Anda di halaman 1dari 20

KAJIAN TINDAKAN

MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN ESEI EKONOMI DENGAN


KAEDAH KAMUS EKONOMI BERGAMBAR (KEB)

NURUL KHAIREYAH HAKIMAH BINTI KATNIN

THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR

2023

1
PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan kajian Tindakan dalam bidang Pendidikan tertutamanya bagi mata pelajaran
Ekonomi yang bertajuk “Menguasai Kemahiran Menjawab Soalan Esei Ekonomi Dengan
Kaedah Kamus Ekonomi Bergambar (Keb)” bagi pelajar tingkatan 5 sains sosial yang
mengambil mata pelajaran ini di sekolah The Malay College kuala Kangsar (MCKK).

Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua Middle Leader MCKK terutamanya


mentor saya iaitu Pn Nor Azizah Binti Aziz kerana telah memberi bimbingan, pandangan serta
teguran sepanjang penghasilan kajian Tindakan ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan
kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan maklumat
berkaitan kajian Tindakan.

Diharap kertas cadangan ini dapat membantu saya dalam menambah baik kaedah
pengajaran saya dalam mata pelajaran ini dan membantu pelajar-pelajar saya menguasai subjek
ekonomi dengan cemerlang.

Sekian, terima kasih.

2
ABSTRAK

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekojnomi SPM dalam menjawab soalan
soalan esei. Kajian ini dilaksanakan oleh 21 orang pelajar Tingkatan 5 Sains Sosial The Malay
College Kuala Kangsar. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa
ujian bulanan dan peperiksaan pertengahan tahun yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan
didapati pelajar tidak mahir dalam menjawab soalan esei bahagian B soalan ekonomi.
Kebanyakkan pelajar tidak mampu mencapai markah maksimum 9 markah (tahap 3). Rata-rata
pelajar mempunyai purata markah tahap 2 (4-6 markah). Perancangan tindakan difokuskan
kepada penyediaan Kamus Ekonomi Bergambar (KEB), dimana kamus ini dapat membimbing
pelajar menjana idea untuk menulis esei ekonomi. Kajian ini dilaksanakan selama 5 minggu.
Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mudah mengingati, memahami dan
mempunyai idea yang luar biasa dalam menjawab soalan esei ekonomi.

3
ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
MUKA SURAT TAJUK
PENGHARGAAN 2
ABSTRAK 3
ISI KANDUNGAN 4

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 5


2.0 Isu Keperihatinan 5
3.0 Objektif Kajian 6
3.1 Objektif Am
3.2 Objektif Khusus
3.3 Kepentingan Kajian
4.0 Kumpulan Sasaran 7
5.0 Pelaksanaan Kajian 7-8
5.1 Prosedur Kajian 7
5.2 Teknik Put It Right (PIR) 8
5.3 Tinjauan Masalah 8
5.4 Analisa Tinjauan Masalah 9
5.4.1 Analisa Pemerhatian
5.4.2 Analisa Ujian Pra Dan Ujian Pos
5.4.3 Analisa Soal Selidik
5.5 Tindakan Yang Dijalankan 10
5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian 11
5.7 Refleksi Kajian 11
6.0 Cadangan Dan Kajian Seterusnya 12

RUJUKAN
LAMPIRAN

4
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam
menjawab soalan esei ekonomi. Pelajar mengambil masa yang sangat lama dalam
menjawab soalan ini. Selain itu, ramai pelajar tidak boleh menyediakan cadangan jawapan
yang tepat, kemas dan baik bagi setiap soalan esei yang dijawab. Malah pelajar turut
melakukan kesilapan dengan tidak menjawab mengikut arahan soalan yang diberikan.
Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti “cikgu, susah nak jawab soalan
soalan esei”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu,
macamana nak pastikan kami boleh mencapai markah tahap 3”, “cikgu, saya tak faham
soalan nak kita jawab apa” dan lain-lain. Persoalan-persoalan ini menyebabkan saya terfikir
mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan esei
ekonomi dengan baik dan boleh memperolehi markah yang tinggi.

2.0 ISU KEPERIHATINAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Ekonomi SPM dan mendapati bahawa
bentuk soalan esei yang sering di keluarkan ialah soalan berbentuk penjelasan(umum),
pendapat dan perbincangan. Soalan esei menyumbang antara 40 markah daripada 100
markah keseluruhannnya. Jadi sekiranya pelajar boleh jawab soalan esei dengan baik dan
tepat, peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi. Masalah
yang wujud dalam menjawab soalan esei ekonomi adalah pelajar tidak mempunyai
pengetahuan am yang tinggi dalam ekonomi malaysia dan isu-isu umum yang berkaitan.
Pelajar juga di lihat sangat lemah untuk mengaitkan faktar ekonomi yang telah dipelajari
dengan situasi soalan yang diberika. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar
dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mokhtar Nawawi (2017), ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar
itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.

