Anda di halaman 1dari 15

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MIRI


JALAN BAKAM, PETI SURAT 1387,
98007 MIRI, SARAWAK.

NAMA PENGKAJI
BAHJAH FAZANAH BINTI SOHOR
NOOR AIZIDAWANIE BINTI TAHIR

LAPORAN KAJIAN TINJAUAN

“MASALAH MENGANTUK SEMASA PdP”


2

PENGHARGAAN

Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya dapat juga kami
menyiapkan penyediaan kertas cadangan penyelidikan tindakan ini dengan sempurna . Walaupun
banyak halangan dan rintangan yang kami hadapi dalam menyiapkan tugasan ini tetapi berkat
kesabaran dan dorongan dari semua pihak yang terlibat, kajian ini berjaya juga siapkan. Di kesempatan
ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan Pengetua, Ustaz Ahmad
Fauzi bin Yaakob kerana telah memberi kebenaran untuk kami menjalankan kajian tindakan ini. Akhir
sekali ribuaan penghargaan yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa
memahami, memberi galakan dan semangat serta mendoakan kejayaan ini. Kalian tetap dalam ingatan
dan jasa kalian terpahat dalam sanubari dan tidak akan dilupakan. Semoga kajian ini dapat memberi
manfaat dan kebaikan kepada semua pihak terutamanya dalam terus menjulang prestasi akademik
sekolah. Terima kasih semuanya.
3

1. 0 PENGENALAN

Masalah mengantuk dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu masalah yang biasa
tetapi jika tidak ditangani dengan cara yang betul, akan mendatangkan banyak masalah dalam
PdP. Mengikut kamus Dewan, ( 2007 ) mengantuk ialah satu keadaan berasa hendak tidur.

Biasanya mengantuk dikaitkan dengan keadaan tidak cukup tidur. Tidur yang cukup antara
8 hingga 9 jam sangatlah diperlukan untuk kecergasan mental, daya ingatan yang tinggi,
keupayaan menyelesaikan masalah, kesihatan secara keseluruhan dan juga mengurangkan risiko
kemalangan (Yayasan Tidur Kebangsaan, Amerika Syarikat, 2002). Sekolah Perubatan
Universiti Pennsylvania (2003) menjalankan kajian yang menunjukkan prestasi kognitif
menyusut jika kita tidur kurang dari 8 jam.

Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda ( Universiti Chicago, 2002 ). Seorang
pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, menjalankan kajian kesan kurang tidur ke atas tentera-
tentera yang mengendalikan peralatan ketenteraan yang canggih. Beliau telah mendapati, fungsi
otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi,
akan terjejas apabila seseorang tidak mendapat tidur yang cukup dan otak mengambil masa yang
lama untuk pulih seperti sedia kala.

Semasa tidur, maklumat jangka panjang disimpan di dalam otak. Mereka yang selalu tidur
lewat seperti pelajar yang mengulang kaji pelajaran hingga lewat malam, proses penyimpanan
maklumat ini akan terganggu. (Ustazah Hajah Rokayah Hj Chem, Radio Nasional Sarawak, 29
Jun 2015).

2. 0 REFLEKSI MASALAH

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan salah satu proses yang penting bagi
seorang guru dan pelajar. Hal ini adalah kerana, melalui proses PdP, guru menyampaikan
maklumat dan segala input berkaitan dengan subjek yang diajar.

Melalui pemerhatian saya, dalam proses PdP subjek Matematik Tambahan, didapati
kebanyakan pelajar sering mengantuk dan tidak fokus terhadap proses PdP tersebut. Banyak
kaedah yang telah dilakukan untuk menjadikan pelajar bergerak aktif seperti mengadakan
perbincangan dalam kumpulan, permainan Matematik, tetapi semua kaedah itu seolah-olah tidak
memberi kesan seperti yang diharapkan.

Masalah mengantuk ini berlaku dalam setiap tingkatan tidak kira masa sama ada di awal
pagi atau masa terakhir P d P. Bila ditanya kepada pelajar, jawapan mereka ialah:
4

(a) tidak cukup tidur,


(b) banyak sangat aktiviti, tiada masa untuk berehat,
(c) banyak sangat kerja rumah.

