Anda di halaman 1dari 6

Borang Pemerhatian Tingkah Laku Murid

Tandakan () mengikut bilangan kekerapan.



Responden

Item
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
Res 1 Res 2 Res 1 Res 2 Res 1 Res 2 Res 1 Res 2
1
Murid kerap ke
tandas

2
Murid bising ketika
Pengajaran dan
Pembelajaran

3
Murid mengganggu
rakan

4
Murid tidak
memberikan
tumpuan

5
Berjalan sekitar
kelas

6
Murid menunjukkan
minat untuk belajar
matapelajaran
Kajian Tempatan

7
Murid melibatkan
diri secara aktif
dalam pengajaran
dan pembelajaran.




Mengikut Borang Pemerhatian Tingkah Laku Murid, didapati bahawa kedua-dua
responden adalah murid yang bermasalah di dalam pembelajaran. Kedua-dua murid ini
kerap ke tandas, membuat bising ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, mengganggu rakan tidak memberikan tumpuan dan berjalan di sekitar
kelas pada minggu yang pertama. Kedua-dua murid didapati tidak menunjukkan minat
untuk belajar dan tidak melibatkan diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Pada minggu kedua, bebrapa perubahan dapat dilihat kepada kedua-dua murid
tetapi tidak terhadap kesemua item yang diperhatikan. Didapati bahawa Responden 1
tidak lagi membuat bising ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung. Responden 2 pula cuba memberikan tumpuan semasa proses pengajaran
berlangsung. Walaubagaimanapun, Responden 1 telah menunjukkan sedikit minat
untuk belajar walaupun kekerapan ke tandas dan mengganggu rakan masih ada.
Pada minggu ketiga dan keempat, sikap responden berubah apabila kedua-
duanya menunjukkan minat untuk belajar matapelajaran Kajian Tempatan dan
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Walaupubagaimanapun, sikap murid untuk kerap ke tandas, membuat bising ketika
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung masih ada.
Ini menunjukkan nahawa murid sangat berminat dengan teknik permainan yang
digunakan oleh guru untuk mengajarkan matapelajaran Kajian Tempatan dan ianya
terbukti meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran matapelajaran Kajian
Tempatan melalui teknik bermain.
Berikut merupakan analisis bagi Borang Soal Selidik 1B:
Bil. Item
Setuju
Kekerapan (%)
Tidak Setuju
(Kekerapan (%)
1.
Saya suka belajar mata pelajaran Kajian
Tempatan.
50 50
2.
Kajian Tempatan adalah mata pelajaran
yang sukar.
65 35
3.
Kajian Tempatan adalah subjek yang
sangat seronok dipelajari.
25 75
4.
Saya boleh menyatakan lokasi Malaysia
di Asia Tenggara, Benua Asia dan di
dunia
30 70
5.
Guru mengajar mata pelajaran Kajian
tempatan dengan menarik dan
menyeronokkan.
45 55

Analisis Soal Selidik Sebelum Tindakan

0
10
20
30
40
50
60
70
80
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Setuju
Tidak Setuju
Jadual menunjukkan bahawa murid kurang berminat terhadap mata pelajaran
Kajian Tempatan. Separuh daripada responden menyatakan bahawa mereka suka
belajar kajian tempatan manakala separuh lagi menyatakan bahawa mereka tidak
berminat. 65% murid mengatakan bahawa matapelajaran Kajian Tempatan adalah
matapelajaran yang sukar untuk dipelajari. Kekerapan murid mengatakan bahawa
matapelajaran Kajian Tempatan adalah subjek yang seronok dipelajari adalah rendah
berbanding kekerapan tidak setuju iaitu sebanyak 75%. Ini menunjukkan bahawa murid
kurang berminat dengan kaedah pembelajaran matapelajaran kajian tempatan secara
konvensional.
Dapatan kajian menunjukkan 70% murid tidak dapat menyatakan lokasi Malaysia
di Asia Tenggara, Benua Asia dan di Dunia melalui kaedah pembelajaran konvensional.
Hanya 30% murid sahaja yang dapat menyatakan lokasi tersebut dan ianya adalah
kerana murid tersebut merupakan murid yang senantiasa fokus terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu, 55% murid tidak setuju dengan
kenyataan guru mengajar matapelajaran Kajian Tempatan dengan menarik dan
menyeronokkan.
Daripada dapatan ini, dapatlah disimpulkan bahawa murid tidak berminat dengan
kaedah pengajaran matapelajaran Kajian Tempatan yang diajarakan secara
konvensional.




Berikut merupakan analisis bagi Borang Soal Selidik 2B:
Bil. Item
Setuju
Kekerapan (%)
Tidak Setuju
(Kekerapan (%)
1.
Saya suka belajar mata pelajaran Kajian
Tempatan.
85 15
2.
Kajian Tempatan adalah mata pelajaran
yang sukar.
25 75
3.
Kajian Tempatan adalah subjek yang
sangat seronok dipelajari.
80 20
4.
Saya boleh menyatakan lokasi Malaysia
di Asia Tenggara, Benua Asia dan di
dunia
70 30
5.
Guru mengajar mata pelajaran Kajian
tempatan dengan menarik dan
menyeronokkan.
65 35

Analisis Soal Selidik Selepas Tindakan


0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5
Setuju
Tidak Setuju
Selepas menukar kaedah pengajaran kepada teknik bermain dalam
matapelajaran kajian tempatan, Murid menunjukkan minat yang lebih dalam
matapelajaran kajian tempatan. Ini dibuktikan apabila bilangan kekerapan bagi item
murid kurang berminat terhadap kajian tempatan telah menurun daripada 50% kepada
15% sahaja. Item negative yang diselitkan juga menunjukkan bahawa murid tidak setuju
dengan kenyataan bahawa matapelajaran kajian tempatan adalah matapelajaran yang
sukar dipelajari.
Murid juga bersetuju bahawa matapelajaran kajian tempatan adalah subjek yang
seronok untuk dipelajari apabila terdapat peningkatan jumlah kekerapan daripada 25%
kepada 80% iaitu peningkatan sebanyak 55%. Selepas teknik bermain dijalankan,
peratus murid yang dapat menyatakan lokasi Malaysia di Asia Tenggara, benua Asia
dan di Dunia telah meningkat kepada 70% berbanding 30% sebelum teknik ini
dijalankan.
Murid juga menytakan bahawa guru mengajar subjek kajian tempatan dengan
menarik dan menyeronokkan melalui teknik bermain. Kekerapan peratus murid yang
juga telah meningkat sebanyak 20% iaitu daripada 45% kepada 65%. ini menunjukkan
bahawa, teknik pengajaran yang betul dan sesuai akan dapat menarik dan meningktkan
minat murid terhadap sesuatu matapelajaran khususnya matapelajaran Kajian
Tempatan.

Anda mungkin juga menyukai