Anda di halaman 1dari 11

1

‘The Buddist-Hindu Divide in Premodern Southeast Asia’ telah ditulis oleh John

Miksic. Buku ini telah diterbitkan oleh Pusat Nalanda-Sriwijaya, Institusi Pengajian

Asia Tenggara di Singapura pada September 2010. Penulis merupakan seorang

arkeologi dan ahli sejarah Asia Tenggara dan sedang berkhidmat dalam Program

Pengajian Asia Tenggara di Universiti Kebangsaan Singapura. Penulis merupakan

seorang Rakan Kehormat Pusat Nalanda-Sriwijaya dan merupakan ketua unit

arkeologi. Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa Inggeris dan

mempunyai rujukan sebanyak 29 buah buku termasuk jurnal. Buku ini disasarkan

kepada semua jenis peringkat untuk mengkaji mengenai agama ini namun paling

utamanya ialah pada peringkat universiti. Penulis menghasilkan sebuah buku dengan

baik dan penulisannya adalah berbentuk akademik. Terdapat banyak kelebihan jika

masyarakat membacanya.

Objektif penulis adalah untuk mengkaji sejauhmana penyebaran agama

Buddha dan Hindu tersebar berdasarkan bukti-bukti yang dijumpai. Penulis juga telah

menyatakan terdapat perbezaan antara agama Hindu dan Buddha dan terdapat

persaingan dalam menyebarkannya. Penulis membandingkan perbezaan agama ini

dibeberapa tempat seperti Asia Tenggara, India, China, dan lain-lain. Ketiga-tiga

tempat itu, mempunyai perbezaan dari segi pengamalan, penyebahan dan

kepercayaan.

Hindu adalah agama yang sangat popular di India, ia adalah agama tertua sepanjang

masa yang berasal dari India, penduduk Hindu di India adalah 80%. Agama Hindu

menjadi agama popular dan mendapat persaingan dengan agama Kristian dan Islam

untuk 900 juta pengikut agama Hindu di seluruh dunia (Miksic, 10). Agama Buddha

tidak sama seperti agama Hindu, walaupun berada India. Agama Hindu sangat

mementingkan sistem kasta. Sistem kasta terdiri daripada lima tahap. Setiap penganut
2

Hindu yang dilahirkan dalam agama ini tidak boleh menukar atau berkahwin

dengan penganut agama lain. Antara setiap tahap ini termasuklah Brahman, kasta

tertinggi yang terdiri daripada imam, ulama dan professional lain. Seterusnya,

Kshatriya yang biasanya dikenali sebagai pahlawan dan mengambil pekerjaan

autoritarian seperti pegawai polis dan kedudukan untuk menguatkuasakan undang-

undang yang lain adalah Vaishya, pedagang dan buruh pertanian adalah Shudra,

tukang dan penyedia perkhidmatan yang lain, dan kasta yang paling rendah, adalah

Periahs, masyarakat yang tidak boleh disentuh dan dilihat seterusnya pekerjaannya

adalah berkaitan najis dan kematian.

Buddha telah diterima pakai dan diterima di Asia Tenggara dalam pelbagai

kaedah yang berbeza, bermula dengan orang-orang Tibet, yang membangunkan

bentuk mereka tersendiri dalam Buddha, selepas diperkenalkan dalam abad

sebelumnya. Ini adalah bentuk baru penyebaran agama Buddha dalam satu bentuk

yang boleh diamalkan secara meluas seperti Buddhisme Mahayana. Dari Tibet,

Mahayana tersebar di seluruh Himalaya dan perbezaan antara Mahayana dan bentuk-

bentuk agama Buddha ialah ia merangkumi sejarah penuh pembangunan Mahayana

India ini (Muck, 1999).

Penulis telah menceritakan bahawa Buddhisme telah dijumpai di India sebagai

salah satu reaksi terhadap aspek-aspek tertentu agama-agama yang sedia ada.

Buddhisme dan orang India percaya bahawa kepercayaan ini telah muncul di Asia

Tenggara lebih kurang sekitar abad keempat Masihi. Sebahagian agamawan percaya

bahawa pengaruh Hindu adalah yang terawal tiba di Asia Tenggara, tetapi terdapat

penemuan arkeologi di Selatan Vietnam dan Blandongan (Jawa Barat) berkenaan

menghasilkan tarikh radiokarbon untuk patung-patung Buddha dan tempat-tempat


3

suci dan ia menunjukkan bahawa tarikh tersebut adalah bukti kemasukan pengaruh

agama Hindu (Ramachandran, 1992).

