Anda di halaman 1dari 13

TAJUK: GEJALA BULI

PENULIS: AZNEEZAL AR-RASHID BIN MOHD RAMLI, NORA BINTI MISLAN,

SITI MISLIA BINTI SELAMAT

PENGENALAN

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada

akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak

tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku

yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik

pelajar yang dibuli. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secara langsung atau tidak langsung,

ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu pola

gangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993). Buli pada asasnya

adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau fizikal yang berulang-ulang

terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah

kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan meletakkan mangsa tersebut

dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Ianya diarahkan kepada individu yang tidak

berupaya untuk mempertahankan dirinya dalam situasi yang sebenar.

GEJALA BULI

Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk mencederakan atau meletakkan seseorang

kepada situasi dalam tekanan. Banks (2000), menghuraikan perlakuan buli sebagai

mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri dan serangan-serangan

langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadap mangsa. Perlakuan buli adalah

tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan

mangsa. Perlakuan buli juga menggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan

nama yang bersifat menghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada
kumpulan, merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal. Daripada ulasan-ulasan

tersebut, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku keganasan dalam bentuk

fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas

individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat untuk menyakiti,

mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan secara sengaja.

Terdapat satu kes buli yang dilaporkan pada bulan Februari 2009 di sebuah sekolah di

Kuala Lumpur, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras. Kejadian tersebut berlaku akibat

perebutan seorang gadis yang dipercayai menjadi punca sekumpulan 24 orang remaja

membelasah seorang pelajar tingkatan empat sehingga koma. Mangsa tersebut, Mohd Azlin

Mohamad, cedera teruk di bahagian belakang kepala apabila lima orang lelaki daripada

kumpulan itu disyaki memukulnya dengan besi, topi keledar dan pengunci motosikal, selain

menendangnya tanpa belas kasihan. Kumpulan lelaki itu, termasuk beberapa orang pelajar

sekolah tersebut melarikan diri meninggalkan mangsa yang berlumuran darah di tempat

kejadian. Dalam kejadian jam 9.30 malam, Mohd Azlin Mohamad bersama beberapa rakannya

menunggu di depan sekolah berkenaan untuk menyelesaikan masalah dengan seorang remaja

lelaki yang dikatakan keluar bersama ternan wanitanya. Salah laku ini telah menunjukkan

bahawa sikap-sikap pelajar sekolah sudah mencapai tahap yang ganas sehingga sanggup

memukul rakan sebaya sendiri. Hal ini demikian kerana, pembentukkan akhlak tidak mencapai

pada tahap sahsiah terpuji. Setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar bermasalah ini

mempunyai faktor dorongan untuk memberontak dan mengekspresikan segala kemarahannya

terhadap orang lain. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk memnuhi kehendak nafsu

sendiri tanpa memikirkan orang lain dan pembuli ini tidak akan takut dengan hukuman yang

bakal diterima dan tidak serik jika mereka pernah menjalankan hukuman.
ELEMEN-ELEMEN BERKAITAN TINGKAH LAKU MEMBULI

Secara umumnya, elemen-elemen berikut adalah berkaitan dengan tingkah laku membuli iaitu

buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa di mana kanak-kanak atau remaja yang membuli

lebih berkuasa dari segi umur, saiz, sokongan rakan sebaya atau status. Membuli adalah

perlakuan yang diulang-ulang di mana seseorang kanak-kanak itu disisihkan lebih daripada

sekali dan lazimnya dalam keadaan yang kronik, tujuan membuli adalah untuk memudaratkan

mangsa dan keagresifan secara fizikal, penghinaan berbentuk verbal atau lisan, penyebaran

fitnah atau gosip dan penyisihan daripada kumpulan sebaya termasuk dalam tingkah laku

membuli.

PUNCA PELAJAR MENJADI PEMBULI FAKTOR RAKAN

Sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar. Jika

diperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka

adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruh untuk mengikut

tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.

Faktor lain ialah dari segi fizikal. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap suka membuli

pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatan fizikal. Selain

itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasa dirinya tidak selamat jika

tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripada perkara yang tidak diingini.

