Anda di halaman 1dari 3

1. Bincangkan kegunaan soalan esei sebagai alat pentaksiran?

Apakah maksud Pentaksiran? - proses pengumpulan, analisis, sintesis &


interpretasi keseluruhan maklumat yg berkaitan dengan P&P.
• Tujuannya? - membantu pihak sekolah membuat keputusan untuk
penambahbaikan P&P.

Menurut Stalnaker (1951), sebuah esei adalah sebuah item ujian yang
memerlukansuatu respon dikomposisi oleh pengambilujian, selalunya dalam
bentuk satu atau lebihayat yang bersifat tiada satu respon atau corak respon
boleh disenaraikan sebagai betul, danketepatan dan mutunya boleh
dipertimbangkan secara subjektif sahaja oleh seorang yang mahir atau tahu
dalam mata pelajaran”(diterjemah). Walaupun takrif telahdiberi lama dahulu,
ianya merupakan suatutakrifan yang lengkap. Dengan menghurai takrif ini,
Reiner, Bothell, Sudweeks danWood (2002), berhujah bahawa untuk
menjadisebuah soalan esei, ia harus memenuhi

EMPAT kriteria:
1.Pelajar harus mengkomposisi bukannya memilih responnya atau
jawabannya.Dalam soalan esei, pelajar harus membina jawaban mereka sendiri
danmemutuskan apa bahan harus dimasukkan dalam responnya. Soalan
ujianobjektif (soalan aneka pilihan, betul-salah, memadankan) memerlukan
pelajar memilih jawaban daripada suatu senarai jawaban berkemungkinan.

2.Respon atau jawaban yang pelajar berikan akant e r d i r i d a r i p a d a s a t u


a t a u lebih ayat . Pelajar tidak respon dengan“y a”atau“ tidak ” tetapi
sebaliknyaharus merespon dalam bentuk ayat. Mengikut teori panjangnya
jawaban tiadahad. Walau bagaimanapun, selalunya panjangnya jawaban
ditentukan olehsoalan dan had waktu yang diperuntukkan untuk soalan tersebut.

3.Tiada sebarang respon atau jawaban yang betul.


Dalam erti kata lain, soalanharus dikomposisi agar ia tidak meminta satu sahaja
respon yang betul.Sebagai contoh, soalan,“Siapakah yang membunuh J.W.W.
Birch?” mentaksir pengingatan kembali secara verbatim atau daya hafalan dan
bukankeupayaan berfikir. Dengan itu, ia tidak boleh dikira sebagai soalan esei.
Anda boleh mengubah soalan itu menjadi,“Siapakah membunuh J.W.W. Birch
dan jelaskan faktor yang membawa kepada pembunuhan tersebut ”. Sekarang
iasudahpun menjadi soalan esei yang mentaksir keupayaan pelajar berfikir
danmemberi sebab pembunuhan, disokong oleh bukti yang berkenaan.
4. Ketepatan dan mutu respon atau jawaban esei mesti dipertimbang
secara s u b j e k t i f o l e h p a k a r dalam mata pelajaran berkenaan: Ciri-ciri
soalan eseisebegitu sehinggakan hanya pakar dalam mata pelajaran
bolehmempertimbangkan sejauh mana respon (atau jawaban) esei itu lengkap,
tepatdan relevan. Soalan esei yang baik menggalak pelajar berfikir
denganmendalam tentang jawaban mereka yang hanya boleh dipertimbang oleh
yangmempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang berkenaan. Dengan
itu,kemahiran kandungan amat penting untuk penulis dan penggred soalan esei.

Soalan esei digunakan untuk mentaksir pembelajaran kerana sebab-sebab


yang berikut:

Soalan esei memberi cara yang berkesan untuk mentaksir hasil pembelajaran
kompleks. Ia membolehkan seseorang mentaksir keupayaan pelajar mensintesis
idea, menyusun, dan mengekspresi idea dan menilai bernasnya suatu
idea.Keupayaan ini tidak boleh ditaksir dengan berkesan menggunakan item
ujian kertas-dan-pensil yang lain.

Soalan esei membenarkan pelajar menunjukkan pertimbangan mereka.


Soalan esei bukan hanya membenarkan pelajar mempersembahkan jawapan
kepada soalan tetapi juga menerangkan bagaimana mereka sampai kepada
rumusan mereka. Ini membolehkan guru mengetahui cara pelajar melihat dan
menyelesai masalah. Dengan kefahaman itu, guru boleh mengenal pasti masalah
yang mungkin dihadapi pelajar dalam proses pertimbangannya dan membantu
mereka mengatasi masalah tersebut.

Soalan esei menyediakan pengalaman autentik .Membina respon


adalahlebih hampir kepada kehidupan sebenar daripada memilih respon
(sepertidalam kes ujian objektif). Menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan adalah kemahiran kehidupan yang penting yang memerlukan
keupayaan membina penyelesaian atau keputusan dan bukan memilih
penyelesaian atau keputusan daripada suatu set kemungkinan yang terhad. Di
dalam kehidupan bekerja sebenar tidak mungkin seorang majikan
memberikan suatu senarai empat pilihan untuk dipilih oleh pekerjanya apabila
diminta menyelesai suatu masalah! Selalunya, pekerja itu diperlukan untuk
membina suatu respon.Maka, item esei adalah lebih hampir kepada kehidupan
sebenar daripada soalan ujian objektif kerana dalam kehidupan sebenar pelajar
selalunya membina respon, bukan memilihnya..

Anda mungkin juga menyukai