Anda di halaman 1dari 5

1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


MENINGKATKAN MINAT DAN PEMBELAJARAN GEOGRAFI MELALUI
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KOTAK BERACUN DAN
PARAPHRASE PASSPORT
Oleh:
Nurhidayah binti Zulkifly
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak.

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar tingkatan 1 semasa mengklasifikasikan faktor yang mempengaruhi
taburan penduduk. Seramai 10 orang pelajar tingkatan 1 dan seorang guru terlibat dalam
kajian ini. Pengajaran tindakan difokuskan terhadap mengenalpasti faktor dan
mengklasifikasikan huraiannya dengan betul. Sebelum saya memperkenalkan kaedah ini,
saya telah mengesan murid lemah dalam mengenalpasti dan mengklasifikasi. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui semakan kerja rumah murid dan saya dapati 10 orang
murid gagal menjawab soalan dengan baik dan betul. Saya menggunakan kaedah bermain
seperti aktiviti kotak beracun di mana pelajar perlu menjawab dan mengenalpasti apakah
soalan dan penyataan yang telah diberi. Murid juga mudah untuk mengingat selepas
aktiviti ‘Paraphrase Passport’ telah dijalankan faktor taburan penduduk dan dapat
membezakan setiap huraian di dalam faktor. Secara asasnya, murid-murid mesti
mengetahui faktor-faktor yang terbahagi kepada empat iaitu faktor fizikal, faktor sosial,
faktor governan, dan faktor ekonomi supaya murid-murid dapat menghuraikan dengan
lebih mendalam. Kajian tindakan ini boleh digunakan oleh guru untuk mengkaji masalah
yang relevan dengan bilik darjah disamping melibatkan refleksi di setiap langkah dalam
proses inkuiri (Othman, 2011).
2

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang lalu

Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan kesal dan tidak berpuas hati terhadap diri
sendiri kerana tidak dapat menarik perhatian pelajar keseluruhannya. Dalam
pemerhatian yang telah dibuat di dalam kelas 1 Cemerlang, saya dapati terdapat lima
hingga enam orang pelajar kurang memberi perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya
terhadap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Dalam pada itu, pelajar tersebut juga
masih sukar untuk mengklasifikasikan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan
penduduk di Malaysia dengan sebaiknya. Mereka masih kurang pasti terhadap
jawapan yang dipilih untuk dilengkapkan di papan putih. Dalam PdPc yang lalu saya
telah menjalankan satu aktiviti di mana pelajar perlu menjalankan aktiviti secara
berkumpulan. Saya telah memberi kad warna yang bermaklumat seterusnya pelajar
perlu memastikan kedudukan yang betul dan melekatkan di dalam kolum yang telah
saya bina agar pelajar dapat mengklasifikasikan dengan baik. Namun begitu, beberapa
orang pelajar masih gagal untuk melaksanakan atas beberapa faktor. Langkah lain
terus diambil untuk mendekati kumpulan sasaran tersebut. Mereka sangat lemah
untuk mengenalpasti faktor-faktor taburan penduduk di Malaysia. Oleh itu, saya mula
berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah murid untuk memastikan pelajar dapat
mengklasifikasikan faktor-faktor tersebut dengan betul. Permasalahan ini sangat
membimbangkan kerana topik tersebut mungkin akan masuk di dalam peperiksaan
akhir tahun. Saya telah mendapat idea yang ringkas iaitu permainan kotak beracun.
Permainan ini amat bersesuaian kerana ia akan melibatkan perhatian pelajar secara
terus di mana mereka perlu membentuk satu bulatan dan guru berada di tengah.
Seorang pelajar dikehendaki untuk memegang kotak sebelum muzik dimainkan.
Setelah muzik berhenti, pelajar yang masih memegang kotak perlu mencabut satu
kertas di dalam kotak beracun tersebut. Setiap maklumat yang telah ditulis di kertas
tersebut perlu dikenalpasti oleh pelajar. Secara ringkasnya permasalahan yang
dihadapi ialah pelajar kurang memberi perhatian sehingga gagal untuk menyelesaikan
setiap aktiviti yang diberi. Dalam pada itu, saya juga perlu memperbaiki kelemahan
pada diri saya dengan membina bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan untuk murid-murid saya.
3

2.0 Isu Keprihatinan


Kajian yang dijalankan ini berfokuskan terhadap masalah untuk mengingat huraian
faktor-faktor taburan penduduk dan mengklasifikasikannya dengan betul. Murid tidak
dapat membezakan antara satu faktor dengan faktor yang lain dan masih keliru untuk
mengenalpasti huraiannya dengan baik. Akibatnya, murid tidak dapat menguasai
topik ini dengan baik. Dengan mengadakan aktiviti kotak beracun, saya berharap
dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran tersebut dan menambahkan
keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran mereka. Dalam
pada itu, kajian ini secara tidak langsung dapat membantu murid dalam topik-topik
yang seterusnya. Rasional kajian yang dijalankan ini adalah untuk memastikan murid-
murid tersebut dapat memberi kerjasama yang baik dan melibatkan diri secara
langsung di dalam kelas.

