Anda di halaman 1dari 22

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN PETA MINDA BAGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID SLOW LEARNER TERHADAP KONSEP SAINS

NAMA PENGKAJI: SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN PISMP G 7.2

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.0 Pendahuluan Sains merupakan salah satu bidang ilmu yang dapat membawa negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Penggunaan ilmu pengetahuan dengan berteraskan masyarakat berilmu, saintifik dan progresif serta mampu melahirkan pengurus alam yang dapat menjamin keharmonian hidup secara optimum dalam membentuk warganegara yang kritis, kreatif dan berketrampilan dengan mengamalkan budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berkualiti adalah insan yang mempunyai semangat ingin tahu, berfikiran terbuka, gigih dan bersikap objektif dalam segala usaha dengan tidak meminggirkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

1.1 Pengenalan Setelah mencapai kemerdekaan, sistem pendidkan di Malaysia telah mengalami anjakan paradigma kearah pembentukan negara maju menjelang tahun 2020. Perubahan abad ke 21 menyaksikan cabaran yang lebih besar di dalam senario dunia pendidikan dan persekolahan. Cabaran era globalisasi, liberasi dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memberi impak yang lebih besar terhadap permantapan sistem pendidikan di negara kita. Kemajuan dan sumbangan sains membuatkan kehidupan bertambah maju dan berkualiti khususnya dari segi inovasi dan pembikinan peralatan dan teknologi baru. Untuk ini, pendidikan Sains di Malaysia mestilah benar- benar berkualiti untuk membolehkan Negara terus maju dalam arus perkembanagan sains dan teknologi di peeringkat global. Hanya sesuatu yang logik diterima sebagai fakta sains. Jika tidak, perkara ini dianggap salah, khayalan atau tidak saintifik ( Tajul Ariffin Noordin,2010). Pembelajaran adalah proses membina penyampaian yang bermakna oleh

guru terhadap pelajar. Oleh itu, di sepanjang proses ini, kesalahan pelajar tidak penting, tetapi pembelajaran berfungsi untuk mengorganisasikan dunia pengalaman seseorang pelajar. Menurut Fosnot (1996), pembelajaran bukanlah bermatlamat

perubahan tingkah laku atau kemahiran tetapi lebih menekankan kepada pembinaan konsep dan pemahaman yang mendalam.

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Tiga elemen di dalam bidang Sains iaitu pengetahuan, kemahiran , sikap saintifik dan nilai murni perlu diintegrasikan bagi meningkatkan mutu pendidikan Sains. Sains adalah satu bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan rangka konsep bagi bagi murid memahami keadaan di sekeliling mereka. Pengajaran Sains adalah bertujuan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran Sains yang memupuk daya pemikiran saintifik dan nilai- nilai murni yang diterima di persekitaran budaya Malaysia. Penglibatan pelajar secara aktif dapat membantu mereka dalam mengharungi arus kehidupan yang berkesan dan bermakna seiring dengan perkembangan dunia Sains dan Teknologi. Oleh itu, murid harus membina pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka. Di samping itu juga, pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Sains yang mempunyai impian untuk melahirkan modal insan yang mempunyai keseimbangan diri terutama dari segi perkongsian idea dalam suasana yang tidak terancam bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif dalam membentuk suasana yang selesa kepada agama, nusa dan bangsa. Kehilangan minat murid terhadap matapelajaran Sains juga sering dikaitkan dengan rendahnya penguasaan konsep asas murid. Mata pelajaran Sains mempunyai struktur dan isinya dapat disusun mengikut hieraki. Perkara ini membawa implikasi seseorang perlu mengusai asas sebelum menguasai

pengetahuan yang berikutnya. Oleh yang demikian, kegagalan menguasai konsepkonsep asas secara berterusan menyebabkan murid ketinggalan dan sukar memahami pengajaran di tahap yang lebih tinggi. Untuk memupuk sikap positif murid terhadap matapelajaran Sains, bantuan dan bimbingan guru sangat diperlukan. Kini, penguasaan pengetahuan ilmu Sains adalah salah satu keperluan yang penting dan merupakan panduan utama bagi menentukan tahap perkembangan dan kemajuan sesebuah negara. Kecenderungan dalam pembinaan keperluan dan aset sesebuah negara telah pun menjadikan ilmu Sains menduduki tangga teratas dalam senarai kepentingan bagi melonjakkan nama negara dari segi kecekapan,

kemodenan dan kemajuan. Oleh itu wajarlah jika konsep Sains itu ditekankan dalam
3