Pengaruh Buddha terawal di Asia Tenggara telah menumpukan perhatian

kepada persaingan mereka dengan agama Hindu untuk penganut dan sumbernya.

Penulis mengatakan bahawa, pengaruh Hindu di China kurang memberi kesan namun

di Asia Tenggara terdapat dua agama yang bersaing untuk penganutnya lebih kurang

selama 1 000 tahun. Hal ini juga sama di India, manakala di India perjuangan itu

akhirnya memihak kepada agama Hindu dan di Asia Tenggara keputusan itu adalah

sebaliknya. Terdapat monumen-monumen yang masih kekal hingga ke harini untuk

menunjukkan bukti bahawa terdapat pengaruh Hindu di Asia Tenggara seperti di Java

dan Kemboja. Sebagai contoh, monumen Borobudur dan Lara Jonggrang di Java

manakala Angkor Wat dan Bayon di Kemboja.

Sesetengah pengkaji meyakini bahawa Buddha Asia Tenggara telah diserap

oleh pengaruh Hindu berdasarkan kepada penggunaan motif seni yang serupa dan

gambaran dewa-dewa Hindu dalam seni Buddha. Penulis telah menerokai mengenai

agama awal di Asia Tenggara dan menunjukkan bahawa hubungan antara agama

Buddha dan Hindu adalah sesuatu pembolehubah seperti hubungan di antara dua

agama yang wujud pada masa dan tempat yang berbeza. Kepentingan kepada doktrin

kesuciannya juga berbeza antara sosial dan kelas pekerjaan.

Agamawan yang mengkaji interaksi antara agama Hindu dan Budhha di Asia

Tenggara telah merumuskan dua teori berbanding. Salah satunya ia menekankan

terhadap tanggapan sinkretisme antara kedua-dua agama dan yang keduanya berhujah

bahawa Buddhisme telah dipengaruhi oleh agama Hindu. Sekaligus menjelaskan

beberapa ciri-ciri bentuk Mahayana yang dijumpai di dalam kebanyakan masyarakat

Buddha di Asia Tenggara sebelum abad ke-13 dan ke-14 apabila Mahayanism dan
4

Hindu telah digantikan dengan Theravada Buddha di Tanah besar dan Islam di

kepulauan Asia. Siva dan Buddha telah bersatu dalam agama Jawa timur, terutamanya

pada era Majapahit. Nagarakrtagama dan Pararaton menyatakan raja Singasari dan

Majapahit telah diperingati dalam dua atau lebih kuil selepas kematian mereka. Dalam

pada itu, penulis juga telah menyatakan bukti-bukti bahawa terdapatnya pengaruh

Buddha ini. Malah penulis juga telah mengumpulkan artikel-artikel yang berkenaan

dan membandingkan antara satu sama lain.

Antara bukti lain ialah teks yang sama tempoh seperti Kakawin. Kerja-kerja

puitis dimaksudkan sebagai persembahan kepada kedua-dua Buddha dan tidak

meragui kepada raja dan para pembesarnya termasuk Arjunawijaya, Sutasoma, dan

Kunjarakarna. Penulis juga menggambarkan bahawa pemerintah mungkin memberi

naungan mereka kepada lebih daripada satu institusi agama, Desawarnana

menjelaskan bahawa terdapat tiga birokrasi agama dimana ia dikawal oleh identiti

yang berasingan. Saivas, Sogatas dan Risi atau Siva merupakan penganut yang

dibezakan melalui pilihan mereka untuk tinggal di hutan dan gunung. Dalam pada itu,

raja-raja di bayar untuk menghormati Vishnu. Penulis mengatakan pendapatnya

bahawa setiap agama bagaimanapun berkongsi konsep matlamat hidup dan tingkah

laku agama yang biasa untuk mencapai pemahaman “Realiti Mutlak” biasanya

tertumpu pada hubungan manusia dengan ketuhanan. Seterusnya, penulis telah

menyatakan bahawa ialah adalah untuk memahami sifat sebenar hubungan yang

dijalinkan adalah berkaitan dengan kuasa ghaib.

Selain itu, penulis juga menerangkan mengenai seni Buddha di Java yang

menggabungkan dewa-dewa dan motif yang berasal dari mitos Hindu (Brown, 1990).