3.0 Objektif Kajian


Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif
berikut:

3.1 Objektif Am
Mengenalpasti faktor-faktor taburan penduduk dan mengklasifikasikan
huraiannya dengan betul.

3.2 Objektif Khusus


 Murid dapat menguasai kemahiran membezakan faktor-faktor taburan
penduduk seterusnya dapat menghurai dan mengklasifikasikan dengan betul.
 Murid dapat menulis salah satu faktor dengan huraian yang betul di akhir
sesuatu aktiviti yang dijalankan.

4.0 Kumpulan Sasaran


Dalam persedian untuk menulis laporan kajian tindakan,terdapa perkara yang perlu
ditentukan seperti kumpulan sasaran (Merriam, 2001). Kajian ini melibatkan 10 orang
murid tingkatan 1 Cemerlang yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan 7 orang
murid perempuan. Mereka mempunyai pencapaian yang sederhana dalam latihan
yang diberikan pada PdPc sebelum ini.
4

5.0 Pelaksanaan Kajian


Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami
dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan dengan
mengutip data seperti berikut.

5.1 Tinjauan Masalah


Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan aktiviti pengukuhan
murid dan semasa menjalankan aktivti di dalam kelas. Saya dapati latihan kerja
penulisan tidak dapat dijawab dengan baik. Terdapat empat kolum disediakan
untuk diisikan oleh murid. Pelajar masih sukar untuk melabelkan setiap kolum
dengan faktor-faktor umum. Selain itu, setiap huraian yang ditulis adalah salah.
Murid sukar untuk membezakan huraian bagi faktor sosialm faktor kerajaan, dan
faktor ekonomi. Masing-masing mencampuradukkan antara satu sama lain.
Sebagai contoh, murid meletakkan kemudahan infrastruktur seperti
pengangkutan di bawah faktor kerajaan walhal ia termasuk di bawah faktor
sosial. Dalam pada itu, semasa aktiviti PdPc dijalankan di dalam kelas, murid
tersebut gagal untuk mengenalpasti kedudukan kad maklumat untuk ditampal
pada papan putih.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan
bahawa sesuatu tindakan perlu dilakukan terhadap sepuluh orang pelajar tersebut
untuk membantu mereka memantapkan pengetahuan terhadap topik tersebut.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Berdasarkan latihan pengukuhan dan pemerhatian saya di dalam bilik darjah,
saya dapati terdapat enam orang pelajar tidak dapat mengenalpasti faktor dan
gagal memberi huraian dengan betul. Berikut adalah analisis
5

Jadual 1: Analisis latihan pengukuhan pelajar terhadap mengenalpasti faktor


dan mengklasifikasikan huraian.
Nama Menepati Tidak Nama Menepati Tidak
menepati menepati

Quraturaini X Izzati X
Hazli X Sarah X
Izmet X Nooraishah X
Asyraf X Nazirah X
Judith X Siti Najihah X
Nuratikah X Aida Saffila X
Fatin fazira X Afifah X
Puteri Nabila X Hazwani X
Johana X Atikah X
Suhana Selani X Faezah X
Marlina X Nur Ain X
Haidawati X Jenih Zapit X
Izwani X Zukry X
Safikah X Michael X
Cecelia Rona X Syifaa’ X
Hezianty X Sri Nur X
Ubaidah X Fatin X
Norsyahirah

Berdasarkan analisis di dalam jadual 1 diatas, seramai 24 (70%) murid dapat


menjawab dengan baik aktiviti pengukuhan yang telah diberi. Agak menyedihkan
saya seramai 10 (29.4%) orang murid yang gagal menjawab soalan aktiviti
pengukuhan tersebut. Berkemungkinan murid-murid ini tidak memahami dengan
baik dan keliru dengan topik yang diajar atau kaedah guru yang tidak menarik.

5.3 Tindakan yang dijalankan


Tindakan dan aktiviti yang dirancang
i. Menggunakan kaedah bermain dalam aktiviti yang dijalankan.
ii. Menggunakan kad-kad berwarna untuk menarik perhatian pelajar.
iii. Menyediakan soalan-soalan yang lebih memfokuskan terhadap faktor-
faktor utama serta huraiannya.
iv. Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mengenalpasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai