
penguasan murid. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang terdapat di lembaran kerja
tersebut. Saya sangat berpuas hati semasa menyemak lembaran kerja murid.

KELEMAHAN: 1/11 murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
Hari ini seorang murid tidak dapat mencapai objektig pengajaran dan pembelajaran. Ini
disebabkan oleh murid tersebut sukar menghafal perumpamaan dan maksudnya. Murid sangat
sukar semasa saya meminta menghafal perumpamaan dan maksudnya. Saya juga dapat melihat
rasa kurang yakin dan rendah diri pada murid tersebut semasa menghafal perumpamaan dan
maksudnya.
LANGKAH MENGATASI
Masalah ini boleh diatasi dengan beberapa kaedah. Pada masa akan datang, saya perlu
memastikan semua murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang
dirancang oleh saya. Untuk murid yang sukar menghafal, saya boleh membantu mereka dengan
cara menyediakan gambar atau perkataan yang berkaitan perumpamaan yang mereka pelajari.
Apabila melihat gambar atau perkataan yang berkaitan , pemuang besar murid boleh
mengimbas kembali perumpanan yang mereka pelajari dan boleh menyebutnya dengan melihat
gambar tersebut. Ini dapat meyainkan murid tersebut dan dapat membantu murid tersebut
mencapai objektif pembelajaran .
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :3

Tarikh : 3.3.2021 (Rabu)

Masa : 12.05-1.05 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 11/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Hari ini kesemua murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Saya sangat
berpuas hati dan berasa gembira dengan pencapaian ini. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang mudah, jelas adalah kekuatan hari ini murid mencapai objektif
pembelajaran. Selain itu, penggunaan ICT (Power point) juga dapat menarik perhatian dan
minat murid. Seterusnya permainan ‘MEMANCING IKAN’ juga dapat menarik minat murid
melibatkan diri secara aktif. Perasaan seronok dan gembira dapat dilihat di wajah murid semasa
bermain permainan ini. Seterusnya lembaran kerja juga disediakan mengikut tahap penguasan
murid. Semua murid dapat menjawab soalan -soalan mengikut masa yang ditetapkan.

KELEMAHAN

Walaupun semua murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, namun didapati
beberapa kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini. Kawalan kelas didapati tidak
memuaskan saya. Murid sangat bising semasa membuat aktiviti kumpulan. Didapati juga ada
murid tidak melibatkan diri semasa perbincangan kumpulan. Mereka bersembang sesama ahli
kumpulan mereka tanpa membuat aktiviti kumpulan. Hanya beberapa ahli kumpulan yang
bertungkus-lumus menyiapkan aktiviti kumpulan.

LANGKAH MENGATASI:

Kawalan kelas merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Masalah di atas boleh diatasi dengan cara, sebagai seorang guru , saya perlu bergerak dan
berjalan ke setiap sudut kelas serta memantau pelajar semasa membuat aktiviti kumpulan. Saya
juga boleh menegur murid secara berhemah sekiranya didapati murid tidak mlibatkan diri
dalam aktiviti kumpulan mahupun individu. Kaedah ini sangat membantu guru dalam
mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid. Murid akan
berdisiplin sekiranya mereka mendapat tahu bahawa saya sedang memerhati penglibatan dan
tingkah laku mereka.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :3

Tarikh : 5.3.2021 (Jumat)

Masa : 8.45-9.45 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 6/11 murid dapat encapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Hari ini seramai 6 daripada 11 murid dapat menguasai pengajaran dan pembelajaran. Suara
saya yang lantang merupakan punca utama kekuatan hari ini. Kelantangan suaran dan arahan
yang jelas dapat membantu murid bergerak dan melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah.
Kelantangan suara saya, dapat membantu murid mendengar dengan jelas setiap arahan dan
bimbingan saya. Keadaan ini dapat membantu pemahaman mereka terhadap pengajaran yang
telah saya sampaikan. Murid-murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa saya
mengajar di kelas pada hari ini.

KELEMAHAN

Hari ini seramai 5 orang murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Angka ini tinggi berbanding dengan hari sebelumnya di mana hanya 1 atau 2 murid sahaja
tidak berjaya menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran . ini adalah kerana, teks bacaan
yang disediakan oleh saya sangat sukar untuk murid memahaminya. Teks bacaan juga agak
panjang sangat menyebabkan murid sukar untuk membaca dan memahaminya. Selain itu,
aktivi langkah tiga (permainan emas) juga tidak sesuai dengan tahap murid. Permainan ini agak
sukar sedikit menyebabkan murid tidak dapat melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktivi
ini.

LANGKAH MENGATASI

Sebagai seorang guru, saya perlu mengatasi masalah ini. Pada masa yang akan datang, saya
perlu menyediakan teks bacaan mengikut tahap dan usia murid keran teks bacaan memainkan
peranan yang penting untuk murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu
menyediakan teks yang ringkas, mudah dan boleh difahami oleh murid. Seterusnya saya perlu
merancang aktiviti yang sesuai untuk murid mengikutinya dengan senang. Tidak semesti
semua murid boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang mencabar. Setiap aktiviti
perlu bersesuaian dengan ,murid supaya murid dapat melibatkan diri sepenuhnya.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Minggu :4

Tarikh : 8.3.2021 (Isnin)

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: seramai 11/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhanya, hari ini saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan lengkap dan berjaya. Objektif pembelajaran yang dirancang oleh saya dapa dicapai oleh
murid. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga dapat menarik perhatian
dan minat murid. Hari ini juga saya berjaya menarik kesemua murid melibatkan diri
sepenuhnya dalam aktiviti yang dirancang oleh saya. Murid memberi perhatian dan tumpuan
yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan pengajaran. Murid dapat berkomunikasi dengan
berkesan semasa saya mengajar dan semasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti sama ada
secara berkumpulan atau individu. Kesimpulanya hari ini kesemua murid dapat mencapai
kemahiran mendengar dan bertutur dengan berjaya.

KELEMAHAN

Walaupun saya berasa berpuas hati dengan pencapaian murid, namun saya kena membaiki
beberapa kelemahan yang timbul hari ini semasa pengajaran saya. Sikap prihatin saya hari ini,
semasa murid membuat kerja kumpulan didapati tidak memuaskan. Terdapat segelintil pelajar
tidak dapat mengikuti arahan saya semasa melakukan aktiviti kumpulan. Saya juga berasa tidak
puas hati dengan kawalan kelas di mana ada pelajar suka bergerak tanpa keperluan.

LANGKAH MENGATASI

Saya perlu memberikan perhatian kepada murid yang lambat memahami arahan saya. Keadaan
ini akan membantu mereka melibatkan diri dengan sepenuhnya setiap aktiviti. Sikap prihatin
sangat penting dalam aspek professional seorang guru. Selain itu, saya juga perlu bergerak
setiap sudut kelas untuk memantau pergerakan murid supaya kawalan kelas boleh ditingkatkan
lagi. Saya perlu memantau dan memastikan pergerakan murid ada keperluanya supaya
pergerakan murid tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Minggu :4

Tarikh : 9.3.2021 (Selasa)

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 9/11 murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Secara keseuruhnya penggunaan ICT dan pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat
murid melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid berasa
sangat seronok semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran , kawalan kelas yang memuaskan merupakan aspek atau punca utama kekuatan
pengajaran dan pembelajaran hari ini. Pemantaun yang kerap dapat memastikan murid
melibatkan diri secara aktif dan sepenuhnya dalam pengajaran dan pebelajaran hari ini.

KELEMAHAN: 2/11 murid tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Seramai 2 orang murid tidak berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah kerana masa yang diperuntukan dalam aktiviti langkah 1 dan 2 tidak mencukupi. 2 orang
murid ini tidak dapat melibatkan diri dengan sepenuhnya disebabkan oleh teks bacaan dan
aktiviti Langkah 2 tidak sesuai dengan tahap penguasan mereka. pada peringkat ini sepatutnya
guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya
pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah ini

LANGKAH MENGATASI

Masalah ini boleh diatasi dengan beberapa kaedah. Pada masa yang akan datang , saya
sepatutnya merancang aktiviti mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya
kemahiran dan objektif pengajaran adalah membaca, maka masa yang optimum perlu
dirancang supaya semua murid boleh melibatkan diri secara sepenuhnya. Saya harus
menggunakan startegi aktiviti yang sesuai untuk memastikan penglibatan murid dan
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Saya perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran saya supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam setiap aktiviti yang dirancang
oleh saya.
Minggu :5

Tarikh : 15.3.2021 (Isnin)

Masa : 9.15-10.15 pagi

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 10/11 murid berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Secara keseluruhanya, kepelbagaian kaedah pengajaran adalah kekuatan hari ini. Saya telah
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran hari ini dalam setiap aktiviti. Antaranya
ialah kaedah kumpulan, kaedah permainan, kaedah main peranan dan kaedah individu.
Kepelbagaian kaedah dapat menarik minat murid melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran hari ini. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai juga
berjaya perhatian dan minat murid melibatkan diri sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran hari ini.

KELEMAHAN: 2/11 murid tidak berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran

Seramai 2 orang murid tidak berjaya mencapai objektif pembelajaran hari ini. Sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran hari ini, saya mendapati 2 orang murid tersebut kurang memberi
tumpuan semasa saya mengajar mahupun memberi arahan semasa melakukan aktiviti. 2 orang
murid tersebut berkelakuan sambal lewa dan tidak bekerjasama semasa aktiviti kumpulan.
Apabila mereka kurang memberi tumpuan semasa saya mengajar, mereka tidak dapat
menjawab soalan yang dajukan oleh saya, dan tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang
diberi oleh saya. Saya juga mendapai bahawa semasa saya mengajar, mereka mengusik rakan
yang duduk sebelah mereka. Walaupun banyak kali saya tegur, mereka masih mengulangi
perkara yang sama.

LANGKAH MENGATASI

Masalah ini perlu diatasi dengan segera. Antaranya ialan, saya perlu memantau mereka dengan
lebih teliti supaya memastikan mereka melibatkan diri sepnuhnya dalam aktiviti pembelajaran.
Seterusnya, saya boleh meminta ketua kumpula memberi tugasan seperti menulis di kertas
mahjong kepada mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan mereka tidak boleh sambal lewa
semasa aktiviti kumpulan. Si samping itu, saya boleh mengajukan soalan secara kerapa kepada
mereka supaya mereka memberi tumpuan semasa saya mengajar. Seterusnya saya boleh
meminta mereka duduk di barisan hadapan supaya senang untuk saya mengawasi gerak geri
mereka sepanjang pengajaran dan pembelajaran.
Minggu :5

Tarikh : 17.3.2021 (Rabu)

Masa : 12.05-1.05

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 11/11 murid berjaya menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran

Hari ini semua murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa
faktor kekuatan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran hari ini. Antaranya ialah set
induksi.Jika set induksi menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan menarik
maka ia akan membuatkan murid teruja untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.Ini
akan membuatkan murid menumpukan perhatian terhadap langkah demi langkah yang telah di
susun oleh guru di dalam rancangan pengajaran harian.Justeru,murid akan dapat memahami
satu-satu pelajaran yang ingin disampaikan. Seterusnya arahan yang jelas dan bimbingan yang
sempurna juga merupakan aspek kekuatan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini
. di samping itu, sikap murid sendiri juga kunci kekuatan hari ini. Saya mendapati murid-murid
bekerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan aktiviti dan mampu mengikut segala
arahan dan dan penyampaian saya tanpa sebarang masalah. Kawalan kelas juga sangat
memuaskan hari ini juga merupakan kekuatan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang oleh saya.