5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar


dalam menyediakan penyata kewangan Prinsip Perakaunan dengan menggunakan
kaedah PIR.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat penyata kewangan


dengan baik.
3.2.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan
mudah serta dalam masa 30 minit ke bawah.
3.2.3 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pelarasan.
3.2.4 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam
peperiksaan.
3.2.5 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat
dan menyeronokkan semasa pembelajaran.

3.3 Kepentingan Kajian

Kajian Tindakan ini membantu mengukuhkan Teknik menjawab pelajar untuk topik
yang melibatkan penyata lengakp milikan tunggal. Teknik pembelajaran amat
penting untuk diterapkan kepada pelajar kerana membantu pelajar mahir
memindahkan maklumat dengan tepat dan menjimatkan masa pelajar untuk jawab.
Pengkaji berpendapat bahawa penggunaan kaedah PIR semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat menarik minat pelajar terhadap topik penyata milikan tunggal
dengan lebih berkesan. Selain itu, pelajar dapat pemahaman yang maksimum dalam

6
proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan pelajar juga dapat ditingkatkan
selepas demonstrasi ditunjukkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dilaksanakan oleh 43 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 17 orang pelajar
5 Sains Sosial dan 26 orang pelajar 5 Sains 4 The Malay College Kuala Kangsar.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Prosedur Kajian

Rajah 5.1 Prosedur kajian berasaskan model kajian kemmis dan Meg Taggart

7
5.2 Teknik Put It Right (PIT)

Kaedah yang digunakan pengkaji adalah Teknik untuk menyediakan penyata kewangan
dengan lebih mudah, tepat dan cepat. Ianya juga dapat membantu pelajar daripada
melakukan kesilapan kumpulan akaun didalam penyata kewangan yang boleh
menyebabkan pelajar kehilangan banyak markah. Teknik ini juga dapat membantu pelajar
mengukuhkan pengetahuan tentang kumpulan akaun aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
dengan memindahkan butiran akaun dengan tepat. Malah kaedah ini boleh membantu
pelajar untuk jawab soalan mengikut tempoh antara 20 hingga 40 minit. Pelaksanaan
kaedah ini boleh rujuk di halaman lampiran.

5.3 Tinjauan Masalah

5.3.1 Pemerhatian.

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan sebelum
dan semasa teknik PIR diperkenalkan.

5.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pos.

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik penyata kewangan milikan tunggal.
Item penyata kewangan yang diuji adalah soalan 3 SPM Kertas 2 tahun 2017.
Selepas semakan jawapan, saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar
dan saya membuat penerangan teknik PIR. Minggu keempat, saya membuat
ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Minggu keenam selepas
itu saya membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 3 SPM
Kertas 2 tahun 2019.

5.3.3 Soal Selidik.

8
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan penyata kewangan
sebelum dan selepas teknik PIR diperkenalkan.

5.4 Analisa Tinjauan Masalah

5.4.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian


dilaksanakan :
i) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan penyata kewangan
dengan mudah dan cepat. Dapat menjawab soalan dalam masa
kurang daripada 45 minit.
ii) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan
yang dibuat.
iii) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan.

5.4.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

Markah Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2


soalan Bilangan Pelajar
00-05 6 0 0
06-10 15 12 0
11-15 14 13 10
16-20 6 10 19
21-25 2 8 14

Jadual 5.4.2 Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

Dapatan ujian pra dan pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan dari pencapaian
pelajar. Selepas pelajar menduduki ujian pra, guru tidak membincangkan jawapan
yang sebenar bagi soalan tersebut. Guru menunjukkan kaedah PIR kepada pelajar
dan membuat ujian Pos 1 untuk menguji pemahaman pelajar dengan menggunakan
soalan yang sama. Didapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat

9
meningkatkan prestasi bagi ujian Pos 1. Seterusnya guru membuat sekali lagi ujian
pos 2 untuk melihat kemahiran pelajar menguasai Teknik PIR ini dengan baik.
Pencapaian pelajar amat baik dimana tiada pelajar memperolehi 10 markah kebawah.