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

di

dalam

kelas

agar

murid

dapat

mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Pengalaman mengendalikan proses pengajaran semasa menjalankan latihan pratikum pada fasa 1 dan fasa 2 banyak membantu pengkaji mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaranya. . Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mendapati bahawa murid- murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) mengikuti proses pembelajaran mata pelajaran Sains pada tahap yang sederhana Proses pengajaran dan pembelajaran banyak dijalankan dalam bilik darjah sahaja. Penerokaan adalah aspek yang penting dalam proses saintifik (Zuraida ,2003). Melalui penerokaan, kanak- kanak dapat mengembangkan kemahiran seperti membuat pencerapan ,mengelas dan membina soalan

(Johnston,1996). Masalah utama yang dihadapi oleh murid slow- learner adalah sukar untuk mengingati sesuatu fakta atau konsep Sains yang telah dipelajari. Kebiasaanya, kanak- kanak dikenalpasti pada peringkat awal setelah didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam pendidikan.

Walaubagaimanapun, adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak- kanak normal dengan kanak- kanak slow- learner kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan, permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).

Berdasarkan pengalaman pengkaji, murid- murid menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari mata pelajaran Sains. Contohnya, mereka tidak sabar untuk mengetahui isi pengajaran setiap kali tibanya waktu pengkaji untuk mengajar Sains. Mereka begitu teruja apabila pengkaji menjalankan eksperimen berkaitan dengan topik yang dipelajari. Contohnya terdapat beberapa orang murid akan bertanya Cikgu, bila kita nak belajar tentang animal walaupun pada minggu itu masa untuk Sains telah tamat. Disamping seronok menjalankan eksperimen, murid4

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

murid diperkenalkan dengan konsep dan istilah sains yang berkaitan. Mereka juga diterangakan tentang prosuder atau langkah- langkah yang terlibat semasa melakukan eksperimen.

Penglibatan murid secara aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sains juga memudahkan guru untuk merangka aktiviti yang mencabar dan meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran untuk mengingat konsep asas Sains semasa pembelajaran dalam kelas. Sebagai contoh, mereka tidak nama haiwan berdasarkan konsep pembiakan haiwan iaitu haiwan yang beranak dan haiwan yang bertelur. Murid keliru dengan namanama haiwan daripada kumpulan makanan haiwan ataupun habitat haiwan. Apabila disoal di dalam kelas, murid memberikan jawapan yang salah. Mempelajari mata pelajaran Sains adalah suatu perkara yang menyeronokkan sekiranya murid dapat memahami dan mengingati apa yang telah dipelajari. Murid mempunyai minat untuk belajar mengaitkan aktiviti dengan objek atau kehidupan persekitaran mereka. Bagi mereka, dunia ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa dan benda yang menarik serta penuh misteri yang perlu diterokai dan difikirkan (Sharifah Norhaidah,2003). Kebiasaanya, sebagai pengukuhan untuk menguji tahap ingatan murid, pengkaji akan bersoal jawab dengan murid terlebih dahulu mengenai konsep Sains yang telah dipelajari pada seisi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil daripada soal jawab tersebut, murid gagal untuk memberikan jawapan yang tepat. Misalnya, pengkaji meminta murid menyenaraikan haiwan yang mempunyai

cangkerang. Oleh yang demikian, murid gagal mengingati konsep ciri- ciri fizikal haiwan yang bercangkerang. Selain daripada itu, sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid- murid menunjukkan semangat yang tinggi untuk belajar tentang haiwan dan tumbuhan. Penglibatan aktif murid dalam kelas menyebabkan murid dapat memahami konsep Sains yang diajar. Akan tetapi, apabila keesokan harinya atau sesi pengajaran dan pembelajaran yang baru, murid tidak dapat mengingati konsep yang telah diajar kerana keliru dengan konsep Sains yang baru dipelajari dengan pengetahuan sedia ada mereka. Misalnya, pada minggu lepas murid diajar tentang habitat haiwan manakala pada seisi pengajaran seterusnya, murid diterangkan tentang ciri fizikal haiwan. Murid keliru dengan nama- nama haiwan tersebut kerana tidak dapat mengelaskan haiwan mengikut kumpulan- kumpulan tertentu seperti
5

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

habitat haiwan, kumpulan makanan haiwan, ciri fizikal haiwan dan cara pembiakan haiwan.