Melalui tembual bersama rakan-rakan guru juga, kebanyakannya memberi respon bahawa
situasi yang sama juga dialami oleh mereka iaitu kebanyakan pelajar mengantuk ketika di dalam
kelas. Apabila pelajar mengantuk di dalam kelas, ia menyebabkan para pelajar kurang fokus. Ini
menjadikan mereka tidak memahami konsep yang diajar menyebabkan mereka merasakan
Matematik Tambahan satu subjek yang sangat susah untuk difahami. Mereka tidak dapat
mengaitkan konsep yang telah dipelajari dengan konsep yang sedang diajar. Seringkali pelajar
tidak dapat menjawab soalan kuiz yang diberikan dan saya akan mendenda pelajar (berdiri) jika
pelajar gagal memberikan jawapan yang betul dan tepat. Keadaan ini berterusan sampaikan
pelajar bosan dan saya sendiri berasa penat menerangkan langkah penyelesaian berkali-kali.

Justeru, daripada isu ini, timbul idea saya dan Cikgu Noor Aizidawanie untuk membuat
kajian tinjauan mengenai masalah mengantuk sewaktu PdP.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan refleksi di atas, pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa
guru mengajar adalah disebabkan mereka mengantuk. Masalah mengantuk ini jadi semakin
meruncing dalam kalangan pelajar-pelajar tingkatan 5. Sebagai guru yang mengajar subjek
Matematik Tambahan, keadaan ini amat merisaukan saya. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar
ini bakal menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti. Mereka perlu memberi
lebih tumpuan semasa guru sedang mengajar untuk membolehkan mereka memahami segala
yang diajar. Mereka tidak mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran bagi tajuk
Tingkatan 5. Jadi, amatlah penting mereka boleh mengikuti apa yang diajar oleh guru di dalam
kelas.

Kajian ini penting, kerana melalui kajian ini, kita dapat mengetahui punca-punca pelajar
mengantuk di dalam kelas. Melalui kajian ini juga, kita akan dapat gambaran masalah
mengantuk dalam kalangan pelajar tingkatan 5 dan boleh memberi maklumat kepada pihak
sekolah supaya sesuatu boleh dilakukan sebelum pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan
SPM. Akhir sekali, kajian ini juga bertujuan untuk mencari cara penyelesaian bagi masalah
mengantuk.

3.1 Pelajar
5

Menyatakan kepada pelajar, betapa pentingnya memberi tumpuan semasa guru sedang
mengajar semasa PdP sedang berjalan. Pelajar mesti memahami apa yang diajar di dalam kelas,
dan bertanya serta-merta apa yang tidak difahami.

3.2 Guru

Memberi kesedaran kepada guru bahawa sangat penting menangani masalah mengantuk di
dalam kelas terutamanya dalam kalangan calon-calon peperiksaan. Guru perlu memahami
sebagai pelajar asrama banyak kerja yang perlu pelajar lakukan sendiri. Hal ini juga
menyebabkan mereka kekurangan masa untuk berehat.

3.3 Sekolah

Menyatakan kepada pihak sekolah serta pentadbir betapa pentingnya tumpuan semasa PdP
sedang dijalankan terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Tumpuan dalam
kelas akan meningkatkan kefahaman pelajar, seterusnya akan meningkatkan prestasi SPM.
Sebagai pembentuk dasar-dasar dan sistem peraturan sesebuah sekolah, sangat penting pihak
pengurusan dan pentadbiran mengkaji semula jadual belajar dan aktiviti pelajar asrama.

4.0 PERSOALAN KAJIAN


Yang berikut merupakan persoalan-persoalan yang dinyatakan dalam kajian ini.
(a) Apakah subjek yang sering pelajar mengantuk di dalam kelas?
(b) Apakah punca masalah mengantuk dalam kalangan pelajar tingkatan 5?
(c) Apakah langkah mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar?

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang masalah
mengantuk di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 5R dan 5N. Secara terperincinya, objektif
kajian adalah seperti berikut:

(a) Mengenalpasti subjek yang sering pelajar mengantuk di dalam kelas.


