Anda di halaman 1dari 4

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MENTAFSIR GRAF HALAJU-MASA DENGAN

MENGGUNAKAN KAEDAH GAMBAR RAJAH MY SPEEDOMETER DALAM KALANGAN


MURID TINGKATAN 4 STEM

Oleh :

PHORNPHIM NILRAT

ABSTRAK

Penggunaan gambar rajah dalam sesi pengajaran dapat membantu pelajar dalam
memahami konsep Fizik dan seterusnya membantu dalam menyelesaikan masalah
mentafsir graf halaju-masa. Kajian tindakan ini bertujuan untuk memperbaiki cara
pengajaran guru melalui pengajaran menggunakan gambar rajah speedometer disamping
meningkatkan keupayaan pelajar menyelesaikan masalah mentafsir graf halaju-masa.
Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar kelas 4 STEM di SMK Bukit Sagu, Kuantan. Data
dalam kajian ini dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen, temu
bual dan ujian diagnostik yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti
yang dilaksanakan dapat membantu guru menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran dari aspek merancang, melaksanakan aktiviti, membuat penilaian dan
merefleksi tanpa mengubah isi kandungan serta kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Hasil tinjauan menunjukkan pelajar tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk
mentafsir graf halaju-masa dan memberikan jawapan yang kurang tepat mengikut kehendak
soalan. Daripada analisa keputusan peperiksaan yang lalu seperti ujian dan peperiksaan
pertengahan tahun, didapati kebanyakan pelajar dikategorikan dalam kumpulan lemah dan
sederhana sahaja semasa menjawab soalan mentafsir graf halaju-masa. Sebagai
persediaan awal untuk menduduki SPM 2023, maka langkah segera perlu diambil untuk
mengatasi masalah ini. Kaedah gambar rajah speedometer dalam mentafsir graf gerakan
linear secara am dan graf halaju-masa secara khususnya dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah ini.

2.0 FOKUS KAJIAN

Masalah utama pelajar dalam menyelesaikan masalah adalah mereka tidak memahami
kehendak soalan yang dikemukakan (Soong et al., 2009). Mereka gagal mengaitkan
maklumat yang diberikan dan seterusnya gagal dalam memahami soalan. Masalah ini
berkemungkinan berpunca daripada pengajaran guru yang kurang jelas dan menyebabkan
pelajar tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru. Penggunaan gambar rajah
dapat membantu pelajar dalam memahami kehendak soalan. Oleh itu, sesi pengajaran yang
menggunakan gambar rajah akan dijadikan sebagai pelaksanaan tindakan dalam
permasalahan ini. Kajian ini dijalankan untuk membaiki amalan pengajaran guru disamping
melihat keberkesanan penggunaan gambar rajah speedometer dalam meningkatkan
keupayaan pelajar dalam menyelesaikan masalah mentafsir graf gerakan linear.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua jenis objektif dalam membuat kajian ini iaitu objektif umum dan objektif
khusus. Objektif umum adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan pengajaran guru
dalam tajuk graf gerakan linear terutama graf halaju-masa. Objektif khusus pula adalah
seperti berikut:

(i) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan gambar rajah speedometer dalam


meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah mentafsir graf halaju-masa.
(ii) Membantu pelajar agar dapat menggunakan gambar rajah speedometer dalam
menyelesaikan masalah dalam mentafsir graf halaju-masa.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai 5 orang pelajar dari kelas 4 STEM. Terdiri daripada 2
orang pelajar lelaki dan 3 orang pelajar perempuan. Mereka merupakan pelajar kumpulan
sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Analisis Tinjauan masalah

5.1.1 Pemerhatian

Dari analisis ujian pertama yang dilakukan didapati bahawa ramai pelajar
yang tidak tahu menyelesaikan masalah mentafsir graf halaju-masa.

5.1.2 Temu bual

Kaedah temubual telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang boleh


membantu dalam menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan pelajar gagal
menjawab soalan yang dikemukakan kerana tidak menguasainya.

5.1.3 Analisis dokumen

BIL NAMA PELAJAR SKOR


1 AMAR FIQRI BIN KHAIRULLNIZAN 0
2 ZULHAIRY HAKIM BIN ABDUL KARIM 1
3 NORWADHIHAH BINTI ZAKARIA 0
4 NUR NAJRIENA BINTI MUHAMAD TARIDI 0
5 NURUL NASUHA INSYIRAH BINTI ROSLAN 1

5.2 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Hasil dapatan daripada pemerhatian, temubual dan analisis dokumen, kaedah gambar
rajah speedometer dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
5.2.1 KERANGKA KONSEP

Kerangka konsep dalam Rajah 1.1 menunjukkan bahawa dalam kajian ini sesi
pengajaran menggunakan gambar rajah speedometer merupakan rawatan dalam
meningkatkan keupayaan penyelesaian masalah mentafsir graf halaju-masa pelajar.
Hubungan penggunaan gambar rajah dengan keupayaan menyelesaikan masalah
akan dikenal pasti untuk mengetahui keberkesanan pengajaran dalam meningkatkan
keupayaan menyelesaikan masalah pelajar bagi tajuk graf halaju-masa. Pengajaran
yang menggunakan gambar rajah ini akan dibaiki kelemahannya setelah dapat
dikenalpasti kelemahannya ketika menggunakannya.

Hubungan antara penggunaan


gambar rajah Speedometer
dengan keupayaan
menyelesaikian masalah
mentafsir graf halaju-masa

Tinjauan Awal
Keupayaan
Penyelesaian

MEREFLEK

MEMERHATI MERANCANG

BERTINDAK

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian Keupayaan Penyelesaian

5.2.2 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

BIL NAMA PELAJAR SKOR


1 AMAR FIQRI BIN KHAIRULLNIZAN 4
2 ZULHAIRY HAKIM BIN ABDUL KARIM 2
3 NORWADHIHAH BINTI ZAKARIA 1
4 NUR NAJRIENA BINTI MUHAMAD TARIDI 1
5 NURUL NASUHA INSYIRAH BINTI ROSLAN 3
6.0 REFLEKSI KAJIAN

Setelah aktiviti-aktiviti dan latihan diberikan kepada pelajar, dapatannya adalah seperti
dalam jadual di atas. Saya mendapati kaedah gambar rajah banyak membantu
meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan. Mereka lebih mengenalpasti kehendak
soalan dan lebih berfokus dalam menjawab soalan. Pelajar lebih berminat mempelajari
bahagian ini dan banyak melakukan latihan untuk memajukan diri. Suasana pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan seronok kerana pelajar mempunyai keyakinan membuat
tugasan tanpa bergantung kepada orang lain.

7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian seterusnya akan dikembangkan penggunaan gambarajah kepada soalan


berbentuk penerangan dalam soalan Fizik Kertas 2. Pelajar sukar mendapat markah dalam
bahagian ini kerana kurang mahir dalam menjawab soalan berbentuk penerangan. Semoga
dengan kajian-kajian yang akan dilaksanakan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian
pelajar dalam matapelajaran fizik SPM.

Anda mungkin juga menyukai