Masalah ini menyebabkan murid gagal mengaitkan pembelajaran yang baru dengan pengetahuan sedia ada murid. Masalah ini merisaukan pengkaji kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang akan datang perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid. Hal ini terjadi kerana murid tidak mempunyai

sebarang nota atau rujukan yang boleh dilihat ataupun dibaca. Mereka sekadar menjawab soalan daripada lembaran kerja yang diberikan sebagai latihan pengukuhan selepas mengajar tentang sesuatu konsep. Apabila, belajar tentang konsep baru, lembaran kerja murid tidak menyentuh tentang konsep Sains yang telah dipelajari dahulu. Contohnya, murid telah mempelajari tentang suhu badan haiwan yang berdarah panas dan berdarah sejuk pada sesi pembelajaran minggu lepas, manakala pada minggu ini murid mempelajari tentang habitat haiwan. Apabila disoal semula tentang kumpulan suhu badan haiwan, murid gagal untuk mengelaskannya. Justeru itu, pengkaji harus memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid slow- learner kelas Ixora. Memandangkan kaedah yang digunakan sebelum ini seperti kaedah lati tubi tidak membantu murid untuk mengatasi masalah yang timbul. Intervensi yang ingin diaplikasikan harus sesuai dengan tahap kognitif murid dan membantu murid untuk menjana kemahiran berfikir mereka.

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

1.3 Refleksi Nilai Pengajaran Berdasarkan pengalaman pengkaji menjalani latihan pratikum di tiga buah sekolah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan (latih tubi, chalk n talk) Kemampuan mengingat adalah satu faktor penting dalam proses pembelajaran seseorang murid. Mengingat fakta dan konsep adalah salah satu daripada kompenan kemahiran asas belajar untuk menyelesaikan soalan soalan tahap penialaian tinggi melibatkan peringkat analisis, sintesis, dan penilaian ( berdasarkan aras pembelajaran Taksonomi Bloom). Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2001), mengingat boleh didefinisikan sebagai proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik di samping dibantu oleh bahan atau alat sokongan untuk peneguhan daya ingatan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan, umpamanya belajar dengan alat visual atau audio yang mampu merangsang deria dengar dan lihat secara serentak. Lee Shok Mee ,1997 berkata, tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia- sia sahaja. Dari segi peperiksaan pula, kebolehan mengingat menjadi asas ukuran untuk menentukan sejauhmana seseorang murid telah mencapai pembelajaran. Oleh itu, kegagalan mengingat fakta atau prinsip sudah tentu akan menjejaskan prestasi murid. Justeru itu, calon tersebut dianggap gagal dalam pembelajaran. Penggunaan kad poket ini juga berkaitan rapat dengan implikasi teori perkembangan kognitif Piaget yang banyak membantu guru dalam meningkatkan pembelajaran sains murid dari segi inkuiri penemuan iaitu dimana pembelajaran sains harus berdasarkan kegiatan hands-on yang menggunakan sumber yang konkrit. Selain daripada itu, aktiviti hands on dan minds- on haruslah

mengikut kesesuaian kognitif murid supaya murid dapat memahami dan mengadptasi konsep yang dipelajari ke dalam skemanya (Poh Swee Hiang, 2000).

