Anda di halaman 1dari 15

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 4 TEMENGGUNG BAGI

TOPIK HAIWAN VERTEBRATA MENGGUNAKAN KAEDAH DAM RIMBA

Oleh:
Noraini Binti Shafie
Guru Sains Tahun 4 SK Ibok

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan kefahaman murid bagi topik

haiwan invertebrata menggunakan kaedah Dam Rimba disamping

meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam mempelajari Sains.

Kajian ini melibatkan murid 4 Temenggung yang belajar di SK Ibok,

Kemaman. Ujian pra dan pos telah digunakan untuk mengumpul data

bagi kajian ini. Seterusnya, data dianalisis secara kualitatif dan

kuantitatif. untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan

kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan Dam Rimba

dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap matapelajaran

sains serta meningkatkan ingatan murid bagi fakta sains tentang ciri haiwan

vertebrata mengikut kumpulan Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung dan Amfibia

untuk jangka masa panjang.

1
PENGENALAN

Berdasarkan pengalaman lepas, saya telah mendapati murid- murid dapat menjawab soalan

yang dikemukakan semasa menjalankan proses pengajaran dan pemudahcaraan. Tetapi

apabila murid-murid dikehendaki untuk melengkapkan soalan-soalan dalam buku kerja,

mereka tidak dapat menjawab soalan dengan tepat dan betul. Saya berasa amat bimbang dan

kecewa. Saya telah memberikan penerangan yang lebih teliti semasa membuat

pembetulan tetapi kesilapan yang sama tetap dilakukan oleh murid-murid semasa ujian.

Khalid Mohamad Nor. (2005), daya ingatan mempunyai kesan penting ke atas prestasi

pelajaran. Saya percaya bahawa murid-murid tidak dapat ingat semula konsep yang

pernah diajar semasa membuat soalan ujian. Ini menunjukkan murid- murid masih tidak

faham akan konsep yang diajar dan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan ujian.

Setelah membuat refleksi terhadap pengajaran, saya telah membincangkan masalah

tersebut dengan rakan guru sains SK Ibok. Melalui kaedah Dam RIMBA yang kami

rancangkan diharap dapat membantu menarik minat murid-murid terhadap matapelajaran

sains dan membantu murid untuk mengingati fakta sains dan memahami tajuk haiwan

vertebrata dengan lebih baik.

Menurut Tony Buzan (2006), semua kanak-kanak suka benda-benda berwarna- warni

dan suka melukis. Jadi, saya ingin menggunakan pembelajaran Dam RIMBA untuk

meningkatkan kefahaman murid. Permainan Dam RIMBA merupakan suatu aktiviti yang

seronok bagi kanak-kanak serta dapat meningkatkan kefahaman dan daya ingatan murid,

disamping dapat mengembangkan kreativiti dan minat belajar murid.

2
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Murid tidak berminat dengan Sains apabila mereka diajar secara penerangan dalam bentuk

perkataan. Saya mendapati lima orang murid yang tidak memberi perhatian kepada saya.

Berdepan dengan masalah ini, saya telah menggunakan kaedah yang berbentuk hands-on

untuk menyampaikan isi kandungan Sains seperti eksperimen dan lukisan.

Bagi tajuk kumpulan Haiwan Vertebrata, murid kurang mendapat gambaran yang jelas

dengan hanya penerangan fakta . Jadi, saya turut mengaplikasikan kaedah visual seperti

lukisan dalam Sains untuk menjelaskan ciri-ciri dan sifat fizikal haiwal dalam kumpulan

Vertebarata. Namun begitu, murid masih keliru tentang isi pembelajaran yang telah diajar

kerana setiap kumpulan haiwan vertebrata ada yang mempunyai ciri-ciri yang hamper sama.

Oleh itu, kajian berkaitan kaedah bermain sambil belajar ini diharapkan mendapat hasil dan

respon yang baik dari murid-murid.

3
FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pemudahcaraan, walaupun saya telah mengesan

beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid tetapi saya telah fokuskan kajian

ini dengan menggunakan Dam RIMBA untuk meningkatkan kefahaman dan

mengingat fakta sains dalam kalangan murid bagi matapelajaran Sains.

Dam RIMBA adalah satu permaian yang digunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan

untuk meningkatkan daya ingatan melalui gambar berwarna dan nota di dalam dan Rimba

akan menjadi lebih mudah untuk diingati dengan hanya membaca sambil bermain. Oleh itu,

saya percaya bahawa maklumat yang disusun mengikut di dalam Dam Rimba adalah

lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang.

Dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan, terdapat pelbagai fakta dan

konsep akan diajar oleh guru. Kadang-kala, fakta yang disampaikan oleh guru kurang

diingati oleh murid. Oleh itu, saya percaya bahawa dengan penggunaan Dam RIMBA dapat

membantu murid-murid mengingat fakta sains untuk jangkamasa Panjang.

4
Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada kaedah permainan “Dam RIMBA ” dapat

a) Meningkatkan minat murid tahun 4 Temenggung dalam sub topik haiwan Invertebrata.

b) Meningkatkan kefahaman dan ingatan murid tahun tahun 4 Temenggung tengtang Kumpulan

Haiwan Vertebrata dan ciri-ciri.

Soalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, soalan-soalan kajian adalah

a) Bagaimanakah kaedah permainan “Dam RIMBA” dapat meningkatkan minat murid tahun empat

Temenggung dalam mempelajari subtopik kumpulan haiwan vertebrata?

b) Sejauh mana kaedah permainan “Dam RIMBA” dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid

tahun empat dalam pembelajaran subtopik kumpulan haiwan vertebrata ?

Kumpulan Sasaran

Kajian dijalankan ke atas 6 orang murid tahun empat Temenggung yang belajar di Sekolah

Kebangsaan Ibok Kemaman, Terengganu. Sepuluh orang murid adalah dari kelas yang sama. Semua

peserta kajian mempunyai tahap pencapaian yang lemah dalam mata pelajaran Sains.

5
AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Tinjauan Masalah

Saya telah menentukan topik pengajaran saya iaitu mengenalpasti ciri-ciri haiwan vertebrata

mengikut kumpulan Amfibia, Mamalia, Reptilia, Burung dan Ikan. Kemudian, saya

melaksanakan pengajaran dengan menggunakan lukisan gambar untuk menjelaskan isi

pelajaran topik tersebut. Pengumpulan data melalui ujian pra dilaksanakan. Seterusnya, saya

telah merancang semula pengajaran saya mengikut kaedah permainan Dam RIMBA.

Aktiviti Permaian Dam RIMBA

Murid bermain dam sambil mengingati fakta sains ciri-ciri haiwan vertebrata mengikut

kumpulan Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung dan Ayam (RIMBA). Dalam permainan ini,

murid dapat menghafal ciri-ciri haiwan mengikut kumpulan RIMBA daripada nota yang

disisipkan pada dam bersama gambar

contoh haiwan mengikut Kumpulan RIMBA. Murid akan diberi ujian pasca setelah mereka

selesai bermain untuk menguji semula tahap pencapaian murid.

RAJAH 1: Contoh Permainan Dam RIMBA

6
ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Dapatan Daripada Ujian

Keenam-enam orang murid kajian telah menjalani ujian awal sebelum kajian dijalankan dan

ujian kesan tindakan selepas kajian dijalankan. Jadual 1 menunjukkan markah ujian awal

pencapaian murid.

Analisis Ujian Pra

Murid Markah Ujian Pra

Ikhwan 4/15

Hanania 3/15

Haiqal 4/15

Daniel 5/15

Suriana 5/15

Syazwan 5/15

JADUAL 1 : Pencapaian Ujian Pra

Setelah murid menjalani Ujia Pra murid diajar topik Kumpulan Haiwan Invertebrata menggunakan

Kaedah Permaian Dam RIMBA. Murid bermain sambil menghafal ciri-ciri haiwan invertebrate

mengikut Kumpulan Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung, Ayam. Dam RIMBA juga terdapat gambar

berwarna contoh haiwan vertebrata mengikut kumpulan. Setelah selesai bermain mereka diberi ujian

post sekali lagi untuk menguji pencapaian murid dan menilai keberkesanan kaedah permianan ini.

7
Analisis Ujian Pasca

Murid Markah Ujian Pasca

Ikhwan 9/15

Hanania 6/15

Haiqal 5/15

Daniel 7/15

Suriana 9/15

Syazwan 7/15

JADUAL 1: Pencapain Ujian Pasca

Permainan Dam RIMBA ini dapat menarik murid dan mereka seronok belajar. Mereka dapat

membaca nota sambil bermaian dan menghafal fakta-fakta sains. warna dan gambar pada

dam dapat menarik minat mereka untuk mengingat fakta sains. Namun begitu peningkatan

pencapaian mereka didalam Ujian Pasca hanya menunjukkan sedikit peningkatan.

