Anda di halaman 1dari 1

CACATAN ANEKDOT

- Catatan anekdot merupakan catatan yang dibuat oleh penyelidik mengenai kelakuan-
kelakuan yang luar biasa (Sutrisno Hadi, 1985).
- Catatan ini menggambarkan dan menjelaskan tentang naratif tingkah laku yang
penting kepada pemerhati.
- Anekdot ini menghuraikan apa yang berlaku secara fakta dan objektif. Pemerhati
tidak membuat andaian sendiri berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak.
- Catatan ini juga menerangkan bagaimana tingkah laku berlaku, bila dan di mana ia
berlaku, dan apa yang dikatakan dan dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.
- catatan anekdot bersifat selektif iaitu penyelidik memilih peristiwa yang bermakna
dan mempunyai hubungan dengan perkembangan individu.
- catatan anekdot ditulis selepas peristiwa tersebut berlaku dan ditulis oleh orang yang
rapat dengan kanak-kanak tersebut.
- Rekod ini dapat menyediakan gambaran yang lengkap tentang kemajuan seseorang
kanak-kanak apabila ditelitikan secara kumulatif.
- Catatan anekdot mengandungi perincian tentang ekspresi yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak, intonasi suara dan pergerakan badan

Anda mungkin juga menyukai