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.0 Fokus kajian

2.1 Isu Kajian Bagi tujuan mengenalpasti masalah yang dinyatakan dalam refleksi pengajaran dan pembelajaran, tinjauan awal masalah perlu terlebih dahulu dilakukan. Tinjauan awal perlu dilakukan kerana pengkaji ingin kenal pasti kumpulan sasaran yang menghadapi masalah mengingati konsep Sains. Justeru itu, dua kaedah kumpul data yang digunakan iaitu analisis dokumen dengan menyemak buku kerja murid dan menjalankan ujian diagnostik. 2.1.1 Tinjauan Awal Semasa menjalani latihan pratikum fasa III, pengkaji telah diberi peluang untuk mengajar mata pelajaran Sains. Sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran, ujian diagnostik dilakukan untuk melihat sejauh mana tahap penguasaan murid dalam memahami konsep Sains. Instrumen soalan diagnostik digubal berpandukan huraian sukatan pelajaran sains bagi murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Set soalan mengandungi dua bahagian yang membawa markah sebanyak 50 markah. Iaitu bahagian A sebanyak 30 soalan berbentuk objektif dan pada bahagian B mengandungi 4 soalan subjektif dimana setiap soalan dipecahkan kepada 5 soalan. Pada bahagian B, murid dikehendaki mengisi tempat kosong, memadankan jawapan, mengelaskan kumpulan haiwan dan melengkapkan jadual. Soalan ujian yang dirangka berkisar tentang benda hidup yang melibatkan haiwan dan tumbuhan. Murid disoal tentang konsep asas benda hidup. Contohnya adalah apakah keperluan asas manusia, cara pembiakan haiwan, kumpulan makanan haiwan, habitat haiwan, suhu badan haiwan, ciri- ciri fizikal haiwan dan cara haiwan bergerak. Manakala, soalan berkaitan tumbuhan pula disoal tentang bahagian- bahagian pokok, cara tumbuhan melindungi diri keperluan asas tumbuhan. dan menentukan

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.1.2 Analisis Tinjauan Awal Analisis dokumen dianalisis untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan subjek kajian. Bagi ujian diagnostic, peratusan digunakan untuk menilai pretasi subjek kajian. Ujian diagnostik Buku kerja murid.

*kak yong ni saya x hurai ag.nti saya send balik

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Dalam memilih fokus kajian yang berkualiti. Terdapat beberapa kriteria yang perlu diketengahkan. Antaranya adalah kebolehtadbiran, kepentingan,

kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan kepada pihak sekolah.

Kebolehtadbiran Fokus kajian yang ditetapkan boleh ditadbir kerana pengkaji sendiri mengajar mata pelajaran Sains semasa menjalani pratikum pada fasa ketiga. Oleh itu, intervensi dapat dijalankan semasa pengkaji menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau di luar kelas. Kaedah pelaksanaannya juga mudah dan bersistematik.

Kepentingan Fokus kajian ini akan memberikan kepentingan yang besar kepada murid slow- learner itu sendiri. Hal ini kerana , sains amat berkait rapat dengan

proses kehidupan manusia yang dilalui sepanjang tempoh hayatnya. Perkara ini penting kerana akan membantu murid membuat perkaitan dengan isi pembelajaran yang baru.

Kebolehgunaan. Intervensi yang ingin diaplikasikan merupakan kaedah pratikal yang tidak

memerlukan pemikiran yang abstrak. Justeru itu, peta minda dapat membantu subjek kajian dalam penambahan penbendaharaan kata Bahasa Melayu Selain itu, boleh dikaitkan dengan mata pelajaran yang lain seperti Matematik dan Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, Sains adalah perkara yang dilalui oleh setiap orang dalam proses kehidupan.

Kawalan Aktiviti intervensi yang dijalankan mampu dikawal sendiri oleh pengkaji tanpa melibatkan orang lain. Antara aspek yang boleh dikawal oleh pengkaji adalah masa untuk menjalankan interversi, subjek kajian dan pemilihan tajuk untuk

10

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

menjalankan intervensi tersebut. Pengkaji tidak perlu menganggu waktu guru lain untuk menjalankan intervensi seperti yang dirancang.

Kolaborasi Dalam memastikan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji mampu

memberikan keputusan yang positif, kolaborasi dengan pihak- pihak tertentu perlu dilakukan agar fokus kajian ini berkualiti. Kolaborasi dengan pihak sekolah akan banyak membantu pengkaji mengumpulkan data. Kolaborasi dengan rakan pengkaji juga perlu untuk meminta bantuan merakamkan video serta membantu dalam membuat pemerhatian kepada subjek kajian. Kolaborasi dengan pensyarah pembimbing harus dilakukan agar segala maklumat dalam pengumpulan data dan ujian diagnostik merupakan data yang sah.

Kerelevanan kepada pihak sekolah Fokus kajian ini akan membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi muridmuridnya. Intervensi yang dijalankan akan membantu meningkatkan motivasi kendiri murid secara tidak langsung. Perkara ini akan mengurangkan masalah displin murid tersebut.

2.2 Tinjauan Litetatur berkaitan dengan Isu Kajian Pengenalan. Pelbagai penyelidikan telah dibuat untuk membentuk dan menyusun strategi pembelajaran yang lebih berkesan terhadap murid- murid. . Pembelajaran secara hafalan memerlukan daya ingatan yang kuat, tetapi ianya tidak dapat membentuk insan yang kritis dan kreatif malah ianya tidak sesuai di bagi murid bermasalah pembelajaran.

2.2.1 (teori/model/pendekatan/strategi berkaitan) Manakala,menurut Goodman,pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka. Oleh yang demikian, kaedah pandang sebut amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam menjalankan intervensi ini.
11

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Teori Pembelajaran Ausebel- Novak cuba memberikan satu huraian atau gambaran tentang bagaimana pembelajaran mengambil tempat dalam diri seseorang pelajar itu. Seterusnya bagaimana pelajar itu memproses maklumat baru dan bagaimana maklumat itu disimpan. Dua istilah yang sering digunakan dalam teori ini ialah pembelajaran hafalan berlaku apabila maklumat yang dipelajari tersimpan secara arbotari di dalam struktur kognitif individu. Dengan kata lain, maklumat baru tidak mempunyai hubungan psikologikal dengan konsep- konsep lain dalam makna- makna mereka (Novak ,1990) Bagi mencapai pembelajaran bermakna dengan berkesan, Novak telah menenkankan akan pentingnya pelajar- pelajar mempunyai pengetahuan tentang proses membina pengetahuan . Salah satu caranya adalah membina peta minda. Peta minda membantu pelajar memahami bahawa konsep memperolehi makna yang mereka lalui dengan konsep lain ( Siti Janah, 1999). Pada umumnya, peta minda sangat berguna untuk mengetahui persoalan tentang perubahan- perubahan dalam pengetahuan sains pelajar dan kemahiran- kemahiran penyelesaian masalah, mengolah data dan pencapaian dalam ujian penyelesaian masalah yang sukar. Ia juga membantu pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.

12

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

2.2.2 ( Kajian Lepas yang berkaitan)

Kajian tentang penggunaan peta minda Mengikut Novak (1990), peta minda merupakan teknik pedagogi untuk menolong pelajar- pelajar memilih secara menyeluruh bagaimana konsep- konsep baru dihubungkan dengan konsep- konsep terdahulu yang telah dipelajari. Peta minda dapat membantu pelajar menyusun konsep dan perkaitan antara satu sama lain. Penglibatan pelajar dalam proses pemetaan membolehkan mereka mendalami kefahaman mengenai apa yang dipelajari. Kajian oleh Aziziah (2000), adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan peta minda sebagai kaedah pengajaran dalam matapelajaran Sains Tingkatan 1. Kajian ini dijalankan untuk menilai penerimaan serta kesediaan pelajar menggunakan peta minda. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen ujian pra dan ujian pasca dengan sampel kajian seramai 58 orang pelajar. Hasil ujian pra menunjukkan pencapaian awal pelajar kedua- dua kumpulan adalah sama. Hasil ujian pasca menunjukkan peningkatan pencapaian bagi kedua- dua kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan, walaubagaimanapun peningkatan pencapaian yang lebih diperhatikan berlaku pada kumpulan eksperimen (yang menggunakan peta minda) berbanding kumpulan kawalan (diajar kaedah konvensional). Hal ini bermakna pengajaran dengan menggunakan peta minda adalah lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding dengan kaedah biasa. Melati 2008, kajian dijalankan untuk menentukan tahap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep sebagai alat pengajaran di kalangan guru berbeza pengalaman dan menentukan hubungan di antara pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan peta konsep di kalangan guru- guru Sains di Melaka. Kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan yang dilaksanakan melalui instrumen soal selidik. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif. Seramai 136 orang guru Sains dari 20 buah sekolah telah diambil secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan , sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru guru Sains di sekolah menengah Negeri Melaka berada di tahap yang tinggi.

13

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Manakala kajian oleh Aimi Shazmani 2008 yang bertujuan untuk mengetahui perbandingan kesan dari penggunaan dua kaedah pengajaran iaitu Kaedah Peta Minda dan Kaedah Inkuiri terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains Biologi Tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis. Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat di antara dua kaedah ini yang dapat memberikan peningkatan yang lebih baik ke atas pencapaian pelajar. Bilangan sampel kajian adalah seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 sains tulen yang dipilih secara rawak berkelompok. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soalan ujian pra dan ujian pasca Ujian-t juga digunakan untuk melihat samaada wujud ataupun tidak perbezaan signifikan antara pembolehubah-pembolehubah bagi kajian ini pada aras signifikan iaitu 0.05. Data dianalisis dengan mengunakan perisianStatistical Package For Social Science 14.0 (SPSS 14.0). Keputusan analisis menunjukkan bahawa perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Peta Minda ialah sebanyak 11.87 iaitu 23.4%. Manakala, perbezaan min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan Kaedah Inkuiri ialah sebanyak 16.53 iaitu 31.8%. Kesimpulannya, Kaedah Inkuiri telah memberikan kesan yang lebih baik. terhadap pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam topik Fotosintesis dengan perbandingan min sebanyak 4.66 iaitu 4.7%.

Kajian

yang

dijalanakan

oleh

Fatihah

2007

bertujuan

menyelidik

keberkesanan penggunaan peta minda dalam menguasai subtopik Mitosis dan Meiosis bagi Subjek Biologi di kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuatitatif yang bersifat kajian ekperimen secara kuasi. Bilangan sampel adalah seramai 60 orang pelajar Tingkatan Empat Sains dari sebuah sekolah menengah di.Kuala Lumpur. Kajian ini menggunakan soalan ujian untuk mendapatkan data. Soalan ujian ini terdiri daripada 12 soalan objektif dan 2 soalan struktur. Kajian rintis dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan ujian. Semua data dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan median, mod dan min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian Hasil kajian

menunjukkan peta minda berkesan membantu pelajar dalam menguasai subtopik mitosis dan meiosis. Kajian di atas disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Siti Sara, 2010 yang bertujuan melihat sejauh mana kaedah pembelajaran mengunakan teknik peta minda bersaiz poket dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam proses
14

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

pengajaran dan pembelajaran sains dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dalam tajuk Pelbagai sumber dan Bentuk Tenaga . Melibatkan seramai 60 orang pelajar dari sebuah kelas dalam Tingkatan Satu di sebuah sekolah yang terdiri daripada pelajar-pelajar pada tahap pencapaian yang pelbagai dalam mata pelajaran Sains. Kajian yang akan dijalankan ini adalah bersifat kuantitatif yang melibatkan ujian pra pada peringkat awal kajian (sebelum pengkaji memulakan aktiviti pembelajaran) dan diikuti oleh ujian pos (selepas aktiviti P&P yang dirancang telah dilaksanakan). Di samping itu juga, hasil daripada penyelidikan tindakan yang dilakukan olen Nurzazaliza 2010, melihat sejauh mana penggunaan peta minda dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan murid untuk mengingati fakta Sains bagi tajuk Living Things Undergo Life Processes. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang murid dari Tahun 4 Profesor, yang memperoleh markah sederhana dan rendah bagi mata pelajaran Sains dalam ujian bulanan. Data dikumpulkan melalui ujian iaitu ujian pra dan ujian pos serta temubual. Hasil analisis data mendapati responden menunjukkan peningkatan dalam ujian pos jika dibandingkan dengan ujian pra dengan seorang responden yang berjaya memperoleh markah penuh dalam ujian pos. Keputusan ini telah disokong lagi dengan sokongan daripada data temubual yang dilakukan. Empat responden telah dipilih dalam temubual ini dan berdasarkan temubual tersebut keempatempat responden mengakui penggunaan teknik peta minda berjaya membantu mereka untuk mengingati fakta- fakta sains dalam tajuk yang dipelajari sekaligus membantu dalam menjawab soalan ujian yang dilakukan. Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik peta minda adalah berkesan dalam membantu murid untuk meningkatkan keupayaan mengingati fakta Sains bagi tajuk Living Things Undergo Life Processes. Beliau juga mencadangakn supaya teknik ini diaplikasikan bagi tajuk sains yang lain serta menumpukan kepada kemahiran yang betul bagi penggunaan peta minda dalam pengajaran serta pembelajaran seperti konsep peta minda yang sebenar

