Anda di halaman 1dari 4

Teori perkembangan kognitif Jean Piaget dan Lev Vygotsky merupakan antara dua teori

yang penting dan sering menjadi rujukan ilmiah dalam pendidikan sejagat pada masa ini.
Kedua-dua teori ini tercipta daripada hasil kajian mereka mengenai psikologi perkembangan
kanak-kanak. Hasil kajian mereka ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada
masyarakat dunia hari ini. Mereka mengetengahkan pendapat dan idea yang berlainan
bertentangan dengan hal perkembangan dan pertumbuhan manusia dan menyatakannya
dalam pelbagai teori yang menarik.

Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yang
konsisten. Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasan objektif
pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepat yang mungkin
serta  disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunan daripada
objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi
kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap
penguasaan murid mereka.  Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secara
teoritikal dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif
pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebih
tepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar-
benar faham? Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi) akan
memudahkan guru mendefinisikan  istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh
mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuan terhadap perkembangan
kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku
murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung) akibat daripada penglibatan dalam
sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh itu guru akan dapat mengelompokkan
matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yang spesifik. Dengan itu, pengalaman
pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubal dengan lebih mudah kerana matlamat
pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.
Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky memainkan peranan yang penting kepada
para pendidik dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Antara kepentingan
yang nyata ialah teori perkembangan kognitif Piaget membawa kepada susunan isi
kandungan kurikulum secara sistematik dan mengikut tahap umur mereka. Empat tahap
atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Piaget menjadi panduan
kepada pendidik untuk menyusun dan seterusnya menyampaikan isi pengajaran mengikut
peringkat umur kanak-kanak dan remaja. Tahap pertama iaitu tahap sensori motor (sejak
lahir – 2 tahun), menurut Piaget pada tahap ini bayi berfokus terhadap apa yang
dipersepsikan melalui deria dimana didalam aras taksonomi bloom mempunyai komponen
pengetahuan. Manakala pada akhir tahap sensori motor, kanak-kanak mula beralih kepada
komponen kefahaman dalam aras Taksonomi Bloom. Tahap kedua pula iaitu tahap
praoperasi sudah memasuki komponen aplikasi dimana pada tahap ini terdapat banyak
perubahan perkembangan berlaku. Kanak-kanak aktif dan mengalami ujian, eksperimen
dengan bahasa dan objek atau benda di dalam persekitaran. Perkembangan ini memberi
peluang kepada perkembangan kognitif dengan luas kepada kanak-kanak semasa tahap
operasi konkrit. Bagi peringkat seterusnya iaitu Tahap Operasi Konkrit Menurut Piaget,
tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengaplikasi prinsip-
prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak yang mana pada tahap ini sudah
memasuki komponen analisis dan sintesis. Komponen analisis pula melibatkan pemecahan
sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat
menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi.
Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahan
supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dan tahap terakhir ialah tahap
Operasi Formal yang bermula dari umur 11 tahun hingga zaman remaja. Pada tahap ini,
mereka telah memasuki komponen penilaian di mana murid akan menggunakan
pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk
sesuatu kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, teori perkembangan kognitif Piaget penting
kepada guru dalam merangka dan merancang kandungan pembelajaran dan pengajaran
dengan baik.

Kedua, teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky menjadi panduan kepada guru
agar memberikan lebih banyak peluang kepada murid-murid untuk meneroka sendiri
pengalaman di dalam dan luar bilik darjah. Pada abad ke-21 ini, guru bertindak sebagai
pemudahcara dan fasilitator di bilik darjah, bukan sebagai penyampai maklumat semata-
mata. Guru membiarkan kanak-kanak mencari maklumat sendiri dan seterusnya
menyampaikannya di hadapan rakan-rakan agar proses mengingat akan lebih mudah
dengan adanya pengalaman. Pada masa ini jika guru berterusan untuk bertindak sebagai
penyampai maklumat, pemikiran murid-murid tidak akan berkembang dan mereka malas
untuk berfikir dan berdikari. Hal ini kerana sudah tertanam dalam diri mereka bahawa hanya
satu perkara yang mereka perlu lakukan iaitu menghafal kerana semuanya telah disediakan
dan diberikan oleh guru. Di samping itu, dengan adanya teori-teori ini, guru dapat
mengetahui berapa banyak bimbingan yang perlu disampaikan untuk murid-murid. Menurut
teori Vygotsky, guru hanya memberikan bimbingan pada peringkat awal pembelajaran agar
murid- murid dapat mengikuti kandungan yang guru sampaikan. Setelah seseorang murid
tersebut mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru membiarkan murid- murid
meneroka dan belajar sendiri agar keyakinan bahawa mereka telah menguasai topik
tersebut bertambah.

Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky juga membolehkan guru untuk
mengetahui bahawa kanak-kanak memerlukan interaksi sosial yang aktif agar proses
pembelajaran mereka lebih cepat dan berkesan . Oleh itu, aktiviti perbincangan boleh kerap
dijalankan di bilik darjah agar murid-murid dapat berinteraksi sesama mereka dan
seterusnya mengeluarkan buah fikiran yang berlainan. Apabila wujudnya perbezaan dari
sudut pendapat, ini akan membuatkan mereka berfikir mana satu adalah lebih tepat dan
benar, maka berikutan itu, pemikiran mereka menjadi lebih tajam. Murid yang lebih pandai
dan cepat menguasai pula boleh memberikan tunjuk ajar kepada rakan yang lemah. Teori
perkembangan Vygotsky menyebabkan guru-guru memahami bahawa murid-murid
memerlukan bimbingan dan bantuan mereka. Guru boleh duduk bersama dan berbincang
dengan pelajar secara aktif di kelas. Hal ini supaya murid-murid dapat menanyakan soalan
kepada guru apabila timbulnya persoalan yang tidak dapat mereka selesaikan sendiri. Guru
boleh kerap mengadakan sesi soal jawab bersama pelajar ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran berlaku agar guru mengetahui tahap pemahaman pelajar. Guru berusaha
meningkatkan tahap perkembangan berpotensi murid-murid melalui bimbingannya agar
mendapat hasil yang maksimum. Di samping itu, teori-teori ini membolehkan sesi
pengucapan awam berlaku di dalam kelas. Guru boleh menggalakkan murid-murid untuk
berani tampil ke hadapan untuk berucap atau menyampaikan idea. Hal ini adalah bagi
memupuk kemampuan dan keberanian mereka berucap di hadapan orang ramai. Hal ini
agar dapat menyemai sifat berani dan yakin dalam diri murid-murid serta memberikan
faedah kepada mereka dalam pembelajaran akan datang.

Selain itu, teori ini memberikan panduan kepada para guru bahawa ketika sesi pembelajaran
dan pengajaran dijalankan, bahasa yang formal dan betul dapat digunakan oleh guru
kepada murid-murid walaupun mereka belum memahamidengan jelas. Bahasa memainkan
peranan penting agar objektif komunikasi dapat dicapai di antara pelajar dan murid. Sebagai
contoh, guru tidak boleh mengungkapkan kata-kata berbaur kesat dan sinis ketika menegur
murid-murid. Pada usia murid sekolah rendah, mereka mempunyai minda yang aktif dan
sentiasa ingin tahu . Jika mereka mendengar guru sendiri mengatakan perkataan
sedemikian, maka tidak mustahil untuk mereka turut mengatakan perkara yang sama kelak.
Teori Piaget dan Vygotsky juga dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid
memandangkan guru-guru akan lebih memahami sifat-sifat dan perkembangan anak
muridnya. Guru-guru akan berusaha untuk mendekati murid-muridnya dan memberikan
tunjuk ajar yang terbaik. Guru juga boleh bersama-sama murid-murid untuk menyelesaikan
masalah pembelajaran yang mereka hadapi. Dengan itu, hubungan yang lebih akrab dan
rapat akan terjalin. Murid-murid juga akan berasa dikasihi dan disayangi. Teori-teori ini juga
membolehkan guru untuk merancang aktiviti di luar kelas yang melibatkan penerokaan dan
penghayatan murid-murid. Guru-guru boleh membawa murid-murid untuk belajar di taman
atau lokasi lain dalam usaha meningkatkan pemahaman mereka. Interaksi dengan
persekitaran sebenar meningkatkan tahap kognitif mereka untuk mengingat jika
dibandingkan hanya belajar mengenai teorinya sahaja.

Rumusan Teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky sememangnya mempunyai


perbezaan yang nyata dan jelas. Perbezaan dalam aspek konsep utama, penilaian tahap
kognitif, persekitaran pembelajaran, penggunaan bahasa menunjukkan dua teori ini saling
melengkapi dan harus diguna pakai dalam sistem pendidikan kita. Teori- teori ini menjadi
satu set panduan dalam merancang kurikulum pendidikan negara kita agar matlamat
pendidikan negara dengan dicapai secara optimum. Para pendidik juga harus menguasai
teori perkembangan kognitif Piaget dan Vygotsky ini agar menjadi gambaran kepada mereka
ketika mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran. Kaedah mengajar yang
bertentangan dengan teori- teori ini akan membawa kepada implikasi pengajaran yang
berlainan dan mungkin tidak akan dapat mencapai objektif kurikulum dengan berkesan.
Pendidik abad ke-21 harus fleksibel dalam kaedah penyampaian di bilik darjah untuk
kepentingan murid- murid.

Anda mungkin juga menyukai