KELEMAHAN

Terdapat satu kelemahan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini iaitu aspek
pengurusan masa. Saya tidak dapat menepati masa yang telah ditetapkan mengikut langkah-
langkah yang telah disusun didalam rancangan pengajaran harian (RPH).Ini kerana kadang kala
terdapat masalah atau gangguan berlaku di luar jangkauan atau kawalan

LANGKAH MENGATASI

Di dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan,penambah baikan yang perlu
dilakukan ialah saya hendaklah memastikan agar masa yang telah ditetapkan mengikut
langkah-langkah yang disusun dalam rancangan pengajaran harian (RPH) dapat dijalankan
dengan betul dan teratur.Ini bagi memastikan proses P&P yang dirancang berjalan dengan baik
dan lancar.
Minggu :6

Tarikh : 24.3.2021 (Rabu)

Masa : 12.05-1.05

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 10/11 murid berjaya menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Seramai 10 orang murid berjaya menguasai objektif pengajaran dan pebelajaran hari ini.
Terdapat beberapa kekuatan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran yang membantu
murid mencapai objektif pembelajaran. Antaranya ialah kaedah yang digunakan hari ini,
kebanyakkan adalah berpusatkan murid. Hari ini murid diberi peluang untuk mempelajarai
secara akses kendiri di mana saya berperanan membimbing murid. Kebanyakkan aktiviti
dijalankan secara berkumpulan yang membolehkan murid berkongsi idea, pandangan antara
satu sama lain. Seterusnya, bahan bantu mengajar yang digunakan juga dapat menarik minat
murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran. Kawalan kelas
juga dalam keadaan memuaskan hati saya dan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya dalam
pembelajaran mereka.

KELEMAHAN.

Seorang murid tidak dapat menjawab objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana
penilaian yang disediakan oleh saya tidak sesuai untuk tahap penguasan murid tersebut. Murid
berasa sangat sukar untuk menjawab soalan yang terdapat di lembaran kerja tersebut.
Kelemahan ini merupakan punca utama murid tersebut tidak berjaya menguasai pengajaran
dan pembelajaran hari tersebut.

LANGKAH MENGATASI

Masalah ini perlu diatasi dengan segera. Pada masa yang akan datang, guru perlu menyediakan
lembaran kerja mengikut tahap penguasan murid. Sekiranya, guru mendapati murid tersebut
tidak dapat menjawab soalan yang diberikan maka guru hendaklah mengadakan proses
pemulihan.Murid tersebut hendaklah dibimbing di luar bilik darjah secara berterusan sehingga
mereka dapat mencapai sasaran atau objektif yang dirancang
Minggu :6

Tarikh : 25.3.2021 (Khamis)

Masa : 12.05-1.05

Bilangan murid : 11/11

KEKUATAN: 11/11 murid berjaya menguasai pengajaran dan pembelajaran

Hari ini semua murid berjaya menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran. Saya berasa
sangat puas hati sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini. Terdapat beberapa faktor
kekuatan yang membuatkan murid berjaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Bahan bantu mengajar ICT dalam aktiviti set induksi berjaya menarik perhatian dan minat
murid selain membantu murid menghubungkaitkan isi pelajaran hari ini. Keadaan ini
membuatkan murid teruja untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya.Ini akan
membuatkan murid menumpukan perhatian terhadap langkah demi langkah yang telah di susun
oleh guru di dalam rancangan pengajaran harian. Di samping itu, lembaran kerja yang sesuai
dengan tahap murid juga merupakan kekuatan untuk murid mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran hari ini.

KELEMAHAN

Walaupun semua murid berjaya menguasai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini,
namun terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan oleh guru sepanjang sesi pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah ada segelintir murid, berasa malu dan elak diri membuat
pembentang secara berkumpulan. Apabila ahli kumpulan membentang hasil kerja mereka,
didapati murid-murid tersebut mengelakkan diri untuk membuat pembentangan bersama ahli
kumpulan lain. Mereka berasa kurang yakin untuk membuat pembentangan dan kurang yakin
berkomunikasi di hadapan pelajar lain.

LANGKAH MENGATASI

Masalah ini boleh diatasi dengan cara, seorang guru berperanan mewujudkan lebih banyak
peluang untuk murid membuat persembahan di hadapan murid lain. Murid harus diberi peluang
yang optimum dalam kaedah pembentangan, menyatakan pandangan atau kemukana
pandangan di hadapan pelajar lain. Lama kelamaan mereka akan berasa mereka mampu
membuat persembahan pembentangan di hadapan kelas dan mereka akan berasa lebih yakin
dan menghindari sikap rendah diri atau perasaan malu.

Anda mungkin juga menyukai