15

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Istilah kajian Berikut dinyatakan beberapa istilah bagi perkataan atau rangkai kata bagi tajuk kajian penyelidikan ini. Perkara ini perlu untuk kefahaman yang tepat dan jitu bagi tajuk kajian supaya tujuan penyelidikan dapat dicapai secara maksimum. 1. Peta minda Peta minda adalah kunci utama untuk seseorang memantapkan daya ingatan yang rumit serta menguasai isi- isi penting sebuah buku. Cetusan idea Tony Buzan : seorang pakar Minda agung sejagat (Dilip Mukerjea, 1996) 2. Peta Konsep Gambarrajah gambarajah yang mengandungi konsep- konsep dan perkataan penghubung ( Abu Hassan, 1998)

Konsep sains(maksud konsep sains) *kena bgtau peta minda dari persepktif kajian kita.

Dalam konteks kajian ini, bentuk peta minda yang digunakan adalah carta alir. .

16

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

3.0 Objektif Kajian Bahagian ini menyatakan objektif umum dan objektif khusus kajian.

Melalui

objektif ini, diharapkan pengkaji mampu untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

3.1 Objektif Umum Meningkatkan daya ingatan murid slow- learner menggunakan kaedah peta minda terhadap konsep Sains.

3.2 Objektif khusus Melalui kaedah peta minda ini, 1. Murid boleh mengisi maklumat pada rajah grafik dalam peta minda yang dirangka oleh pengkaji. 2. Murid boleh membina peta minda sendiri tanpa bantuan pengkaji sekurang- kurangnya tiga bahagian. 3.3 Persoalan kajian Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan- soalan berikut : 1. Bagaimanakah penggunaan peta minda mampu meningkatkan daya ingatan murid slow- learner terhadap konsep Sains. 2. Sejauh manakah bahan sokongan (peta minda) dapat membantu murid slow-learner dalam mengingat konsep Sains. 4.0 Kumpulan sasaran Kandungan bagi tajuk ini menjelaskan secara terperinci profil murid yang terlibat dalam kajian 4.1 Kumpulan sasaran Seramai empat orang murid yang terdiri daripada kelas Ixora telah dikenalpasti untuk dijadikan subjek kajian tentang penggunaan peta minda bagi meningkatkan daya ingatan murid dalam mata pelajaran Sains. Keempat- empat orang murid lelaki yang terlibat dalam kajian ini. Lingkungan umur murid- murid tersebut sekitar 11 tahun. Mereka semua mempunyai masalah slow-learner. Profil demografi subjek kajian diperincikan dalam bentuk jadual seperti dalam Jadual 2.

17

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Masalah tingkah laku subjek kajian yang telah dikenalpasti di dalam kelas tersebut adalah suka berborak- borak dengan rakan sebelah semasa pengkaji sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, mereka juga tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Akibat daripada tingkah laku tersebut, subjek kajian tidak dapat mengingat isi pelajaran yang telah disampaikan oleh pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji berusaha untuk membantu murid menginganti konsep penting dalam sains menggunakan peta minda secara menyeluruh. Jadual 2 Bil. Nama murid Jantina Umur Kategori tingkalh laku pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 1 Murid A :Lelaki *penyakit dia Berborak dengan rakan sebelah 2 Murid B Lelaki Melakukan kerja rumah bagi subjek lain 3 4 Murid C Murid D Lelaki Lelaki Melihat ke luar kelas Berangan- angan

18

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

5.0 Tindakan yang dicadangkan 5.1 Kitaran Kajian 1 5.1.1 Perancangan 5.1.2 Tindakan 5.1.3 Pemerhatian 5.1.4 Refleksi 5.2 Cara pengumpulan Data / Penganalisisan Data 5.3 Cara Menganalisis Data Analisis data kajian dibuat dengan cara tertentu berdasarkan jenis instrumen kajian yang telah digunakan. Data temubual. 5.4 Perancanagan Pelaksanaan Tindakan 5.4.1 Jadual Pelaksanaan 5.4.1 Jadual pelaksanaan Berikut adalah jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan yang akan dijalankan. Kawasan yang berlorek menunjukkan tempoh masa yang akan dijalankan pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan. Bil Aktiviti 1 Febuari 2 3 4 1 Mac 2 3 4 1 2 April 3 4

