Anda di halaman 1dari 4

KeIebihan dan keIemahan teori berdasarkan proses pengajaran-pembeIajaran

di MaIaysia
KeIebihan
Guru ataupun pembimbing mampu untuk mengenalpasti kemampuan pelajar
berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan. Pentaksiran berterusan akan
menjadi pandu arah kepada para guru untuk menyediakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dengan kemampuan pelajar yang berbeza-beza.
Manakala, ibu bapa pula mampu untuk memperkembangankan kemampuan kanak-
kanak berdasarkan peringkat umur kanak-kanak terbabit. Teori ini telah memberikan
pendedahan awal kepada ibu bapa mengenai tahap perkembangan dan cara untuk
menyeimbangkan perkembangan kanak-kanak supaya perkembangan kanak-kanak
terus maju.
Para pelajar pula mampu untuk bergiat aktif di dalam kelas kerana teori ini
memegang prinsip " pembelajaran berpusatkan pelajar ". Teori ini amat
menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dengan aktif di dalam semua aktiviti
yang dianjurkan oleh guru. Teori ini memberikan penekanan pemahaman para
pelajar di dalam kelas. Selain itu, teori ini juga menitikberatkan konsep primer pelajar
berbanding fakta berasingan yang akan mengelirukan para pelajar itu sendiri.
Berdasarkan teori ini, guru hendaklah merancang dan melaksanakan stategi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan konsep terbuka. Guru hendaklah
membuat persediaan awal seperti penyediaan soalan-soalan yang terbuka, dan
dialong di antara guru dan rakan sekelas supaya mereka mampu untuk
memperkembangkan pemikiran mereka daripada konkrit kepada sesuatu yang lebih
abstrak.
Terakhir adalah, teori ini mampu untuk membantu di dalam penyediaan kurikulum
untuk sekolah-sekolah berasaskan pengetahuan lalu para pelajar. ni mampu
membantu dalam memudahkan pemahaman para pelajar mengenai matapelajaran
yang disediakan seperti sains, matematik, bahasa melayu, pendidikan seni visual
dan sebagainya.
esimpulanya, teori ini mempunyai beberapa kelebihan yang jelas kelihatan seperti
pelajar digalakkan begiat aktif di dalam kelas. Pelajar diberikan peluang untuk
memperkembangkan pemikiran mereka dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama
rakan-rakan. Selain itu, pelajar juga diberikan peluang untuk memberikan pendapat
yang releven dengan persoalan yang telah ditimbulkan. Teori Piaget lebih
memberikan peluang kepada pelajar dalam sesi pembelajaran ataupun pemerolehan
ilmu. Teori mengamalkan pembelajaran "berpusatkan pelajar ". Guru berperanan
besar sebagai pemudahcara, perancang, dan pembimbing untuk para pelajar.
Tambahan lagi, pengalaman dan kesediaan pelajar merupakan faktor asas ataupun
paling penting dalam mempengaruhi pemerolehan ilmu baharu, dan tahap
pembelajaran adalah berdasarkan pengusaan ilmu oleh pelajar terbabit.
Pembelajaran berasaskan peringkat umur kanak-kanak. Pembelajaran dibahagikan
kepada empat tahap yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit dan
operasi formal. ni memberikan peluang ataupun masa kepada kanak-kanak untuk
mencapai pemikiran yang logic ataupun abstrak berdasarkan peringkat
perkembangan mereka.
Pembelajaran berdasarkan teori ini adalah melahirkan pelajar yang memahami dan
membina jawapan masing-masing berdasarkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan
bukanlah pelajar yang menghafal jawapan hanya untuk peperiksaan. Oleh sebab itu,
cara yang paling sesuai digunakan untuk mengukur pemahaman pelajar adalah
berdasarkan pentaksiran yang dijalankan oleh guru secara berterusan dan memberi
makluman kepada pelajar mengenai tahap perkembangan pembelajaran mereka.
Memberikan pendedahan awal dan umum kepada ibu bapa dan guru supaya
perkembangan kanak-kanak semenjak lahir sehingga dewasa supaya seimbang dan
mengikut peringkat yang ditetapkan. Pendedahan awal ini mampu membantu guru
dan ibu bapa dalam memahami proses perkembangan kanak-kanak supaya
kelebihan itu dapat digunakan semaksimun mungkin.