Mereka kerap berasa curiga dan tidak selamat berada di sekolah dan untuk mengatasi perasaan

itu, mereka mula membuli pelajar junior. Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan

mereka kuat, berkuasa dan tidak mudah digertak.

Faktor lain yang mungkin menjadi punca juga ialah sikap guru yang suka memuji

pelajar tertentu pandai di dalam kelas. Walaupun ianya kelihatan remeh namun sikap guru ini

boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan cemburu pelajar lain yang kurang pandai.
KESIMPULAN

Masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Keseriusan masalah buli dalam

kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi

satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan. Kita sesungguhnya tidak boleh melihat

kes-kes buli yang berlaku di sekolah sebagai satu masalah terpinggir. Walaupun nisbah

kejadian adalah sangat kecil tetapi ia boleh menjadi satu barah dalam usaha membentuk

masyarakat madani. Malah perlu dilihat semula sejauh manakah keseimbangan antara tumpuan

kepada akademik dan hal-hal sosial. Adakah kita mahu berbangga dengan pelajar yang

mendapat keputusan akademik terbaik tetapi hidupnya dipenuhi dengan budaya memukul,

membuli dan sebagainya.


TAJUK: FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MEROKOK DALAM

KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH UMUM DI MEDAN

PENULIS: HASMIRIZAL LUBIS

PENGENALAN

Masalah disiplin sekolah lebih sesuai dirujuk sebagai masalah salah laku pelajar atau tingkah

laku devian. Salah laku atau devian merupakan bentuk tingkah laku yang menyimpang

daripada norma-norma sosial masyarakat. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep

pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan

menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan

pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Perkara yang sangat membimbangkan kita

pada masa kini ialah berhubung keruntuhan akhlak pelajar sekolah menengah yang terlibat

dalam pelbagai salah laku seperti ponteng kelas, mengganggu semasa pengajaran,

penyalahgunaan dadah, berkhalwat, peras ugut, bergaduh, melawan guru dan sebagainya.

Perbuatan salah laku ini adakalanya menjadi begitu bertentangan dengan apa yang sepatutnya

diamalkan dan dipelajari oleh seorang pelajar. Kini kita dikejutkan dengan satu hakikat yang

amat sukar untuk kita huraikan bahawa semakin berkembangnya ilmu pengetahuan, semakin

meluas pula keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar.

TINGKAH LAKU MEROKOK

Tingkah laku merokok adalah tingkah laku buruk dan mempengaruhi kesihatan manusia.

Pengaruh itu bukan saja dirasakan oleh perokok sendiri, akan tetapi juga oleh mereka yang

tidak merokok yang berada di sekitarnya. Apabila tingkah laku merokok tersebut berlangsung

lama, maka akan teramat sukar untuk berhenti atau mengurangi jumlah penggunaan rokok yang

dihisap setiap hari. Pelajar sekolah menengah merupakan kumpulan remaja yang berusia 13

hingga 19 tahun. Pada tahap umur ini mereka cenderung untuk mencuba atau meneroka sesuatu
yang baru tanpa mengendahkan implikasi buruk yang bakal berlaku. Antara perkara yang biasa

dicuba ialah merokok. Walaupun banyak pihak telah melakukan pelbagai usaha untuk

membendungnya, namun masalah ini masih berpanjangan dan semakin membimbangkan

dalam kalangan guru dan masyarakat.

FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MEROKOK

Faktor persekitaran adalah faktor yang dapat mendorong atau memperkuat terjadinya tingkah

laku. Keluarga dalam kaitan ini adalah ibu, bapa dan saudara dapat mempengaruhi tabiat

daripada setiap individu. Demikian halnya lingkungan persekitaran daripada murid, seperti

rakan-rakan memiliki potensi untuk merubah tingkah laku dan tabiat serta lingkungan di

sekolah juga dapat mendokong murid untuk terpengaruh terhadap keadaan mahupun kejadian

semasa di berada di sekolah sehingga pengkaji ingin melihat ‘Seberapa besar pengaruh ibu,

bapa, saudarasaudara, rakan-rakan dan guru yang merokok dapat merubah tingkah laku murid

untuk tidak merokok?’