Pengumpulan Data 1 2 3 4 Pemerhatian Temubual Ujian Pra Ujian Pos Perlaksanaan Tindakan 5 6 7 8 Perancangan Tindakan Tinjauan Refleksi
6 Jadual pengumpulan data dan pelaksanaan tindakan

Berikut adalah perancangan penuh proses kajian tindakan daripada mula penerimaan tugasan.
19

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Perkara / Aspek tindakan

Tarikh

Taklimat kajian tindakan

Jan 2012 Feb Mei 2012

Praktikum

Penyerahan kertas kerja cadangan

1 April 2012

Intership

Ogos 2012 Ogos Sept 2012

Penulisan laporan kajian tindakan

Penyerahan penulisan kajian tindakan

Sept 2012

Seminar Kajian Tindakan

Oktober 2012

5.4.2 Kos kajian Kos Keseluruhan RM 12.00 RM 150.00 RM 2.00 RM 164.00

Bil 1. 2. 3. Kertas A4

Bahan

Kuantiti 1 Rim 1 Set 1

Kos (1 Unit) RM 12 X 1 RM 150 X 1 RM 2 X 1

Dakwat Cetakan Komputer Gam

Jumlah Keseluruhan

20

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

RUJUKAN Azizah Abdullah. 2000. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam matapelajaran Sains di kalangan pelajar tingkatan satu. Projek Penyelidikan Program Sarjana Falkuti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Abu Hassan Kassim (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Kimia KBSM. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Monograf. Ausubel, D,P. Novak .J.D and Hanesien (1978). Educational Psychology. A Cognitive View. 2nd Education New York
Fosnot, C. T (1996). Constructivism : A Psychological Theory of Learning. In C.T Fosnot (Ed), Constructivism : Theory , Perpectives and Pratice. New York : Teachers College Press.

Grisstith, A.K & Perston, K.R. (1992). Grade-12 Student Misconception Relating Of Foundemental Chracteristics Of Atom and Molecules. Journal Of Research In Science Teaching. 29 (6), 611-628.
Kinchin, I.M. (2000a). Using Concept Map to Reveal Understanding : A Two Tier Analysis, School Sciene Riview.

Mei Chng dan Meng Seah, (1994). PSP: Primary Science 6 Teaching Guide. Second Edition. Singapore : CDIS. Melati binti Ahmad.2008. Kajian terhadap pengetahuan, sikap dan penggunaan peta konsep di kalangan guru sains di Melaka.sarjana pendidikan,ukm bangi Mukerjea D. (1996). Superbrain, Brainfinity, Braindancing. Retrieved Ogos 30, 2003 from http:// www.dilip @pacific.com.sg. Norihan Bt Abd. Ghani (2005), Kajian Keberkesanan Pengajaran Menggunakan Peta Konsep Bagi Subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran kimia tingkatan 4.sarjana muda pendidikan sains UPSI. Novak. J. D. (1990). Consept Mapping : A Useful Tool For Science Education. Journal Of Research In Science Teaching. 27 (10) : 937-947 Ong Eng Tiek. (2000). Kajian Sains dan Teknologi Untuk Sekolah Bestari. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Sains Berkonsepkan Sekolah Bestari. Pulau Pinang : Pusat SEAMEO. Siti Janah Bt Abdullah, (1999). Keberkesanan Penggunaan Peta Konsep Bagi Mengatasi Miskonsespi Dalam Biologi Tingkatan Empat. Ijazah Sarjana Pendidikan UPM, Serdang, Selangor.
21

Draf PT sem 7 2012 ( SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Yoton bin As un (2002). Keberkesanan penggunaan peta minda dalam proses pembelajaran tajuk ekosistem dinamik bagi pelajar tingkatan 4 sains. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains UPSI, Tanjung Malim, Perak

22

Anda mungkin juga menyukai