Bukti ini termasuk Garuda dan Angsa, gunung kebesaran Vishnu dan Brahma iaitu

dewa kuno Vedic Indra yang sering dipanggil sebagai Sakra atau Sakka. Tuhan seperi
5

Kala iaitu tuan masa yang mencuri penawar keabadian, naga atau ular dewa yang

ganas dikenali sebagai Ganesha turut menjadi dewa Hindu. Terdapat juga mahkluk

mitos seperti separuh burung dan separuh manusia Kinnari dan Kinnara sebagai

pemuzik. Seterusnya, gunung-gunung merupakan lambang sebagai tempat kediaman

para dewa, dan pokok permintaan sebagai ciri-ciri syurga yang boleh didapati dengan

kepercayaan pra-Buddha di India.

Agama Hindu dan Buddha yang terdapat di Asia Tenggara mempunyai seni

bina yang mengagumkan, termasuk Angkor Wat dan Borubodur, dengan pengaruh

yang mendalam kepada seni bina di kawasan ini (Daigoro, 1996). Buku ini adalah

berkaiatan sejarah terhadap gaya pertama seni bina Hindu-Buddha di kawasan tersebut

dari awal hingga hari ini. Perbezaan dan persamaan yang dinyatakan antara struktur

agama daripada negara-negara yang berbeza memberi penerangan tentang sejarah

keagamaan di setiap kawasan.

Penulis juga berpendapat bahawa agama-agama yang bersaing ini tidak boleh

mengabaikan antara satu sama lain, mereka perlu saling merujuk dan melengkapi

untuk menunjukkan keunggulan mereka dengan melakukan perbandingan. Penulis

juga mengatakan bahawa persaingan ini tidak pernah dinyatakan secara langsung

dalam teks-teks yang dimiliki, tetapi seseorang itu boleh mengesan tanda-tanda yang

ditunjukkan dalam bukti-bukti yang dijumpai seolah-olah telah disimpan dalam

sempadan yang ketat. Persaingan secara aman ini merupakan sesuatu yang unik di

Asia Tenggara. Apabila penerokaan terhadap agama Buddha di Asia Tenggara

dilakukan, berkemungkinan akan mengesan perubahan tertentu untuk

membezakannya daripada semua kawasan geografi dengan gaya tempatan agama

Buddha yang wujud. Dalam agama Buddha, kecenderungan ini telah digabungkan
6

dengan toleransi walaupun semangat untuk membalas, membantah dan tafsiran teori

ontologi.

Penulis juga menyatakan kepentingan penumpuan terhadap seni. Agama

Buddha dan Hindu merupakan agama kebaktian yang berkembang pada masa yang

sama. Kedua-dua agama ini mempunyai nilai yang sama seperti menghormati semua

makhluk hidup. Pengeluaran imej ketuhanan muncul secara seiring. Kedua-dua agama

ini mulanya berasal dari Hellenisti di rantau ini di Gandhara ke Afghanistan. Sejarah

seni telah menjadi perhatian dalam tempoh 2000 tahun yang lalu, seni Hindu dan

Buddha sering bertukar-tukar idea. Kedua-duanya tertumpu pada idea-idea yang sedia

ada tentang kemunculan makhluk ghaib dan tempat-tempat tinggal mereka. Sebagai

contoh, raja-raja Jawa Timur yang diperingati di kuil-kuil tidak akan menempatkan

patung agama Hindu dan Buddha di kuil yang sama kerana dianggap tidak sesuai.

Penulis juga menyatakan bahawa satu-satunya tempat yang menunjukkan bukti ini

berlaku adalah Candi Jajawa.

Candi ini dianggap sebagai sebuah rumah yang dikenali sebagai Candi Jawi.

Menurut gambaran, Siva sepatutnya dipasang di cella pada tahap yang lebih rendah,

manakala imej Aksobhya diletakkan di ruang atas bagi menghormati pemerintah

Krtanagara, yang dibunuh pada 1292. Walau bagaimanapun, candi Jawi tidak

mempunyai lambangnya yang tersendiri untuk menunjukkan bahawa terdapat

pengaruh Hindu atau Buddha. Namun, terdapat beberapa kuil lain di Jawa Timur yang

tidak memaparkan unsur seni bina eksklusif Buddha atau linggas (simbol Siva), ia

tidak menunjukkan struktur agama purba yang menggabungkan motif seni bina antara

agama lain. Dalam erti kata lain, motif seni wujud yang tergolong kepada satu agama

atau yang lainnya.