Ibu bapa merupakan medium yang paling berkesan dalam menunjukkan tingkah laku

yang baik terhadap anak-anak mereka. Anak-anak akan melihat cara dan sikap ibu bapa mereka

untuk membolehkan mereka juga melakukan sesuatu perkara. Jika ibu dan bapa gemar

merokok di hadapan mereka atau menyuruh anak-anak untuk membelinya, besar kemungkinan

rasa ingin mencuba itu lebih besar. Jika ditanya mengapa bertindak untuk melakukannya, maka

mereka akan menjawab ini adalah ‘tunjuk ajar’ daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, faktor

pengaruh rakan-rakan juga turut mempengaruhi kegiatan merokok dalam kalangan pelajar

sekolah. Pelajar yang sudah terlibat dalam kegiatan merokok ini akan cuba untuk menghasut

rakannya yang lain untuk mencuba.


Selain itu, faktor Pradispos (predisposing factor) yakni faktor-faktor yang

mempermudah atau mempradispos terjadinya tingkah laku seseorang, antara lain pengetahuan,

dan sikap.

Faktor-faktor penguat (reinforcing factors) juga, adalah faktor-faktor yang mendorong

atau memperkuat terjadinya tingkah laku atau tindakan merokok murid sekolah menengah atas

menyangkut tingkah laku merokok daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu

kandung, bapa kandung, saudara-saudara kandung dan rakan-rakan serta guru di sekolah.

Pengukuran faktor ini pengkaji menggunakan 7 item soal selidik daripada setiap variabel yang

dipohonkan kepada murid untuk memberikan jawapan terhadap keadaan sebenar yang sedang

berlaku daripada lingkungan persekitaran murid.

LANGKAH UNTUK MENGATASI KEGIATAN MEROKOK

Terdapat pelbagai langkah untuk mengatasi kegiatan merokok dalam kalangan pelajar seperti

Kempen ‘Tak Nak’ yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi pada Februari 2004 yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM20 juta bagi

menyebarkan penyelidikan anti-merokok dalam tempoh lima tahun. Beliau telah

menandatangani Rangka Kerja Konvensyen Mengenai Kawalan Tembakau (FCTC)

pertubuhan Kesihatan Sedunia di New York yang mana melibatkan persetujuan untuk

melarang penyiaran, promosi dan penajaan barkaitan tembakau melalui radio, televisyen,

media cetak dan internet selama lima tahun. Selain itu, semua acara dan kegiatan antarabangsa

tidak dibenarkan untuk ditaja oleh syarikat tembakau. Langkah-langkah ini merupakan satu

gerakan yang bijak kerana pengiklanan rokok akan mempengaruhi golongan kanak-kanak dan

remaja untuk merokok. Dalam pada itu, syarikat-syarikat rokok akan mensasarkan golongan

ini kerana mereka mudah dipengaruhi oleh iklan-iklan yang mempaparkan gaya hidup dan

hebat.
Seteusnya, jika tidak dibendung kegiatan merokok ini, dibimbangkan akan membawa

kepada ketagihan dadah. Seperti yang kita ketahui kebanyakan penagih adalah bermula dengan

rokok sebelum beralih kepada dadah. Oleh itu adalah penting golongan pelajar diberi maklumat

dan penerangan yang jelas tentang bahaya merokok kerana percubaan mereka untuk merokok

boleh menyebabkan ketagihan yang sukar diubati.

Terdapat juga kaedah untuk berhenti merokok iaitu dengan berfikir secara positif.

Perokok perlu beri perhatian lebih kepada faedah berhenti dan kurangkan halangan-halangan

yang bakal dihadapi. Seseorang itu akan mendapat kesihatan dan stamina yang baik, kurang

risiko mendapat sakit jika mereka berhenti merokok.

KESIMPULAN

Hakikatnya, kini masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah semakin serius.

Dalam hal ini, kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua pihak harus

bekerjasama dan memberi perhatian yang serius kerana masalah ini melibatkan aset negara

yang tidak temilai. Jika masalah ini tidak dapat dibendung pada peringkat awal lagi, maka

negara kita yang akan menanggung akibatnya. Oleh hal yang demikian, masalah disiplin dalam

kalangan pelajar sekolah menengah perlu diberi perhatian yang serius agar masalah ini dapat

dibendung. Perkara ini perlu diselidik pada peringkat akar umbi kerana melalui peringkat

tersebut dapat membantu untuk mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar.
TAJUK: TINGKAH LAKU VANDALISME DALAM KALANGAN PELAJAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI ZON LABIS, JOHOR

PENULIS: GAN SWEE ENG

PENGENALAN

Analisis ini dibuat adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah disiplin berat berlaku yang

dalam kalangan pelajar di sekolah. Antara hasil kajian yang ditunjukkan dalam kajian tersebut

ialah pelajar banyak terlibat dalam kes pergaduhan, merokok, buli dan peras ugut. Penulis

menyatakan faktor-faktor paling dominan yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin

berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah ialah faktor rakan sebaya dan ibu bapa. Oleh

hal yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak ibu bapa harus

bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin berat dalam kalangan

pelajar sekolah menengah. Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan

sahsiah para pelajar.

Disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait

rapat dengan tatatertib, tatasusila, akhlak dan kesopanan. Perkataan disiplin merupakan satu

perkataan yang begitu sinonim dalam kehidupan kita seharian. Di sekolah, disiplin menjadi

satu aspek kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah,

disiplin adalah asas yang amat penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan

norma, nilai dan aspirasi negara. Guru adalah golongan yang perlu memberi penekanan

terhadap pemupukan disiplin pelajar-pelajar ketika berada di sekolah. Manakala ibu bapa dan

masyarakat perlu memupuk disiplin semasa pelajar-pelajar berada di luar sekolah.


TINGKAH LAKU VANDALISME

Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan pelajar di sekolah. Hal ini demikian kerana,

golongan pelajar ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat

terutamanya gejala vandalisme. Maksud vandalism menurut kamus dewan adalah satu bentuk

jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan

harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku

musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang

lain. Vandalisme ini dianggap sebagi suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk

menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka diianggap ringan, tetapi

masyarakat Walaupun mereka diianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya

kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut.

KATEGORI PERBUATAN VANDALISME

Beberapa kategori perbuatan vandalisme dilakukan oleh pelajar menengah iaitu

merosakkan harta benda dengan sesuka-sukanya atau hanya ingin mengecapi keseronokan

berbuat demikian. Tidak pernah terlintas dalam fikiran minda mereka bahawa perbuatan

tersebut boleh mendatangkan impak yang negatif seperti tercacar permukaan harta benda yang

kelihatan menyakitkan mata orang pengguna. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka yang

ketidakstabilan dalam emosi dicurahkan ke atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen, batu-

batan dan dinding. Tujuan tingkah laku golongan mereka langsung tidak jelas untuk sekadar

menghabiskan masa lapang.

Kedua, golongan pelajar yang mengalami konflik jiwa yang tinggi di mana pelajar itu

yang hidup keseorangan merasakan dunia ini kesepian dan tidak bermakna. Kesunyian dan

kesepian yang dihadapi ini menyebabkan golongan mereka melakukan tingkah laku

menconteng demi menarik perhatian khalayak. Begitu juga, mereka dalam kategori ini
mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme. Jadi, mereka tiadat tempat yang sesuai untuk

menceritakan masalah da nisi hati, maka segala perasaan ketidakpuasan dan kekacauan fikiran

diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang tidak tentu hala di mana-mana tempat

sahaja. Setiap perkataan yang ditulis dan simbol bentuk benda yang dilukis menggambarkan

kekacauan fikiran pelajar tersebut.

Ketiga, golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati dengan

keadaan diri dan masyarakat. Hal ini kerana, kita mendapati sesetengah dinding diconteng

dengan gambar-gambar lucah, kata-kata kasar dan kata-kata yang tidak senonoh. Apabila

mereka berbuat demikian, mereka berasa leka dapat menggangu kehidupan orang lain.

Keempat, pula terdiri daripada remaja yang dilamun cinta. Remaja golongan ini suka

bertumpu di taman-taman, bas hentian, tempat kloridor pusat membeli-belah, pawagam, tepi

pantai dan tempat rekreasi. Mereka suka melukis seperti lambang love, anak panah, ukiran

nama merpati sejoli dan dengan sengaja meninggalkan nombor telefon. Demi cinta abadi kasih

terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Dorongan emosi menguasai diri mereka daripada akal

fikiran lalu mendorong mereka melakukan vandalisme tanpa ada kesedaran dan pertimbangan

yang rasional.
CONTOH GEJALA VANDALISME

Masalah salah laku di kalangan pelajar memerlukan kerjasama bersepadu yang serentak dan

menyeluruh dari setiap lapisan masyarakat seperti pihak sekolah, ibu bapa, persatuan-persatuan

dan sebagainya. Antara contoh vandalisme terhadap harta benda sekolah ialah menguris papan

kenyataan, mencarut sudut tangga blok-blok, menconteng meja dan kerusi, mencarut tempat-

tempat yang boleh dicarut, menjongkitkan kerusi sehingga kerusi rosak atau sendiri jatuh ke

lantai, merosakkan pintu besi sekolah, merosakkan pagar-pagar sekolah, menyimpahkan cecair

pembetulan ke kenderaan guru- guru, dan orang lain, merosakkan kemudahan awam sekolah

dan lain-lain lagi. Kedua, vandal dituju untuk menganggu rutin harian sekolah seperti

menganggu rutin sekolah seperti ugutan bom, bunyi loceng amaran palsu, dan kebakaran.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA VANDALISME

Salah laku vandalisme di kalangan remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun, faktor

yang dipilih dalam kajian ini adalah faktor sosioekonomi iaitu tingkat pendapatan dan taraf

pendidikan ibu bapa, faktor keluarga, faktor sekolah, faktor rakan sebaya dan faktor konsep

kendiri. Jadi, faktor yang paling utama perlu diketepikan untuk mencari jalan penyelesaian

terhadap tingkah laku vandalisme. Hal ini kerana para pelajar adalah nusa harapan masyarakat

yang akan mewarisi kepimpinan dan pembangunan negara pada masa akan datang. golongan

pelajar yang melakukan vandalisme seperti merosakkan harta benda tanpa ada sebarang alasan

serta tidak mendapat sebarang faedah atas tingkah laku tersebut. Tingkah laku tersebut

menunjukkan bantahan terhadap sesuatu atau luahan kekecewaan pelaku kepada kendiri,

keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat. Golongan ini ingin menarik perhatian orang

ramai dan memperkenalkan dirinya secara negatif serta amat memerlukan kasih sayang.

Faktor sekolah juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada salah laku pelajar.

Iklim sekolah seperti susunan struktur bilik darjah, interaksi di antara guru dengan pelajar,
pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan persekitaran juga mungkin mengandungi unsur-

unsur yang boleh membawa kepada berlakunya gejala vandalisme. Kebanyakan kes

vandalisme juga membabitkan beberapa kumpulan pelajar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa

pengaruh rakan sebaya sangat kuat dalam mempengaruhi seseorang membuat sesuatu tindakan.

KESIMPULAN

Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, so sial dan budaya serta perkembangan

teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dalam kalangan pelajar

sekolah. Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah

memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Masyarakat kini kurang memberi didikan kuat atau pegangan agama dalam

pembentukan sahsiah keluarga terutama terhadap anak-anak. Akibatnya, konflik keluarga akan

timbul dan anak-anaklah yang menjadi mangsa. Hubungan ibu bapa dan anak penting dalam

pembentukan sesebuah keluarga yang erat hubungan. Perhubungan teruk dalam sesebuah

institusi keluarga boleh menyebabkan pelajar bertindak ganas dan di luar jangkaan seperti

terlibat dengan gejala sosial. Ibu bapa harus berperanan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak

mereka tentang sikap yang baik. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak mereka

tentang pentingnyamempunyai akhlak yang baik supaya orang disekililing sayang dan

dihormati. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini, maka

sudah tentu masalah sosial tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi

anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Kesedaran

perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum

melangkah ke alam dewasa.

Anda mungkin juga menyukai