(b) Mengenalpasti punca masalah mengantuk dalam kalangan pelajar tingkatan 5.
(c) Mencadangkan langkah mengatasi masalah mengantuk dalam kalangan pelajar.

6. 0 BATASAN KAJIAN
6

Kajian ini hanyalah satu kajian tindakan yang dijalankan kepada sekelompok pelajar
tingkatan 5 sekolah menengah sahaja. Kajian ini melibatkan 43 orang pelajar tingkatan 5N dan
5R. Borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk diisi. Pelajar-pelajar yang terlibat
akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Kajian ini terbatas hanya pada faktor-faktor
yang menyebabkan para pelajar mengantuk ketika PdP di dalam kelas.

7.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil. AKTIVITI TARIKH


1. Mengenalpasti masalah dan mengumpul data awal. 8 Mei 2015
2. Menulis proposal kajian 11 Mei 2015
3. Mencetak borang soal-selidik ( pre-test ) 25 Mei 2015
4. Mengumpul data pre-test 26 Mei 2015
5. Menambahbaik borang soal-selidik 27 Mei 2015
6. Mengumpul data post- test 28 Mei 2015
7. Menambahbaik borang soal selidik 29 Mei 2015
8. Mencetak borang soal-selidik 16 Jun 2015
9. Mengumpul data 19 Jun 2015
10. Menganalisa data 22 Jun 2015
11. Menulis laporan kajian 23- 28 Jun 2015
12. Menghantar laporan kepada pihak pengurusan 29 Jun 2015
sekolah
13. Menghantar laporan ke PPD 30 Jun 2015

8.0 KOS KAJIAN

Bil. Perkara Kos

1. Fotostat borang soal-selidik Menggunakan kemudahan mesin fotostat


sekolah.

2. Makan dan minum pelajar yang RM 35.00 (Ditanggung oleh pengkaji)


membantu

9.0 DAPATAN DAN LAPORAN


7

ASRAMA 35
HARIAN 8
JUMLAH 43

Jadual 1: Kategori responden

Data dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti responden terdiri daripada pelajar asrama
iaitu seramai 35 orang dan 8 orang merupakan pelajar harian.

MELAYU 33
LAIN-LAIN KAUM 10
JUMLAH 43

Jadual 2: Bilangan responden mengikut kaum

Data dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah
seramai 43 orang iaitu 33 orang terdiri daripada kaum Melayu dan 10 orang terdiri daripada lain-
lain kaum.

SUBJEK BIL PELAJAR


MENGANTUK
BAHASA MELAYU 5
BAHASA INGGERIS 9
SEJARAH 28
MATEMATIK 9
MATEMATIK TAMBAHAN 18
BAHASA ARAB 8
PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH 24
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH 17
KIMIA 30
FIZIK 28
BIOLOGI 8

Jadual 3: Bilangan pelajar mengantuk mengikut subjek


8

9.1 Analisis Borang Soal Selidik

Bil Penyataan Ya Tidak


1. Adakah anda mengantuk di dalam kelas? 35 8
2. Adakah cara guru mengajar menyebabkan anda mengantuk? 35 8
3. Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan menyebabkan anda 17 26
mengantuk?
4. Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam? 17 26
5. Adakah aktiviti kokurikulum yang menyebabkan anda mengantuk di dalam kelas? 17 26
6. Adakah waktu yang diperuntukkan dalam PdP terlalu panjang menyebabkan anda 35 8
bosan dan mengantuk?
7. Adakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam menyebabkan anda 28 15
tidur lewat?
8. Adakah dengan adanya banyak kerja rumah membuatkan anda tidur lewat dan 39 4
mengantuk di dalam kelas pada waktu PdP?
9. Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat? 20 23
10. Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat? 33 10
11. Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di dalam kelas semasa 24 19
PdP?
12. Adakah dengan mendengar sahaja tanpa melakukan aktiviti menyebabkan anda rasa 39 4
mengantuk di dalam kelas?
13. Adakah dengan membaca buku teks yang tebal menyebabkan anda bosan dan 30 13
mengantuk di dalam kelas?
14. Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar menyebabkan anda 26 17
mengantuk?
15. Adakah alat/bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru kurang menarik dan 16 27
menyebabkan anda mengantuk?
16. Adakah guru sentiasa berleter menyebabkan anda tertekan dan terus mengantuk? 28 15
17. Adakah anda terlalu penat bersukan di padang pada waktu petang menjadikan anda 9 34
mengantuk sewaktu prep malam?

