Anda di halaman 1dari 4

6.

0 Analisis Item Soalan Subjektif

Analisis item bagi soalan subjektif sains tahun lima dapat diihat dalam jadual Analisis
Item Subjektif. Dalam jadual berikut, dapat dilihat bahawa hampir keseluruhan murid dapat
menjawab soalan dengan betul. Terdapat tiga orang murid yang menjawab semua soalan
dengan betul dan tepat. Manakala, terdapat 9 orang murid yang gagal menjawab semua
soalan dengan tepat. Meskipun begitu, 9 orang murid tersebut hanya gagal menjawab satu
soalan dengan tepat sahaja.

Soalan satu subjektif yang dibina adalah soalan berbentuk aras rendah dan aras
tinggi. Contohnya, soalan tentang menyatakan pemerhatian adalah soalan aras rendah.
Manakala, soalan meramalkan kemungkinan yang akan berlaku dan langkah yang perlu
diambil jika berlaku kebakaran adalah soalan berfikiran aras tinggi. Manakala, soalan dua
untuk subjektif sains tahun lima adalah juga berbentuk aras tinggi dan aras rendah. Soalan
aras rendah adalah soalan dimana pengkaji meminta murid untuk menyatakan ciri khas
haiwan kumpulan X dan Y. Manakala, soalan aras tinggi pula adalah soalan ramalkan
tingkah laku seekor kura-kura apabila didekati oleh haiwan pemangsa. Soalan berkenaan
menamakan dua contoh haiwan yang boleh dimasukkan ke dalam kumpulan haiwan Y
adalah soalan yang boleh berbentuk KBAT dan juga KBAR. Ini kerana melalui soalan ini,
murid perlu berfikir di luar kotak dan mengaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan
yang lalu supaya murid dapat menjawab dengan betul.

Terdapat 9 orang murid yang memberikan jawapan gajah bagi soalan 2 (c). Pada
pendapat saya, hal ini kerana, murid keliru dengan bahagian anggota badan yang terdapat
pada gajah. Gading gajah yang kelihatan seperti tanduk menyebabkan murid menjawab
gajah sebagai haiwan yang melindungi diri menggunakan tanduk sama seperti haiwan Y
iaitu kerbau dan rusa. Oleh sebab itu, guru berperanan dalam memastikan bahawa murid
benar-benar faham akan suatu bahagian tubuh badan haiwan.

Kesimpulannya, pengkaji sedar bahawa kelemahan diri dalam pembinaan soalan

KBAT masih pada tahap yang rendah. Meskipun soalan yang dibina masih terdapat banyak
soalan KBAR namun masih ramai murid yang gagal menjawab dengan betul. Ini
menunjukkan bahawa sedikit sebanyak murid-murid tersebut masih kurang menguasai
keseluruhan topik yang terdapat dalam ujian tersebut. Oleh sebab itu, guru sains mereka
perlu memainkan peranan untuk memastikan bahawa murid mereka dapat meningkatkan
pencapaian dan penguasaan mereka terhadap mata pelajaran sains.
6.0 Analisis Item Soalan Subjektif

7.0 Rumusan

Berdasarkan kepada hasil analisis ujian yang telah dijalankan, satu rumusan umum
yang dapat dibuat oleh pengkaji adalah ujian yang dibina adalah ujian yang baik. Terdapat
beberapa kekuatan yang dapat yang mendorong kepada penghasilan ujian yang baik ini.
Antara kekuatannya adalah kerjasama setiap murid semasa menjawab item-item ini
memainkan peranan yang sangat besar. Meskipun begitu, terdapat juga kelemahan semasa
pentabdiran ujian ini dijalankan. Antara kelemahan semasa pentadbiran ujian ini adalah
murid tidak bersedia untuk menjawab kertas soalan tersebut. Hal ini kerana, pengkaji tidak
memaklumkan terlebih dahulu kepada murid untuk membuat persediaan awal bagi
menjawab soalan. Pengkaji terus mentadbir ujian meskipun murid tidak melakukan ulang
kaji. Walaupun begitu, satu pujian wajar diberikan kepada murid yang menjawab kertas
soalan ini. Hal ini kerana, meskipun mereka tidak sempat mengulang kaji mata pelajaran
sejarah tersebut namun mereka masih boleh menjawab dengan baik. Sekiranya, murid
diberi peluang untuk membuat persediaan terlebih dahulu, maka pengkaji yakin bahawa
keputusan yang akan diperoleh adalah lebih baik.

8.0 Penutup

Kesimpulannya, setiap guru perlu menguasai kemahiran dalam menjalankan

pentaksiran kepada murid. Melalui pentaksiran inilah, guru dapat mengetahui sejauh mana
kefahaman dan pencapaian murid dalam kemahiran yang telah diajar. Justeru itu, guru
dapat membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah agar lebih bermanfaat kepada murid. Sebagai bakal guru,
ilmu dan kemahiran ini perlu diterapkan semasa berada di sekolah.
RUJUKAN

Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mohd Sahandri Gani Hamzah, Che Nidzam Che
Ahamd, Mazlini Azman, Noraini Mohamed Noh & Shafini Suhaimi. (2014).
Pembinaan Instrumen Amalan Pentaksiran Guru Matematik Sekolah
Menengah.
Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, Vol 4. 1-14.

Boon Pong Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Siri Pendidikan
Guru: Pentaksiran dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd : Selangor.

Anda mungkin juga menyukai