8
Perbandingan Pencapaian Ujian Pra dan Pasca

Graf 1 : Perbandingan Penacapaian murid Ujian Pra dan Pasca

Berdasarkan Graf diatas tiga orang murid menunjukkan peningkatan yang agak sedikit.

Masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki kaedah permaianan Dam RIMBA. Tiga orang

murid yang menunjukkan peningkatan yang sedikit masih tidak dapat mengingati fakta sains

hanya dengan bermain. Mereka perlu diberikan aktiviti tambahan yang berbentuk hands on

untuk membantu daya ingatan mereka untuk mengingat fakta sains.

9
CADANGAN

Selepas mengkaji dapatan kajian saya, saya mendapati terdapat beberapa perkara yang

masih boleh ditambahbaikan lagi. Antaranya adalah cadangan untuk kajian lanjutan

pada kitaran seterusnya.

a. Memberikan ganjaran dan galakan kepada murid-murid yang kreatif supaya

menjadikan galakan kepada mereka.

b. Menyediakan soalan sisipan bersama Dam RIMBA.

c. Memberi perhatian terhadap murid-murid yang mempunyai tahap penerimaan rendah.

d. Menggalakkan murid-murid membuat nota yang terdapat dalam Dam RIMBA

menggunakan peta i-think supaya lebih mudah mengingati dan menjimatkan masa

semasa membuat ulangkaji.

10
Rujukan :

Prof. Khalid Mohamad Nor. (2005). Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan Di
Universiti. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd

Tony Buzan. (2006). The mind map book: Full colour illustrated edition. London: BBC Active

11
KITARAN KEDUA

MERANCANG SEMULA

Dapatan daripada kajian yang telah dijalankan masih terdapat 2 orang murid mendapat keputusan

ujian yang tidak mencapai tahap yang baik. Peningkatan yang ditunjukkan agak rendah

berbanding dengan murid yang lain. Penggunaan Dam RIMBA masih belum cukup untuk

membantu murid tersebut menguasai topik Invertebrata dengan baik. Oleh itu permainan Dam

RIMBA ditambah baik dengan penggunaan peta I-Think.

Murid bermain Dam RIMBA sambil membina peta i-think iaitu peta dakap untuk membuat

pengelasan kumpulan haiwan Vertebrata dan ciri-ciri haiwan vertebrata mengikut Kumpulan

Reptilia, Ikan, Mamalia, Burung dan Ayam. Melalui pembinaan peta I-Think diharap dapat

membantu murid ini untuk mengingat fakta sains dengan lebih baik. Setelah itu murid tersebut

diberi soalan ujian pasca sekali lagi untuk menguji tahap kefahaman dan ingatan mereka.

12
AKTIVITI BERMAIN SAMBIL MEMBINA PETA I-THINK

13
PEMERHATIAN

Hasil daripada ujian pasca kali kedua yang diberikan telah menunjukkan peningkatan pencapaian

murid dalam mengusai topik haiwan vertebrata. Penggunaan peta i-Think iaitu peta dakap telah

membantu murid untuk mengingat dan menguasai pengelasan haiwan vertebarata mengikut

kumpulan serta ciri-ciri setiap kumpulan haiwan vertebrata yang mereka pelajari.

Perbandingan keputusan Ujian Pasca 1 dan Ujian Pasca 2


14

12

10

0
HARNANI HAIQAL

UJIAN PASCA 1 UJIAN PASCA 2

14
REFLEKSI

Permainan dan penggunaan i-think dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu murid-

murid-murid yang tahap penguasaan sederhana. Mereka akan merasa seronok bermain dalam

masa yang sama mereka akan belajar mengingat dan mneguasai fakta sains melalui aktiviti

pembinaan peta i-thnik. Penggunaan peta dakap sangat sesuai untuk murid membuat pengelasan

haiwan mengikut kumpulan dan ciri-ciri haiwan setiap kumpulan yang mereka kelaskan. Dua

kaedah permainan dan peta i-think ini telah membantu murid untuk menguasai topik haiwan

vertebrata dengan lebih baik. Malahan melalaui aktiviti ini mereka akan merasa lebih seronok

dan dapat menarik minat murid serta mengubahkah persepsi murid bahawa sains bukanlah satu

mata pelajaran yang membosankan.

15

Anda mungkin juga menyukai