7

Antara seni penumpuan ialah bercirikan Indra, Siva, dan Garuda di monumen

Borobudur. Dalam pada itu, penulis juga telah menggambarkan bahawa setiap agama

mempunyai permusuhan antara satu sama lain dan kedua-dua pihak ini mempunyai

perbendaharaan seni kata untuk menyampaikan falsafah mereka. Seterusnya, penulis

juga telah menyatakan bahawa persaingan daripada agama akan menjelaskan

pencapaian yang luar biasa daripada masyarakat Asia Tenggara dalam bidang seni

bina dan ukiran. Terdapat insentif yang baik untuk menyerlahkan keupayaan birokrasi

agama khususnya untuk mewujudkan ruang yang menguntungkan untuk mencapai

pencerahan.

Penulis turut menceritakan mengenai kerajaan Srivijaya yang jatuh pada tahun

1025 kepada Chola dari selatan India. Berabad lamanya pengaruh Tamil mula berlaku

dibeberapa kawasan dengan terbinanya tempat perlindungan Hindu seperti di Kedah,

Semenajung Tanah Melayu. Candi Bukit Batu Pahat, kedah merupakan tempat

perlindungan Siva dari abad ke 11. Bukti sejarah dan arkeologi ini telah menunjukkan

dengan jelas bahawa ia adalah anomali, dan membuktikan bahawa Buddisme adalah

jauh lebih berpengarauh daripada agama Hindu di Kepulauan Melayu dari awal

pensejarahan hingga kedatangan Islam. Hal ini demikian kerana kira-kira 90%

daripada artifak agama Indic di Kepulauan Melayu seperti patung-patung dan kuil

Buddha wujud bersama-sama dengan penganut Siva, Vishnu, Ganesha, dan Durga.

Agama Buddha adalah lebih popular dikalangan golongan bangsawan berbanding

masyarakat biasa, seperti Vishnu yang popular dikalangan orang-orang Jawa dan Bali

berbanding keutamaan mereka. Agama Buddha juga mempunyai kaitan dengan asas

kerajaan Srivijaya. Buddha telah datang di Kepulauan Melayu sebelum kerajaan

Srivijaya diasaskan lagi dan berakar umbi di kebanyakan pusat-pusat di mana budaya

Malayu bergabung dengan identiti etnik-etnik lain.


8

Seterusnya, penulis juga telah melampirkan beberapa bukti terhadap

penyebaran agama Buddha seperti prasasti Srivijaya pada batu bertulis adalah

bermotifkan politik dan bukan agama. Ia mengandungi sedikit maklumat mengenai

agama Buddha. Walau bagaimanapun, srivijayans menjadi taksub dengan usaha

siddhayatra. Seterusnya, dua plat bersurat kecil ditemui, kedua-duanya bermula

dengan formula yang unik untuk sumber di barat Borneo dan Semenanjung Tanah

Melayu. Ia menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan menghasilkan Karma,

dengan itu ia akan menyebabkan kelahiran semula. stupa batu peringatan kecil di

Nalanda juga merupakan bukti tinggalan yang dijumpai, bertarikh dari kira-kira abad

ke-9. Catatan yang terdapat diatas setiap monumen-monumen ini telah menunjukkan

perkaitan dengan Bodhisattva Samantabhadra. Antaranya ialah Bas-relief dari

Borubudur seperti gambaran stupa, dan stupa di kolam teratai.

Penulis juga telah mengatakan satu lagi sumber data penting pada abad ke 10

ialah mengenai kapal karam, yang dikenali sebagai Intan ditemui di luar Sumatera

Tenggara dan bertarikh separuh abad ke 10 dalam erti kata lain, ia tenggelam semasa

zaman kegemilangan Srivijaya. Penulis juga menunjukkan gambar Vajras dan Stupika

dari Intan yang diambil oleh Dr. Michael Flecker. Menurut Flecker kapal ini sedang

dalam perjalanan ke jawa dengan membawa muatan termasuk artifak dari China dan

Asia Barat. Kapal ini juga membawa pelbagai barang-barnag tembaga watak Buddha,

dalam kuantiti yang komersial. Ini termasuk patung-patung Buddha, Vajras, dan

kelengkapan seni bina yang dimaksudkan dengan kuil-kuil, seperti perhiasan dalam

bentuk kepala Kala. Ini menimbulkan kemungkinan yang menarik bahawa sekurang-

kurangnya beberapa gangsa artifak Buddha terdapat di Jawa dan Nalanda dikatakan

membayangkan agama Buddha. Sumatera mempunyai bahan-bahan mentah yang


9

diperlukan untuk membuat gangsa, dan patung-patung gangsa sudah dibuat di sana

dalam tempat pra-Buddha.