5.4.3 Analisa Soal Selidik


Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan.
Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar.
Skala : 1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat Setuju

Bil Skala 1 2 3 4 5
Item Bilangan Pelajar
1 Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah 13 30
2 Penyata Kewangan adalah tajuk yang mudah 10 15 18
3 Teknik PIR lebih memudahkan saya untuk menjawab soalan 18 25
penyata kewangan
4 Saya dapat memperuntukkan masa menjawab soalan kurang 18 25
daripada 40 minit
5 Saya lebih suka dnegan teknik saya sendiri 30 13

Jadual 5.4.3 Analisa Soal Selidik.

5.5 Tindakan yang dijalankan

1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah membimbing serta memberikan


penerangan tentang teknik PIR kepada pelajar-pelajar.
2. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian
pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai
latihan pengukuhan. Koleksi Bahan yang digunakan ialah:
i) Koleksi soalan SPM

10
ii) Koleksi soalan percubaan SPM 2017-2020 (KSSM Baharu)
iii) Bahan / Modul Prinsip Perakaunan daripada JU negeri
3. Setiap kali latihan penyata kewangan, saya pasti akan mengingatkan pelajar
dengan teknik PIR.

5.6 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 8 minggu. Semasa melaksanakan


kajian ini saya telah menyelesaikan bab Penyata Kewangan Milikan Tunggal.
Sebelum menggunakan Teknik PIR saya mendapati pelajar tidak dapat memahami
topik yang dipelajari dengan mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah
dilaksanakan pada minggu pertama.

Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Teknik PIR pada minggu
kedua, apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan
dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kelima. Seterusnya pada
minggu ketujuh saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Teknik PIR dalam
soalan yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam
pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan
lebih cepat.

Minggu kelapan saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik
terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan
Teknik PIR

5.7 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan Teknik PIR
boleh diterima pakai dalam menjawab soalan penyata kewangan Prinsip Perakaunan
dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan Teknik PIR dapat mengurangkan

11
masa menjawab kepada 20 hingga 45 minit bagi soalan yang dikemukakan. Saya
berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa dengan saya
dan memberitahu Teknik PIR amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh
mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah.
Dengan teknik ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

1. Menggunakan konsep “BALEH” dalam semua penerangan bagi topik Prinsip


Perakaunan Lejar
2. Mencipta kaedah dan teknik baharu dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti
perakaunan kos, Rekod tak lengkap dan akaun kelab.

Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru.

12
RUJUKAN

Abd.Rahman,Asya (2015) Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Berasaskan DD/CT


Terhadap Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah di Banda Aceh

Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 20 (2019)-Putrajaya: Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan


(BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mok Soon Sang (2016). Falsafah Pendidikan, Kurikulum dan Profesionalisme Keguruan.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Tukiran,Norazura (2015) Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan


Aktif Pelajar Di Dalam Kelas

13
LAMPIRAN

1. KAEDAH “PUT IT RIGHT”


Penerangan guru kepada pelajar berkaitan Kaedah pelaksanaan Teknik Put It Right
(PIR)
(i) Soalan Penyata Kewangan Milikan Tunggal diberikan kepada pelajar. Pelajar
perlu menganalisa setiap akaun yang terlibat dalam Maklumat Imbangan Duga.
Nota : Menentukan jenis kumpulan akaun yang terlibat.

jualan bersih
kos jualan

penyata hasil
belanja

pendapatan

aset bukan semasa

penyata aset semasa


liabiliti semasa

kedudukan ekuiti pemilik


liabiliti bukan semasa

kewangan

(ii) Pelajar menyediakan kedua-dua penyata serentak. (menggunakan dua kertas


jurnal serentak)
(a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2017
(Masukkan kumpulan akaun penyata pendapatan)
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2017
(Masukkan kumpulan akaun penyata kedudukan kewangan)

(iii) Item yang terdapat dalam imbangan duga dipindahkan terus kepada kedua-dua
penyata tanpa menulis nilai angka. Tujuannya agar pelajar tidak tersilap dalam
menentukan nama akaun mengikut kumpulan akuan yang sebenar.
Tambahan : Bagi pelajar yang lemah guru menambah dengan menggunakan
pendekatan teknik warna dalam mengenalpasti kumpulan akaun.