Jadual 4 : Analisis soal selidik


9

Berdasarkan soal selidik, didapati 35 orang pelajar mengantuk di dalam kelas. Mereka
mengatakan bahawa cara guru mengajar menyebabkan mereka mengantuk. Manakala 17 orang
setuju bahawa suasana di dalam kelas kurang meyenangkan menyebabkan mereka mengantuk,
dan juga mereka suka tidur lewat pada waktu malam. Selain daripada itu, 17 orang juga
menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum yang menyebabkan mereka mengantuk di dalam
kelas. Tiga puluh lima orang setuju bahawa waktu PdP yang terlalu panjang menyebabkan
mereka bosan dan mengantuk dan 28 orang setuju bahawa aktiviti yang mereka lakukan pada
lewat malam menyebabkan mereka tidur lewat seterusnya mengantuk di dalam kelas. Seramai 39
orang setuju bahawa kerja rumah yang banyak membuatkan mereka tidur lewat dan mengantuk
semasa PdP. Dua puluh orang menyatakan mereka mengantuk sebelum waktu rehat dan
bilangan ini meningkat kepada 33 orang selepas waktu rehat. Namun demikian, hanya 24 orang
setuju bahawa bangun terlalu awal menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas. Yang
paling ketara, 39 orang setuju bahawa mendengar sahaja tanpa melakukan aktiviti menyebabkan
mereka mengantuk di dalam kelas. Tambahan pula 30 setuju dengan membaca buku teks yang
tebal menyebabkan mereka bosan dan mengantuk di dalam kelas. Ada juga yang setuju iaitu 26
orang, bahawa guru yang kurang ceria semasa mengajar menyebabkan mereka mengantuk.
Hanya 16 orang yang setuju bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru kurang menarik
dan menyebabkan mereka mengantuk. Agak memeranjatkan seramai 28 orang yang setuju
bahawa guru yang sentiasa berleter menyebabkan mereka tertekan dan terus mengantuk.
Sembilan orang sahaja yang setuju apabila mereka terlalu penat bersukan di padang pada waktu
petang menyebabkan mereka mengantuk semasa prep malam.

Bil Penyataan Setuju TidakSetuju


1. Beri ruang untuk pelajar mandi sebelum
bermulanya prep selama 30 minit 23 20
2. Prep dimansuhkan 39 4
3. Masa PdP dipendekkan kepada 30 minit satu
waktu 26 17

Jadual 5 : Cadangan pelajar untuk mengelakkan masalah mengantuk di dalam kelas.

Untuk mengelakkan pelajar mengantuk semasa prep petang, 23 orang pelajar setuju supaya
mereka diberi ruang untuk balik ke asrama selama 30 minit untuk mandi dan bersalin pakaian.
Sangat memeranjatkan semua responden yang tinggal di asrama iaitu 39 orang, setuju supaya
prep petang dimansuhkan, dan 26 orang setuju masa PdP dipendekkan kepada 30 minit untuk
satu waktu.
10

9.2 Lain-lain cadangan

Bil. Cadangan Bilangan pelajar yang


memberi cadangan
1. Dibenarkan untuk balik ke asrama selepas subuh- 5
Peraturan asrama 2011
2. Jangan beri terlampau banyak kerja rumah 6
3. Membenarkan pelajar membawa mp3 di asrama dan 2
prep seperti SM Sains
4. Waktu prep petang digantikan dengan bersukan dan 2
berehat.
5. Beri masa 15 hingga 30 minit untuk pelajar tidur di 3
sebelah petang sebelum Zohor(Qailullah)
6. Beri kebenaran membawa radio di asrama 1
7. Guru hendaklah memperbanyakkan aktiviti
berkumpulan dan melakukan aktiviti P d P di luar 9
bilik darjah.
8. Singkatkan masa prep pada bulan Ramadhan 1
9. Tambah masa prep malam jika prep petang 1
dimansuhkan.

10. Pelajar dibenarkan untuk makan makanan ringan 1


11. Prep malam ditamatkan lebih awal. 1
12. Waktu rehat dipanjangkan 1

Jadual 6: Lain – lain cadangan

9.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Mengantuk Di Dalam Kelas.

9.3.1 Faktor guru

Guru merupakan antara penyebab pelajar tidur di dalam kelas. Pelajar menyatakan
terdapat guru yang mengajar dengan cara yang membosankan. Guru masih mengamalkan PdP
yang berpusatkan guru, lebih-lebih lagi tiada aktiviti yang mengkehendaki pelajar bergerak,
menjadikan pelajar bosan dan mengantuk. Lebih-lebih lagi selepas rehat cuaca semakin panas
dan menyebabkan pelajar cenderung untuk rasa mengantuk. Guru yang suka berleter juga
membosankan pelajar menjadikan mereka hilang minat untuk belajar dan seterusnya mengantuk
di dalam kelas.
11

9.3.2 Faktor persekitaran kelas

Keadaaan kelas yang tidak ceria dan membosankan, menyebabkan pelajar tiada mood
untuk belajar dan seterusnya mengantuk. Keadaan kelas yang kotor dan panas juga
menyebabkan mereka bosan, tidak dapat memberi tumpuan semasa guru mengajar dan mereka
lebih suka melayan rasa mengantuk.

9.3.3 Faktor masa matapelajaran

Ada pelajar menyatakan masa mata pelajaran itu diajar menyebabkan mereka mengantuk.
Waktu tengahari yang agak panas, tambahan pula pelajar sudah penat, menjadikan faktor
penyumbang rasa mengantuk di kalangan pelajar. Bila diteliti jadual waktu, subjek yang pelajar
paling mengantuk merupakan subjek yang di akhir masa persekolahan dan juga selepas waktu
rehat. Jadi, ini juga merupakan salah satu faktor pelajar mengantuk di dalam kelas.

9.3.4 Faktor bebanan kerja rumah

Seramai 39 orang, atau 90.6 % responden menyatakan bahawa kerja rumah yang terlalu
banyak menyebabkan mereka terpaksa berjaga hingga lewat malam. Ini menjadikan mereka
tidur lewat dan mengantuk di dalam kelas. Terlalu banyak kerja rumah juga menyebabkan
pelajar tiada masa untuk membuat ulangkaji. Apabila pelajar tidak ada masa untuk membuat
ulangkaji, mereka tidak mahir sesuatu topik yang telah diajar guru di dalam kelas. Mereka hanya
faham semasa guru mengajar tetapi tidak mahir. Sedangkan tujuan guru memberi kerja rumah
untuk membolehkan pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.

10.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini dibuat secara khususnya untuk mengkaji masalah mengantuk semasa PdP , di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan 5N dan 5R. Oleh kerana pelajar-pelajar ini bakal menduduki
peperiksaan SPM pada hujung tahun ini, masalah mengantuk semasa PdP sangat mencemaskan
saya sebagai guru Matematik Tambahan. Pelajar-pelajar yang mengantuk semasa guru sedang
mengajar, tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap isi-isi penting yang guru
sampaikan.

Daripada hasil kajian yang telah dianalisa, sangat jelas menunjukkan bahawa banyak
faktor yang menyumbang kepada masalah mengantuk semasa PdP . Antaranya ialah faktor guru,
keadaan persekitaran kelas, masa PdP, kerja rumah yang banyak dan sebagainya. Pelajar juga
memberi alasan, mereka mengantuk disebabkan mereka tidur lewat malam. Tidur lewat malam
bukan sahaja disebabkan mereka membuat kerja rumah, tetapi juga disebabkan mereka perlu
menyediakan kelengkapan untuk keesokan harinya. Perkara ini patut dilihat oleh pihak
12

pengurusan sekolah untuk memastikan pelajar mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji
pelajaran dan juga mengurus kelengkapan diri seperti menggosok pakaian Mungkin masa prep di
sebelah petang mesti dikaji semula. Hal ini disokong oleh semua pelajar yang tinggal di asrama
seramai 38 orang. Didapati seorang pelajar harian juga menyokong supaya prep petang
dimansuhkan.

Separuh daripada responden bersetuju supaya mereka dibenarkan balik ke asrama selama
30 Minit sebelum prep petang bermula. Ini adalah kerana mereka perlu masa untuk menyegarkan
diri sebelum masuk ke kelas sebelah petang. Responden juga mencadangkan mereka diberi
peluang untuk tidur selama 5 minit sebelum sesuatu kelas dimulakan. Mereka juga
mencadangkan supaya dibenarkan makan makanan ringan seperti gula-gula dan kerepek untuk
menghilangkan rasa mengantuk.

Hasil dari kajian tinjauan ini, pengkaji akan mencadangkan membuat satu kajian
tindakan yang lebih khusus untuk PdP Matematik Tambahan yang lebih berkesan. Sesuatu mesti
diubah seperti mengadakan pembelajaran kooperatif dan memperbanyakkan aktiviti yang lebih
menyeronokkan pelajar.
13

LAMPIRAN 2

BORANG SOAL SELIDIK MASALAH MENGANTUK

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Arahan:Tandakan (√ ) pada item yang berkaitan dengan diri anda.

1.KATEGORI

PELAJAR ASRAMA
PELAJAR HARIAN

2.KAUM

MELAYU
INDIA
CINA
LAIN-LAIN

3. SUBJEK YANG SERING MENGANTUK

BAHASA MELAYU
BAHASA INGGERIS
SEJARAH
MATEMATIK
MATEMATIK TAMBAHAN
BAHASA ARAB
PEND. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
PEND. SYARIAH ISLAMIAH
KIMIA
FIZIK
BIOLOGI
PRINSIP AKAUN
PERDAGANGAN

BAHAGIAN B
14

Arahan: Tandakan (√)pada penyataan yang berkaitan dengan diri anda

Bil Penyataan Ya Tidak


1. Adakah anda mengantuk di dalam kelas?
2. Adakah cara guru mengajar menyebabkan anda mengantuk?
3. Adakah suasana di dalam kelas yang kurang menyenangkan
menyebabkan anda mengantuk?
4. Adakah anda suka tidur lewat pada waktu malam?
5. Adakah aktiviti kokurikulum yang menyebabkan anda mengantuk di
dalam kelas?
6. Adakah waktu yang diperuntukan dalam PdP terlalu panjang
menyebabkan anda bosan dan mengantuk?
7. Adakah aktiviti yang dilakukan oleh anda pada waktu malam
menyebabkan anda tidur lewat?
8. Adakah dengan adanya banyak kerja rumah membuatkan anda tidur
lewat dan mengantuk di dalam kelas pada waktu PdP?
9. Adakah anda suka tidur sebelum waktu rehat?
10. Adakah anda suka tidur selepas waktu rehat?
11. Adakah bangun terlalu awal menyebabkan anda suka tidur di dalam
kelas semasa PdP?
12. Adakah dengan mendengar sahaja tanpa melakukan aktiviti
menyebabkan anda rasa mengantuk di dalam kelas?
13. Adakah dengan membaca buku teks yang tebal menyebabkan anda
bosan dan mengantuk di dalam kelas?
14. Adakah guru yang mengajar itu kurang ceria bila mengajar
menyebabkan anda mengantuk?
15. Adakah bantu bantu mengajar yang digunakan oleh guru kurang
menarik dan menyebabkan kamu mengantuk?
16. Adakah guru sentiasa berleter menyebabkan anda tertekan dan
terus mengantuk?
17. Adakah anda terlalu penat bersukan di padang pada waktu petang
menjadikan anda mengantuk sewaktu prep malam?

BAHAGIAN C

Untuk mengelakkan masalah mengantuk di dalam kelas, saya mencadangkan:


15

Bil Penyataan Setuju Tidak Setuju


1. Beri ruang untuk pelajar mandi sebelum
bermulanya prep selama 30 minit
2. Prep dimansuhkan
3. Masa pdp dipendekkan kepada 30 minit
satu waktu

Lain-lain cadangan (sila nyatakan) :

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

≈TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA≈

Anda mungkin juga menyukai