Penulis juga menjelaskan di dalam bukunya mengenai surat bertakuk pada bata

yang dijumpai pada bata. Bata tersebut adalah sebahagian daripada ritual. Selain itu,

lembaran emas dijumpai di dalam peti ritual yang membawa nama-nama Tathagata,

16 Vajrabodhisattvas, dan 16 Vajrataras, semua ini adalah dewa-dewa Buddha

esoterik Vajradhatu Mandala. Dalam pada itu, terdapat patung-patung yang dijumpai

di Muara jambi termasuk Prajnaparamita dalam gaya yang sama dengan Jawa Timur

abad ke-13. Patung-patung Buddha lain yang telah dijumpai menunjukkan 10 imej

Buddha dan 7 Avalokitesvaras dan 6 makara telah ditemui di Batanghari.

Seterusnya, penulis menceritakan mengenai tapak Kota Cina di timur laut

Sumatera yang merupakan pelabuhan perdagangan penting dari abad ke-11 hingga

akhir abad ke-13. Tapak kawasan berkenaan juga telah menemui patung Buddha,

Vishnu, dan Siva linga. Imej-imej Buddha menyerupai orang-orang dari Sri Lanka dan

selatan India, dan ada yang memberi pandangan mengenai kehadiran Theravada di

pelabuhan. Salah satu kawasan untuk mengkaji agama Buddha Sumatera adalah di

Padang Lawas. Tulisan pada gangsa Lokanatha mempunyai pertalian Melayu pada

tahun 1024. Patung ini termasuk dewa esoterik luar biasa seperti Heruka. Inskripsi

merujuk kepada upacara seperti meditasi atas alasan pembakaran mayat. Kemuculan

motif seperti vajras dan relif penari bertopeng memaparkan banyak persamaan dengan

Nepal dan Tibet.

Penulis juga telah mengatakan perkara yang penting dalam agama Buddha

iaitu kawasan kejiranan di Sumatera. Yang pertama adalah patung Amoghapasa yang

ditemui di Sungai Batanghari bertarikh 1286. Patung ini mempunyai tulisan yang

menyatakan ia telah dihantar dari Jawa. Penulis juga telah mengatakan ia adalah
10

konteks sejarah yang menunjukkan bahawa ia adalah tanda bahawa kerajaan Timur

Jawa Singasari untuk menegaskan mereka ingin menguasai kawasan ini dan jelas

membuktikan ia adalah sebuah pusat politik yang penting.

Kesimpulannya, Buddha merupakan agama yang dominan di Selat Melaka

selama hampir 1 000 tahun. Orang-orang Melayu mengambil bahagaian secara aktif

dalam rangkaian keagamaan dan ekonomi yang dikaitkan dengan penganut Buddha

itu sendiri dan seterusnya tersebar luas ke bahagian Asia. Bukti-bukti yang ditemui

mengenai kepercayaan agama di beberapa kawasan adalah terhad, namun data yang

dikutip adalah mencukupi untuk membezakan tempat yang diduduki oleh kerajaan-

kerajaan yang penting di kepulauan ini termasuk Sriwijaya dan Malayu untuk

menyebarkan kepercayaan Buddha dan seni.


11

RUJUKAN

Brown, R. (1990). God on Earth: The Walking Buddha in the Art of South and
Southeast Asia. Artibus Asiae, 50(1/2), 73-107.
Daigoro Chihara. 1996. Hindu-Buddhist Architecture in Southeast Asia. Studies in
Asian Art and Archeology. Japan.
John Miksic. 2010. The Buddist-Hindu Divide in Premodern Southeast Asia, Nalanda-
Sriwijaya Centre Working Paper No 1.
Muck, T. (1999). The Buddha. Buddhist-Christian Studies, 19, 105-113.
Ramachandran, A. (1992). Amaravati Buddhist Images in Sri Lanka and
Southeast Asia. Proceedings of the Indian History Congress, 53, 686-691.

Anda mungkin juga menyukai