(iv) Setelah lengkap memindahkan maklumat, pelajar baru diminta menyelesaikan


masalah yang terdapat dalam maklumat tambahan. Untuk bahagian ini pelajar
perlu berhati-hati dalam membuat pengiraan. Kerana pelajar perlu mahir:
 Menentukan inventori akhir

14
 Membuat penggiraan susut nilai terkumpul, peruntukkan hutang
ragu, faedah atas pinjaman, faedah atas simpanan.
 Merekodkan pelarasan belanja dan hasil

(v) Setelah menyelesaikan maklumat tambahan, pelajar boleh meletakkan nilai


angka lain kedalam format penyata bagi akaun yang tiada perubahan maklumat.

(vi) Melengkapkan penggiraan format penyata pendapatan dan Penyata Kedudukan


Kewangan.

CONTOH SOALAN

Encik Kardi ialah pemilik perniagaan Kardi Enterprise yang menjalankan perniagaan di
Bacok, Kelantan. Imbangan Duga berikut diambil daripada buku-buku perniagaannya.

Imbangan Duga pada 30 Jun 2017


Debit Kredit
inventori pada 1 Julai 2016 29 350
Belian dan Jualan 106 235 160 725
Pulangan 2 277 3 497
Angkutan masuk 385
Komisen 5 600
Hutang lapuk 1 120
Insurans 2 400
Gaji 11 560
Belanja am 3 375
Diskaun 900 1 850
Ambilan 2 500
Bank 16 350
Akaun Belum Terima 14 500
Akaun Belum Bayar 17 680
Modal pada 1 Julai 2016 55 000
Premis (kos) 40 000
Lengkapan (kos) 15 000
Kenderaan (kos) 38 000
Susut nilai terkumpul Lengkapan 4 500
Susut nilai terkumpul kenderaan 6 360
Peruntukan hutang ragu 540
Pinjaman 9% (matang Jun 2018) 30 000
Faedah atas pinjaman 9% 1 800
285 752 285 752

Maklumat tambahan:
i) Inventori pada 30 Jun 2017dinilaikan sebanyak RM25 450 pada harga kos dan
RM28 650 pada harga pasaran.

15
ii) Insurans dibayar adalah untuk setahun dan akan tamat tempohnya pada 31 Ogos 2017
iii) Komisen belum terima RM400.
iv) Lengkapan hendaklah disusut nilaikan 15% setahun atas kos dan kenderaan
disusut nilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan.
v) Peruntukan hutang ragu diselaraskan 5% atas penghutang.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2017
(b) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2017 (Tunjukkan Modal kerja)

JAWAPAN
Kardi Enterprise
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2017

Jualan 160 725


- Pulangan jualan 2 277
- Diskaun 900
Jualan bersih 157 548
Tolak : Kos jualan
Inventori awal 29 350
Belian 106 235
- Pulangan belian 3 497
- Diskaun 1 850
Belian bersih 100 888
+ Angkutan masuk 385
Kos belian 101 273
Kos barang untuk dijual 130 623
-Inventori akhir 25 450
Kos jualan 105 173
Untung kasar 52 375

+ Hasil
TEKNIK Komisen [5 600 + 400] 6 000
WARNA Hutang ragu
58 375
- Belanja
Hutang lapuk 1 120
Insurans [2 400 /12/10] 2 000
Gaji 11 560
Belanja am 3 375
Faedah atas pinjaman [30 000 x 9%] 2 700
Susutnilai lengkapan [[15 000 x 15%] 2 250
Susutnilai kenderaan [(38 000 - 6 360) x 10%] 3 164
Hutang ragu [14 500 x 5% - 540] 185
26 354

16
Untung bersih 32 021

Kardi Enterprise
Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Mac 2017

Aset bukan semasa


Premis 40 000
Lengkapan 15 000
- Susutnilai terkumpul lengkapan [4 500 + 2 250] 6 750
8 250
Kenderaan 38 000
- Susutnilai terkumpul kenderaan [6 360 + 3 164] 9 524 28 476
76 726
Aset semasa
Akaun Belum Terima 14 500
- Peruntukan hutang ragu 725 13 775
Bank
Tunai 16 350
Stok akhir 25 450
Komisen belum diterima 400
Insurans prabayar 400
56 375
Tolak : Liabiliti semasa
Akaun Belum Bayar 17680
Faedah atas pinjaman belum
bayar 900
18580
Modal kerja 37 795
114 521
Ekuiti pemilik
Modal awal 55 000
+ Untung bersih 32 021
87 021

17
- Ambilan 2 500
Modal akhir 84 521

Liabiliti bukan semasa


Pinjaman 30 000
114 521

PELAKSANAAN BERSAMA PELAJAR

18
19
20

Anda mungkin juga menyukai