KeIemahan
Teori ini mendapat kritikan disebabkan oleh kelemahanya dan metodologi yang telah
digunakan. Teori yang telah digunakan oleh Piaget ini tidak mampu untuk
menjelaskan perkembangan kognitif seperti struktur, fungsi, dan proses dengan
lebih jelas.
Terdapat pengkritik yang telah mempertikaikan kebenaran mengenai teori ini iaitu
Gelmen dan Baillargeon (1983). Mereka telah menyatakan bahawa sekiranya kanak-
kanak melalui setiap peringkat perkembangan yang dikemukakan berasaskan set
operasi yang khusus, maka kanak-kanak terbabit sudah mampu untuk memahami
konsep terbabit dan menyelesaikan semua masalah yang mempunyai konsep yang
sama.
Sebagai contohnya adalah, setelah kanak-kanak menunjukkan kemampuan
pemuliharaan yang terdapat pada peringkat operasi konkrit, maka sepatutnya kanak-
kanak terbabit sudah mampu untuk menunjukkan pemuliharaan dalam angka
ataupun berat yang sama. Namun begitu, menurut kajian yang telah dijalankan oleh
lausmeoer dan Sipple (1982), kanak-kanak sentiasa menunjukkan kemampuan
pemuliharaan berat lebih lewat berbanding pemuliharaan angka.
Manakala, teori yang telah dinyatakkan oleh Piaget agak tidak bersesuaian untuk
kanak-kanak berkeperluan khas masalah pintar cerdas seperti Adi Putra. anak-
kanak bermasalah ini tidak sesuai untuk diaplikasikan proses pembelajaran
berdasarkan peringkat yang telah dinyatakan oleh Jean Piaget kerana ianya tidak
mampu menarik perhatian mereka sewaktu sesi pembelajaran ataupun pemerolehan
ilmu pengetahuan.
esimpulanya, teori ini mempunyai kelemahan yang tidak nyata namun mampu
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak terutama kanak-kanak bermasalah
pintar cerdas. Teori ini mampu menyekat kelebihan mereka disebabkan
pelmbelajaran kanak-kanak mestilah berdasarkan peringkat yang telah dinyatakan.
Teori pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh Piaget ini mempunyai
permasalahanya yang tersendiri. Jika dilihat secara umum, teori ini akan
memberikan permasalahan kepada pelajar yang mengalami masalah pintar cerdas.
Menurut teori Piaget, pembelajaran kanak-kanak ataupun pelajar mestilah mengikut
empat peringkat yang utama iaitu sensorimotor, pra-operasi, operasi konkrit, dan
operasi formal. Guru ataupun ibu bapa tidak digalakkan untuk melangkaui peringkat
yang disediakan, dan ianya tidak releven untuk kanak-kanak bermasaalah pintar
cerdas. anak-kanak kategori ini akan terasing dan mengalami masalah tidak
berminat untuk belajar disebabkan oleh sukatan pelajaran yang telah mampu
difahami oleh mereka tanpa bimbingan guru.
Penghapusan sistem pentaksiran ataupun penggredan seperti yang disarankan oleh
teori ini akan menyebabkan gred ataupun keputusan pelajar tidak seimbang.
Peperiksaan yang disediakan oleh pihak yang terbabit telah merangkumi semua
input yang telah dipelajari oleh pelajar, dan peperiksaan yang dijalankan hanyalah
untuk menguji pemahaman mereka mengenai topik ataupun sukatan yang
disediakan. Selain itu, teori ini juga akan menimbulkan sikap negatif di dalam diri
pelajar iaitu sikap tidak ingin bersaing. Para pelajar yang diberikan ujian untuk
pentaksiran secara berterusan akan mengakibatkan mereka bosan ataupun tidak
berminat untuk mengejar gred ataupun keputusan yang cemerlang.
Teori yang telah dikaji oleh Piaget ini tidak releven di amalkan disebabkan asas teori
ini sendiri yang memberikan penekanan kepada "pengalaman yang dialami oleh
pelajar itu sendiri ". Seperti yang diketahui, tidak semua pelajar diberikan
pendedahan pengalaman yang sesuai untuk digunakan sewaktu proses
pembelajaran dan pengajaran.
Terdapat tiga perempat pelajar terutama yang berada di luar bandar dan
pendalaman hanya mendapat pengalaman yang tidak menarik ataupun boleh
digunakan sewaktu sesi pembelajaran terutama untuk matapelajaran bahasa
melayu, bahasa inggeris, dan beberapa matapelajaran yang lain. Pengalaman yang
diperolehi oleh mereka tidaklah begitu dikembangkan oleh ibu bapa kerana
pendedahan mengenai teori ini tidak meluas.
esimpulannya, teori ini mempunyai beberapa kelemahan dan tidak begitu sesuai
diamalkan di sebabkan asas teori yang tidak begitu sesuai dengan budaya negara
kita. Selain itu, teori ini juga tidak begitu membantu daripada beberapa segi
disebabkan permasalahan yang akan timbul jika digunakan.

Anda mungkin juga menyukai